.

.

18 September 2010

SEKOLAH MENGANDUNG : SEKALI ADA MURID SEKALI TIADA MURID

Beberapa bulan dahulu, Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyatakan bahawa Sekolah Mengandung tajaan beliau sudah mempunyai 3 orang pelajar yang hendak membuat pendaftaran.

Namun beberapa hari lalu, Ali Rusram menyatakan bahawa tidak ada seorang pun yang hendak mendaftar sekarang ini. Beliau menyatakan demikian seperti dilaporkan dalam sebuah media arus perdana.

Hairan bin ajaib, mana satu yang betul ini, sekali kata ada pelajar, lepas kata tiada pelajar pula........

JAMUAN RAYA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MERIAH

Kira-kira 500 orang mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri anjuran PAS Kawasan Bukit Katil bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang sebentar tadi.

Program derma darah yang dijalankan serentak dengan jamuan tersebut juga mendapat sambutan hangat di mana lebih dari 40 orang penderma telah menderma darah masing-masing.

Antara pimpinan PR yang hadir ialah Adly Zahari, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka; Shamsul Iskandar Mat Akin; ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong; Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Dr Khatijah Jumangat; Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Harun Mohamad.

15 September 2010

BUDAYA BUNUH BAKAR TERUS MENULAR

Semenjak kes Altantuya berlaku beberapa tahun kes bunuh dan bakar terus menular dan seolah-olah menjadi budaya di negara kita. Tidak cukup kekejaman membunuh manusia sanggup membakar mayat menjadi abu satu perbuatan yang lebih dari kejam yang tidak dapat saya luahkan dengan perkataan. Pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain adalah rentetan episod kekejaman manusia berhati iblis yang tidak layak di panggil manusia lagi.

Bagi saya kejadian ini bala yang menimpa negara kita kerana pihak berwajib yang gagal mendidik rakyat menjadi rakyat baik, ia juga sebagai bukti sistem pendidikan kita gagal melahirkan insan yang berhati manusia dan bermoral tinggi yang takut kepada Allah. Selain itu keluarga juga gagal memainkan peranan mendiidik anak menjadi warga yang kamil.

Rakyat juga sering dihidangkan dengan angan-angan menjadi kaya sehingga tidak menghiraukan dari mana ia diperolehi. Akirnya mereka mencari harta dengan apa juga cara termasuk melakukan jenayah

14 September 2010

Syukur

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dapat beraya dengan sselamat di kedua-dua desa tercinta di Pengkalan Jaya dan Kuala Lambar. Semoga tahun depan diberikan nikmat sebegini sejali lagi:

Jamuan Hari Raya PAS Bukit Katil 18 Sept

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri pada 18 Sept bertempat di Pejabat PAS Bukit Baru bermula jam 10 pagi. Seluruh rakyat khasnya di Parlimen Bukit Katil dijemput hadir.

13 September 2010

Daulat Tuanku

Hamba mengucapkan daulat tuanku kepada Al Sultan Kelantan yang dimasyhurkan har ini. Semoga negeri Kelantan semakin makmur dan aman di bawah naungan Tuanku.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter