Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua akan mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Gombak dan Batu pada PRU 13 nanti.
Walaupun kedua-dua kerusi tersebut menjadi sasaran hebat BN bersama dengan kerusi Lembah Pantai namun Anwar tetap yakin PKR mampu mempertahankannya buat kali kedua berturut-turut.
Dalam ceramahnya di Gombak, Kuala Lumpur malam tadi, ketua umum PKR itu meluahkan sikap hati-hatinya itu untuk kerusi Gombak, Pandan dan Lembah Pantai.
"Fokus yang Umno mesti tumbangkan (adalah) Azmin di Gombak, Rafizi di Pandan dan Nurul Izzah di Lembah Pantai," katanya.
Dalam pilihan raya umum 2004, Azmin menewaskan calon BN Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi.
Nurul Izzah membuat kejutan dengan memalukan penyandang kerusi Lembah Pantai Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang juga ketua Wanita Umno dan menteri kabinet pada masa itu dengan majoriti 2,895 undi.
Manakala Rafizi pula akan membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya dengan turun ke kerusi yang disandang bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tek Kiat.
Ong bagaimanapun belum tentu terpilih mempertahankan kerusi itu daripada asakan Pakatan.

Comments