.

.

16 April 2011

TAIB BERPELUANG KUMPUL KEKAYAAN LAGI , ANGKAT SUMPAH SEBAGAI KM PENGGAL KETUJUH

Abdul Taib Mahmud telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada jam 10.30 malam ini di hadapan Yang Di Pertua Negeri Sarawak Abang Muhammad Salahuddin Abang Bariengsworn di Kediaman rasminya. Ini adalah penggal ketujuh Taib menjadi Ketua Menteri. Dengan ini beliau berpeluang untuk terus mengumpul kekayaan seterusnya setelah beliau mempunyai harta berbilion sebelum ini.

Taib boleh sahaja untuk memegang jawatan lubuk emas ini sampai bila-bila pun. Rakyat memang mahu beliau meneruskan dasar-dasar beliau sebelum ini. Tahniah Taib. Rakyat Sarawak memang mahukan Taib menjadi lebih kaya. Rakyat gembiran melihat Ketua Menteri mereka kaya raya mereka miskin tak apa.

PR MENCAPAI KEJAYAAN GEMILANG

Siapa kata PR gagal pada Pilihanraya Negeri Sarawak hari ini. Bagi kita kejayaan DAP menambah kerusi dua kali ganda dari 6 kepada 12, PKR menambah kerusi dari 1 kepada 3, merupakan kejayaan gemilang yang harus dipertingkatkan di masa hadapan. Kejayaan memberikan tentangan hebat sehingga menyebabkan Najib dan Muhyiddin berkampung di Sarawak memberikan signal bahawa BN tidak menang mudah pada PRU ke 13 nanti. Kalau sebelum ini BN sering menjadikan Sarawak sebagai Post Dated Cheque mereka untuk memberikan kerusi bagi membentuk kerajaan pusat kini BN sudah tentu merasa bahangnya. Pada PRU 2008 BN menang hanya kerana sumbangan kerusi dari Sarawak dan Sabah kini BN mula risau. Kemenangan PKR di 2 kerusi luar bandar iaitu Ba'Kelalan dan Krian memberikan harapan baru kepada PR untuk bertapak dengan lebih kukuh di kawasan pedalaman lain. Tanggapan mereka bahawa mereka akan menang mudah di Sarawak dengan sogokan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya adalah meleset. Rakyat hari ini sudah faham dan cerdik untuk menilai parti yang mereka akan sokong. Kini terpulanglah kepada PR untuk merebut peluang keemasan ini. Batu asas yang mereka pacak semasa kempen pilihanraya negeri ini mesti disubur dan dibaja supaya rakyat dapat memahami dan menerima PR pada masa akan datang. Tahniah kepada semua pemimpin dam petugas PR.

PR BUKTIKAN BAHAWA RAKYAT TERUS SOKONG MEREKA

Walaupun PR gagal merampas negeri Sarawak atau sekurang-kurangnya menafikan 2/3 majoriti BN, kejayaan mereka memperolehi 15 kerusi bertambah 2 kali ganda berbanding pilihanraya negeri 2006.

Dengan serangan bertalu-talu sogokan projek, duit dan sebagainya sudah cukup untuk menafikan walau satu pun kerusi PR. Tetapi rakyat tetap menyokong PR khasnya pengundi di kawasan bandar.

Najib sendiri turun padang selama 6 hari tanpa henti bagi memastikan sogokan projek dan janji pilihanraya meyakinkan pengundi.

Semua ini menunjukkan bahawa PR masih mempunyai peluang yang cerah untuk lebih maju pada masa akan datang. Namun yang lebih penting keputusan ini sebenarnya menyuntik semangat PR untuk berusaha gigih pada PRU 13. Peluang terbuka luas kepada PR. Kemesraan dan penerimaan rakyat kepada calon PR amat memberangsangkan. PAS sebagai contoh berjaya menubuhkan berpuluh-puluh cawangan di kelima-lima Dun yang ditandinginya. Sudah pasti ini akan memberikan kelebihan kepada PR pada masa akan datang.

TERKINI : BN BERPESTA DALAM KEBIMBANGAN

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1).

Walaupun BN berjaya mempertahankan kemenangannya di Sarawak dengan majoriti 2/3 tetapi beberapa fakta cukup merunsingkan BN. Antaranya :-

1) Pengundi Cina tetap menyokong PR
2) Kaum Iban mula sedar akan kepincangan BN sehingga memberikan 2 kerusi majoriti Iban kepada PKR iaitu Krian dan Ba'kelalan.
3) Hanya kaum Melayu yang 'solid' memberikan undi kepada BN
4) Sarawak mungkin tidak menjadi 100 % post dated cheque kepada BN untuk masa akan datang.

Bagi PR sesuatu yang serius mesti dilakukan iaitu bagaimana untuk mendapatkan undi orang Melayu.

TERKINI : BN MENANG DENGAN MAJORITI 2/3

Sehingga jam 8.30 : BN memenangi 21 kerusi - PBB (14), SUPP (3), SPDP (1) dan PRS (3).

Pakatan pula menang tujuh kerusi setakat ini - DAP (4) dan PKR (3). Buat masa ini, DAP dan PKR masing-masing mendahului kiraan undi di 11 kerusi lagi.

TERKINI : DAP MENDAHULUI JAUH DI DEPAN 3 DARI 4 DUN DI KUCHING

DAP mendahului dengan bergaya di 3 Dun dan ketinggalan di satu Dun di Parlimen Kuching.

Padungan: DAP (9,193), BN (2,603), majoriti 6,590
Pending: DAP (8,232), BN (3,479), majoriti 4,753
Kota Sentosa: DAP (8,656), BN (5,839), majoriti 2,817
Batu Kawah: DAP (832), BN (1,398), majoriti 566

TERKINI : SEORANG LAGI PRESIDEN PARTI DAPAT MALU

Presiden SUPP, Geoger Chan hampir pasti tewas di Dun Piasau di tangan Ling Sie Kiong (DAP). Ling sedang mendahului dengan majoriti kira-kira 1,800 undi. Hanya tinggal 2 peti undi yang belum dikira. Ianya mustahil bagi Chan untuk memintas Ling kerana jumlah undi kedua-dua peti itu sendiri tidak sampai 1,800 undi.

TERKINI SARAWAK : PKR MENANG DI BATU LINTANG

PKR memenangi satu lagi Dun iaitu Batu Lintang melalui calonnya See Che How dengan majoriti 2426 undi.

TERKINI : GEORGE CHAN PUCAT LESI TERTINGGAL JAUH

Timbalan Ketua Menteri, George Chan pucat lesi apabila sehingga kini masih ketinggalan setelah separuh peti undi dikira.

Ling Sie Kiong (DAP): 4,384
Dr George Chan (SUPP): 2,873
Majoriti: 1,511

TERKINI : PKR MENANG DI BA'KELALAN

Baru Bian berjaya merampas Ba'kelalan dengan majoriti yang tipis. Keputusan ini memberikan tamparan hebat kepada BN yang cukup yakin akan menang di Ba'kelalan.

TERKINI : IKUT TREND PENGIRAAN, DAP AKAN MENANG 10 KERUSI, 2 LAGI 50:50

DAP yakin akan memenangi 10 kerusi berdasarkan trend pengiraan sekarang. Manakala di 2 buah kerusi lain DAP menjangkakan kedua-dua parti mempunyai peluang samarata.

Di Piasau DAP masih mendahului calon SUPP, George Chan.

DAP: 1,088
SUPP: 771
Majority: 317

TERKINI : TIDAK RASMI PAS TEWAS SEMUA KERUSI TAPI LONJAK UNDI

PAS tewas di semua kerusi yang ditandinginya tetapi menunjukkan peningkatan undi yang memberangsangkan di Beting Maro.

TERKINI : TENTANGAN SENGIT PAS BELUM CUKUP UTK KALAHKAN BN DI BETING MARO

N24 Beting Maro (TIDAK RASMI)

PAS - 2,578 undi
BN - 3,014 undi
Majoriti - 436 undi
Undi rosak - 48

TERKINI : DAP MENDAHULUI DI BUKIT ASSEK DAN MERADONG

Bukit Assek
DAP Wong Ho Leng: 301
SUPP Chieng Boon Tuong: 265

Majority: 36

Meradong
DAP Ting Tze Fui: 1,969
SUPP Ling Kie King: 1,170

Majority: 799

TERKINI : TIDAK RASMI BN TELAH MENANG DI 4N KERUSI

BN menang di Balingian, Beting Maro, Belaga, Saribas. BN juga sedang mendahului di Ngemah, Jepak, Katibas, dan Bawang Assan.

TERKINI : TIDAK RASMI TAIB MENANG DI BALINGIAN

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Taib Mahmud berjaya mengekalkan kerusinya di Balingian dengan mendahului lawannya Salleh Jaffaruddin (bebas) dan Suriati Abdullah (PKR) dengan majoriti yang agak besar iaitu kira-kira 600 undi setakat ini. Taib dijangka menang dari trend pengiraan sekarang.

