.

.

30 March 2013

JEMPUT HADIR CERAMAH MALAM INI DI TAMAN SAUJANA BUKIT KATIL

Malam ini ceramah Sany Hamzan, Ketua Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Sany Hamzan, 30 Mac, 9 mlm di Taman Saujana, Belakang Balai Bomba Bukit Katil, dekat padang Taman Saujana.


SAH BOOOOOO BAAAAAAR SEBELUM 30 APRIL, KAK MAH TERLEPAS 'FLOM'

PemBOOOOOOBAAAAARan akan berlaku sebelum atau pada 29 April 2013. Mengapa kami kata demikian. Sebab pada 29 April mahu tidak mahu Ah Jib Gor mesti kena BOOOO BAAAAR Parlimen. Terpaksalah Kak Mah serahkan title 'First Lady of Malaysia' ('FLOM') pada hari tersebut. Kalau tidak ada rezeki maka tak dapatlah Kak Mah hendak menggunakan title tersebut. Kalau BN menang pun belum tentu Kak Mah akan pegang lagi jawatan tersebut.
Mahathir pun sudah mula sigung Ah Jib dengan menyatakan bahawa jika prestasi BN teruk pada PRU 13, Ah Jib mesti melepaskan jawatan Menteri Wanita, Perdana Menteri dan Kak Mah mesti tidak lagi menjadi 'FLOM'. Seperti juga Mahathir dan Pak Lah yang 'direntap' jawatan mereka selepas gagal pada PRU 1999 dan PRU 2008 dahulu.

Najib akan turut sama menjejaji tradisi melepaskan jawatan tersebut biarpun nanti Najib tidak mahu berbuat demikian. Sudah tentu orang dibawahnya yang sudah lama berangan akan melakukan sesuatu dan sudah tentu ia akan dibantu oleh arkitek 'lama' bernama Mahathir Mohamad.

Ah Jib dan Kak Mah kena bersedia ...........samada mereka berdua akan dijatuhkan oleh rakyat pada PRU 13 nanti atau mereka akan dimalukan oleh Arkitek 'Lama' dan kuncu-kuncu yang sedang menanti masa sahaja .....................

AZMIN DAN TIAN CHUA PERTAHAN KERUSI MASING-MASING

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua akan mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Gombak dan Batu pada  PRU 13 nanti.

Walaupun kedua-dua kerusi tersebut menjadi sasaran hebat BN bersama dengan kerusi Lembah Pantai namun Anwar tetap yakin PKR mampu mempertahankannya buat kali kedua berturut-turut.

Dalam ceramahnya di Gombak, Kuala Lumpur malam tadi, ketua umum PKR itu meluahkan sikap hati-hatinya itu untuk kerusi Gombak, Pandan dan Lembah Pantai. 

"Fokus yang Umno mesti tumbangkan (adalah) Azmin di Gombak, Rafizi di Pandan dan Nurul Izzah di Lembah Pantai," katanya.

Dalam pilihan raya umum 2004, Azmin menewaskan calon BN Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi.

Nurul Izzah membuat kejutan dengan memalukan penyandang kerusi Lembah Pantai Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang juga ketua Wanita Umno dan menteri kabinet pada masa itu dengan majoriti 2,895 undi.

Manakala Rafizi pula akan membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya dengan turun ke kerusi yang disandang bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tek Kiat. 

Ong bagaimanapun belum tentu terpilih mempertahankan kerusi itu daripada asakan Pakatan.

29 March 2013

BENDERA BN DIPASANG DALAM MASJID, UMNO/BN POLITIKKAN MASJID

Masjid terus dipolitikkan oleh pihak UMNO. Terdapat beberapa helai bendera BN dipasang di dalam masjid di Abdullah Hukum. Mana penguatkuasa JAWI? Agak-agak kalau bendera PAS yang dipasang, berapa trak lori penguatkuasa turun soal siasat ajk masjid.

Jadi sebenarnya siapa yang mempolitikkan Masjid.

Sumber : PemudaGombak.com

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA ADAKAN SIDANG AKHBAR PETANG INI?

