HULU SELANGOR : PARTI PERKAUMAN MULA BERTELAGAH

Parti yang berdasarkan semangat perkauman iaitu BN mula bertelagah tentang parti mana yang berhak bertanding di Parlimen Hulu Selangor pada pilihanraya kecil yang bakal berlaku tidak lama lagi.
Umno seperti mendabik dada bahawa mereka berupaya untuk memenangkan BN kerana kononnya mereka mendapat sokongan kuat akar umbi. Manakala MIC sudah tentu akan menggunakan senjata status quo dan tradisi sebagai alasan bahawa kerusi tersebut milik mereka.
Inilah masalahnya jika parti-parti berdiri dan berjuang atas semangat perkauman sempit. Masing-masing mementingkan kaum masing-masing bukannya memikirkan kesejahteraan dan kebajikan semua rakyat.
Tidak mustahil akan ada pihak yang menikam dari belakang jika puak mereka tidak dipilih menjadi calon. Ini kerana bagi mereka menjadi calon merupakan peluang untuk membina kekayaan dan empayar bukan untuk dirinya sendiri malah untuk semua kaum kerabat, sahabat handai dan kroni juga menumpang sama.
Hari ini media melaporkan bahawa Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

Menurutnya Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut.
Mengikut daftar pemilih PRU 2008, terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.
Daftar pemilih yang akan digunakan pada Pilihanraya kecil kemungkinan ialah yang disahkan pada Disember 2009.

Comments

Anonymous said…
bukan nak berkhidmat utk rakyat tapi nak berebut $$$$$$$$$$