TERKINI : KEDUA-DUA KEM CEMAS TIADA YANG BERANI MENDAKWA AKAN BENTUK KERAJAAN NEGERI

Kedua-dua kem samada PR atau BN tidak berani untuk mendakwa masing-masing akan membentuk kerajaan negeri sehingga ke saat ini. Taib Mahmud juga dilaporkan tidak membuat sebarang sidang media sehingga ke saat ini. Dari laporan yang diterima menunjukkan bahawa kedua-dua parti mempunyai peluang yang seimbang untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yang mudah. Sehingga sekarang PR sedang mendahului di 10 kerusi manakala BN di 7 kerusi.

TERKINI : TINGGAL 100 UNDI BELUM DIKIRA, BARU BIAN DI DEPAN DENGAN 540 UNDI MAJORITI

Baru Bian hampir pasti menang di Ba'kelalan di mana beliau sedang mendahului dengan 540 undi. Tinggal hanya kira-kira 100 undi belum dikira. Ini bermakna Baru berjaya merampas kerusi tersebut yang terletak bersempadanan dengan Kalimantan.

TERKINI : SENGIT DI PIASAU

PIASAU : Timbalan Ketua Menteri George Chan berada dalam keadaan yang amat berdebar kerana dari jumlah undi yang selesai dikira menunjukkan bahawa undi beliau dan pencabarnya Ling Sie Kiong tidak banyak perbezaannya. Kedua-duanya mempunyai peluang untuk menang berdasarkan perbezaan undi yang amat tipis di semua peti undi. Pengiraan terus berjalan.

PRN SARAWAK : PENGIRAAN BARU BERMULA DI SETENGAH DUN

Pengiraan undi di semua pusat pengundian yang ditutup pukul 5.00 petang baru bermula manakala pengiraan undi yang di pusat pengundian yang ditutup jam 12.00 tengahari telah selesai dan menunggu untuk penjumlahan. Petugas-petugas PR di minta sentiasa memantau pengiraan dan penjumlahan dengan rapi bagi memastikan tiada penyelewengan dan penipuan.

TERKINI : BN DALAM KEADAAN CEMAS

Ketua Menteri Taib Mahmud dilaporkan cemas dengan keputusan terkini yang menunjukkan majoriti pengundi Iban menyebelahi PR. Jika ini trend ini kekal dalam proses pengiraan seterusnya kemungkinan besar Taib akan tumbang bersama kerajaannya. Situasi di pusat operasi BN sedikit cemas. Tidak diketahui di mana Taib berada sekarang. Sementara itu keputusan tidak rasmi menunjukkan PR sedang mendahului di 10 kerusi Dun manakala BN mendahului di 7 kerusi. Pengiraan undi di kerusi-kerusi di kawasan Bandar baru bermula. Sudah diketahui umum bahawa kerusi di kawasan bandar hampir pasti tidak memihak kepada BN.

TERKINI : PKR HAMPIR PASTI MENANG DI KRIAN DAN BA'KELALAN

Pimpinan PKR mendakwa bahawa PKR hampir pasti memenangi 2 Dun setakat ini iaitu Ba'Kekalan dan Krian. Di Ba'kelalan PKR sudah mendahului dengan 200 undi dan hanya tinggal beberapa kotak undi belum dikira di mana kesemuanya adalah dari kawasan yang menjadi kubu kuat PKR.

Di Krian PKR mendahului dengan undi 2,335 berbanding SPDP - 1,185. Beberapa kotak undi belum dikira tetapi jumlahnya kecil dan tidak mampu untuk mengubah keputusan tersebut, menurut sumber PKR.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI BN MENANG DI SEMOP

Keputusan tidak rasmi:

BN - 8891
PKR - 3546
Bebas - 538
Majoriti - 3008

KEPUTUSAN TIDAK RASMI BN MENANG DI SEMOP

Keputusan tidak rasmi:

BN - 8891
PKR - 3546
Bebas - 538
Majoriti - 3008

PRN SARAWAK : PAS HAMPIR PASTI GAGAL DI TANJUNG DATU DAN SEBUYAU

Usaha PAS untuk merampas Dun Sebuyau dan Tanjung Datu dilihat sukar kerana setakat undi dikira sekarang BN mendahului PAS jauh di depan.

N 22 Sebuyau
PAS - 612 undi
BN - 1,409 undi
Bebas - 37 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 127 undi
BN - 636 undi
Bebas - 11 undi

BN MENDAHULUI DI 4 DUN

BN mendakwa sedang mendahului di 4 Dun - N3 Tanjung Datu, N20 Sadong Jaya, N24 Beting Maro and N36 Semop - which PAS is contesting.

TERKINI BARU BIAN 596 BN 525

Sehingga kini keputusan tidak rasmi menunjukkan Baru Bian terus mendahului dengan undi kecil iaitu 596 - 525.

PKR DAKWA MENDAHULUI DI 7 KERUSI

Bilik Operasi induk PKR melaporkan bahawa parti mendahului di 7 kerusi setakat ini iaitu N34 Krian, N70 Ba'Kelalan, N53 Kakus, N52 Tamin, N58 Jepak N18 Tebedu, N42 Meluan.

Proses penamaan calon di kerusi tersebut ditutup lebih awal iaitu jam 12 tengahari.

TERKINI SARAWAK : BARU BIAN MENDAHULUI

Calon PKR Baru Bian mendahului calon BN di Ba'kelalan. Baru mendapat 245 undi dan BN 223 sehingga setakat ini

TERKINI SARAWAK : BN DAHULUI DI SARIBAS

Saribas, BN mendahului dengan 343 undi dengan 6 peti undi telah dikira.

TERKINI SARAWAK : PKR MENDAHULUI

12.50 KEPUTUSAN TAK RASMI DARI HQ PKR

Kakus
PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin
PKR - 113
BN - 38

PRN SARAWAK : MUHYIDDIN KENA DILAUNGKAN DENGAN 'BALIK SEMENANJUNG'

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merah padam mukanya apabila dilaungkan dengan perkataan 'balik semenanjung' oleh penyokong PR di Dun Satok. Muhyiddin dilihat melawat beberapa peti undi dalam Dun Satok dengan diiringi calon BN Abang Johari Tun Openg.

PRN SARAWAK : BEBERAPA PUSAT PENGUNDIAN AKAN DITUTUP JAM 1.00 PTG

Beberapa pusat pengundian di kawasan pedalaman akan ditutup jam 1.00 petang ini dan proses pengundian akan dibuat sebaik sahaja proses pengundian ditutup. Adalah dijangkakan beberapa keputusan tidak rasmi pengundian di kawasan pedalaman akan diketuai selepas jam 2.00 petang. Antara kawasan yang terlibat ialah Dun Ba'kelalan bersempadanan dengan Kalimantan.

PRN SARAWAK : SINAR BUAT PAS DI DUN SADONG JAYA

Kalaupun PAS tidak menang di Sadong Jaya hari ini, pemimpin dan ahli PAS mampu senyum lebar kerana PAS diterima dengan baik dan mampu meneruskan kesinambungan perjuangannya di Sadong Jaya. Buktinya PAS berjaya menubuhkan 11 cawangan baru di Dun tersebut suatu perkembangan yang amat membanggakan kita semua.

Bukan mudah untuk menubuhkan sesuatu cawangan. Penubuhan cawangan dalam masa 10 hari adalah satu pencapaian yang amat baik. Tidak syak lagi PAS mempunyai masa depan yang cerah di Sarawak.

TERKINI SARAWAK : PEGAWAI PILIHANRAY BUTA UNDANG-UNDANG

Pegawai Pilihanraya di Peti Undi Rendah Song Kheng Hai, Dun Padungan tersilap menurunkan tandatangannya di kertas undi menyebabkan ramai pengundi membuat bantahan kepada DAP.

Perkara ini dapat diselesaikan setelah pegawai SPR mengaku beliau tersikap. Jamian telah diberi bahawa kertas undi itu akan tetap diterima semasa pengiraan undi nanti. Inilah antara rentetan kelemahan SPR dalam mengendalikan pilihanraya selain dari isu-isu besar yang sering dibangkitkan oleh PR dan Bersih.

PRN SARAWAK : CALON PAS DITERIMA BAIK DI SEMUA DUN

Rata-rata calon PAS diterima baik di semua Dun yang ditandingi. Keadaan ini berlaku sehingga ke hari ini iaitu hari pengundian. Mereka melahirkan penghargaan kepada PAS dan calon PAS kerana sudi untuk mendengar rintihan dan masalah mereka yang telah lama diabaikan oleh kerajaan negeri.


Seorang petugas PAS yang tidak mahu nama disiarkan berkata, jika PAS kalah pun kali mungkin ianya disebabkan oleh rasuah dan sogokan yang dilakukan oleh BN terhadap pengundi. Namun menurutnya PAS berjaya menembusi kubu-kubu kuat BN di banyak kampung, Malah puluhan cawangan PAS bakal ditubuhkan selepas ini setelah mereka mula faham dasar dan hala tuju perjuangan PAS. Kelab Penyokong PAS juga akan diaktifkan di sini di mana masyarakat Iban sudah mesra dan tidak kekok dengan PAS. Ramai antara mereka meminta untuk menyertai PAS dan borang-borang Dewan Himpunan PAS akan segera diedarkan kepada mereka.

PRN SARAWAK : PETUGAS PAS SIBUK KEMASKINI PENGUNDI DATA PENGUNDIAN

Petugas PAS di Dun Beting Maro ketika ini sibuk mengemaskini data pengundi yang telah keluar mengundi. Kumpulan pertama Polling Agent sudah keluar dan membawa data-data tentang pengundi yang keluar mengundi. Menurut maklumat dalaman, peratusan keluar mengundi di Beting Maro agak baik kerana ramai pengundi menunaikan tanggungjawab mereka awal-awal lagi. Petugas PAS dari Kelantan yang mengepalai gerakerja PAS di Dun Beting Maro melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa PAS akan membuat kejutan di Dun ini. Ianya berdasarkan sambutan pengundi kepada PAS sejak sebelum penamaan calon lagi. Menurutnya hari ini juga pengundi lebih ramai mengunjungi khemah PAS dan bertegur sapa dengan petugas dan pimpinan PAS yang ada di kawasan berdekatan. Calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus pula sibuk mengunjungi peti-peti undi sambil bertegur sapa dengan pengundi yang sememangnya mengenali dan menyenangi beliau.

TERKINI SARAWAK : PR BOLEH MENANG TIDAK LEBIH DARI 28 KERUSI?

Malaysiakini meramalkan PR akan hanya menang tidak lebih dari 28 kerusi di mana 19 kerusi dijangkakan akan menangi dengan agak mudah dan 9 kerusi lagi 50:50. Di bawah ini dimuatkan secara detailnya: (Klik imej untuk rajah yang lebih besar). Antara Dun yang dijangka menjadi tumpuan ialah Dun Piasau, Padungan, Ba'kelalan, Bukit Assek, Beting Maro dan lain-lain. Sementara Zentrum Studies pimpinan Dr Abu Hassan menjangkakan sebaliknya di mana PR dijangka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru. Mereka juga menjangkan Taib Mahmud dan George Chan akan juga tersungkur kali ini.

TERKINI SARAWAK : BN BINA PONDOK PANAS ENGKAR ARAHAN SPR

BN nampak berdegil dengan membina pondok panas berdekatan SK Sri Aman Kampung Muhibbah di Simanggang.

Pemimpin DAP diketuai Teresa Kok membuat bantahan kepada SPR kerana pondok panas itu dibina dalam kawasan 50 meter dari tempat mengundi. BN juga memasang banner mereka di kawasan tersebut.

Setelah bantahan di buat petugas BN akhirnya akur dengan arahan pihak berkuasa.

TERKINI SARAWAK : PENGUNDI BERPUSU-PUSU KELUAR UNTUK ELAK HUJAN SEBELAH PETANG

Mengundi berpusu-pusu keluar mengundi hampir di keseluruhan Dun di Sarawak. Situasi berlaku mungkin disebabkan mereka bimbang hujan akan turun pada sebelah petang. Di Muara Tuang, Beting Maro, Tanjung Datu, Sebuyau dan Sadong Jaya keadaan yang sama berlaku. Kelima-lima Dun itu menyaksikan sedikit kemeriahan berbanding Dun lain, kerana petugas PAS kelihatan berkumpul untuk merayu undi di saat akhir. Manakala di Dun lain diberitakan bahawa keadaannya tenang dan senyap. Cuma pengundi-pengundi sahaja yang lalu lalang undi masuk dan keluar selepas mengundi. Petugas-petugas PAS kelihatan sibuk menyapa pengundi dan sesekali menunjukkan gambar calon kepada pengundi. Sumber dalaman PAS juga menyatakan mereka sedang memantau petugas-petugas BN jika berlaku sebarang sogokan dan rasuah terhadap pengundi sebelum dan selepas membuang undi.

PRN SARAWAK : BN LESU DI BETING MARO

Jentera BN kelihatan amat lesu di Beting Maro. Di sekitar kawasan pembuangan undi petugas PAS memonopoli kawasan itu dengan banner, bendera dan gambar calon. Salah seorang pemimpin PBB tempatan (tidak mahu namanya disiarkan) sendiri mengakui bahawa BN mempunyai tugas berat untuk mempertahankan Beting Maro. Menurutnya beliau tidak boleh berbuat apa kerana BN tersilap memilih calon yang menyebabkan pengundi marah. PAS telah menumpukan segala kekuatannya di Dun Beting Maro dengan kepakaran dan komitment dari petugas-petugas Kelantan. Pengundi terus berpusu-pusu keluar mengundi. Keadaan cuaca agak baik.

TERKINI SARAWAK : PENGUNDI BERPUSU-PUSU KUNJUNGI KHEMAH PAS

Khemah yang didirikan tidak jauh dari kawasan pembuangan undi berpusu-pusu dikunjungi oleh pengundi untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih. Pengundi yang tiba dari kawasan pedalaman dengan bot panjang kelihatan tidak kekok dengan PAS dan kelihatan gembira untuk menunaikan tanggungjawab mereka. PAS dijangka memberikan tentangan sengit di Dun ini sehingga memaksa Najib turun berkempen di Beting Maro.

PRN SARAWAK : PENGERUSI MAFREL TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI SARAWAK

Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh tidak dibenarkan memasuki Sarawak sebentar tadi. Beliau ditahan dari memasuki Sarawak di Lapangan Terbang Kuching. Sebelum ini Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga juga mengalami nasib yang sama.

15 April 2011

PRN SARAWAK : RAMALAN TERKINI PEMERHATI POLITIK

'Survey' terkini Pemerhati Politik bebas sehingga jam 6.00 petang tadi ialah seperti berikut :-

BN : 52

DAP : 13

PKR : 5

PAS : 1

SNAP : 0 BEBAS : 0


(BN 52 PR 19)


Kedudukan ini menurut pemerhati bebas itu adalah disebabkan sogokan, ugutan dan habuan kebendaan serta projek yang dilakukan oleh BN dengan menggunakan strategi tradisinya itu. Dua hari sebelum ini kedudukan ialah BN - 40, DAP - 14, PKR - 15 dan PAS - 2.


Namun jika kedudukan diatas kekal yakni BN 52 dan PR 19, ia merupakan kejayaan besar bagi menghadapi PRU 13. Walaupun gagal memperolehi 2/3 namun ianya sudah cukup untuk menggerunkan BN bagi menghadapai PRU 13. Najib mungkin berfikir panjang untuk membubarkan Parlimen.

PRN SARAWAK : HATI-HATI BN GUNA SAMSENG UNTUK KAWAL SOGOKAN WANG

"Hati-hati BN guna samseng malam ini untuk laksanakan kerja menyogok pengundi" itu nasihat salah seorang pemerhati politik yang agak berpengalaman tentang Pilihanraya Sarawak.


Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan berkata perkara biasa bagi BN menggunakan samseng untuk mengugut dan menyogok pengundi dan mereka akan bertindak ganas jika tugas mereka dihalang.


"Mereka ini kebanyakkannya makan upah, tidak hirau apa kerja kena buat asal upahnya lebat" tambah beliau.


Oleh itu kepada petugas-petugas PR diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mesti melaporkan apa juga masalah kepada pimpinan. Tugas memantau dan menjaga keselamatan malam ini sangat penting bagi memastikan tiadanya kerja-kerja sogokan dan rasuah BN.

PRN SARAWAK : POLIS HALANG CERAMAH PR

Polis Kuching cuba menghalang ceramah akhir DAP yang dijalankan di Bandar Kuching awal malam ini.


Berlaku tolak-menolak antara penyokong DAP dengan Polis yang akhirnya menyaksikan Polis mengalah dan beredar dari kawasan ceramah. Ternyata Polis terus cuba menghalang kemaraan rakyat sedangkan perhimpunan dan ceramah sebegini tidak pernah berlaku kekacauan atau rusuhan.


Kira-kira 25,000 orang hadir pada ceramah kemuncak DAP tersebut.


Sementara itu ceramah DAP di Sri Aman terpaksa dialihkan ke sebuah restoran kerana Polis tidak membenarkan ceramah di kawasan lapang di Pekan itu.


Perkembangan jelas menunjukkan bahawa SUPP bakal mengikut jejak langkah Gerakan di Pulau Pinang apabila ditumbangkan oleh rakyat dengan malunya. Kemungkinan besar George Chan akan menerima nasib yang sama seperti Koh Tsu Kon.

TERKINI SARAWAK : SEMUA RUMAH PANJANG DAN KAMPUNG DIAWASI PETUGAS PR

Petugas PR bertungkus mempertahankan benteng terakhir mereka dari dicerobohi BN yang sedang giat menyogok pengundi. Seperti biasa di akhir-akhir masa kempen BN akan menyogok pengundi dengan wang bagi memastikan pengundi memangkah BN esok. Petugas PR sudah mula mengambil tempat masing-masing di kesemua rumah panjang dan kampung-kampung di Sarawak bagi memantau kegiatan haram BN yang tidak pernah takut dan segan untuk merasuah pengundi.


Menurut sumber dalaman PR petugas-petugas ini telah ditempatkan di semua rumah panjang di mana jumlahnya lebih dari satu orang untuk satu rumah panjang. Petugas ini ada yang terdiri dari penghuni rumah panjang itu sendiri atau penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan rumah panjang tersebut. Mereka sudahpun dilatih dan diajar tentang undang-undang pilihanraya bagi menangkap sesiapa juga yang cuba merasuah penduduk kampung dan rumah panjang.


Untuk esok PR sudah pun mengatur rancangan untuk memastikan kegiatan membeli dan menjual undi tidak berlaku di kawasan pengundian atau kawasan berdekatan.


Sumber dalaman itu memberitahu bahawa BN akan melancarkan gerakan menyogok pengundi besar-besaran mulai malam ini sehingga tamat pengundian esok. Petugas-petugas diluar pusat pengundian sudah pun dilantik di semua Dun. Selain itu Polling Agent juga sudah pun ditaklimatkan tentang tugas-tugas bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya penipuan semasa proses pengundian.


Manakala petugas Counting Agent pula telah dilatih supaya faham bagaimana untuk memantau proses pengiraan dan penjumlahan. Mereka semua telah ditaklimat tentang kemungkinan penipuan-penipuan yang biasa dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Pendekata BN tidak mempunyai ruang untuk menipu, menyogok dan mengugut jika petugas PR benar-benar menjalankan tanggungjawab dengan komited, berani dan berstrategi.

PRN SARAWAK : SEMAKIN BANYAK WANG DITABURKKAN?

Makluman dalaman yang diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai, lebih banyak wang ditabur dan disogokkan kepada pengundi-pengundi di Sarawak terutama yang tinggal di luar bandar. Ejen-ejen parti tertentu (semua orang sudah tahu parti mana) berkeliaran mencari 'mangsa' untuk disogokkan bagi memastikan pengundi 'terhutang budi' dan mengundi BN esok. BN sudah tenggelam punca dan takut kepada bayang-bayang sendiri sehingga terpaksa menggunakan taktik yang diharamkan Islam dan undang-undang.


Namun begitu BN seperti sudah berputus asa dengan pengundi di kawasan bandar di mana mereka ini tidak termakan dengan rasuah dan sogokan. Kesemua Dun di kawasan bandar hampir pasti dimenangi oleh PR.


Di kawasan pedalaman, rumah-rumah panjang mereka bukan sahaja mendapat wang tetapi juga disogokan dengan pelbagai habuan dan janji-janji projek yang entah bila akan dibuat.

PRN SARAWAK : UBAH SEKARANG ATAU TIIDAK BERUBAH SAMPAI BILA-BILA

Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak kali ini adalah medan terbaik untuk rakyat Sarawak mengubah kerajaan yang ada. Ubah dari kerajaan yang korup kepada kerajaan bersih seperti yang ditunjukkan oleh PR di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.


PRN kali ini adalah peluang terbaik untuk rakyat Sarawak menukar kerajaan kerana ramai dari kalangan mereka khasnya pengundi Tionghua mahu berubah. Kini tinggal pengundi Melayu-Melanau, Iban dan kaum lain sahaja yang mesti turut sama meneladani kaum Cina. Kali ini adalah peluang terbaik untuk ubah kerana kerajaan yang ada ini korup, pemimpinnya kaya raya rakyat miskin, gagal menyediakan kemudahan asas untuk kawasan pedalaman dan sebagainya. Jadi jika rakyat Sarawak tidak mengambil peluang kali ini maka susah untuk mereka mendapat peluang serupa ini pada masa akan datang.


Oleh itu rakyat Sarawak mesti berubah dengan mengundi PR bagi membentuk kerajaan baru yang telus, adil, bersih dan sentiasa memikirkan kesusahan rakyat bukan untuk kesenangan peribadi.

14 April 2011

TERKINI SARAWAK : MENTERI MAKAN GAJI BUTA?

Menteri-menteri kabinet dengan diketuai Najib dan Muhyiddin nampaknya mungkin makan gaji buta disamping menghabiskan duit rakyat dengan kapalterbang, helikopter, makanan, penginapan dan elaun yang kesemua menggunakan duit rakyat. Adakah anda yakin mereka menggunakan duit parti BN atau duit saku sendiri untuk turun berkempen di Sarawak. Boleh percaya ke pemimpin BN sejujur itu??????????

Jika anda berkunjung ke pejabat-pejabat menteri di Putra Jaya dan tempat-tempat lain sudah tentu pejabat mereka kosong kerana sebahagian besarnya berada di Sarawak. Ada yang terus berkampung di sana dan ada yang berulang-alik ke Sarawak macam pergi pejabat dan balik pejabat sahaja.

Kita yakin rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak redha walaupun satu sen pun duit mereka digunakan oleh pemimpin BN untuk kempen BN.

TERKINI SARAWAK : PAS BUAT KEJUTAN DI SARAWAK

Sejarah akan tercipta di mana PAS akan memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Dun pada Pilihanraya Negeri Sarawak Sabtu ini. Keyakinan berdasarkan tinjauan dan pemerhatian petugas PAS sejak dari penamaan calon lagi. Rakyat di Dun Beting Maro telah menunjukkan sokongan luar biasa kepada calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dan ini amat membimbangkan BN.


Keyakinan ini ditambah lagi dengan maklumat dalaman BN yang menyatakan bahawa Beting Maro termasuk dalam kategori kawasan hitam di mana setakat ini terdapat 19 kerusi hitam BN. Malah kedatangan Najib di Pekan Pusa di dalam Dun ini semalam juga disambut dingin oleh rakyat di Beting Maro.


PAS mesti mempertahankan momentum ini dan cuba meningkatkannya. Di samping itu petugas PAS mesti mengawasi setiap inci Dun ini bagi mengelakkan berlakunya ugutan, sogokan dan segala kerja jahat BN. Daripada 71 kerusi yang menjadi rebutan dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, BN dijangka memenangi 43 kerusi, manakala 28 lagi merupakan kerusi panas, dengan Pakatan mendahului di 19 kerusi dan sembilan lagi 50-50.

TERKINI SARAWAK : PROJEK DITABUR, WANG DIHAMBUR

Projek dihamburkan berjumlah jutaan ringgit. Kini 2 hari sebelum pengundian BN mula menaburkan wang sogokan kepada pengundi sebagai jalan terakhir untuk memenangi hati pengundi Sarawak.


PR mendakwa kaum Iban yang tinggal dirumah panjang menerima RM50 seorang sebagai wang sogokan supaya mengundi calon BN.


Perkara ini bukan mustahil kerana ia sememangnya menjadi taktik tradisional BN untuk menang. BN bukan sahaja sanggup menyogok RM50 malah RM5000 pun mereka boleh beri. PR mesti mencari jalan segera untuk mengekang perkara ini.

TERKINI SARAWAK : NAJIB TERUS GELABAH

Tiap-taip hari Perdana Menteri kita mengumumkan projek-projek baru bernilai ratusan juta malah mungkin mencecah biion. Dari sebuah masjid hingga komplek imigresen dan sebagainya diumumkan akan dibina di Sarawak. Semuanya sebagai umpan dan gula-gula kepada rakyat negeri Sarawak agar memberikan undi mereka kepada BN Sabtu ini.


Najib sudah lupa bahawa rakyat Sarawak sudah bijak dan tidak mudah termakan dengan umpan pembangunan kerana mereka telah serik. Beliau benar-benar tertekan sehingga terpaksa mengaku bahawa BN berada dalam keadaan nazak sekarang.


Sebelum ini pemimpin BN tidak pernah bercakap merendah diri menyatakan bahawa BN hanya mahu membentuk kerajaan dengan majority mudah. Jika menang dengan majority 2/3 itu dikira sebagai bonus bagi mereka.


Semalam Najib tanpa diduga mengeluarkan kenyataan sedemikian yang mengejutkan banyak pihak. Samada kenyataan Najib itu ikhlas atau sebagai strategi beliau untuk membuatkan PR over confident tidaklah kita ketahui. Tetapi banyak pihak sebenarnya memang sedar BN berada dalam keadaan terdesak dan menggelabah.

13 April 2011

PRN SARAWAK : NAJIB MENGAKU KALAH

Najib mula sedar bahawa BN menghadapi saat paling getir pada Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini.


Kalau sebelum ini Najib sentiasa bercakap besar bahawa BN akan menang mudah, hari ini nada percakapan Najib kendur sekendur-kendurnya. Beliau berkata bahawa kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri Sawarak pada 16 April ini adalah satu 'bonus'.


Katanya, ini kerana sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri, yang hanya memerlukan kemenangan majoriti mudah. Setahu kita BN tidak pernah meletakkan sasaran membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada setiap kali pilihanraya.


Kenyataan Najib ini hanyalah untuk mengelakkan BN mendapat malu jika ditakdirkan BN gagal membentuk kerajaan negeri Sarawak dengan majoriti 2/3. Kenyataan beliau hari ini memang di luar dugaan kerana BN sebelum ini sentiasa percaya bahawa Sarawak adalah kubu kuat mereka, amat sukar untuk PR menang walaupun satu kerusi sebelum pilihanraya negeri 2006.


Namun begitu diharapkan jentera PR tidak mudah 'over confident' dengan kenyataan Najib ini. Mungkin beliau mempunyai helah tertentu untuk melekakan PR agar berpuashati dengan penerimaan rakyat sekarang.


Jentera PR mesti terus mara memberikan penerangan kepada rakyat tentang kewajipan menolak BN secara total. Sentiasa inci lubang dan ruang yang boleh diterobos oleh BN dengan cara penipuan dan penyelewengan mesti ditutup dan dikawal rapi.

TERKINI SARAWAK : BN MENDAHULUI DI SEMUA KERUSI

BN sudah pasti mendahului di semua kerusi yang ada undi pos walaupun proses pengundian hanya akan berlangsung pada 16 April.


Pada hari ini proses pengundian pos telah bermula melibatkan semua pengundi pos dan kita semua tahu undi pos sudah pasti lebih dari 90 % akan memihak kepada BN.


Samada ianya telus atau tidak sudah pasti PR akan 'hilang deposit' untuk undi pos.

Sebab itulah blog ini berpendapat BN awal-awal lagi mendahului di semua kerusi Dun yang ada undi pos.


Proses pengundian bagi undi pos bermula hari ini. Undi pos memang sejak dari dahulu menjadi 'post dated' cheque bagi BN. Pelbagai pihak sudah lama mempertikaikan ketelusan undi pos ini.


Gambar : Malaysiainsider

MALAYSIAKINI KENA SERANGAN MAUT, ANGKARA SIAPA?

Sejak dari semalam Malaysiakini tidak dapat diakses kerana masalah serangan siber. Para pembaca gagal mendapatkan info terkini tentang apa juga isu di negara kita terutama berkaitan Pilihanraya Sarawak. Serangan ini merupakan angkara terbaru puak-puak jahat yang sengaja mahu menutup maklumat dari sampai kepada rakyat. Sudahlah media arus perdana diharamkan dari memuatkan cerita positif PR kini laman web pula dikacau dan digodam. Serangan siber yang bermula jam 11 pagi semalam menyaksikan semua pelayan (servers) Malaysiakini gagal berfungsi serentak dan menyebabkan ia tidak boleh diakses oleh pembaca. Sehingga jam 6.00 petang semalam, laman web Malaysiakini masih tidak boleh diakses kepada pembaca selepas semua pelayannya (server) gagal berfungsi sejak jam 11 pagi tadi. Pembaca tidak dapat membaca berita yang dikendalikan di pelayan yang dihoskan di dua pusat data - TM Brickfields dan Jaring. Petugas teknikal Malaysiakini sedang berusaha menyelesaikan ganguan itu sejak pagi tadi dan telah mengenalpastinya sebagai serangan 'denial-of-service attack'. Orang jahat memang kerjanya melakukan kejahatan. Apa juga ruang untuk memastikan orang baik tidak diterima oleh rakyat akan digunakan oleh orang jahat. Rakyat mesti menyedari perkara ini dan menolak orang jahat dari menjadi pemimpin kita.

RAKYAT MELAKA TERIMA BALA?

Rakyat negeri Melaka menerima bala terbaru apabila tarif air dinaikkan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Kenaikan tersebut melibatkan kenaikan 10 sen bagi penggunaan 15 liter padu dan 25 sen bagi penggunaan 25 liter padu. Tarif baru ini dicatatkan dalam bil air terbaru.


Tarif sebelum ini ialah pada kadar 55 sen untuk penggunaan 15 liter padu dan 85 sen untuk 25 liter padu. Kadar baru ialah 65 sen untuk 15 liter padu dan 1.05 sen untuk 25 liter padu.


Seorang pengguna Yan Semail, 44 dari Bukit Baru berapa kesal dengan sikap kerajaan negeri dan SAMB yang menaikkan tarif air di saat rakyat berada dalam keadaan terhimpit oleh kerana kenaikan harga minyak dan barang.


"Rakyat Melaka mesti bangkit menolak kerajaan BN kerana menaikkan tarif air sesuka hati"


"Kita tidak boleh duduk diam lagi, air naik, minyak naik, barang naik semua naik betullah orang kata BN Barang Naik" ujar Yan.


Kenyataan beliau ini disokong oleh rakannya Zain Pakeh, 46 yang juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak prihatin terhadap masalah rakyat.


"Dah lah kita semua hidup susah sekarang, lepas ini lagi susah semua naik".


"Inikkah yang dikatakan rakyat didahulukan, ini dahulu kena bukan dahulu dapat nikmat" kata Zain.

PRN SARAWAK : SIAPA PUNYA ANGKARA MENYEBABKAN RAKYAT DHAIF?





Rumah-rumah seperti dalam gambar ini masih banyak dijumpai di Sarawak. Rakyat yang dhaif dan miskin jumlahnya ramai di Sarawak. Kemudahan asas amat teruk. Persoalannya apa yang kerajaan BN Sarawak buat setelah 48 tahun merdeka. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa BN gagal. Yang kaya raya pemimpin BN manakala rakyat dibiarkan hidup dalam kedhaifan dan kesengsaraan.


Siapa punya angkara semua ini kalau bukan Bee End (BN).

PRN SARAWAK : TOLAK POLITIK TIPU, UGUT DAN RASUAH

Pengundi Sarawak diharapkan dapat mengajar BN yang terus meneruskan mengamalkan politik tipu, ugut dan rasuah. Setiap kali kempen pilihanraya BN akan menggunakan kaedah tradisi mereka yang jelek dan jijik ini untuk menang. Taktik dan stratego kotor ini akan digunakan semaksimum mungkin jika BN merasakan mereka dalam keadaan terdesak dan nazak.


Menjelang hari mengundi 16 April ini BN dijangka meningkatkan kerja-kerja jijik ini kerana ada laporan yang menyebut bahawa BN akan kehilangan banyak kerusi di kawasan bandar-bandar besar dan beberapa kawasan di pedalaman.


Isu-isu seperti tanah adat (NCR), kemudahan asas dan kemiskinan terus menghantui rakyat Sarawak. Ianya memang tidak pernah diselesaikan oleh BN di banyak kawasan pedalaman walaupun Sarawak telah merdeka bersama Malaysia 48 tahun dahulu. Bayangkan bagaimana sebuah negeri yang telah merdeka 48 tahun tetapi masih tidak mempunyai kemudahan asas sedangkan di masa yang sama pemimpin kaya raya dengan harta berbilion ringgit. Apa makna semua ini????.


Inilah yang menyebabkan rakyat Sarawak mula sedar dan bangkit menentang kerajaan yang ada sekarang. Penentangan ini akan diterjemahkan di dalam peti-peti undi pada 16 April. Oleh kerana itulah pemerhati politik bebas menjangkakan BN akan menggunakan taktik penipuan, ugutan dan penyelewengan dari semua aspek untuk memastikan kuasa mereka tidak diragut oleh rakyat.


Think Tank BN mungkin sedang merangka dan merencana taktik dan strategi licik untuk memenangkan BN dalam masa 2 hari yang berbaki ini.

TERKINI SARAWAK : NAJIB DAN TAIB PUCAT LESI

Memang wajar jika Najib dan Taib pucat lesi melihat kepada situasi sekarang ini di mana rakyat secara terang-terang menolak BN pada program-program yang dijalankan. Tiada lagi ketakutan terhadap ugutan dan gertakan samseng jalanan BN.