Benarkah Menteri Pembangunan Wanita akan mengadakan sidang akhbar petang ini.? Kalau benar mungkin menteri ini akan mengumumkan sesuatu yang penting bukan hanya berkaitan dengan wanita dan ibu tunggal atau tentang isu lembu. Tetapi mungkin ada perkara besar yang ditunggu-tunggu oleh seluruh negara tidak kira orang lelaki atau wanita.

Menteri Wanita sudah lama dituduh sebagai pengecut dan benar-benar menjiwai perangai kewanitaan walaupun dia bukan seorang wanita. Mungkin beliau sudah sakit telinga mendengar cemuhan dan kutukan rakyat yang marahkan Menteri Wanita.

Kita tunggu dan lihat petang ini................

2000 SAMBUT 'PENGKHIANAT' NEGARA DI PALONG


Hampir 2 Ribu Warga Felda Palong Sambut Tian Chua - Bukti Fitnah Jahat Ditolak

Bersempena dengan terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui SAMM N.Sembilan dan juga aktivis PKR tempatan telah menganjurkan sebuah ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2. 

Penganjuran ceramah yang berkisar 'genre' isu Lahad Datu tersebut menampilkan YB Tian Chua, Chegubard dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad, telah dihadiri oleh hampir 2000 penduduk Felda. Ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional apabila melihat penduduk Felda bangkit untuk sekurang-kurangnya hadir mendengar maklumat.

Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah YB Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar.

Rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Justeru itu, SAMM terus mengambil tanggungjawab membawa YB Tian Chua ke negeri Perak pula selepas ini pada tarikh 16 April bertempat Tapak Pekan Rabu, Batu 5 Parit Buntar.

SAMM Kebangsaan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat komrad SAMM yang bekerja keras menjayakan program ini khususnya SAMM zon Palong dan SAMM zon Muadzam Shah. Dengan keberjayaan ini, SAMM meneruskan rekod bersih penganjuran tanpa gangguan.

Walaubagaimanapun, SAMM ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap pimpinan PKR N.Sembilan yang mengambil sikap tidak progresif. Walaupun yang hadir ialah Naib Presiden parti tersebut tetapi wujud arahan untuk tidak bekerjasama telah dikeluarkan dari peringkat negeri. Malah, PKR N.Sembilan tidak mengambil inisiatif di atas sejarah pembubaran automatik DUN N.Sembilan. 

Laporan Oleh :

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Gambar sekadar hiasan

TAK BOOOOO BAAAAAR SEBAB TAKUT KALAH ..........OOOI

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yakin pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tengah malam tadi tidak akan memberi kesan kepada prestasi BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Banyak benda kalau tak pernah mesti ada 'pertama kali', kita tengoklah macam mana," katanya kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara PWN Excellence Sdn Bhd dan Weststar Aviation Service Sdn Bhd, di Langkawi semalam.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai pembubaran DUN Negeri Sembilan secara automatik yang merupakan pertama kali dalam sejarah politik negara dan sama ada ia baik atau tidak untuk BN.

"Pagi ini (semalam) saya baca suratkhabar...ada sebab-sebabnya kenapa Datuk (Seri) Najib (Razak) tak bubar parlimen, ada beberapa perkara yang nak diselesaikan," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Memang ada sebab Tun M, sebabnya ialah Najib takut BN kalah dan BN tak menang. Kalau dia yakin menang sudah tentu awal-awal lagi dia akan booooo baaaarkan Parlimen. Cerita bubar ini sudah bermula 2 tahun lepas lagi. Tetapi Ah Jib Gor terpaksa tunggu masa sesuai. Akhirnya masa sesuai tidak kunjung tiba hingga sekarang ..............

28 March 2013

BESAR DAN BANYAKNYA BULAN


Gambar Pesuruhjaya  PAS Melaka dan anakbuahnya di hadapan bendera bulan besar yang dipasang di DuN Durian Tunggal. Takbir Tahniah

27 March 2013

MAHATHIR MULA 'JENTIK' NAJIB!!!

Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mula menjentik Najib. Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. Beliau bagaimanapun menjelaskan perkara itu pendapat peribadinya yang yang mungkin tidak sepatutnya keluar.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.

"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi dipetik dari portal Malaysiakini.
NONE
Ternyata Najib mula menghadapi tekanan dari Mahathir. Kita menjangkakan Mahathir akan mengeluarkan kenyataan yang lebih keras terhadap Najib selepas ini. Beliau mungkin mempunyai perancangan tertentu untuk menjatuhkan Najib. Malah sudah tentu beliau ada pengganti yang boleh dicucuk hidung bagi menggantikan Najib.

Awas Najib anda akan menghadapi onak dan duri bukan dari luaran tetapi dalaman. 

26 March 2013

BOOOOO BAAAAAR BOOOO BAAAAR

Booo Baaar Booo Baaar
Bila nak Boooo Baaar
Tak Boooo Baaar Boooo Baaar
Ngapa Tak Boooo Baaaar
Takut Nak Booooo Baaar

Booooo Baaaaar Booooor Baaaaaar
Takut Nak Boooo Baaaar
Orang Bersalah Je Takut Boooo Baaaar
Orang Banyak Buat Salah Takut Boooo Baaaar
Orang Baik tak takut Booooo Baaaaar

Booooo Baaaaar Booooor Baaaaar
Puas Nak Tunggu Boooor Baaaaar
Melayu Tunggu Booooo Baaaar
Cina Tunggu Boooo Baaaar
India Tunggu Booooo Baaaar
Iban, Kadazan, Bajau semua Tunggu Boooo Baaaaar
Ngapa Tak Booooo Baaaaar

Boooooo Baaaaaar
Orang Tak Ada Tel@#r Takut Boooor Baaaaar
Menteri Wanita Takut Boooo Baaaar
Suami Kak Mah Takut Boooo Baaaaar
Orang 'Port Dickson' Takut Booooo Baaaar
Kawan Altan@$ya Takut Booooo Baaaar
Ngapa Takut Boooo Baaaaar

Boooooo Baaaaaar
Pak Lah tak Takut Booooo Baaaaaar
Tak Sampai 5 tahun dah Boooooo Baaaaar
Pi Em Lo Ni lebih 5 tahun dah tak Booooo Boooo Baaaaaaar
Lembik Berani Booooo Baaaaar
Keras Takut Booooo Baaaaar
Ngapa Takut Booooo Baaaaaar

Kalau Booooo Baaaaaaar
Umno/BN TerBOOOOOO BAAAAAAR

BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO BAAAAAAAAAAAAAR



BN IBARAT SUSU 'EXPIRED DATE'

Ayer Molek : Timbalan Presiden PAS, Haji Mohd Sabu berkata Umno/BN akibat susu 'expired date' yang jika diminum akan menyebabkan sakit perut.

"Kerajaan Umno/BN macam susu yang sudah melepasi 'Expired Date', kalau kita minum senak perut kita"

"Mereka dah cukup 5 tahun, secara moralnya sudah tak sah tetapi secara perlembagaan masih sah"ujar Mohd Sabu pada ceramah anjuran MTD Ayer Molek di Bilik Gerakan UPU Pengkalan Minyak di sini malam tadi.

Mohd Sabu berkata tidak pernah berlaku sebelum ini Parlimen mencecah genap 5 tahun seperti zaman Najib, selembik-lembik Pak Lah pun beliau berani membubarkan Parlimen lebih awal pada tahun 2004 dan 2008.

"Najib sebenarnya takut untuk membubarkan parlimen kerana 2 dari sumber maklumat beliau iaitu '
'Intelligence pasukan kesemalamatan' menyatakan BN akan kalah, hanya Kemas sahaja yang membodek Najib menyatakan BN akan menang pada PRU 13 nanti.

Menurut Mohd Sabu atas dasar itulah Najib masih belum berani membubarakn Parlimen Malaysia.

TAK SOKONG PAS SEBAB BERKAWAN DENGAN DAP

"Saya bukan tak sokong PAS, tapi PAS berkawan dengan DAP, jadi susah sikitlah saya nak sokong PAS" itu antara jawapan yang menjadi alasan sesetengah orang bila dirayu supaya menyokong PAS.

Ternyata itulah antara doktrin dan hasutan Umno yang meracuni pemikiran rakyat. Sedangkan mereka tidak sedar DAP bukanlah parti perkauman sempit, bukannya parti komunis, bukannya pengkhianat Melayu dan sebagainya.

DAP tidak pernah dibuktikan menggadaikan tanah rezab Melayu sedangkan Umnolah yang bertanggungjawab menggadaikan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu sejak merdeka. Sekarang hanya tinggal 1.7 juta hektar sahaja berbanding ketika mula-mula merdeka dahulu keluasannya tanah rezab Melayu ialah 3juta hektar.

DAP tidak pernah menghalang pelaksanaan syariat Islam khususnya hudud, sedangkan Umnolah yang mengugut kerajaan Kelantan dengan surat Perdana Menteri yang memberi amaran supaya hudud tidak dilaksanakan.

DAP tidak pernah meminggirkan tulisan jawi dan Bahasa Malaysia. Siapa pula yang memperlekehkan penggunaan Bahasa Melayu dengan memperkenalkan PPSMI beberapa tahun lepas.

DAP tidak pernah mengurangkan kuasa Raja-Raja tetapi Umno/BN menggunakan parlimen  menggubal undang-undang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu pada era 90-an.

Sebab apa PAS berkawan dengan DAP dan tidak mahu berkawan dengan Umno? Ini satu lagi soalan yang sering dilemparkan kepada PAS.

PAS berkawan dengan tidak boleh? Tetapi Umno berkawan dengan MCA boleh pula? PAS tidak mahu berkawan dengan Umno kerana Umno membenarkan rasuah, pemimpin Umno ramai yang rasuah, pemimpin Umno kaya-raya kerana rasuah dan penyelewengan kuasa. DAP tidak bersetuju tentang hudud PAS tidak hairan sebab pemimpin utama DAP bukan beragama Islam tetapi PAS hairan mengapa Umno tolak hudud sedangkan mereka Islam. Jadi Umno tolak Islam , PAS tak mahu kawan lah.

PAS pernah berkawan dengan Umno, tetapi Umno bersikap kawan makan kawan .....tidak setia. PAS ditendang dari BN pada tahun 1974 pada ketika Umno kuat. Masa Umno lemah macam sekarang mereka hulur tangan pada PAS.

Umno tidak jujur konon hendak berkawan dengan PAS tetapi pada masa yang sama PAS difitnah, dituduh dan dicaci maki sebagai Parti Ajaran Sesat dan sebagainya.

24 March 2013

SIAPA YANG AKAN MENYEBABKAN MALAYSIA BANGKRAP?

Apabila PR mengeluarkan Manisfesto Harapan Rakyar dengan meletakkan 4 asas utama tawaran kepada rakyat iaitu Pendidikan Percuma, Penurunan Harga Minyak, Penghapusan Tol, Penurunan Harga Kereta dan lain-lain dengan pantas BN mendakwa negara akan bangkrap jika cadangan itu dilaksanakan oleh Malaysia.

Tetapi tanpa mereka sedar bahawa Malaysia sekarang berada di atas landasan yang betul untuk menambahkan hutang, membiarkan rasuah dan penyelewengan kuasa, kronisma, ketirisan wang negara dan sebagainya. Yang ini mereka tidak pula kata Malaysia akan bangkrap...... pelik dan ajaib .........

Hutang negara meningkat menjadi RM502 bilion tahun lepas, indeks rasuah merudum, pertumbuhan ekonomi tidak menggalakkan, ketirisan wang negara semakin parah dan sebagainya. Semua data ini bukannya diambil di kedai Mamak atau tepi longkang tetapi ia dikeluarkan Ketua Audit Negara dalan laporan tahunannya serta angka-angka rasmi yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan dan antarabangsa.

.................to be continued
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter