BN IBARAT SUSU 'EXPIRED DATE'

Ayer Molek : Timbalan Presiden PAS, Haji Mohd Sabu berkata Umno/BN akibat susu 'expired date' yang jika diminum akan menyebabkan sakit perut.

"Kerajaan Umno/BN macam susu yang sudah melepasi 'Expired Date', kalau kita minum senak perut kita"

"Mereka dah cukup 5 tahun, secara moralnya sudah tak sah tetapi secara perlembagaan masih sah"ujar Mohd Sabu pada ceramah anjuran MTD Ayer Molek di Bilik Gerakan UPU Pengkalan Minyak di sini malam tadi.

Mohd Sabu berkata tidak pernah berlaku sebelum ini Parlimen mencecah genap 5 tahun seperti zaman Najib, selembik-lembik Pak Lah pun beliau berani membubarkan Parlimen lebih awal pada tahun 2004 dan 2008.

"Najib sebenarnya takut untuk membubarkan parlimen kerana 2 dari sumber maklumat beliau iaitu '
'Intelligence pasukan kesemalamatan' menyatakan BN akan kalah, hanya Kemas sahaja yang membodek Najib menyatakan BN akan menang pada PRU 13 nanti.

Menurut Mohd Sabu atas dasar itulah Najib masih belum berani membubarakn Parlimen Malaysia.

Comments

GonLiyas said…
itu kata mat sabu. semua yg tak sebulu dgnnya salah blaka.dia tu tak expired ke. dari dulu hingga sekarang bawah modal yg sama. apa yg keluar dari mulutnya yg kerajaan buat satu pun tak betul. semua idea gitu dah basi.