TERKINI : BN BERPESTA DALAM KEBIMBANGAN

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1).

Walaupun BN berjaya mempertahankan kemenangannya di Sarawak dengan majoriti 2/3 tetapi beberapa fakta cukup merunsingkan BN. Antaranya :-

1) Pengundi Cina tetap menyokong PR
2) Kaum Iban mula sedar akan kepincangan BN sehingga memberikan 2 kerusi majoriti Iban kepada PKR iaitu Krian dan Ba'kelalan.
3) Hanya kaum Melayu yang 'solid' memberikan undi kepada BN
4) Sarawak mungkin tidak menjadi 100 % post dated cheque kepada BN untuk masa akan datang.

Bagi PR sesuatu yang serius mesti dilakukan iaitu bagaimana untuk mendapatkan undi orang Melayu.

Comments

Anonymous said…
PR mempunyai masalah yang sama di semenanjung dan sarawak...pengundi melayu.

Melayu di kedua tempat yang begitu mudah menerima 200-300 rm untuk hulur leher mereka supaya disembelih oleh lanun-lanun terhormat.
lah said…
orang serawak dah lama lali dgn beer BN, bukan senang nak buat majik ni, masih dgn otak letak BN, letak tunggul balak sebagai calon pun BN menang. PR pulak terutamanya PAS akan beralasan macam biasa "demokrasi pincang dan berat sebelah, semua jentera kerajaan dipergunakan,media memfitnah,bla.bla.bla....terus balik rumah tunggu PRU13..
Anonymous said…
Melayu bn di mana-mana pun sama. jangan marah kpd org bukan melayu...mereka cerdik berpolitik. nasib baik aku melayu pr.
kalawangi said…
orang melayu payah nak sedar...kecuali melayu kg baru...
Anonymous said…
orang melayu rm lebih mahal dari conteng kertas undi walaupun hanya rm5
Anonymous said…
xkisah la...BN menang besar...umno satu kerusi pun xde...bertanding pun takut..PAS ada jgk 5 kerusi yg bertanding....