SEMUA ORANG TAK PERCAYA ZAHRAIN?

Bukan sahaja PR yang tidak percaya kepada Ahli Parlimen lompat, Ahli Parlimen BN pun tidak percaya kepada beliau.

Semalam Ahli Parlimen Kalabakan, YB Ghafur Salleh dalam kenyataan medianya menyebut bahawa Zahrain telah melakukan satu penipuan besar.

Sehubungan itu, beliau mahu ahli parlimen dari Bayan Baru itu segera menarik semula kenyataannya dan menyenaraikan mereka yang dikatakan akan berpaling tadah itu.

Abdul Ghapur juga mencabar Zahrain mendedahkan nama 30 MP yang dikatakan akan menyertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, jika apa yang didakwanya sebelum ini adalah benar.
Ternyata kini siapa sebenarnya Zahrain. Kawan lamanya dari Umno dan BN pun tidak percaya kepada beliau. Saya yakin rakyat lebih tidak percaya kepada beliau.
Sumber : Malaysiakini

Comments

Anonymous said…
Dah terang-terang menderhaka pada rakyat buat apa yang nak percaya pada dia. Aku tak faham lah pemimpin yg dikatakan bijak pandai boleh terima orang yang melompat parti. Sedar ke pemimpin tu yg orang melompat parti ni jelas lgi bersuluh mereka ini telah menderhaka pada rakyat yg mengundinya. toksah cerita la tentang sumpah seranah pengundi yng mengundi dia kerana parti yg disokong oleh pengundi. Disitu kita boleh lihat jenis binatang ni bertanggung jawab kepada rakyat atau pun tidak. orang gila yg tak mempunyai fikiran yang waras saja yang sanggup lompat parti. kalau dia siuman dia tak akan lompt parti sebaliknya dia akan letak jawatan untuk selamatkan rakyat. Kerana yang buat hal adalah dirinya sendiri. siapa suruh masuk politik kalau tk sanggup terima risiko macam ni. Kalau dalam tentera orang macam ini akan membunuh kawan-kawan mereka yang berjuang bersama demi kemenangan pihak musuh dari dalam. Kita tembak musuh dia tembak kwn sendiri, apa punya gila. memang tak salah kata Ex mufti Perlis yg lompat parti tu berdosa besar dan Ibrahim Ali salah kerana kata tiada nas dalam quran tentang lompat parti berdosa. pertama, berdosa kepada rakyat, kedua berdosa pada kawan seperjuangan, ketiga berdosa kepada diri sendiri dan yng penting berdosa kepada Allah kerana Allah tidak suka kepda mahluknya yang suka membunuh para sahabatnya sendiri.
Anonymous said…
siapa nak percaya kat zahrain? orang yang telah bertanggungjawab dalam membogelkan anwar. nik aziz kata orang macam ni tak boleh dipercayai dan tidak bertanggungjawab kerana telah mengkhianati parti. tetapi bagaimana pula dengan tindakan zaid ibrahim yang keluar parti dan mendedahkan kelemahan umno dan bn pada pr. bagaimana pula dengan chua jui meng yang keluar dan menjadi pengikut anwar. mana anwar pergi mesti chua jui meng ada disisi. zaid ibrahim siap dapat jawatan penasihat undang-undang pr lagi. tetapi mereka masih menjadi orang kepercayaan pemimpin PR malah menjadi pujian kepada pemimpin PR.