Rakyat bebas memilih bakal Ketua Menteri yang mereka sukai asalkan bukan Taib (menurut sumber dalaman BN sendiri. Seperti PRU 2008 rakyat bangkit menolak BN khususnya di Semenanjung kerana sindrom ABU (Asal Bukan Umno/BN).


Kini sindrom yang sama melanda Sarawak dan inilah yang membuatkan Najib dan Taib bersengkang mata mendengar laporan SB-SB dan informer-informer mereka hampir setiap malam agaknya.


Dari sehari ke sehari kebangkitan rakyat semakin bertambah dan jumlah yang hadir pada ceramah PR semakin meningkat. Apa yang boleh dilakukan oleh BN ialah memburuk-burukkan PR di dalam media dan meneruskan kerja-kerja menyogok dan mengugut pengundi. Selain itu tipu muslihat mereka semasa proses pengundian dan perjumlahan juga akan digunakan semaksima mungkin bagi merealisasikan nafsu buas gila kuasa mereka.


Najib tidak duduk diam sejak awal pagi lagi sudah bergerak ke 'site' menemui pengundi dan bermanis muka untuk menarik sokongan dan simpati rakyat. Najib dan BN sebenarnya sudah terlewat kerana rakyat sudah muak dan meluat dengan lakonan pemimpin BN ala cerita hindustan.


12 April 2011

PRN SARAWAK : BN TIADA JALAN MESTI PAKSA TAIB UNDUR UNTUK MENANG

BN benar-benar tergugat dan serba salah. Kemarahan rakyat kepada Taib Mahmud membuak-buak. Sehari dua ini penentangan rakyat termasuk dari pedalaman terhadap Taib dizahirkan secara terang-terangan. Namun Taib tetap berdegil dan perasan bahawa dirinya masih dipuja dan dipuji rakyat sedangkan hakikat sebenarnya bukan begitu. Taib hanya dipuja dan diruji oleh Ragad sahaja setakat ini.


Najib dan Muhyiddin serba salah. Disuruh berhenti Taib tak mahu, dipaksa berhenti takut Taib marah........Najib seola-olah tidak sedar bahawa dirinya berkuasa untuk melucutkan jawatan Taib.


Jadi kalau Najib takut untuk memberhentikan Taib, rakyat akan berbuat demikian pada 16 April tunggu!!!!!!!!!!


Jika Najib tidak paksa Taib berhenti, alamat BN akan kalah, banyak kerusi akan terlepas ke tangan PR dan tidak mustahil BN akan tumbang di Sarawak.

TERKINI SARAWAK : TAIB TIPU NAJIB, NAJIB TIPU RAKYAT?????

1) Najib kata Taib akan berundur, bila tidak diketahui. 2) Najib gagal paksa Taib berundur 3) Taib enggan undur, Najib malu 4) Taib kata nak terus jadi Ketua Menteri beberapa tahun lagi (10 tahun pun mungkin ???) 4) Taib enggan undur, Najib tipu rakyat kata Taib hendak undur?????

RASUAH PENGUNDI SEMAKIN MENJADI-JADI

BN mula menggiatkan tindakan merasuah pengundi bagi memenangi pilihanraya negeri Sarawak. Malaysiakini melaporkan bahawa BN memberikan RM1000 kepada pengundi di Dun Ba' kelalan iaitu Dun di mana calon PKR Baru Bian bertanding dan dijangka akan menang. BN benar-benar terdesak dan takut Baru menang sebab itulah mereka bermati-matian mahukan Baru tewas kali ini. Mereka tahu jika Baru tewas dan ditakdirkan PR menang majoriti di Dun Sarawak, PR mungkin terpaksa mencari calon untuk jawatan Ketua Menteri. BN tidak sedar bahawa PR mempunyai ramai pemimpin berkaliber dan bersih bagi mengetuai kerajaan negeri. Tidak seperti BN yang ketandusan pemimpin bersih, telus dan bebas dari kontroversi. Tindakan merasuah pengundi ini bukan cerita baru malah BN memang terkenal dari dahulu, kini dan harap-harap tidak selamanya menjalankan kerja dosa dan tidak bertamadun itu. Selain itu adalah diharapkan SPR dan SPRM menjalankan kewajipan mereka menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perasuah-perasuah ini demi kesejahteraan negara dan rakyat.

PRN SARAWAK : KEDUDUKAN TERKINI PR DAN BN

'Survey' yang dijalankan oleh beberapa pihak termasuk pemerhati bebas menunjukkan bahawa PR semakin hebat mengasak BN terutama di kawasan bandar dan separa bandar. BN benar-benar berada dalam keadaan yang amat gelabah kerana mereka seboleh-bolehnya mahu mempertahankan majoriti 2/3.


Namun di pihak PR, mereka meletakkan target yang lebih tinggi selepas melihat sambutan yang amat baik dari rakyat dalam kempen-kempen mereka khasnya selepas 4 hari penamaan calon. Sebelum ini PR meletakkan sasaran untuk menafikan majoriti 2/3 kerusi BN, tetapi ada sumber yang menyatakan PR sekarang mengubah target mereka untuk merampas kerajaan negeri dari BN dengan 'simple majority'.


Dari 'survey' dan feedback penganalisis politik bebas, kedudukan terkini ialah PR sedang menguasai 23 kerusi setakat ini di mana mereka hanya memerlukan satu kerusi lagi untuk menafikan majoriti 2/3 BN.


Dari 23 kerusi yang dikuasai PR, DAP menguasai 12 kerusi, PKR 10 dan PAS 1. Untuk menguasai kerajaan negeri secara 'simple majority' PR mesti menambah 13 kerusi lagi. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku kerana angin perubahan sedang rancak berlaku dan ianya sedang bergerak dari kawasan bandar kepada separa bandar dan pedalaman.


Semua kerusi di bandar-bandar utama bakal jatuh ke tangan DAP dan PKR kecuali satu atau dua kerusi yang ditandingi oleh 'Giant' dari BN seperti George Chan yang masih dikuasai oleh BN. Namun ianya boleh dikatakan 50:50.


Kini PR hanya perlu mengekalkan momentum sokongan rakyat di bandar-bandar utama dan meningkat kira-kira 5 % undi di kerusi-kerusi separa bandar dan pedalaman untuk menumbangkan Taib Mahmud.


Namun begitu pemerhati politik berpendapat BN tidak akan membiarkan PR meneruskan kemaraannya dan parti itu sedang mengatur strategi yang dikatakan akan melumpuhkan terus PR di saat-saat akhir. Strategi mereka dikatakan mempunyai beberapa kaedah antaranya strategi 'halal' dan 'haram'. Halal maksudnya yang tidak menyalahi undang-undang dan haram ialah yang melibatkan penipuan, ugutan, penyelewengan, tipu muslihat dan sebagainya.


PR sebenarnya mempunyai tugas yang amat berat untuk menggagalkan strategi dan taktik BN terutama yang HARAM yang jika tidak dilakukan secara teliti, komited dan bersungguh-sungguh ianya sudah pasti akan menyebabkan pemimpin PR dan penyokongnya berputih mata. BN tidak akan menyerahkan negeri Sarawak dan satu kerusi Dun dengan senang dan mudah. Najib pernah berkata BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan BN terus berkuasa dan Putra Jaya tidak terlepas ke tangan PR.

TERKINI SARAWAK : CERAMAH PR TERUS MANTAP, CERAMAH BN MALAP

Sokongan rakyat kepada PR memang tidak dapat dibendung lagi. Malam ini ceramah DAP di Miri berjaya mengutip derma sebanyak RM28,588 memecahkan rekod sebelum ini. Rakyat bukan sahaja mahu mendengar ceramah bahkan memberikan derma untuk dana pilihanraya bagi menumbangkan BN yang angkuh dan zalim. Hampir semua ceramah PR di Bandar mencatatkan jumlah yang ramai berbanding malam-malam sebelumnya. Kemarahan rakyat kepada BN membuak-buak tidak dapat ditahan lagi umpama menahan air dengan tangan air tetap dapat keluar.

11 April 2011

MUHYIDDIN MELAMPAU TERANG-TERANG SALAH GUNA KUASA

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin benar-benar melampau, apabila secara terang-terangan menggunakan program kementerian yang menggunakan duit rakyat untuk berkempen bagi BN. Apakah Muhyiddin tidak dapat membezakan program politik dengan program kementerian yang jelas menggunakan duit rakyat, kemudahan awam dan sebagainya. Jika benar untuk berkempen untuk BN janganlah gunakan program kementerian untuk berkempen kepada guru-guru. "Saya menggesa kepada semua, supaya membantu BN untuk menang besar di Sarawak, hanya pangkah 'x' dekat lambang BN pada kertas undi" kata Muhyiddin kepada kira-kira 400 orang guru pada program perjumpaan 'Self Improvement for educator' di Sibu petang tadi. Jelas sekali bermula dari JKKK kampung/Ketua Cawangan hinggalah Presiden Umno/Pengerusi BN semuanya tidak faham yang mana harta rakyat/awam, duit rakyat dan yang mana BN punya. Pada mereka semuanya harta BN dan boleh digunakan tanpa segan silu. Blog ini yakin rakyat Malaysia tidak akan redha duit rakyat digunakan oleh BN untuk kempen BN. Rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menuntut walaupun satu sen di Padang Mahsyar nanti.

