Petugas PR bertungkus mempertahankan benteng terakhir mereka dari dicerobohi BN yang sedang giat menyogok pengundi. Seperti biasa di akhir-akhir masa kempen BN akan menyogok pengundi dengan wang bagi memastikan pengundi memangkah BN esok. Petugas PR sudah mula mengambil tempat masing-masing di kesemua rumah panjang dan kampung-kampung di Sarawak bagi memantau kegiatan haram BN yang tidak pernah takut dan segan untuk merasuah pengundi.
Menurut sumber dalaman PR petugas-petugas ini telah ditempatkan di semua rumah panjang di mana jumlahnya lebih dari satu orang untuk satu rumah panjang. Petugas ini ada yang terdiri dari penghuni rumah panjang itu sendiri atau penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan rumah panjang tersebut. Mereka sudahpun dilatih dan diajar tentang undang-undang pilihanraya bagi menangkap sesiapa juga yang cuba merasuah penduduk kampung dan rumah panjang.
Untuk esok PR sudah pun mengatur rancangan untuk memastikan kegiatan membeli dan menjual undi tidak berlaku di kawasan pengundian atau kawasan berdekatan.
Sumber dalaman itu memberitahu bahawa BN akan melancarkan gerakan menyogok pengundi besar-besaran mulai malam ini sehingga tamat pengundian esok. Petugas-petugas diluar pusat pengundian sudah pun dilantik di semua Dun. Selain itu Polling Agent juga sudah pun ditaklimatkan tentang tugas-tugas bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya penipuan semasa proses pengundian.
Manakala petugas Counting Agent pula telah dilatih supaya faham bagaimana untuk memantau proses pengiraan dan penjumlahan. Mereka semua telah ditaklimat tentang kemungkinan penipuan-penipuan yang biasa dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pendekata BN tidak mempunyai ruang untuk menipu, menyogok dan mengugut jika petugas PR benar-benar menjalankan tanggungjawab dengan komited, berani dan berstrategi.
Comments