AHLI PARLIMEN UMNO TIDAK MALU KEPADA AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM PR

Memang muka tidak malu dan tidak bermaruah. Itulah bahasa yang saya gunakan untuk Ahli Parlimen Umno dan pemimpin Umno dalam kerajaan bila memperkatakan tentang isu judi yang dibangkitkan oleh YB Anthony Loke baru-baru ini.

Ahli-ahli Parlimen Umno bahkan pemimpin kerajaan BN yang beragama Islam langsung tidak sensitif dengan isu judi sehingga mengangguk sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin 'agung' mereka yang terus mahu bergelumang dengan pendapatan hasil judi untuk negara.

Lebih malang lagi ada pemimpin agung Umno yang dengan terang mengaku hasil judi ini akan digunakan untuk pembangunan negara. Ini merupakan suatu jawapan sangat tidak bertanggungjawab. Jadi maksudnya rakyat turut terpalit sama dengan hasil judi kerana sudah tentu pembangunan itu akan meliputi semua prasarana termasuk sekolah, jalanraya, jambatan, surau, masjid dan lain-lain.

Inilah sebenarnya bahana apabila rakyat tersilap memilih kerajaan di mana mereka memilih kerajaan yang tidak sensitif dengan perjudian malah menggalakkan perjudian di dalam negara dengan meluluskan lesn judi dari masa ke semasa.

Pada 18 dan 22 Mac di sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Luke Siew Fook meminta Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah kutipan hasil aktiviti judi dan tindakan kerajaan meluluskan 60 cabutan khas tersebut.

Najib bagaimanapun dilapor mengatakan kutipan hasil judi itu digunakan untuk pembangunan negara.

Comments