RAKYAT MELAKA TERIMA BALA?

Rakyat negeri Melaka menerima bala terbaru apabila tarif air dinaikkan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Kenaikan tersebut melibatkan kenaikan 10 sen bagi penggunaan 15 liter padu dan 25 sen bagi penggunaan 25 liter padu. Tarif baru ini dicatatkan dalam bil air terbaru.


Tarif sebelum ini ialah pada kadar 55 sen untuk penggunaan 15 liter padu dan 85 sen untuk 25 liter padu. Kadar baru ialah 65 sen untuk 15 liter padu dan 1.05 sen untuk 25 liter padu.


Seorang pengguna Yan Semail, 44 dari Bukit Baru berapa kesal dengan sikap kerajaan negeri dan SAMB yang menaikkan tarif air di saat rakyat berada dalam keadaan terhimpit oleh kerana kenaikan harga minyak dan barang.


"Rakyat Melaka mesti bangkit menolak kerajaan BN kerana menaikkan tarif air sesuka hati"


"Kita tidak boleh duduk diam lagi, air naik, minyak naik, barang naik semua naik betullah orang kata BN Barang Naik" ujar Yan.


Kenyataan beliau ini disokong oleh rakannya Zain Pakeh, 46 yang juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak prihatin terhadap masalah rakyat.


"Dah lah kita semua hidup susah sekarang, lepas ini lagi susah semua naik".


"Inikkah yang dikatakan rakyat didahulukan, ini dahulu kena bukan dahulu dapat nikmat" kata Zain.

Comments

Anonymous said…
OK la tu..sokong la ketuanan melayu lagi yer..
mahaza said…
Bayangkan kalau Merlimau kalah... naik atau tidak? Buat hape nak menyesal pun...
Anonymous said…
bn..barang...naik
Anonymous said…
woi ...bodo btl la punyer statement...kalau ko rasa nak hidup senang, pegi la dok kat penang, selangor, kedah n kelantan....buat apa duduk kat melaka...kalau itu salah, ini salah....ini la keje sofi....memecah belahkan org melayu, sanggup sokong cina kafir....fikir2kanla org melayu....esok kalau cina dah kuasai melaka, kat mana korang n anak cucu korang nak duduk?