Pelbagai cara dilakukan oleh BN untuk menarik rakyat mendengar ceramahnya yang tidak lain hanya mengungkit tentang pembangunan dan kejayaan mereka memimpin negeri. Tidak langsung menyentuh isu-isu yang sedang melanda negara seperti kesengsaraan rakyat, rasuah dan sebagainya.
Terbaru malam tadi mereka memberi tupperware untuk para hadirin, sehingga ada yang terjatuh akibat tolak menolak.
Di akhir ceramah Perdana Menteri, Najib Razak di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan di Bintawa, rakyat berebut-rebut untuk mendapatkan tupperware. Apakah maruah dan kebajikan rakyat sama dengan nilai tupperware.
Kalau sebelum ini mereka membawa penyanyi-penyanyi berpakaian menjolok mata kini tupperware pula menjadi 'mangsa' BN untuk menjadi habuan rakyat.
Sebenarnya bukan tupperware yang rakyat mahukan tetapi keselamatan, kemudahan asas, peluang pekerjaan, pentadbiran yang telus, pemimpin yang tidak rasuah, pemimpin yang tidak membina kekayaan sendiri, pemimpin yang berakhlaq/bertaqwa, pendapatan yang baik, pendidikan percuma, kos perubatan percuma, hak asasi manusia terjamin, pilihanraya bersih serta telus dan sebagainya.
Namun pemimpin BN tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham. Sebaliknya rakyat di'hadiah'kan sebji tupperware 1Malaysia.
Comments