01 November 2019

BOLEHKAH AKU SOKONG PENENTANG HUDUD?

Dulu aku diajar supaya menjadikan hukum hudud sebagai matlamat perjuangan. Sesiapa yang menentang hudud akan ku tentang habis-habisan. Tup-tup sekarang Umno yang sememangnya tidak mahu melaksanakan hudud serta sebuah parti yang namanya berdasarkan kaum yang terang-terang mahu mengambil tindakan mahkamah dahulu dijadikan kawan dan calonnya pada PRK Tg Piai mahu dijulang dan dipuja. Pening aku nak memikirkan halatuju dan apa sebenarnya perjuangan PAS. Jelas sekali perjuangan PAS sama macam MIC, Gerakan dan lain-lain yang mementingkan matlamat politik sebenarnya. Boleh mereka berhukum mengikut selera mereka sendiri.

31 October 2019

PAS/UMNO MASUK PERANGKAP SENDIRI

Sah AWee AJack HuSeng@ Wee Jeck Seng jadi calon BN di #PRKTgPiai, aku jadi orang paling gembira. Bukanlah gembira sebab peluang kemenangan PH jadi cerah. Aku belum berminat nak ambil tahu tentang PRK ini.
Tapi aku gembira kerana Pas akan termasuk dalam perangkap sendiri. Aku semakin gembira kerana ramai rakyat yang berakal akan tersentak dan tersedar betapa #BMF yang Pas dan Umno sebut-sebut terbukti hanya sekadar retorik. Sebenarnya tidak ada salah pun untuk Pas berkempen bagi pihak MCA dalam PRK ini. Sudah namanya politik, perlu ada kerjasama. Dan bila sudah berkerjasama, wajarlah Pas membantu dari segi kempen. Tapi yang menjadikan Pas kelihatan dungu apabila berkempen untuk MCA adalah kerana lajaknya Pas (dan Umno) memainkan isu perkauman dan ketuanan Melayu. Kerana Pas jadikan isu itu untuk menyerang DAP, kini Pas sendiri yang luka. Sana sini Pas menjerit negara ini mesti dipimpin Melayu. Sana sini Pas melaung betapa Islam terancam di negara ini. Dan sana sini juga Pas menghasut betapa Cina mahu hapuskan hak orang Melayu. Tiba-tiba, bila ada PRK, di mana penyandangnya sebelum ini adalah seorang Muslim, Pas boleh serahkan kepada seorang Cina. Di mana ketuanan Melayu kalau Pas cuma nak bantu Cina tambah kerusi? Eh walaun akan jawab. Yang mereka maksudkan Cina DAP. Alahai... Dangkalnya walaun. Patutlah mudah ditipu lebai. DAP bukan parti Cina. Dalam DAP ada Melayu, India, Singh dan Orang Asal selain Cina. Kalau DAP hendak perjuangkan orang Cina sahaja, dah lama DAP terkubur. Tapi dalam MCA yang ada cuma Cina semata-mata Cina. Dan kalaulah Cina mahu berpakat hancurkan Melayu, (KALAU TAU!), MCA adalah tempat berkumpul yang paling sesuai. Bukan parti berbilang kaum seperti DAP! Dan alangkah dungunya apabila parti Cina begitu yang didukung oleh Pas dan Umno, yang kononnya mahu selamatkan Melayu dan Islam yang mereka dakwa terancam di Malaysia. Agaknya apa komen Mufti Perlis? Apapun, PRK ini membuktikan telahan Pas dan Umno untuk membentuk pentadbiran berasaskan Melayu Muslim semata adalah sangat tidak praktikal. Parti politik di Malaysia perlukan kesepaduan dan kerjasama antara kaum untuk kekal relevan. Pas dan Umno (PASUmno), apabila muncul serpihan mereka iaitu Amanah dan Bersatu, maka satu proses tapisan pun berlaku. Pati santan telah keluar dan yang tinggal hanyalah hampas. Lihatlah keputusan politik PASUmno. Itulah bukti betapa hampasnya mereka sekarang ini. C&P

PILIHLAH MELAYU ISLAM DI TG PIAI

DIMANA PRINSIP PAS DITANJUNG PIAI :

Negara dan rakyat Melayu Islam sedang memerhatikan dasar dan arah perjuangan Pas yang kononya berdiri diatas  prinsip untuk menegakkan negara Islam DiMalaysia.  Adakah PAS benar benar berjuang demi menegakkan Negara Islam  atau hanyalah alat dan gula gula manis politik semata mata untuk mengaburi ahli serta penyokong fanatik PAS.

