Pengundi Sarawak diharapkan dapat mengajar BN yang terus meneruskan mengamalkan politik tipu, ugut dan rasuah. Setiap kali kempen pilihanraya BN akan menggunakan kaedah tradisi mereka yang jelek dan jijik ini untuk menang. Taktik dan stratego kotor ini akan digunakan semaksimum mungkin jika BN merasakan mereka dalam keadaan terdesak dan nazak.
Menjelang hari mengundi 16 April ini BN dijangka meningkatkan kerja-kerja jijik ini kerana ada laporan yang menyebut bahawa BN akan kehilangan banyak kerusi di kawasan bandar-bandar besar dan beberapa kawasan di pedalaman.
Isu-isu seperti tanah adat (NCR), kemudahan asas dan kemiskinan terus menghantui rakyat Sarawak. Ianya memang tidak pernah diselesaikan oleh BN di banyak kawasan pedalaman walaupun Sarawak telah merdeka bersama Malaysia 48 tahun dahulu. Bayangkan bagaimana sebuah negeri yang telah merdeka 48 tahun tetapi masih tidak mempunyai kemudahan asas sedangkan di masa yang sama pemimpin kaya raya dengan harta berbilion ringgit. Apa makna semua ini????.
Inilah yang menyebabkan rakyat Sarawak mula sedar dan bangkit menentang kerajaan yang ada sekarang. Penentangan ini akan diterjemahkan di dalam peti-peti undi pada 16 April. Oleh kerana itulah pemerhati politik bebas menjangkakan BN akan menggunakan taktik penipuan, ugutan dan penyelewengan dari semua aspek untuk memastikan kuasa mereka tidak diragut oleh rakyat.
Think Tank BN mungkin sedang merangka dan merencana taktik dan strategi licik untuk memenangkan BN dalam masa 2 hari yang berbaki ini.
Comments