Merujuk kepada ucapan Pengerusi BN Najib Razak malam tadi, jelas sekali bahawa Taib tidak akan berundur dari jawatan keramatnya iaitu Ketua Menteri dalam masa terdekat.
Dengan bahasa yang cuba mengelirukan rakyat, Najib berkata Taib pasti akan berhenti TAPI......jangan terburu-buru MASANYA AKAN SAMPAI. Inilah bunga bahasa yang sentiasa digunakan oleh pemimpin BN untuk menipu rakyat.
Mengapa begitu susah Ketua Menteri yang penuh dengan kontroversi ini turun. Tetapi sebenarnya memang lumrah dunia seorang yang banyak masalah tidak akan mahu turun kerana takut dikenakan tindakan selepas kuasa sudah tiada di tangan.
Gelombang rakyat Sarawak mahukan Taib turun amat tinggi sekarang ini. Di mana sahaja rakyat tanpa segan silu bercakap siapa bakal pengganti Taib. Adakah dikalangan pemimpin BN atau pemimpin PR. Namun jika pemimpin BN menggantikan Taib sudah pasti perangai dan cara kerja lebih kurang Taib berbeza dengan pemimpin PR yang telah membuktikan ketelusan, kehebatan dan komitment mereka memerintah negeri seperti yang diserlahkan di negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Comments