Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yakin pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tengah malam tadi tidak akan memberi kesan kepada prestasi BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
"Banyak benda kalau tak pernah mesti ada 'pertama kali', kita tengoklah macam mana," katanya kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara PWN Excellence Sdn Bhd dan Weststar Aviation Service Sdn Bhd, di Langkawi semalam.
Dr Mahathir diminta mengulas mengenai pembubaran DUN Negeri Sembilan secara automatik yang merupakan pertama kali dalam sejarah politik negara dan sama ada ia baik atau tidak untuk BN.
"Pagi ini (semalam) saya baca suratkhabar...ada sebab-sebabnya kenapa Datuk (Seri) Najib (Razak) tak bubar parlimen, ada beberapa perkara yang nak diselesaikan," katanya dipetik dari Malaysiakini.
Memang ada sebab Tun M, sebabnya ialah Najib takut BN kalah dan BN tak menang. Kalau dia yakin menang sudah tentu awal-awal lagi dia akan booooo baaaarkan Parlimen. Cerita bubar ini sudah bermula 2 tahun lepas lagi. Tetapi Ah Jib Gor terpaksa tunggu masa sesuai. Akhirnya masa sesuai tidak kunjung tiba hingga sekarang ..............
Comments