.

.

27 November 2009

BANYAK YO DUIT KO JANG

Mano ekau dapek duit banyak camtu Jang. Sampai 10 juta ringgit. Ese 10 ribu tak do ekau 10 juta jadi mainan. Hebat beto ekau.

Itu cerito yang ese donga ari ni. Banyak beto duit ekau.

Menurut laporan media hari ini Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.
"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya."Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

KORBAN PANGKAT DAN HARTA UNTUK ISLAM DAN KEADILAN

Saya mengharapkan seluruh pimpinan Umno/BN terutama yang menjadi ahli parlimen supaya berkorban pangkat dan harta untuk kepentingan Islam dengan menyertai perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS demi masa depan agama, bangsa dan negara kita.
Jika semua pimpinan Umno/BN yang beragama Islam menyertai PAS maka Insya Allah negara kita akan dapat diperintah oleh PR dengan berteras Islam dan keadilan. Tidak ada gunanya meneruskan perjuangan kebatilan yang tidak meletakkan Islam sebagai matlamat perjuangan.
Buat apa pangkat besar dan harta bertimbun andai perjuangan tidak diredhai Allah dan parti yang kita dokongi membelakangkan Islam.
Pintu perjuangan Islam sentiasa terbuka kepada semua. Jangan sia-sia peluang yang diberikan oleh Allah.
Ayuh sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini kita semua berkorban demi menegakkan Islam di muka bumi Malaysia ini.

26 November 2009

KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN BETUL

Sehari dua ini pemimpin Umno cuba menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut dalam MCA. Muhyiddin kononnya cuba menjadi juara menyatupadukan kedua-dua pihak yang bergaduh dalam MCA.

Hendak tergelak ada, hendak termuntah pun ada. Parti yang penuh dengan rasuah, penyangak dan penipu cuba membantu MCA menyelesaikan masalahnya.

Saya mengharapkan Muhyiddin membersihkan dahulu partinya dari perasuah, penyangak dan segala 'kutu bedahak' lepas itu barulah selesaikan masalah MCA.

25 November 2009

SEBUAH TANDAS BERHARGA RM23,000?

Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San mendedahkan penyelewengan wang rakyat oleh kerajaan Melaka di beberapa tempat di Melaka.
Dalam ceramahnya di Dataran Hamas malam tadi beliau membidas kerajaan Melaka yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang telah membazirkan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Goh berkata pembinaan beberapa buah tandas di Melaka jika dilihat sangat membazir seperti pembinaan tandas di dataran sejarah yang menelan belanja RM23,000, tandas orang kurang upaya di Alor Gajah berharga RM69,000 serta tandas di pasar Alor Gajah bernilai RM 117,000 .
"Bayangkan berapakah harga sebenar tandas tersebut jika dibuat dengan harga yang betul dan menasabah. Lepas ni kita pakat-pakat buang air dekat tandas mahal tersebut." katanya.

Beliau juga mendedahkan bagaimana kawasan rekreasi Bukit Langsat iaitu Kawasan Perkampungan Orang Asli Selandar dibina dengan harga RM1.6 juta tapi tidak ada apa yang boleh dibanggakan dan tidak sepadan dengan harga pembinaannya.
"Anda boleh lihat sendiri kawasan tersebut yang tidak ada apa-apa ! Begitulah keadaannya bagaimana kerajaan UMNO/BN memerintah".
"Sebab mereka ingat duit yang mereka gunakan itu bukan duit mereka ataupun duit emak bapak mereka,maka sewenang-wenangnya mereka menggunakannya. Yang untung ialah kontrektor di kalangan orang mereka." tambah Goh yang juga merupakan ADUN Kesidang.

"Mohd Ali Rustam pula, katanya, dalam dewan sehingga tiga kali menyebut kata hendak berkahwin dengan perempuan Cina. Tak apalah sebab boleh buat jambatan antara Melaka ke Sumatera ,cadang pulak nak pinjam duit daripada negara Cina. Apalah malang nasib rakyat Melaka"
"Jadi sebagai rakyat Melaka marilah kita sama-sama tamatkan perlakuan membazir dan kerja merompak duit rakyat ini dengan meninggalkan UMNO dan tidak mengundi lagi BN dlam pilihanraya yang akan datang." kata Goh.
laporan : paschabau.net

TOK GURU DAN HUSAM DISERANG UNTUK ALIH ISU

Satu demi satu berita fitnah, tohmah dan bohong dihidangkan oleh media BN semata-mata untuk memburuk-buruk Pakatan Rakyat(PR) dan pimpinannyadi mata rakyat. Ianya tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PR adalah parti bermasalah, pimpinannya bermasalah dan perpaduan dalam PR juga bermasalah.
Sebab itulah berita-berita fitnah ini bertali arus tanpa dibuktikan fakta dan kesahihannya. Kini PR dan pimpinannya sibuk mempertahankan diri dari serangan fitnah yang tidak mengenal dosa dan pahala. Asal ada sedikit ruang dan maklumat yang mereka dapat maka ianya digunakan semahunya untuk 'menelanjangkan 'PR dan pimpinannya.
Seperti biasa pimpinan-pimpinan utama PR akan menjadi sasaran. Tentunya 'figure' seperti Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, YAB Lim Guan Eng, YAB Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, YAB Dato Seri Azizan, YB Azmin Ali, YB Dato Haji Husam Musa dan lain-lain menjadi bahan tohmahan dan fitnah.
Pelbagai isu dan masalah diutarakan antaranya rasuah, kronisme, penyelewengan, tajaan, salah laku, penipuan, persengketaan, pertentangan pendapat dan lain-lain menjadi siulan media jahat ini

Seminggu dua Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Dato Husam Musa menjadi sasaran media. Bermula dengan kisah Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di'serang' 2 kali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merebak kepada isu kronisme yang didakwa dilakukan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz yang melantik menantu Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK. Arif dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan, namun sehingga kini tiada sebarang bukti untuk mendakwanya.

Tok Guru Nik Aziz atas sifat tawaddhuk dan zuhudnya meminta menantunya itu melepaskan jawatannya di PMBK. Suatu tindakan yang disifatkan amat berat untuk dilakukan oleh seseorang yang tidak punya prinsip. Berapa ramai pemimpin Umno/BN boleh melakukan perkara ini sebagaimana yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz. Boleh dibilang dengan jari, yang ramainya ialah mereka yang berlumba-lumba menggunakan kuasanya untuk meletakkan saudara-mara terdekat menduduki jawatan itu dan ini, mendapat projek besar dan kecil.

Ramai pemerhati dan ahli politik menyifatkan t9ndakan Tok Guru Nik Aziz ini mencerminkan keterbukaan dan integriti beliau. Sebagai Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan beliau menerima saranan dan pandangan parti dan pimpinan partinya.

Tok Guru sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa untuk tidak menasihati Ariffahmi yang juga menantunya supaya tidak meletakkan jawatan. Namun oleh kerana sifat terbuka dan ikhlas beliau Tok Guru bersedia melakukan perkara tersebut.
Kalau pimpinan Umno/BN sudah tentu tidak akan tunduk kepada nasihat dan saranan orang bawahannya. Tetapi inilah sikap pemimpin PAS yang bersedia melakukan apa juga kebaikan hatta tindakan itu sukar dan memberikan yang tidak kurang besarnya.
Kini bersediakah pemimpin Umno/BN melakukan apa yang dilakukan oleh Tok Guru. Berani dan sanggupkah pemimpin Umno menasihatkan anak, adik, saudara dan kawan mereka meletakkan jawatan di mana-mana agensi kerajaan dan pejabat kerajaan yang ada kaitan dengan mereka. Kalau berani sila buat!

Tindakannya menutup mulut musuh-musuh PAS yang sentiasa mengintai peluang untuk menyerang dalam isu ini.
Tok Guru juga diserang dengan isu tajaan naik haji bersama keluarga beliau berjumlah RM65,000. Ruih rendah 1Malaysia membesar-besarkan isu ini, sedangkan pemimpin-pemimpin Umno berbelanja ratusan ribu malahan jutaan ringgit menaja perwakilan Umno pelbagai peringkat makan angin tidak pula dibisingkan. Tok Guru dikatakan mungkin akan terdorong melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa jika orang yang menaja meminta sesuatu.
Ada juga yang mendakwa kalau tidak ada apa-apa kepentingan takkanlah penaja sanggup menaja puluhan ribu ringgit untuk Tok Guru dan keluarga naik haji. Isu ini padam begitu sahaja apabila Tok Guru membatalkan hasratnya untuk menunaikan fardhu haji atas 'package' tajaan tersebut.

Minggu lalu orang kuat Tok Guru iaitu Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Haji Husam Musa pula diserang dan difitnah kononnya beliau akan meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri dan PAS. Ianya suatu laporan yang paling tidak bertanggungjawab. Husam dan Tok Guru Nik Aziz menafikan berita itu.

Husam menafikan laporan tersebut dalam kenyataan yang disiarkan melalui blog peribadinya cetusan-hati.blogspot.com. Husam berkata beliau mengambil cuti sakit untuk melakukan pembedahan kecil bukannya mengambil cuti sebelum meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti. Besar sungguh fitnah dan tohmah yang dilakukan oleh media pengampu ini.

Dalam blognya Husam menulis bahawa "Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu?
Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?
Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.
Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami?
Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan.
Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan.
Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti? cetus Husam.
Dalam isu ini sepatutnya Utusan bukan sahaja menyiarkan penafian tersebut malah memohon maaf kepada Husam, Tok Guru Nik Aziz, pimpinan PAS, ahli PAS serta rakyat Kelantan kerana pemfitnah Husam dalam isu perletakkan jawatannya dalam kerajaan negeri dan parti.
Namun seperti biasa memohon maaf tiada dalam kamus hidup Utusan yang tugasnya hanya memfitnah, mentohmah, berbohong dan adu domba. Hanya Allah yang akan membalas semua kejahatan Utusan selagi fitnah tersebut terlekat pada kepala pembaca. Sebelum terlambat pohonlah kemaafan segera.

Selasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyerang Tok Guru dengan menyatakan Mursyidul Am PAS itu sebagai tidak hala dalam membuat sesuatu keputusan dalam pentadbirannya. Muhyiddin berkata peletakan jawatan Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mencerminkan ketidaktentuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam membuat keputusan dan pendirian.

Muhyiddin Yassin juga berkata, Mursyidul Am Pas itu juga sering bersikap memilih dalam membuat keputusan yang berhubung kait kepentingan peribadinya. Tuduhan Muhyiddin ternyata tidak tepat kerana Tok Guru melantik Ir Ariffahmi atas dasar pengalaman dan kelayakannya bukannya atas dasar kepentingan peribadi. Malah Tok Guru bersedia pula mengarahkan menantunya itu meletakkan jawatan selepas beberapa isu kecil berkaitan dengan tuduhan tidak berasas pelbagai pihak.

Ramai pemerhati melihat serangan media kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Husam ini adalah senjata serampang dua mata BN. Pertama BN cuba memburuk-burukkan PAS dan kerajaan Kelantan di mata rakyat dan kedua mereka cuba mengalih tumpuan rakyat khasnya rakyat Kelantan dari terlalu memberi perhatian kepada isu royalti minyak Kelantan yang sedang hangat diperkatakan.
Kita semua sedar bahawa BN berada dalam keadaan tersepit dalam isu royalti minyak dan masalah dalaman MCA. Maka cara untuk mengalihkan tumpuan rakyat ialah membesar-besarkan isu kecil yang dikatakan sensasi.

Jadi sebagai rakyat yang bermaruah kita jangan mudah terpedaya dengan mainan media jahat dan menyesatkan ini.

ABANG 'AWANG' DALAM KENANGAN

Saya baru sahaja mengetahui bahawa YDP Kawasan Cameron Highland, Ustaz Ahmad Ludin meninggal dunia 20 Nov lalu. Tiada siapa yang memberitahu saya berita sedih tersebut. Beliau yang lebih mesra saya panggil Abang Awang merupakan seorang pejuang gigih meneruskan obor perjuangan di Kawasan Cameron Highland selepas meninggalnya Allahyarham Ustaz Kassim Yahaya.

Kali terakhir saya bertemu beliau ialah di Seminar Memperkasakan PAS di Taman Melewar beberapa minggu lalu. Saya sempat bertanya khabar dan beramah mesra dengan beliau walaupun tidak lama. Memang dari raut wajahnya beliau tidak sihat. Pergerakan beliau pun perlahan sahaja.

Saya mengenali beliau sejak zaman kanak-kanak lagi. Beliau memang pejuang yang istiqamah. Banyak juga kenangan bersama beliau antaranya, kereta dan lori beliau sering di sewa oleh ayahanda saya untuk berpindah dan pergi ke sana ke mari terutama destinasi yang jauh. Semasa kami pindah ke Jengka 18 pada 18 Disember 1977 beliaulah yang menghantar kami sekeluarga menaiki lorinya bersama-sama barangan keluarga saya. Semasa saya konvo pada tahun 1993 beliau juga menghantar ayah dan abang saya ke Pulau Pinang.

Selain itu saya juga sering bersama beliau dalam usrah-usrah PAS Kawasan Lipis (sebelum persempadan baru) sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Beliau meninggal dalam perjuangan Islam yang mulia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

PRK KOTA SEPUTIH TANGGUH : DAH AGAK DAH

Mahkamah Rayuan semalam membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Memang keputusan sudah diramalkan sejak dari awal lagi walaupun sebelum itu mahkamah menginsytiharkan DUN tersebut kosong.

Jadi lain kali janganlah kita terlampau mengharap kepada keputusan mahkamah kerana sudah banyak kali kes seumpama ini berlaku.

SPR yang sepatutnya bertugas mengendalikan pilihanraya kini sudah bertukar tugas asasinya iaitu Suruhanjaya Menafikan Pilihanraya (SMPR) sebab itu setiap kali Speaker DUN di negeri-negeri Pakatan Rakyat mengisytiharkan kerusi DUN kosong SPR akan cari jalan supaya pilihanraya tidak berlaku.

Ini satu lagi rentetan bagaimana SPR sudah lari dari tugas dan matlamat asalnya. SPR hanya patuh dan taat setia kepada SI DIA ........

24 November 2009

KOTA SEPUTEH : ABU HASSAN 'PUTEH' MATA

Jika Pilihanraya Kecil Kota Seputeh berlaku, bekas Wakil Rakyatnya Abu Hassan Sharif hampir pasti ber'puteh' mata. BN kemungkinan besar akan memilih calon lain yang diyakini tidak ponteng Sidang DUN. Umno/BN sudah pasti serik dengan perbuatan Abu Hassan yang seolah-olah menjadikan Sidang DUN seperti Mesyuarat JKKK di kampung dia sendiri, hadir atau tidak hadir ikut suka hati dia sahaja.
Ramai pemerhati meramalkan BN akan menang dengan mudah jika meletakkan Ahli Parlimen Mukhriz Mahathir menjadi calonnya. Namun ini dinafikan oleh Muhyiddin Yassin yang memberikan alasan bahawa BN mempunyai ramai calon berkaliber.
Muhyiddin Yassin berkata langkah itu bukan bermakna Mukhriz tidak sesuai tetapi bagi memberi peluang kepada orang di
kawasan itu.

Katanya, Mukhriz boleh membantu dalam kempen pilihan raya kecil nanti berikutan beliau mempunyai pengaruh dan diterima baik ramai pengundi di kawasan parlimen itu.

Dari riak-riak tersebut Abu Hassan mungkin terpaksa gigit jari. Selepas inilah boleh setiap hari memancing udang di kolam udang Kerpan tidak jauh dari Kota Seputeh.


TERBUKTI PAS DAN PIMPINANNYA LEBIH TERBUKA

Keputusan CEO PMBK, Ariffahmi Abdul Rahman meletakkan jawatan atas nasihat Tok Guru Aziz membuktikan bahawa kerajaan PAS, PAS dan pimpinan PAS lebih terbuka dan sering mendengar nasihat yang baik dari sesiapa sahaja.

Tok Guru sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa untuk tidak menasihati Ariffahmi yang juga menantunya supaya tidak meletakkan jawatan. Namun oleh kerana sifat terbuka dan ikhlas beliau Tok Guru bersedia melakukan perkara tersebut.

Kalau pimpinan Umno/BN sudah tentu tidak akan tunduk kepada nasihat dan saranan orang bawahannya. Tetapi inilah sikap pemimpin PAS yang bersedia melakukan apa juga kebaikan hatta tindakan itu sukar dan memberikan yang tidak kurang besarnya.

Kini bersediakah pemimpin Umno/BN melakukan apa yang dilakukan oleh Tok Guru. Berani dan sanggupkah pemimpin Umno menasihatkan anak, adik, saudara dan kawan mereka meletakkan jawatan di mana-mana agensi kerajaan dan pejabat kerajaan yang ada kaitan dengan mereka. Kalau berani sila buat!

UTUSAN TIDAK BERMARUAH, SILA MOHON MAAF SEKARANG

Akhbar Utusan hari ini dengan bersahaja menyiarkan laporan penafian Husam tentang isu letak jawatan.

Sepatutnya Utusan bukan sahaja menyiarkan penafian tersebut malah memohon maaf kepada Husam, Tok Guru Nik Aziz, pimpinan PAS, ahli PAS serta rakyat Kelantan kerana pemfitnah Husam dalam isu perletakkan jawatannya dalam kerajaan negeri dan parti.

Namun seperti biasa memohon maaf tiada dalam kamus hidup Utusan yang tugasnya hanya memfitnah, mentohmah, berbohong dan adu domba.

Hanya Allah yang akan membalas semua kejahatan Utusan selagi fitnah tersebut terlekat pada kepala pembaca. Sebelum terlambat pohonlah kemaafan segera.

23 November 2009

AGENDA JAHAT TERUS MEMBADAI. BERSEDIALAH

Satu demi satu berita fitnah, tohmah dan bohong dihidangkan oleh media BN semata-mata untuk memburuk-buruk PR dan pimpinan PR di mata rakyat. Ianya tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PR adalah parti bermasalah, pimpinannya bermasalah dan perpaduan dalam PR juga bermasalah.

Sebab itulah berita-berita fitnah ini bertali arus tanpa dibuktikan fakta dan kesahihannya. Kini PR dan pimpinannya sibuk mempertahankan diri dari serangan fitnah yang tidak mengenal dosa dan pahala. Asal ada sedikit ruang dan maklumat yang mereka dapat maka ianya digunakan semahunya untuk menelanjangkan PR dan pimpinannya.

Seperti biasa pimpinan-pimpinan utama PR akan menjadi sasaran. Tentunya 'figure' seperti Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Tok Guru Haji Hadi, Lim Guan Eng, Nizar, Ustaz Azizan, Azmin Ali, Husam Musa dan lain-lain menjadi bahan tohmahan dan fitnah.

Pelbagai isu dan masalah diutarakan antaranya rasuah, kronisme, penyelewengan, tajaan, salah laku, penipuan, persengketaan, pertentangan pendapat dan lain-lain menjadi siulan media jahat ini.

Jangan kita terpedaya dengan taktik jahat mereka ini. Kita mesti bersedia untuk menangkis dan menyerang balas dengan serangan yang penuh hikmah dan beradab. Insya Allah rakyat akan bersama dengan kita. Jangan kita lupa untuk berdoa kepada Allah kerana sesungguhnya doa orang yang kena zalim tiada Hijab di sisi Allah.

BESAR UJIAN BUAT MU DIK

Siti Amynur Ain Putri Mohd Ameen Azaly, 12, berdoa di kubur ibuya Rusmah Abdullah yang meninggal dunia malam kelmarin di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said kelmarin.
Siti Amynur yang berjaya memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat keputusan yang disampaikan oleh guru besar sekolah itu, Noreha Adam itu di hadapan jenazah ibunya sebelum dikebumikan semalaAdd Videom.
Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Sumber : Mstar Foto BERNAMA

BANJIR MAKIN BURUK, BANTULAH SAHABAT KITA

Banjir makin buruk di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan dan Terengganu. Sehubungan dengan itu diharapkan seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan bantuan seberapa segera dan sedaya mungkin kepada mangsa musibah ini.
Di KELANTAN, Jurucakap Pusat Kawalan Oparasi Banjir (PKOB) Negeri di Kota Darulnaim berkata sehingga 6 pagi tadi, seramai 3,019 orang dipindahkan di seluruh negeri berbanding 2,327 orang malam tadi.

Seramai 1,488 adalah dari jajahan Pasir Mas, Kuala Krai (812), Tanah Merah (401), Jeli (247), Pasir Puteh (36) dan Machang (35), katanya kepada Bernama hari ini.
Di TERENGGANU, banjir gelombang kedua semakin buruk apabila jumlah mangsa terus meningkat dengan mereka yang berpindah ke pusat pemindahan sehingga 9 pagi ini bertambah kepada 9,062 orang berbanding 5,641 orang petang semalam.

Jumlah mangsa dipindahkan di daerah Hulu Terengganu ialah seramai 1,737 orang, Besut (1,094), Setiu (1,189), Dungun (2,029), Marang (1,376) dan Kemaman (1,637).

Jurucakap Majlis Keselamatan Negera Terengganu berkata jumlah pusat pemindahan yang dibuka di Terengganu setakat ini ialah 120.
Di PAHANG, mangsa banjir meningkat kepada 33 orang selepas dua penempatan di Kampung Darat Sungai Ular dan Kampung Chendor Tengah di sini dinaiki air.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Pahang berkata seramai 24 orang di Kampung Darat Sungai Ular ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Cherating manakala sembilan orang dari Kampung Chendor Tengah ditempatkan di balai raya kampung berkenaan.

FTINAH BERTERUSAN......SAMPAI BILA MAU TAUBAT

Media pengampu no 1, Utusan terus menabur fitnah. Di bawah ini adalah tajuk-tajuk fitnah yang dimuatkan dalam ruangan berita politik hari ini. Sampai bila agaknya Utusan ingin melakukan dosa besar ini?
KOTA BHARU 22 Nov. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menerima peletakan jawatan Datuk Husam Musa sekiranya Exco kanan kerajaan negeri itu benar-benar berhasrat mahu berbuat demikian.

ALOR SETAR 22 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membincangkan hasrat Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang dikatakan mahu melepaskan kesemua jawatannya di dalam parti dan kerajaan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kunjungannya ke Kelantan Khamis ini.

KOTA BHARU 22 Nov. - Kemelut yang melanda Pas Kelantan bukan sahaja memberi kesan kepada parti itu tetapi rakyat negeri ini turut menerima tempias akibat pentadbiran yang semakin kucar-kacir.

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

SEGAMAT 22 Nov. – Pas dibelenggu amalan ‘pilih kasih’ apabila hanya individu yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin atasan diberi keistimewaan untuk menerajui jawatan penting.

HUSAM LETAK JAWATAN : MEDIA TERUS TABUR FITNAH

Media pengampu BN tanpas usul periksa meletakkan tajuk utma muka depannya HUSAM LETAK JAWATAN?.

Sebagaimana biasa rakyat sudah faham dan muak dengan sikap media pembohong dan kaki fitnah ini. Sudah pasti pencinta kebenaran akan mencari media alternatif iaitu blog dan laman web untuk mendapat berita sebenar.

Nah, dalam blognya Husam menjelaskan semua itu karut dan dongeng. Saya pula sifatkan berita itu fitnah jahat untuk merosakkan keharmonian kerajaan PR Kelantan.

Husam menjelaskan beliau mengambil cuti sakit untuk melakukan pembedahan kecil bukannya mengambil cuti sebelum meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti. Besar sungguh fitnah dan tohmah yang dilakukan oleh media pengampu ini.
Catatan Husam dalam blognya :-
Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

Letak semua pulak tu?

Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?

Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.

Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami?

Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital - maka ia bukti Husam letak jawatan.

Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan.

Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?

Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?


Saya menggesa media tersebut memohon maaf kepada Husam, Tuan Guru Nik Aziz dan seluruh rakyat Kelantan serta ahli PAS kerana fitnah itu. Jika tidak saya bimbang Ketua Pengarang, Pengaran, Editor dan sesiapa yang terlibat dengan berita itu tidak dimaafkan oleh semua mereka yang saya sebutkan di atas. Besar akibatnya jika mereka tidak dimaafkan bukan setakat di dunia malah di Akhirat kelak......renungkanlah
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter