KOTA SEPUTEH : ABU HASSAN 'PUTEH' MATA

Jika Pilihanraya Kecil Kota Seputeh berlaku, bekas Wakil Rakyatnya Abu Hassan Sharif hampir pasti ber'puteh' mata. BN kemungkinan besar akan memilih calon lain yang diyakini tidak ponteng Sidang DUN. Umno/BN sudah pasti serik dengan perbuatan Abu Hassan yang seolah-olah menjadikan Sidang DUN seperti Mesyuarat JKKK di kampung dia sendiri, hadir atau tidak hadir ikut suka hati dia sahaja.
Ramai pemerhati meramalkan BN akan menang dengan mudah jika meletakkan Ahli Parlimen Mukhriz Mahathir menjadi calonnya. Namun ini dinafikan oleh Muhyiddin Yassin yang memberikan alasan bahawa BN mempunyai ramai calon berkaliber.
Muhyiddin Yassin berkata langkah itu bukan bermakna Mukhriz tidak sesuai tetapi bagi memberi peluang kepada orang di
kawasan itu.

Katanya, Mukhriz boleh membantu dalam kempen pilihan raya kecil nanti berikutan beliau mempunyai pengaruh dan diterima baik ramai pengundi di kawasan parlimen itu.

Dari riak-riak tersebut Abu Hassan mungkin terpaksa gigit jari. Selepas inilah boleh setiap hari memancing udang di kolam udang Kerpan tidak jauh dari Kota Seputeh.


Comments