NAJIB TAKUT TAIB MAHMUD, GAGAL ARAH TOK UBAN UNDUR DIRI

Sepatutnya Pengerusi BN adalah orang yang paling berkuasa dalam menentukan samada seseorang itu boleh kekal sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri. Namun terbukti Najib takut kepada Taib apabila Ketua Menteri Sarawak secara terang-terang enggan berundur dari jawatan tersebut.


Malah malam ini Taib secara terbuka menyatakan beliau tidak akan berundur dalam masa terdekat tetapi hanya akan berbuat demikian dalam beberapa tahun lagi. Maknanya terpulang kepada beliau bila mahu berundur. Kalau sepuluh tahun lagi maka sepuluh lagilah rakyat Sarawak akan berketuakan beliau walaupun rakyat sudah meluat kepadanya.


"Saya merayu kepada generasi muda, masanya akan sampai. Bila saya berhenti dalam beberapa tahun lagi, saya harap golongan muda akan menyokong pengganti saya" kata di hadapan Najib pada program konsert 1Malaysia di Padang Merdeka di Kuching malam ini.


Selamba sahaja Taib mengeluarkan kenyataan tersebut dihadapan Najib tanpa rasa takut dan segan. Najib pun tak boleh menahan dan tidak berani menyanggah keputusan Taib walaupun Najib tahu rakyat sudah jelak dan muak kepada Taib yang didakwa seorang bilionaire.


Jadi hanya satu cara sahaja untuk menjatuhkan Taib iaitu mengundi calon-calon PR supaya BN tidak dapat membentuk kerajaan negeri pada 16 April ini atau lebih mudah untuk pastikan Taib tersungkur ialah mengundi Suriati Abdullah calon PKR bagi DUN Balingian yang menentang Taib.


Dengan itu barulah Taib sedar bahawa rakyat mempunyai kuasa. Najib juga perlu disedarkan supaya tidak lembik dan lesu tidak berani bertindak kepada orang bawahannya yang menjadi liabiliti kepada BN.

Comments