1. MCA adalah sebuah parti yang 100% terdiri daripada cina kafir. MCA juga begitu lantang menentang PAS untuk  mendirikan negara Islam. Banyak bukti dizaman IT ini kita boleh mencari bukti MCA menentang Hudud dan negara Islam sehingga sanggup membiayai 100 peguam untuk menentang Hudud  PAS dimana mana mahkamah.Klik sahaja di internet/google akan terpanculah bukti  bukti MCA lagi teruk dan dajal daripada DAP yang dianggotai juga oleh Melayu Islam didalamnya.

2. Sejarah juga tidak pernah berbohong bahawasanya MCA lebih bersifat 'Ultra Kiasu' berbanding dengan DAP. Ini diakui sendiri oleh Dr. Ridhuan Tee, bekas ahli  seumur hidup MCA yang keluar  daripada MCA kerana setelah berada didalam MCA, rupanyaa  Dr Ridhuan Tee tahu MCA tidak menerima orang Muslim sepertinya. Maknanya MCA menolak sepenuhnya Islam dan orang Melayu. Cuma Umno/BN sahaja yang memberi muka untuk mengaburi ahli Umno. Sedangkan pengakuan Dr.Ridhuan Tee sudah cukup mengambarkan MCA patut  ditolak oleh umat Melayu Islam sepenuhnya.

3. PAS menganjurkan 'Buy Muslim First' aka BMF dalam kehidupan seharian, supaya Melayu Malaysia membeli barang barang buatan Islam serta disokong oleh UMNO . Jelas dan terang bukan. Tidak perlu untuk diterangkan panjang lebar.  Disini kita ingin lihat apakah konsep BMF ini hanyalah retorik Parti PAS dan Umno dan penyokong Umno/PAS yang taksub diperbodohkan sahaja. 'BMF' atau 'VMF' (Vote Muslim First ) adalah perkara  yang sama. Tidak perlu PAS menafikannya atau spin.

4. PAS selalu menyatakan untuk hukumnya WAJIB untuk memilih pemimpin dikalangan orang orang Islam. Kalau dalam mana mana ceramah PAS yang berdegar degar sehingga runtuh bukit tapi busutpun tak songket, ceramah PAS selalu didatangkan dalil Al-Quran untuk membuktikan Kenyataan lobai lobai PAS betul dan benar bahawasanya 'HARAM' untuk Melayu Islam mengundi atau memilih  Kapir atau Non-Muslim atau Cina atau India selain daripada yang beragama Islam dan Melayu.

5. MCA pernah mengugut UMNO untuk keluar daripada  BN sekiranya UMNO  menerima PAS sebagai parti gabungan BN. Amboiii...sungguh hebat,  parti yang hanya tinggal 1 kerusi di Parlimen begitu  berani untuk mengugut  UMNO yang mempunyai sebegitu banyak kerusi di parlimen. Isu ugutan ini juga terjadi dalam isu Ruu355 jika Umno menerima Hudud Pas diparlimen.

Malah kejadian terbaru diTanjung Piai, dimana Presiden Umno diugut oleh MCA supaya jangan gatal mulut untuk mengumumkan calon Tanjung Piai daripada Umno. Jelas UMNO dibawah pimpinan Zahid sebenarnya kerdil, penakut dan mengikut kemahuan dan telunjuk MCA semata mata.

Perkara seperti Dong Jiao Zong (DJZ ), juga kesemua Presiden Umno telah mengikut telunjuk MCA. Cuma Tun M sahaja,  semasa di 2 era pemerintahannya didalam Umno dan PH lantang menolak permintaan DJZ tanpa takut dan dolak dalih. ( Perlu diterima hakikat, Tun M sahaja pemimpin politik Melayu Islam yang naik keatas sebagai Presiden Umno, dulunya dan sebagai Perdana Menteri yang naik tanpa pertolongan daripada bangsa kafir Cina. Sebab itulah Tun M tidak takut kepada kaum Cina dalam politik. Kawan cina memang ada, kita semua pasti berkawan dengan Cina waima pemimpin PAS sendiri tapi Tun M menjadi PM tanpa bantuan daripada cina... tidak seperti PM yang lain atau Presiden Umno yang kecutt bila digertak oleh kafir cina seperti MCA.

6. Seterusnya Perhimpunan Perpaduan Ummah atau Perpaduan Nasional yang diadakan diPWTC serta Himpunan ICERD yang diadakan diPadang Merbok  bersama kekasih PAS iaitu UMNO juga adalah PEMBOHONGAN semata mata. Himpunan tersebut hanyalah wayang drama Melayu untuk mengaburi Bangsa Melayu sahaja. Jika benar  diatas landasan Ummah Melayu, ahli dan penyokong PAS perlulah buktikan diTanjung Piai nanti bahawa mereka telah memilih Cina daripada Melayu.

7. Selalu sangat propaganda pihak UMNO dan PAS yang kerap kali menyalahkan 'Bangsa Lain' dalam kegagalan Bangsa Melayu dalam semua aspek seperti  ekonomi, politik, pendidikan, perumahan, kos sara hidup dan pelbagai aspek lagi. Adakah bangsa lain yang merampasnya atau adakah sebenarnya Umno dan PAS yang memberikan HAK MELAYU tersebut dengan mudah kepada bangsa lain.

Jelas dalam isu Demografi dan PRK diTanjung Piai ini hak Orang Melayu telah dinodai serta diserahkan sewenang wenangnya kepada Cina Kapir MCA untuk menentukan serta merancang dasar  sosio-ekonomi-kehidupan Bangsa Melayu di Tanjung Piai.

Apakah Melayu tidak terpikir nanti sekiranya MCA menjadi Pemimpin Kapir dikawasan milik hak majority Melayu kesannya cukup tinggi dan menyakitkan.

Ia diumpamakan sejarah diawal penaklukan atau pendudukan pihak Israel diPalastine. Dimana bumi penduduk Palastine dipimpin oleh kafir Israel untuk memerintah walaupun Demografi majoritinya adalah milik Palastine.

Adakah Melayu Islam diTanjung Piai sanggup ditipu oleh sandiwara BN/Umno/Pas.....

Sedangkan dizaman arwah Dr. Mohd Farid telah merampasnya kawasan Parlimen Tanjung Piai daripada pemimpin kafir MCA yang angkuh kononya kawasan tersebut adalah milik tradisi turun temurun kaum Cina ( sejak bila? ). Hakikatnya bukan, sebenarnya Tanjung Piai adalah milik tradisi kaum Melayu Islam sejak daripada era kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia patut dipimpin oleh Melayu Islam bukannya Kafir Cina.

Lantas setelah kemenangan menjadi milik Dr. Mohd Farid, arwah berusaha sedaya upaya untuk membawa pembangunan masuk ke Tanjung Piai yang nyata gagal dilakukan oleh MCA dan kerajaan BN/ Umno dahulunya. Walaupun kerajaan pusat dizaman  hayatnya kekurangan dana keewangan untuk disalurkan akibat kleptokrasi penyamun kerajaan Najib Rosmah, namun Arwah Dr. Mohd Farid berusaha bersungguh sungguh meminta peruntukan daripada kerajaan Pusat untuk dibawa ke kawasan Parlimen Tanjung Piai serta membangunkan dengan pelbagai pasarana serta kemudahan masyarakat dan kebajikan lain setelah kerajaan BN/MCA/Umno gagal membangunkan parlimen Tanjung Piai semenjak era Merdeka lagi.

Pilihlah Melayu Islam diTanjung Piai.

Tinta Merah - MSO
Pontian - 30 Oktober 2019.

PRK TG PIAI : AWee Ajack HuSeng MENDOKONG HUDUD


Calon BN PRK Tg Piai didokong sepenuhnya oleh PAS kerana AWee AJack HuSeng adalah 'pendokong' kuat hudud. Sebab itu PAS sokong sepenuh hati. 
Cuba rujuk posting Calon BN tersebut dalam FB peribadi beliau tentang hukum Islam.
Mungkin inilah punca mengapa PAS beriya-iya menyokong Awee AJack Huseng ini. 

AWEE AJAK HUSENG CALON BN PRK TG PIAI

BN meletakkan calonnya Awee Ajak Huseng pada PRK Tg Piai. Ini mungkin bertepatan dengan konsep VMF - Vote 'Muslim' First kerana berdasarkan situasi semasa PAS dan Umno selalu berkempen tentang mengutamakan muslim dalam apa juga keadaan.
Pemilihan Awee Ajak Huseng memang tepat dengan konsep VMF ini.

PRK TG PIAI : MOGA PAS ISTIQAMAH DENGAN 'FATWA' TUAN GURU INI

Diharapkan 'fatwa' Tuan Guru Presiden PAS ini terus valid dan menjadi panduan kepada pengundi-pengundi PRK Tg Piai.
Kita juga mengharapkan PAS berkempen menggunakan 'fatwa' ini supaya pengundi tidak tersalah pilih calon.
Pada PRK Tg Piai ini PH meletakkan Imam Karmaine Sarbini, BN meletakkan Awee Ajak Huseng dan Gerakan mempertaruhkan Wendy Subramaniam
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter