Hari ini Angkata Muda Keadilan (AMK) Cabang Bayan Baru membuat laporan polis supaya Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim disiasat berhubung dengan kenyataan Ahli Parlimen Kalabakan, Ghafur Salleh mendakwa tawaran kepada Zahrain tentunya besar kerana dia keluar parti.
Bagi saya bukan Zahrain seorang yang perlu disiasat sebaliknya Jamaluddin Md Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Foong, Tan Tee Beng, Mohsin Fadzli, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin juga sewajibnya disiasat kerana telah menghampakan amanah pengundi-pengundi mereka.
Ramai orang mempunyai sangkaan buruk terhadap mereka yang melompat ini kerana tindak-tanduk mereka mencurigakan. Ada yang menghilangkan diri tiba-tiba muncul bersama pemimpin BN. Ada yang tiba-tiba berubah perangai dan sebagainya.
Siasatan ini mestilah telus dan professional. Kalau perlu SPRM melantik seorang anggota penyiasat dari kalangan yang bebas dari pengaruh kerajaan yakni bukan dari SPRM sendiri.
Comments