ISU BUANG BAYI : KERAJAAN BN TETAP DEGIL

Ternyata apa yang saya nukilkan sejak sekian lama iaitu kedegilan kerajaan BN tidak mahu mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian tetap diteruskan.
Kerajaan BN saya sedar bahawa undang-undang, kempen, dasar dan langkah yang diambil oleh mereka untuk membendung gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi semua nya GAGAL tetapi kerajaan mereka tetap BERDEGIL.
Sudah banyak wang rakyat dileburkan dengan kempen dan program untuk menyedarkan rakyat tetapi semuanya gagal. Namun malangnya BN masih tidak mahu menerima Islam sebagai jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Hari ini media melaporkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini secara rasmi menyertai kempen Kami Prihatin yang bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.
Apakah kita yakin bahawa kempen ini dapat menyelesaikan masalah besar ini sedangkan semua program sebelum ini gagal menyelesaikan masalah ini. Ternyata kerajaan khususnya kementerian tidak serius menangani masalah ini.

Seperti apa yang saya tuliskan dalam posting saya sebelum ini sepatutnya kementerian mencari punca-punca kepada masalah ini. Kemudian mereka mesti berusaha untuk membasmi punca-punca tersebut. (Sila rujuk kepada posting saya sebelum ini).

Comments