NAJIB TAKUT TAIB MAHMUD, GAGAL ARAH TOK UBAN UNDUR DIRI

Sepatutnya Pengerusi BN adalah orang yang paling berkuasa dalam menentukan samada seseorang itu boleh kekal sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri. Namun terbukti Najib takut kepada Taib apabila Ketua Menteri Sarawak secara terang-terang enggan berundur dari jawatan tersebut.


Malah malam ini Taib secara terbuka menyatakan beliau tidak akan berundur dalam masa terdekat tetapi hanya akan berbuat demikian dalam beberapa tahun lagi. Maknanya terpulang kepada beliau bila mahu berundur. Kalau sepuluh tahun lagi maka sepuluh lagilah rakyat Sarawak akan berketuakan beliau walaupun rakyat sudah meluat kepadanya.


"Saya merayu kepada generasi muda, masanya akan sampai. Bila saya berhenti dalam beberapa tahun lagi, saya harap golongan muda akan menyokong pengganti saya" kata di hadapan Najib pada program konsert 1Malaysia di Padang Merdeka di Kuching malam ini.


Selamba sahaja Taib mengeluarkan kenyataan tersebut dihadapan Najib tanpa rasa takut dan segan. Najib pun tak boleh menahan dan tidak berani menyanggah keputusan Taib walaupun Najib tahu rakyat sudah jelak dan muak kepada Taib yang didakwa seorang bilionaire.


Jadi hanya satu cara sahaja untuk menjatuhkan Taib iaitu mengundi calon-calon PR supaya BN tidak dapat membentuk kerajaan negeri pada 16 April ini atau lebih mudah untuk pastikan Taib tersungkur ialah mengundi Suriati Abdullah calon PKR bagi DUN Balingian yang menentang Taib.


Dengan itu barulah Taib sedar bahawa rakyat mempunyai kuasa. Najib juga perlu disedarkan supaya tidak lembik dan lesu tidak berani bertindak kepada orang bawahannya yang menjadi liabiliti kepada BN.

BN AKAN GUNA TAKTIK JAHAT UNTUK MENANG

Melihat kepada perkembangan terbaru gelombang rakyat BN di Sarawak khasnya di kawasan bandar BN dijangka menggunakan apa juga cara (matlamat menghalalkan cara) untuk menang. Puluhan ribu rakyat menzahirkan sokongan terbuka pada setiap kali ceramah PR di Kuching, Sibu, Miri dan lain-lain membuat BN tidak senang duduk. Maklumat dalaman yang boleh dipercayai BN sedang merencanakan taktik kotor di saat akhir dengan menggunakan semua jentera mereka samada jentera parti malah jentera kerajaan yang sekian lama menjadi kuda tunggangan BN. Taktik tradisional mereka membeli undi, merasuah pengundi, mengugut, membawa pengundi upahan (pengundi hantu), menipu ketika pengiraan dan penjumlahan undi, membawa undi dengan helikopter dan menipu serta apa juga taktik sudah pasti menjadi senjata ampuh mereka. PR jangan selesa dengan kedudukan sekarang sebaliknya mesti mengatur strategi untuk mengekang kerja jahat BN ini.Jangan asyik terpesona dengan kehadiran ramai rakyat dalam ceramah-ceramah sedangkan tanpa disedari BN menggunakan taktik kotor untuk menang.

PRU : JUN ATAU JULAI, SEKOLAH SUDAH TERIMA NOTIS?

Dalil-dalil pilihanraya umum akan diadakan pada Jun atau Julai semakin jelas. Terbaru beberapa buah sekolah telah menerima notis supaya peperiksaan pertengahan tahun yang biasa dijalankan pada Jun dipercepatkan. Ini adalah antara petanda biasa bahawa dewan sekolah akan digunakan untuk urusan pilihanraya umum. Oleh itu seluruh jentera PR mesti bergerak 200 % peratus mulai sekarang. Jangan nanti setelah parlimen dibubarkan bahawa hendak melakukan kerja-kerja asas yang sudah pasti tidak cukup masa untuk dilakukan.

NAJIB TAKUT DATUK 'T'

Najib takut Datuk 'T', mengapa :- 1) Datuk 'T' kuat pengaruhnya di kalangan rakyat 2) Datuk 'T' bersemangat kental dan tahan uji 3) Datuk 'T' berjuang bukan untuk kesenangan dunia 4) Datuk 'T' disegani dan dihormati kawan dan lawan 5) Datuk 'T' tidak mengamalkan rasuah 6) Datuk 'T' tidak mengkayakan diri sendiri 7) Datuk 'T' bersikap sederhana 8) Datuk 'T' tidak mempunyai anak-anak dan isteri yang kontroversi 9) Datuk 'T mudah didekati dan mesra 10) Datuk 'T' tiada skandal wanita dan sebagainya. SIAPA DATUK 'T' ............?????????????????? Datuk T ialah :- 1) Tok Guru Nik Aziz, 2) Anwar Ibrahim 3) Lin Guan Eng.

PRN SARAWAK : CERAMAH DATUK 'T' DHADIRI 10,000 RAKYAT SARAWAK

Gambar ini dirakamkan pada ceramah Datuk 'T' malam tadi di Batu Kawa, Kuching. Lautan manusia membanjiri kawasan ceramah di mana lebih dari 10,000 rakyat sanggup berjalan jalan untuk sampai ke tempat ceramah lantaran kereta mereka terpaksa diletakkan jauh dari tempat ceramah yang telah dipenuhi oleh mereka yang datang awal.



Ceramah yang membariskan Datuk T iaitu Anwar, Tok Guru Nik Aziz dan Guan Eng benar-benar menggerunkan Najib sehingga terpaksa berkampung selama 6 hari di berkempen di Sarawak sejak semalam. Momentum sokongan rakyat di kawasan bandar ini dijangka akan menular ke pedalaman menjelang hari pengundian kerana telah ada tanda-tanda gelombang ini akan sampai ke kemuncak pada 16 Apri.


Walaupun rasuah dan habuan di beri kepada rakyat ramai pemerhati politik berpendapat rakyat akan mengambil habuan dan rasuah tersebut tetapi tetap akan menyokong calon PR kerana mereka sudah bosan dengan kekayaan Taib Mahmud dan janji manis BN.

BN PARTI TUPPERWARE?

Pelbagai cara dilakukan oleh BN untuk menarik rakyat mendengar ceramahnya yang tidak lain hanya mengungkit tentang pembangunan dan kejayaan mereka memimpin negeri. Tidak langsung menyentuh isu-isu yang sedang melanda negara seperti kesengsaraan rakyat, rasuah dan sebagainya.


Terbaru malam tadi mereka memberi tupperware untuk para hadirin, sehingga ada yang terjatuh akibat tolak menolak.

Di akhir ceramah Perdana Menteri, Najib Razak di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan di Bintawa, rakyat berebut-rebut untuk mendapatkan tupperware. Apakah maruah dan kebajikan rakyat sama dengan nilai tupperware.


Kalau sebelum ini mereka membawa penyanyi-penyanyi berpakaian menjolok mata kini tupperware pula menjadi 'mangsa' BN untuk menjadi habuan rakyat.


Sebenarnya bukan tupperware yang rakyat mahukan tetapi keselamatan, kemudahan asas, peluang pekerjaan, pentadbiran yang telus, pemimpin yang tidak rasuah, pemimpin yang tidak membina kekayaan sendiri, pemimpin yang berakhlaq/bertaqwa, pendapatan yang baik, pendidikan percuma, kos perubatan percuma, hak asasi manusia terjamin, pilihanraya bersih serta telus dan sebagainya.


Namun pemimpin BN tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham. Sebaliknya rakyat di'hadiah'kan sebji tupperware 1Malaysia.

TAIB KEKAL KETUA MENTERI LAGI?

Merujuk kepada ucapan Pengerusi BN Najib Razak malam tadi, jelas sekali bahawa Taib tidak akan berundur dari jawatan keramatnya iaitu Ketua Menteri dalam masa terdekat.


Dengan bahasa yang cuba mengelirukan rakyat, Najib berkata Taib pasti akan berhenti TAPI......jangan terburu-buru MASANYA AKAN SAMPAI. Inilah bunga bahasa yang sentiasa digunakan oleh pemimpin BN untuk menipu rakyat.


Mengapa begitu susah Ketua Menteri yang penuh dengan kontroversi ini turun. Tetapi sebenarnya memang lumrah dunia seorang yang banyak masalah tidak akan mahu turun kerana takut dikenakan tindakan selepas kuasa sudah tiada di tangan.


Gelombang rakyat Sarawak mahukan Taib turun amat tinggi sekarang ini. Di mana sahaja rakyat tanpa segan silu bercakap siapa bakal pengganti Taib. Adakah dikalangan pemimpin BN atau pemimpin PR. Namun jika pemimpin BN menggantikan Taib sudah pasti perangai dan cara kerja lebih kurang Taib berbeza dengan pemimpin PR yang telah membuktikan ketelusan, kehebatan dan komitment mereka memerintah negeri seperti yang diserlahkan di negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

ANWAR KENA SAMAN LAGI

Anwar Ibrahim berhadapan dengan satu lagi tindakan undang-undang yang akan dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Polis. Anwar diberi masa 48 jam oleh Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein supaya menarik balik kenyataannya yang pihak terbabit sebagai dalang kepada video porno yang ditayang di Carcosa Seri Negara 21 Mac. Ternyata Anwar tetap dengan penderianya apabila tidak melayan tuntutan Hishamuddin yang menghantar surat tersebut 3 hari lepas. Anwar dilihat amat yakin bahawa video tersebut didalangi oleh pihak terbabit mungkin kerana merasakan pihak terbabit gagal menyiasat dan mengambil tindakan secara professional dalam menangani isu ini.


Begitulah kehidupan seorang pejuang, jika tidak menyerang dia diserang. Bukan calang-calang orang boleh bertahan dengan mehnah dan tribulasi perjuangan seperti ini.

RAKYAT SARAWAK BAKAL KENA TIPU LAGI?

Rakyat sudah kesekian kalinya kena tipu samada oleh Taib Mahmud atau orang lain. Malam ini Perdana Menteri Najib Razak boleh berjanji bahawa Taib Mahmud akan berundur dari jawatan Ketua Menteri yang disandangnya lebih dari 20 tahun. Tapi cakap Najib berlapik dengan menyatakan Taib akan berhenti bila tiba masanya.


"Jangan terburu-buru, pelan penggantian sudah ada cuma tunggu masa" kata Najib pada ceramah di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selantan di Bintawa malam ini.


Ternyata pemimpin BN termasuk Najib cuba mempermainkan rakyat Sarawak sekali lagi. Bila masanya Taib berundur tidak pula dinyatakan oleh Najib mungkin selepas Pilihanraya ini atau bila kita pun tidak tahu.


Kepada rakyat Sarawak fikir-fikirkanlah, inilah pemimpin BN yang sentiasa mencari jalan untuk memperbodoh dan mempermainkan rakyat. Kalau betul Taib hendak berundur mengapa beliau masih mahu mempertahankan kerusi Dun Balingian yang disandangnya sebelum ini. Bukankah beliau boleh sahaja tidak bertanding dan menyerahkan tugas memimpin jentera BN kepada orang lain. Adnan (Satem) ada, Abang Jo (Tun Openg) ada malah ramai lagi.


Janji Najib inipun seolah-olah ada udang di sebalik mee......

10 April 2011

PRN SARAWAK : NAJIB CUTI SEBAGAI PERDANA MENTERI SEBAB NAK KEMPEN?

Najib seolah-olah bercuti dari jawatannya sebagai Perdana Menteri kerana mahu menumpukan sepenuhnya perhatian kepada kempen Pilihanraya Negeri Sarawak. Memang wajar Najib bercuti kerana beliau kelihatan sentiasa berada di Sarawak untuk kerja-kerja kempen BN bukannya bertugas sebagai Perdana Menteri. Sebagai Perdana Menteri Najib sepatutnya bertanggungjawab dan mengambil cuti sebagai Perdana Menteri kerana saban hari berada di Sarawak. Beliau juga tidak sepatutnya menggunakan kemudahan kerajaan termasuk kapalterbang, kereta, elaun dan sebagainya semasa berkempen di Sarawak kerana kerja itu adalah semata-mata untuk BN bukannya bertugas sebagai Perdana Menteri.

PRN SARAWAK : NAJIB TAK TIDUR MALAM?

Perdana Menteri, Najib Razak mungkin tak tidur malam bila mendapat berita bahawa ceramah PR dihadiri puluhan ribu rakyat terutama di kawasan Bandar seperti Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu. Ini ditambah pula dengan gelombang penolakan BN dikawasan pedalaman mula kelihatan dengan jelas kerana rakyat makin sedar akan kebobrokan pemimpin dan parti BN sendiri. Isu tanah, kemiskinan, pembangunan asas dan sebagainya mula 'memakan' BN yang sejak sekian lama membiarkan isu itu menghantui rakyat di pedalaman. Kini apa yang perlu dilakukan oleh PR ialah menyemarakkan lagi gelombang ini disamping mencari jalan supaya rakyat tidak muda termakan dengan gula-gula dan rasuah BN. Mungkin Najib sudah bermimpin ngeri sebab itulah buat kali pertama seorang Perdana Menteri terpaksa berkampung di Sarawak untuk berkempen bagi memastikan BN menang dengan selesa sekali lagi. Tidak syak lagi mimpin ngeri ini mungkin menjadi kenyataan kerana rakyat semakin matang dan cerdik menilai siapa pembohong dan pemutar alam.

PRN SARAWAK : BN DALAM BAHAYA

Najib yang sentiasa mendapat maklumat dari pasukan keselamatan yang bekerja untuk BN (bukan untuk rakyat) terutama cawangan khas mula pucat gigi. Penerimaan dan sambutan rakyat terhadap PR di luar dugaan. Lantaran itu buat julung kalinya Perdana Menteri terpaksa turun padang berkempen untuk BN yang sedang tenat. Media melaporkan Najib akan berkampung selama 6 hari di Sarawak dan sudah tentu akan membawa pelbagai habuan dan janji manis untuk mengabui mata rakyat Sarawak yang semakin cerdik sekarang ini. Mana mungkin Najib akan 'dilepaskan' Rosmah selama 6 hari di Sarawak jika BN benar-benar kuat dan punya peluang untuk menang mudah. Sudah tentu BN berada dalam keadaan yang nazak sebab itu Najib mendapat 'permit' dari Rosmah untuk berkempen di bumi kenyalang ini. Kita juga yakin 'First Lady' ini juga akan turut sama mendahului Najib (bukan berjalan di belakang Najib) untuki berkempen di Sarawak ini. Agaknya berapa juta atau mungkin bilion projek dan habuan yang akan diberi dan dijanjikan oleh Najib untuk menawan hati pengundi Sarawak.

PRN SARAWAK : SENARAI PENIPUAN BN UNTUK KEKANG KEMARAAN PR

Di bawah ini ialah kerja-kerja penipuan dan penyelewengan yang mungkin akan dilakukan oleh BN untuk menang PRN Sarawak bagi mengekang kemaraan PR :- 1) Memastikan 99.99 % undi pos jatuh ke tangan BN 2) Menggantikan pengundi-pengundi yang dikenalpasti tidak datang mengundi dengan pengundi upahan terutama di saat akhir proses pengundian 3) Membawa peti-peti undi dengan helikopter dan tidak membenarkan petugas PR menaiki helikopter jadi mudah untuk mereka memanipulasi undi dalam peti undi tersebut. 4) Membeli undi dengan merasuah pengundi 5) Mengugut pengundi supaya tidak mengundi PR dengan pelbagai bentuk ugutan. 6) Menggunakan tipu muslihat semasa proses kiraan undi di peti undi 7) Menggunakan tipu muslihat semasa proses perjumlahan undi di pusat penjumlahan 8) Mengambil kad pengenalan dari pengundi yang disyaki akan mengundi PR dengan membayar sejumlah wang supaya mereka tidak dapat mengundi 9) Memberikan pelbagai habuan dan bantuan dalam apa juga bentuk mengikut kehendak pengundi 10) Memastikan media memburuk-burukkan PR dan calon PR semaksimum mungkin. Oleh itu petugas PR di semua DUN mesti mempunyai pengetahuan tentang proses pengundian, pengiraan dan penjumlahan undi serta sentiasa berwaspada setiap saat dengan tipu muslihat BN dari sekarang hingga keputusan diumumkan.

PRK SARAWAK : BN BETINDAK SAMSENG KERANA TERDESAK

BN mula bertindak ganas kerana terdesak dengan sambutan rakyat pada PAS dan PR. Kejadian mengugut tuan rumah sewa menghalau petugas PAS Johor di Dun Tanjung Datu membuktikan bahawa BN amat terdesak sekarang. Sejak hari penamaan calon lagi petugas PAS dihalau dari rumah yang disewa mereka iaitu pada malam hari tersebut. Tidak cukup dengan itu mereka juga dihalau dari rumah sewa kedua mereka.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter