BANYAK YO DUIT KO JANG

Mano ekau dapek duit banyak camtu Jang. Sampai 10 juta ringgit. Ese 10 ribu tak do ekau 10 juta jadi mainan. Hebat beto ekau.

Itu cerito yang ese donga ari ni. Banyak beto duit ekau.

Menurut laporan media hari ini Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.
"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya."Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Comments

Anonymous said…
siasat jangan tak siasat,rakyat telah lama menerima hakikat benda macam ni hanyo mengambihkan bogheh wan yo!.Siasatan akan berakhir ngan satu lagi jutawan/perompak dinobatkan sebagai tidak bersalah.Bn/umno telah banyak melahirkan jutawan haram segera.Lihatlah mahathir[mahafiraun]anaknya sendiri jutawan haram,ada siapa kesah?.Bn monang crony sonang,rakyat hambolah lagi.