PR MENCAPAI KEJAYAAN GEMILANG

Siapa kata PR gagal pada Pilihanraya Negeri Sarawak hari ini. Bagi kita kejayaan DAP menambah kerusi dua kali ganda dari 6 kepada 12, PKR menambah kerusi dari 1 kepada 3, merupakan kejayaan gemilang yang harus dipertingkatkan di masa hadapan. Kejayaan memberikan tentangan hebat sehingga menyebabkan Najib dan Muhyiddin berkampung di Sarawak memberikan signal bahawa BN tidak menang mudah pada PRU ke 13 nanti. Kalau sebelum ini BN sering menjadikan Sarawak sebagai Post Dated Cheque mereka untuk memberikan kerusi bagi membentuk kerajaan pusat kini BN sudah tentu merasa bahangnya. Pada PRU 2008 BN menang hanya kerana sumbangan kerusi dari Sarawak dan Sabah kini BN mula risau. Kemenangan PKR di 2 kerusi luar bandar iaitu Ba'Kelalan dan Krian memberikan harapan baru kepada PR untuk bertapak dengan lebih kukuh di kawasan pedalaman lain. Tanggapan mereka bahawa mereka akan menang mudah di Sarawak dengan sogokan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya adalah meleset. Rakyat hari ini sudah faham dan cerdik untuk menilai parti yang mereka akan sokong. Kini terpulanglah kepada PR untuk merebut peluang keemasan ini. Batu asas yang mereka pacak semasa kempen pilihanraya negeri ini mesti disubur dan dibaja supaya rakyat dapat memahami dan menerima PR pada masa akan datang. Tahniah kepada semua pemimpin dam petugas PR.

Comments