.

.

30 August 2008

SIAPA YANG HILANG AKAL??, ANWAR ATAU ALI RUSTAM ~ Ref Malaysiakini

Siapa yang hilang akal Anwar atau Ali Rustam? Jawapannya sudah tentu Tuan-Puan tahu dan sangat maklum .......siapa yang tidak waras, siapa yang berkelakuan macam budak-budak, siapa yang suka tabur fitnah, siapa yang pernah berkokok, siapa yang tidak waras selepas BN kalah di Permatang Pauh.

Sebenarnya BN awal-awal lagi mengaku kalah (sebelum pilihanraya kecil lagi) kerana BN gagal menjawab segala hujah Pakatan Rakyat. Calon yang dikemukan untuk menentang Anwar juga calon 'cap ayam' atau 'cap dacing senget'. Sebab itulah BN terpaksa melancarkan serangan dengan senjata sumpah Saiful dan tohmahan Anwar agen Yahudi, Cina dan sebagainya.

Antara pemimpin yang lantang memperlekeh dan memtohmah Anwar adalah AlNajib dan Ali Rustam. Macam-macam dan label yang diberikan oleh mereka berdua. Kedua-dua bengis macam samseng 'cowboy.

Sebab itulah sebaik sahaja SB-SB (Tukang beri maklumat) memberikan maklumat bahawa BN akan tewas pemimpin-pemimpin BN terutama AlNajib dan Ali Rustam layu bagaikan bunga tidak disiram.

Ali Rustam pula bagaikan orang hilang akal menuduh Anwar dengan tuduhan Ketua Perusuh; Anwar bagaikan hilang akal; Anwar mengugut; Anwar menceroboh bas dan sebagainya.

Saya 'copy' kan apa yang Ali Rustam tulis dalam blognya. Posting ini saya sifatkan Posting seorang yang hilang akal yang tidak dapat menerima kekalahan. Inikah 'standard' Naib Presiden Umno??? Ha Ha Ha .......kalau orang luar baca boleh tergelak dengan standard pemikiran orang nombor 3 dalam Parti Teras BN.

Tulisan Ali Rustam ....

Saya amat terperanjat apabila membaca laporan polis yang dibuat oleh ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, saudara Muhammad Jailani Khamis terhadap penasihat parti keadilan rakyat (PKR) Anwar Ibrahim dan penyokongnya pada 26 Ogos 2008 yang lalu.

Seolah-olah ia tidak masuk akal bagaimana seseorang yang menggelar dirinya ‘pemimpin’ bertindak mengugut dan menceroboh bas yang dinaiki oleh penyokong Barisan Nasional (BN) dari Bukit Katil ketika hari pembuangan undi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, pada hari berkenaan.

Tindakan ini jelas menunjukkan kesombongan dan keangkuhan Anwar dan penyokong PKR yang tidak demokratik, tidak bermoral, tidak bertanggungjawab dan memalukan. Kita pun hairan dan pelik bagaimana seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pertanian boleh hilang akal dan bertindak seperti kebudak-budakkan.

Ketika berkempen, jentera BN berkempen secara berhemah dan tidak agresif seperti yang dilakukan oleh penyokong parti pembangkang dalam pilihan raya kecil itu. Apa akan terjadi jika penyokong BN hilang pertimbangan dan bertindak balas ketika Anwar dan penyokongnya menceroboh bas yang mereka naiki. Ia sudah tentu boleh mencetuskan sesuatu yang tidak diingini.

Perbuatan ini amat hina dan wajar dikutuk sekeras-kerasnya. Semoga pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya supaya perkara ini tidak berulang lagi pada masa depan. Negara ini mempunyai undang-undang dan mereka yang melanggarnya wajar dikenakan hukuman yang setimpal.


Jelas sekali Ali Rustam amat marah kerana anak buahnya dari Bukit Katil ditangkap kerana didakwa hendak menjadi 'hantu' mengundi di Permatang Pauh. Untuk pengetahuan tuan-tuan ada 5 orang penumpang bas tersebut yang mengaku mendapat habuan cuma RM100 sebagai upah kerana sanggup menjadi 'hantu' mengundi di sana. Malangnya mereka tertangkap. Sebab itulah agaknya Ali Rustam berang bagaikan orang hilang akal ......

ALI RUSTAM PUNYA ANGKARA : PATUTLAH BUKIT KATIL TIDAK BERKATIL ~ Ref Malaysiakini

Teringat cerita seorang aktivis GPMS bertemu dengan Almarhum Tun Gharaf Baba untuk meminta sumbangan. Tun memberi tahunya supaya meminta kepada Tamrin, kerana bapa Tamrin kaya. Saya, kata Tun, bapa saya miskin. Tetapi yang saya ingin nukilkan di sini ialah setelah selesai pilihanraya 1986, dan BN telah menang besar, Almarhum Tun, yang pada masa itu belum lagi Tun, telah membuat kenyataan, sekiranya pembangkang menang, negara akan huru hara. Kebetulan pada ketika itu Filipina sedang berada dalam satu pergolakan politik, maka perkara tersebut dijadikan modal untuk menakut-nakutkan rakyat. Dan ada golongan dalam masyarakat yang menerimanya gertakan tersebut, kerana apabila saya berbual dengan seorang orang kampung dalam satu majlis tahlil sebaik sahaja pru 86 selesai, orang ini meluahkan semula apa yang dikatakan oleh Tun.

Tun telah tiada, dan kita doakan rohnya dicucuri rahmat Allah. Tetapi walau pun Tun telah tiada, tetapi pemikiran Tun masih lagi segar, dan diguna pakai, terutamanya oleh orang Melaka. Pemikiran ini tidak betul, dan bersifat gertakan serta ada unsur arm twisting dan hanya dipercayai oleh segelintir masyarakat yang totok dengan UMNO/BN. Pemikiran ini adalah pemikiran ketinggalan zaman dan menjadi satu pemikiran yang sangat kuno sekarang. Sesiapa yang berpegang dengan pemikiran ini dengan sendirinya akan menjadikannya seorang yang mundur semundur mundurnya serta bengap sebengap bengapnya. Manakan tidak, dalam pru12 yang lepas, pembangkang telah menang besar, tetapi tiada pun berlaku sebarang huru hara. Dalam pr kecil Permatang Pauh, pembangkang menang, tiada pun huru hara. Yang berlaku kekacauan ialah apabila agent provacateur menyerang ahli media, dan media lain pula menuduh ahli PKR yang buat kerja itu. Itu penipuan kabir namanya.

Bagaimana pula seorang yang kelihatan berpemikiran tinggi, memegang jawatan tinggi dalam partinya, memegang jawatan awam tertinggi di Melaka boleh dirasuk oleh pemikiran kadok ini?Kalau Anwar jadi perdana menteri akan berlaku huru hara, katanya. Kalau kau jadi perdana menteri aman sentosa kah?

Bukan ke membawa pengundi hantu oleh BN ke Permatang Pauh tu menunjukkan yang puak inilah pencetus huru hara, bukan orang lain.

Patutlah Bukit Katil dah tak berkatil

Tulisan ini adalah posting Prof Hamirdin Ithnin di dalam Blognya Hamirdin.blogspot.com yang bertajuk ALI RUSTAM TIRU GHAFAR BABA?, saya tukarkan tajuk tersebut dengan tajuk di atas.

KEMERDEKAAN TIDAK ADA ERTI BUATKU ….Ref Malaysiakini

Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….harga barangan terus melambung
Kemerdekaan tidak ada erti buatku ….harga minyak terus tinggi
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Aku terus dikurung di bawah akta zalim ISA
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Aku terus ketakutan dibawah OSA
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Aku terus dikongkong dibawah Akta Polis
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Aku terus dibelenggu kemiskinan
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Aku terus dinafikan hak untuk berhimpun secara aman
Kemerdekaan tidak ada erti buat ku …. Blog dan laman web terus dipantau dan digodam
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Suratkhabarku terus dibelenggu dengan akta cetak
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Suratkhabarku Untuk Ahli Sahaja
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Menteri Besarku dinafikan hak untuk bercakap di Radio dan TV
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. YB ku dinafikan peruntukan untuk Wakil Rakyat
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Biasiswaku telah ditukar kepada pinjaman
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Amalan rasuah dan kronisme terus membarah
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Kadar jenayah terus meningkat
Kemerdekaan tidak ada ertu buatku …. Negeriku dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat Parti Dacing Senget (PDS)
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Aku terus menganggur walaupun menggenggam segulung Ijazah
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Kontrak dan Peluang Perniagaan dibolot kroni
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Subsidi hanya untuk ahli Parti Dacing Senget (PDS)
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Media terus berat sebelah dan menfitnah
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Konspirasi menjadi amalan politik murahan
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Pemimpin lemah dan lembap tidak mahu berundur
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Pemimpin bijak dan berkarisma tidak diberikan tempat seadilnya
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Islam diketepikan dengan hina
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Bahasa ku diperkecil dan dihina
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Al-Quran sekadar untuk dipertandingkan
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Ulama dicemuh dan difitnah
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Artis disanjung lebih dari Ulama’
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Program Maksiat dan melalaikan digalakkan
Kemerdekaan tidak ada erti buatku ..... SPR terus menjadi Kuda Tunggangan Parti Dacing Senget
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Jentera kerajaan digunakan wewenang oleh Parti Dacing Senget
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Pemimpin Parti Dacing Senget seolah-olah ‘imune’ dan maksum
Kemerdekaan tidak ada erti buatku …. Politik Wang terus berleluasa dan dibiarkan

BAJET 2009 : RAKYAT MARHAEN TERUS TERHIMPIT ~ Ref Malaysiakini

Tidak ada apa-apa yang menguntungkan rakyat marhaen yang bukan kakitangan awam. Bonus 1 bulan dan kenaikan pencen yang diberikan oleh kerajaan hanyalah untuk pekerja sektor awam dan pesara kerajaan.

Apa yang diperolehi oleh pekerja sendiri, swasta dan bukan pesara kerajaan. Jelas sekali dari pembentangan Bajet 2009, kerajaan langsung tidak menyediakan kaedah dan bantuan untuk mengurangkan bebas kenaikan harga dan barangan. Apa yang kerajaan buat untuk menurunkan harga barangan yang mencengkam seluruh rakyat sejak dari kenaikan harga minyak awal Jun lalui. Penurunan kadar Tol misalnya, tidak memberikan kesan kepada rakyat marhaen yang tinggal di desa yang tidak pernah atau jarang sekali menggunakan lebuhraya.

Maka bagi rakyat marhaen tidak ada apa yang mengembirakan mereka selain terus 'menangis' di dalam sedikit kegembiraan pekerja sektor awam yang mendapat bonus.

Mengapa kerajaan tidak langsung memikirkan kaedah dan cara untuk menurunkan harga barang dan menurunkan harga minyak ke tahap paling minima? Apakah kerajaan hanya menjaga kebajikan pekerja sektor awam dan menafikan kebajikan rakyat terbanyak yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Selagi kerajaan gagal mencari kaedah terbaik untuk menurunkan harga barangan dan harga minyak selagi itulah rakyat marhaen yang susah semakin susah dan menderita.

Oleh itu marilah sama-sama mendoakan agar kerajaan yang ada sekarang bertukar tangan kerana terbukti kerajaan Parti Dacing Senget (PDS) gagal menangani masalah sebenar rakyat. Pemimpin PDS sudah ketandusan idea untuk menyelesaikan kemelut yang semakin kalut dan mencengkam rakyat terbanyak ini.

Ya Allah makbulkan doa kami agar kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan segera menggantikan kerajaan Parti Dacing Senget ini.

AKADEMI NASYID TV9 : BERIKAN UNDI SMS ANDA KEPADA AZHAN ATAN

Saya menyeru Tuan-Puan memberikan undian melalui SMS kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tg Piai untuk membolehkan beliau memenangi pertandingan Akademi Nasyid anjuran TV9 malam ini yang disiarkan secara langsung oleh TV9.

Beliau merupakan seorang penasyid yang berbakat. Jangan ragu-ragu berikan undian anda kepada Azham Atan.

Jazakallahu Khairan Kathira di atas infaq tuan-puan memberikan undi kepada beliau.

MERDEKA DI DALAM KURUNGAN ~ Ref Malaysiakini

Besok sekali lagi rakyat Malaysia akan menyambut kemerdekaan buat kali ke 51. Umur 51tahun kalau kita ibaratkan seorang manusia, sudah tentu orang itu sudah matang. Mungkin sudah mempunyai ramai cucu.

Namun kematangan itu tidak ada pada pemimpin negara dan pentadbiran negara yang sudah berumur 51 tahun ini. Mereka masih berminda kelas kedua serta ketinggalan zaman. Sifat tamakkan kuasa, mabuk kuasa dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri menyebabkan negara terus ketinggalan di dalam banyak segi di persada antarabangsa.

Kerajaan pimpinan Parti Dacing Senget (PDS) terus menerus mengamalkan sistem pemerintahan ala drakonian apabila mengekalkan dan mengukuhkan lagi akta-akta zalim seperti ISA, OSA, AUKU, Akta Polis yang jelas mengurung rakyat yang merdeka. Rakyat boleh ditangkap dan dipenjarakan tanpa bicara. Rakyat boleh dihukum dibawah akta rahsia rasmi jika membocorkan maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia kerajaan. Mahasiswa terus dikurung dibawah akta lapuk AUKU yang jelas membantutkan keintelektualan mereka.

Sistem politik federalisme yang kononnya diamalkan oleh kerajaan PDS hanya khabar dari rupa. Kerajaan Negeri-negeri Pakatan RAkyat (PR) yang dipilih rakyat terus dihukum tanpa sebab. Banyak peruntukan dan program yang dijalankan oleh kerajaan pusat pimpinan PDS menkesampingkan kerajaan negeri PR ini. Apa erti merdeka kalau minda pimpinan negara tidak merdeka.

Rakyat terus dikonkong dari bercakap secara bebas. Program-program percambahan minda seperti ceramah, forum, diskusi sering mendapat gangguan dari pihak Polis atas alasan keselamatan padahal sebenarnya ia adalah untuk kepentingan PDS.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terus menjadi kuda tunggangan PDS dalam usaha mengekalkan kuasa mereka. SPR yang diletakkan di bawah Perdana Menteri terus dilacurkan PDS pada setiap kali pilihanraya walaupun negara sudah merdeka 51 tahun.

Surah an Nisa ayat ke 58-59:

"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."


Selamat Menyambut Merdeka. Merdekakan negara dari Kerajaan PDS.

SEJAK BILA IMAM HADHARI PANDAI BERCAKAP SOAL DEMOKRASI ~ Ref Malaysiakini

Naik meluat dan geli mendengar ucapan Imam Parti Dacing Senget, Imam Hadhari Wal Badawi bercakap soal prinsip dan maruah ketika membentang Bajet 2009 semalam.

Maka besurahlah Imam Dacing Senget, katanya, "Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti BN yang telah menang majoriti pilihanraya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi,".

Timbul persoalan di dalam minda saya, bila pula Imam Dacing Senget ini pandai bercakap soal lunas demokrasi dan prinsip. Bukanlah sebelum ini dan sehingga kini parti Dacing Senget sendiri tidak pernah mengamalkan demokrasi secara total sehingga 5 buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat sering dianaktirikan atau dipandang sebelah mata oleh kerajaan pusat pimpinan Imam Dacing Senget.

Malah rakyat masih ingat bagaimana Parti Dacing Senget pernah merasuah ADUN-ADUN di Sabah dirasuah oleh Parti Dacing Senget sehingga kerajaan PBS Sabah ditumbangkan suatu ketika dulu.

Dalam isu Datuk Seri Anwar dan usaha Pakatan Rakyat ingin membentuk kerajaan baru, mereka tidak pernah berusaha merasuah dan menghasut Ahli-ahli parlimen Parti Dacing Senget masuk Pakatan Rakyat. Sebaliknya Ahli-ahli Parlimen Parti Dacing Senget sendiro sedar dan insaf bahawa tiada gunanya berada dalam parti Dacing Senget yang hampir hendak karam itu. Perbincangan terus diadakan tanpa adanya unsur rasuah seperti amalan dalam Parti Dacing Senget (PDS).

Semalam dilaporkan Datuk Seri Anwar mengadakan perbincangan dengan 10 orang ahli-ahli Parlimen Parti Dacing Senget dari Sarawak. Insya Allah perbincangan ini akan membuahkan hasil positif kearah matlamat 16 Septmeber.

ARIF SHAH MESTI LETAK JAWATAN ADUN ~ Ref Malaysiakini

Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah yang tewas di tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu mesti meletakkan jawatannya sebagai ADUN.

Jika beliau seorang yang bermaruah beliau mesti berbuat demikian kerana beliau telah ditolak secara total oleh pengundi Permatang Pauh. Bukan sahaja pengundi DUN Penanti dan Permatang Pasir yang menolak beliau bahkan pengundi DUN Seberang Jaya yang diwakilinya sekarang pun telah menolak beliau dengan memberikan undi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dari keputusan rasmi yang diumumkan SPR, Arif Shah telah tewas di kesemua Peti Undi dalam Parlimen Permatang Pauh termasuk DUN Seberang Jaya. Ini membuktikan bahawa pengundi Seberang Jaya sudah hilang keyakinan kepada Arif Shah.

Jika Arif Shah seorang yang bermaruah dan professional maka sudah pasti beliau akan meletakkan jawatan. Malah bagi saya jika Arif tidak mahu meletakkan jawatan, partinya iaitu Dacing Senget mesti meminta beliau berbuat demikian demi imej dan maruah parti Dacing Senget itu.

Namun saya yakin ini tidak akan dilakukan oleh penganut Islam Hadhari dan parti Dacing Senget itu. Ini kerana amalan meletakkan jawatan dan perasaan tanggungjawab terhadap sesuatu isu dan kejadian tidak ada dalam kamus perjuangan parti Dacing Senget. Setelah menang sesuatu kerusi, penganut parti Dacing Senget sudah tentu akan terus memegang jawatan tersebut macam hak mutlak atau harta pusaka mereka.

Sebagai contoh bekas Naib Presiden Umno, Isa Samad yang dibuktikan terlibat dengan rasuah politik, beliau tetap meneruskan tugas sebagai Ahli Parlimen Jempol sehingga parlimen dibubarkan. Malah Imam Hadhari parti Dacing Senget pun tanpa segan silu tetap berdiam diri tidak mengarahkan Isa meletakkan jawatan. Bukan Isa sahaja, malah banyak kes seumpama Isa antaranya Zaid Ibrahim, Amid Nordin, Shaharudin Moin dan lain-lain yang berlaku tetapi Imam Dacing Senget terus membiarkan perasuah tersebut memegang jawatan masing-masing.

Lebih malang lagi pemimpin agung Parti Dacing Senget, Imam Hadhari Wal Badawi sanggup melantik pemimpin yang terlibat dengan rasuah politik (politik wang) Zaid Ibrahim menjadi menteri kabinet pula selepas pilihanraya umum lalu. Memang jelas Parti Dacing Senget busuknya bukan hanya di ekor tetapi kepalanya juga sudah buruk dan busuk. Ibarat seekor ikan kalau dah busuk di kepala keseluruhannya kita kena buang.

Inilah perangai pemimpin parti Dacing Senget, tidak bermaruah dan professional dalam berpolitik. Oleh itu marilah seluruh rakyat Malaysia kita berjuang bersama-sama menumbangkan kerajaan parti Dacing Senget ini selewat-lewatnya pada Pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kepada ahli-ahli parlimen parti Dacing Senget silalah menyeberangi ke dalam Parti-parti Pakatan Rakyat agar kerajaan parti Dacing Senget dapat ditumbangkan dan kita bina sebuah kerajaan baru yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

29 August 2008

BAJET 2009 - BAJET POLITIK ~ Ref Malaysiakini

Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion, naik 5.1 peratus dari tahun lalu saya sifatkan sebagai Bajet Politik untuk memancing sokongan rakyat khususnya rakyat Sabah dan Sarawak. Kerajaan BN sedang berusaha untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dengan memberikan umpan kebendaan iaitu senjata tradisional BN pada setiap kali pilihanraya.

Namun tidak banyak polisi dan program kebajikan baru diperkenalkan yang benar-benar boleh membantu rakyat yang sedang menghadapi kemelut kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.

Tidak ada program seperti Takaful Kifaalah dan Armalah yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan.

Tidak ada pemberian air percuma seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor cuma ada potongan bil elektrik bagi kadar tertentu sahaja.

Tidak ada pengumuman penurunan harga minyak

Tidak ada program untuk menurunkan harga barangan terutama beras dan lain-lain

Tidak ada penurunan tambang pengangkutan awam. Cuma penurunan bayaran tol, itupun tidak dinikmati oleh orang kampung yang tidak menggunakan lebuhraya.

Secara ringkas hanya kakitangan awam sahaja yang mungkin merasa sedikit habuan dengan pemberian bonus dan kenaikan bayaran pencen. Bagaimana dengan kita yang bekerja sendiri dan swasta??????

TUTUP TERUS INTERNET, BIAR KITA UNDUR KE BELAKANG ~ Ref Malaysiakini

Saya mencadangkan kepada kerajaan Malaysia kalau benar-benar ingin membendung semua laman web dan blog yang menentang kerajaan sila tutup internet dan putuskan semua rangkaiannya di negara kita.

Kalau betul internet menyebabkan sokongan kepada BN semakin berkurangan, apa lagi matikan semua rangkaian internet biarkan gunakan suratkhabar, mesin taip, mesin fax dan telefon sahaja sebagai penyebar maklumat dan khabar berita.

Tidak perlulah Koridor Raya Multimedia (MSC), tidak perlulah jalur lebar dan tidak perlu ujudkan kursus IT di IPTA dan IPTS.

Saya sendiri pening dan hairan dengan tindakan kerajaan yang seolah-olah anti dengan perkembangan dunia IT sehingga sanggup menutup laman web atau blog yang dikatakan menentang kerajaan atas alasan memfitnah, mengadu domba, menghasut dan sebagainya. Padahal pemimpin-pemimpin BN lah sebenarnya yang menghasut, memfitnah dan mencaci musuh politik mereka setiap hari.

Saya bersetuju dengan pendapat Dr Mahathir yang mengecam kerajaan kerana memungkiri janjinya selama ini untuk tidak menapis kandungan internet - dasar yang perkenalkan semasa pentadbirannya dahulu.

"Bila kerajaan membuat janji kepada negara dan kemudian memungkirinya, maka kerajaan bukan sahaja hilang kredibiliti tetapi juga rasa hormat rakyat sebelum ini," kata Dr Mahathir dalam blognya.

Rabu lalu, Malaysiakini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan internet (ISPs) di negara ini supaya mengharam Malaysia Today.

Tindakan ini sebenarnya suatu tindakan yang tidak bertamadun kerana menyekat kebebasan berfikir di kalangan rakyat di samping memperlihatkan sifat kerajaan yang tidak boleh dikritik serta takut kepada bayang-bayang sendiri.

INTIPATI BAJET 2009

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Malaysiakini

BN TIDAK PERLU DIJENAMAKAN SEMULA TETAPI PERLU DIKUBURKAN TERUS ~ Ref Malaysiakini

Saya tidak bersetuju dengan cadangan Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang mencadangkan supaya BN dijenamakan semula ekoran kekalahan teruk pada Pilihanraya Umum 8 Mac lalu dan juga pilihanraya kecil Permatang Pauh Selasa lalu.

Cadangan Muhyiddin tersebut sudah tidak relevan kerana BN terbukti ditolak oleh rakyat apabila kalah di lima buah negeri dan kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen walaupun BN dibantu oleh SPR, Media dan jentera kerajaan semasa kempen pilihanraya tersebut.

BN ditolak oleh rakyat kerana politik perkauman sempit BN yang berjuang atas dasar kaum masing-masing Umno untuk Melayu, MCA untuk Cina, MIC untuk India, Gerakan untuk Cina dan lain-lain.

Rakyat Malaysia sekarang sudah matang dan cerdik untuk memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk. Saya yakin jika BN tidak dibantu oleh SPR, Media dan jentera kerajaan tempohari BN sudah pasti kalah teruk dan kemungkina besar BN juga terlepas hampir keseluruhan kerusi di Semenanjung Malaysia.

Trend pengundi di Bandar yang celik IT yang tidak bergantung sepenuhnya kepada media pengampu menunjukkan hampir semua kerusi-kerusi dibandar-bandar besar dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Saya mencadangkan kepada Muhyiddin supaya mencadangkan kepada Majlis Tertinggi Barisan Nasional supaya membubarkan parti-parti komponen masing-masing dan bersama-sama menyertai mana-mana parti Pakatan Rakyat demi masa depan agama, negara dan bangsa.

Tidak ada gunanya mempertahankan sesebuah parti yang telah rosak, korup dan jijik yang telah ditolak oleh rakyat terbanyak.

Tak payah ngabihkan bogheh, moh kito join Pakatan Rakyat dan kita bina sebuah negara Malaysia yang aman, sejahtera dan mementingkan kebajikan rakyat.

KONSERT AVRIL : KEMENTERIAN DAN PUSPAL TIDAK SENSITIF ~ Ref Malaysiakini

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Pusat Setempat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) jelas tidak sensitif dengan kedatangan bulan Ramadhan yang akan disambut Isnin ini apabila membenarkan konsert penyanyi punk pop Avril Lavigne diadakan pada malam ini.

Dalam keadaan orang Islam akan menyambut bulan yang mulia iaitu Ramadhan Al Mubaraq kementerian dan Puspal langsung tidak mengambil kira bantahan dan rungutan umat Islam yang tidak bersetuju dengan penganjuran konsert penyanyi ini yang sudah tentu memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan ketat di sana sini.

Bantahan demi bantahan yang di hantar oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) kepada kementerian dan Puspal seperti dibakulsampahkan apabila konsert terus dibenarkan.

Sebelum ini kementerian bercadang menangguhkannya ke suatu tarikh lain, bagaimanapun kementerian berkenaan mengambil sikap meneruskan semula rancangan asal persembahan itu, yang dijadual jam 9 malam 29 Ogos, hujung minggu lalu. Mengapa kementerian membenarkannya semula? Jawapannya hanya boleh dijawab oleh Menteri berkenaan iaitu Shafei Apdal (Shafei Al Hadhari bukan Imam Shafei yang dicari Pak Lah).

Saya secara peribadi tidak membantah konsert nyanyian tetapi ianya mestilah mengikut batas-batas agama di mana penyanyi tidak membuka aurat, tiada percampuran lelaki dan wanita, tidak melalaikan, tidak menganggu masa solat, tidak menganggu ketenteraman awam, tidak menggalakkan remaja berfoya-foya dan sebagainya). Islam sendiri tidak mengHARAMkan hiburan tetapi hiburan mestilah dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh Islam.

Kerajaan Kelantan umpamanya telah membuktikan bahawa hiburan dan kesenian dibolehkan di mana banyak sekali acara kesenian dianjurkan di Kelantan.

Saya menyokong tindakan yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Selangor yang akan mengadakan Solat Hajat di depan Pintu Masuk Stadium Merdeka tempat konsert ini diadakan.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad tujuan solat hajat itu bukan untuk menghalang pengunjung ke konsert tersebut tetapi untuk menunjukkan syiar sembahyang dalam Islam. Mereka juga dijangka akan mengedarkan risalah yang memuatkan ayat-ayat al-Quran, hadis dan nasihat ulama. Dijangkakan 500 ahli pemuda akan hadir untuk menunaikan solat hajat tersebut malam ini. Unit Amal juga akan diarah untuk mengawal keadaan.

RIAK-RIAK KERAJAAN BARU AKAN DIBENTUK MULA KELIHATAN ~ Ref Malaysiakini

Anwar berangan, Anwar mengigau di siang hari, Anwar pembohong dan macam-macam lagi supah seranah serta cacian dilemparkan oleh puak-puak yang tidak senang dengan dakwaan Anwar bahawa kerajaan baru Pakatan Rakyat akan dibentuk menjelang 16 September ini.

Takut benar mereka ini dengan angan-angan Anwar ini. Mengapa mereka takut? Biasanya orang yang takut kehilangan kuasa ialah orang yang banyak melakukan kesalahan dan kezaliman serta rakus menggunakan kuasa ketika mereka memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara. Adakah puak-puak BN ini berperangai sedemikian ketika berada di puncak kuasa? Tuan-puan boleh jawab sendiri.

Ketika Anwar melemparkan angan-angan beliau untuk merampas Putra Jaya beberapa bulan lalu ramai juga yang percaya dan tidak kurang pula yang beranggapan Anwar bermimpi di siang hari. Namun kini bila Anwar mengangkat sumpah semalam, lebih ramai orang yang tidak percaya mula tercengang-cengang berfikir mungkin juga dakwaan Anwar ini betul dan akan menjadi kenyataan.

Malah pemimpin Umno/BN mula pucat gigi dan pucat lesi. Semalam ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak (gambar) diberitakan akan tetap setia dengan BN. Menteri 'Muzium', Shafei Apdal membuat kenyataan media (dibelakangnya berdiri hampir semua Ahli-ahli Parlimen Sabah & Sarawak) bahawa mereka akan tetap setia dan patuh kepada BN dan pemimpinnya. Mereka juga akan menandatangani akujanji untuk tetap setia tidak menjadi katak melompat menyertai Pakatan Rakyat. Jelas sekali pemimpin BN/Umno begitu takut akan ujudnya Ahli-ahli Parlimen yang akan melompat dari BN kepada Pakatan Rakyat.

Hari ini dan semalam, riak-riak akan adanya Ahli Parlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat mula kelihatan. Harakahdaily melaporkan bahawa YB Saifuddin Nasution berkata beberapa orang Ahli Parlimen BN mula menghantar SMS kepada Anwar mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang dan menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.

Dakwaan Saifuddin ini sudah tentu menyebabkan Imam Nombor Wahid Islam Hadhari tidak tidur lena malah mungkin terpaksa menelan ubat tidur untuk membolehkan beliau tidur lena. Kalau sebelum ini beliau begitu senang untuk tidur walau di mana sahaja, sekarang mungkin masa tidur pun beliau tidak boleh tidur kerana risau dengan senario baru kemungkinan kerajaan Islam Hadhari akan tumbang.

Bagi kepala-kepala penyamun, penyangak, kaki rasuah dan sebagainya mereka sudah pasti tidak senang duduk macam cacing kepanasan bila mendengar berita ini. Yang pasti mungkin Dr Mahathir sudah menempah 'open ticket' untuk terbang berhijrah ke negara di mana rumah beliau mungkin sudah tersergam indah. Dr Mahathir mungkin sudah 'packing' barang-barang beliau sekarang atau mungkin juga beliau akan menyedekahkan barang-barang itu kepada rumah yatim.

Sama-samalah kita tunggu saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari samada cita-cita sebahagian besar rakyat Malaysia yang ingin sangat menikmati pemerintah kerajaan berkebajikan menjadi kenyataan pada atau sebelum 16 September ini.

Mari kita sama-sama mendoakan kerajaan korup, zalim dan biadap ini ditamatkan riwayatnya oleh Allah S.W.T. Amin

KOMEN MEDIA PENGAMPU TENTANG BAJET 2009 ~ Ref Malaysiakini

Bolehkah anda ramalkan komen media-media pengampu tentang Bajet 2009 yang bakal dibentangkan oleh Imam Al Hadhari nombor wahid petang ini.

Komennya sudah tentu lebih kurang macam ini ........

Bajet terbaik pernah dibentangkan ....
Bajet yang mengambilkira semua lapisan masyarakat ...
Bajet untuk rakyat miskin ....
Bajet prihatin ...
Bajet yang ditunggu-tunggu rakyat ...
Bajet berjiwa rakyat ....
Bajet mesra rakyat ....
Bajet mesra pelabur ....
Bajet durian runtuh untuk rakyat ....
Bajet yang mengutamakan golongan berpendapatan rendah ....
Bajet kerajaan prihatin ....


Dan seribu satu macam puji-pujian yang pasti dilaporkan oleh media pengampu seolah-olah malaikat atau wali yang membentangkannya .......

ALI RUSTAM LEBIH HEBAT DARI ANWAR? ~ Ref Malaysiakini

Semua orang tahu bahawa Naib Presiden Umno, Ali Rustam 'lebih hebat' dari Anwar. Sebab itu di dalam Utusan Meloya hari ini Ali Rustam menghentam Anwar dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Beliau juga memperkecil-kecilkan Anwar seolah-olah Anwar tidak ada harga langsung, bak kata orang Utara,'Tak Guna Seduit'.

Apa Ali Rustam kata kepada Anwar dalam Utusan Meloya (Tajuk Berita : Negara huru-hara jika Anwar jadi Perdana Menteri) hari ini :-

1) Negara huru- hara jika Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.
2) Anwar sombong, berlagak dan sering menghina orang lain.
3) Anwar tidak mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang boleh membawa keamanan dan keharmonian kepada negara.
4) Anwar jenis orang yang boleh merosakkan negara
5) Anwar umpama budak-budak
6) Perlakuan Anwar tidak mencerminkan beliau seorang pemimpin yang baik

Memang hebat Ketua Menteri Melaka, 'kehebatan' beliau bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Anwar.
1) Ali Rustam 'lebih hebat' dari Anwar dalam berpidato dan berdebat
2) Ali Rustam 'lebih cekap' berbahasa Inggeris dari Anwar
3) Ali Rustam mengaji 'lebih tinggi' dari Anwar. Ali Rustam mengaji 'Off Camp' USM, Anwar mengaji sekolah atap sahaja.
4) Ali Rustam pernah jaga Kemas, Anwar hanya jaga sekolah swasta.
5) Ali Rustam kaya raya, Anwar tak kaya, pencen pun kena tarik.
6) Ali Rustam 'dikenali' di seluruh dunia, Anwar hanya dikenali di Cerok Tok Kun.
7) Ali Rustam 'lebih hebat' dari Anwar sebab itu Peti Undi Mengkuang, Parlimen Permatang Pauh yang di mana Ali Rustam jadi bapa angkatnya, BN 'MENANG' besar.

Dan bermacam-macam lagi kehebatan Ali Rustam yang tidak muat saya tulis dekat blog ini. Sebab itulah Ali Rustam memperlekeh dan memperkecilkan Anwar.

Saya harap YAB Ali Rustam cukuplah menghentam Anwar kerana pilihanraya kecil Permatang Pauh pun dah tamat. BN pun 'dah menang'.

SYABAS ALI RUSTAM.

HISTERIA SMK TANJUNG LUMPUR SEMAKIN TERUK, MENGAPA TAK PANGGIL DR HARON DIN? ~ Ref Malaysiakini

Kejadian histeria yang berulang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di Kuantan semalam, bertambah serius apabila salah seorang mangsa pelajar perempuan menjerit-jerit “aku ingin darah dan nyawa.”

Pelajar itu adalah antara lapan pelajar perempuan yang terus menjadi mangsa histeria di sekolah itu yang telah berlarutan sejak tiga bulan lalu.

Jeritan mangsa histeria itu menimbulkan kebimbangan kepada segelintir pelajar, ibu bapa dan beberapa pengamal perubatan tradisional yang berusaha keras untuk memulihkan keadaan.

Tinjauan media di sekolah terbabit semalam mendapati kejadian histeria masih terus membelenggu para guru dan pelajar walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Pahang.

Beberapa ibu bapa yang ditemui berkata, ungkapan salah seorang mangsa histeria hari ini yang berbau ugutan tidak boleh dipandang ringan.

Sehubungan itu, mereka menggesa Jabatan Pelajaran Pahang, pihak sekolah dan pakar dalam bidang perubatan Islam serta tradisional bertindak segera kerana bimbang makhluk halus yang dipercayai mendiami kawasan berkenaan akan bertindak lebih dahsyat lagi.

Malah, terdapat lebih daripada 20 pengamal perubatan rohaniah berusaha untuk memulihkan semula sekolah tersebut sejak Mei lalu, tetapi setakat ini masih menemui jalan buntu.

Sudah ramai bomoh, dukun, pawang, ustaz dan segala macam mak nenek dan bapak nenek dipanggil untuk mengubati pelajar-pelajar yang terkena histeria tersebut. Namun mereka masih belum sembuh malah semakin teruk dan membimbangkan.

Saya mencadangkan Pihak Jabatan Pelajaran Pahang dan SMK Tanjung Lumpur meminta bantuan Datuk Tuan Guru Professor Dr Haron Din yang terkenal dengan perubatan Islam Darul Syifa untuk mengubati gejala ini. Beliau memang terkenal dengan keupayaan berikhtiar meminta pertolongan Allah dalam masalah sebegini. Persoalannya mengapa pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Pahang enggan atau seolah-olah tidak nampak akan keupayaan ilmu Islam Dr Haron Din.

Apakah alasan yang menyebabkan beliau tidak dipanggil ..........saya boleh agak kenapa???? Tuan-tuan juga tahu jawapannya. Dalam hal macam ini pun ada pihak yang ingin bermain politik. Inilah yang dikatakan politik yang tidak bertamadun yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu.

UMNO SEMAKIN KUSUT, MESYUARAT MT PUN TERPAKSA DIBATALKAN ~ Ref Malaysiakini

Umno semakin kusut masai. Itu komen saya bila diberitahu bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Jarang sekali mesyuarat MT Umno dibatalkan sebegini. Jelas sekali Umno semakin kusut masai dan berada dalam keadaan paling teruk. Moralnya jatuh; kestabilannya semakin bergoncang; ahli-ahli hilang kepercayaan kepada kepimpinan tertinggi dan seribu satu masalah yang sedang melanda parti jijik dan kotor ini.

Inilah bahananya apabila perjuangan tidak diasaskan kepada Islam sebaliknya perjuangan hanyalah untuk mengisi tembolok masing-masing.

Kekalahan Umno/BN di Permatang Pauh 26 Ogos lalu benar-benar memberikan tamparan hebat yang menyebabkan Umno makin tenat. Desakan supaya Pak Lah meletakkan jawatan kedengaran semula atas alasan Pak Lah dan Najib lembah, lembap dan tidak cerdik sehingga menyebabkan Umno dimalukan semalu-malunya di Permatang Pauh.

Ekoran yang kekusutan dan kekalutan tersebut Umno hilang punca sehinggakan mesyuarat MT pun terpaksa dibatalkan.

Mesyuarat yang sepatutnya dipengerusikan oleh presidennya Imam Hadhari pada jam 8 malam ini tidak jadi diadakan.

Menurut sumber ia dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Perkara itu disahkan oleh setiausaha kerja ibu pejabat Umno, Datuk Husainay Hashim petang ini.

Pada lazimnya, presiden Umno yang juga perdana menteri akan membentangkan isu-isu ekonomi yang akan menjadi dasar kerajaan dalam bajet tahunan negara.

Selain itu, mesyuarat MT dipercayai akan membincangkan kekalahan teruk calon BN daripada parti itu dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh kelmarin.

Sehingga saat ini, tiada tarikh baru mesyurata MT diumumkan kepada media.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ~ Ref Malaysiakini

Ramadhan bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam sejati semakin hampir. Isnin ini Insya Allah kita akan menyambut bulan barakah yang mempunyai segala 'nikmat' yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya.

Tahniah saya ucapkan kepada Tuan-Puan yang diberikan peluang dan kesempatan untuk menikmati bulan barakah ini. Cuba bayangkan berapa ramai kawan-kawan dan saudara-saudara kita yang tidak sempat bersama bulan Ramadhan ini apabila dipanggil mengadap Allah lebih awal.

Saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari Allah dan kemaafan dari tuan-puan jika ada yang terkasar bahasa menyakitkan hati kalian. Marilah kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai yang terbaik sejak kita di'lontar' ke dunia ini oleh Yang Maha Esa.

Renungkan tulisan Dr Osman Nasir yang saya petik dari Harakahdaily di bawah ini.

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah

Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Iklan

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.

28 August 2008

UTUSAN MELOYA DAN PAK LAH TAK PERASAN PILIHANRAYA KECIL DAH TAMAT ~ Ref Malaysiakini

Mungkin akhbar Utusan Meloya tidak perasan bahawa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sudahpun berakhir apabila terus menerus menyiarkan laporan mendakwa penyokong Pakatan Rakyat(PR) ganas.

Setelah menghemtam PR sejak berbulan-bulan lamanya dan darjah serangannya semakin meningkat sejak Wan Azizah meletakkan jawatan, hari ini Utusan terus menerus membuat serangan kepada PR seolah-olah pilihanraya terus berlangsung.

Adakah dakwaan demi dakwaan tentang kejahatan PR dan penyokongnya memberikan impak yang baik kepada BN? Persoalan ini yang sebenarnya tidak mampu dijawab oleh Utusan Meloya sehingga sanggup bersekongkol dengan pemimpin BN memfitnah dan menuduh penyokong PR.

Pada masa yang sama penyokong BN dilihat seolah-olah seperti malaikat yang langsung tiada dosa dan kesalahan. Semua insiden yang berlaku di setiap pilihanraya dihalakan kepada penyokong PR sedangkan bukti dan perbicaraan belum dilaksanakan.

Malangnya kenyataan tidak cerdik seperti ini datangnya dari pemimpin No 1 negara yang sama-sama tidak cerdik dan bengap. Agaknya semua penyokong BN ini wali-wali belaka sehingga langsung tidak melakukan kesalahan. Sedangkan kita semua tahu bahawa banyak insiden yang berlaku adalah disebabkan provokasi penyokong BN dan juga sabotaj dari pihak-pihak tertentu. Malah pemimpin BN sendiri seperti Menteri Besar Pahang mengajar anak buahnya membuat isyarat lucah ditengah khalayak ramai semasa hari penamaan calon Pilihanraya kecil Sanggang.

Malah pada hari penamaan calon pilihanraya Permatang Pauh 16 Ogos lalu beberapa orang penyokong BN menunjukkan aksi lucah bukan sahaja pemuda-pemuda Umno malah Puteri Umno pun tergamak membuat perkara yang sama.

Hari ini Imam No 1 Islam Hadhari sendiri mempamerkan sikap tidak cerdik beliau apabila menuduh bahawa insiden-insiden ganas di Permatang Pauh dilakukan oleh penyokong parti pembangkang sepanjang tempoh berkempen dan pengundian.

Malah, beliau turut menyifat insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu sebagai 'pencemaran' terhadap amalan demokrasi negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ada beberapa insiden yang pada saya tidak menyenangkan dan saya rasa marah jugalah dengan insiden tertentu ini kerana sepatutnya ia tidak berlaku langsung.

Abdullah mengulas mengenai kekecohan yang berlaku semasa proses pengundian dan kenyataan beliau disiarkan dalam Utusan Meloya hari ini.

TAHNIAH DATUK MISBUN SIDEK- Ref Malaysiakini

Tahniah kepada Misbun Sidek, jurulatih Badminton negara di atas pengurniaan gelaran Darjah Kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Sesungguhnya jasa Misbun memang tidak dinafikan kerana sejak 30 tahun dahulu beliau memperhambakan diri kepada negara dalam acara Badminton sebagai pemain dan jurulatih.

Beliau pernah mengharumkan nama negara di arena antarabangsa dengan gelaran Juara dalam kejohanan bertaraf dunia.

BIODATA DATUK MISBUN SIDEK

Tarikh/Tempat Lahir : 17 Februari 1960 / Banting, Selangor

Jawatan *Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri
(Mulai 1996 hingga 31 Disember 2002)

*Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri
(Mulai 1 Januari hingga sekarang)

*Ketua Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (Mulai 1 Januari 2003 hingga 31 Disember 2004)

*Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia(Mulai 1 Januari 2005 hingga sekarang)

Email : misbunsidek007@yahoo.com.my

PENCAPAIAN

1980 Pemegang Pingat Gangsa Bergu Lelaki Kejohanan Dunia (bersama Jalani), Jakarta

1981 Juara Perseorangan Terbuka Jerman
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia
Pingat Emas Perseorangan Sea Games di Manila

1982 Juara Perseorangan Terbuka Sweden
Naib Juara Perseorangan Piala Dunia
Semi Finalis Perseorangan All England
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1983 Juara Perseorangan Terbuka Jerman
Juara Perseorangan Terbuka Sweden
Juara Perseorangan Terbuka Kanada
Semi Finalis Perseorangan Kejohanan Dunia
Tempat ke-3 Perseorangan Sirkit Pro-Kennex

1985 Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1986 Juara Perseorangan Terbuka Malaysia
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1987 Juara Perseorangan Terbuka Chinese Taipei
Juara Perseorangan Piala Konica (Singapore)
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1988 Naib Juara Perseorangan Akhir Grand Prix Dunia

1990 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1992 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1994 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1996 Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Atlanta.
1998 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
2000 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia

2002 Memenangi 3 pingat emas dalam acara perseorangan lelaki, berpasukan dan bergu campuran bawah kategori 35 tahun ke atas di World Masters Games, Melbourne, Australia.
Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
Menerima penghargaan khas daripada Persatuan Badminton Melayu Malaysia
Menerima Penghargaan khas daripada Majlis Sukan Negeri Selangor
Menerima Anugerah Jurulatih Kebangsaan daripada Majlis Sukan Negara

2004 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Athen

2005 Tenaga Jurulatih Ke Kejohanan Dunia, California USA

2006 Tenaga Jurulatih Piala Thomas Malaysia
Tenaga Jurulatih Malaysia ke Sukan Asia, Doha

MUHYIDDIN LEBIH SESUAI JADI PRESIDEN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Sehari dua ini terutama selepas Tsunami melanda Umno/BN dengan kekalahan mereka pada Pilihanraya Umum ke 12 lalu saya yakin, Imam Hadhari No 1 dan No 2 Umno iaitu Pak Lah dan AlNajib sudah tidak relevan lagi untuk memimpin Umno. Kredibiliti, idea, cara kepimpinan kedua-duanya sudah lapok dan ketinggalan zaman.

Secara peribadi saya beranggapan bahawa Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin lebih berkarisma dan hebat dari kedua-dua besar Hadhari. Muhyiddin nampaknya lebih cerdik dan rasional dalam membuat komen dan tindakan. Berbeza dengan Pak Lah yang sentiasa yakin akan kehebatan diri sendiri dan AlNajib yang sekarang tak senang duduk dihantui dengan segala macam kontroversi.

Kepada orang Umno saya cadangkan anda semua membuat desakan kepada Imam No 1 dan No 2 supaya meletakkan jawatan dan beri peluang kepada Muhyiddin menerajui Umno. Walaupun Muhyiddin sering dikaitkan dengan peranan yang didakwa 'menjual' negeri Johor namun ianya tidak kelihatan seteruk dan sehaprak Pak Lah yang membiarkan anak menantu, kawan dan saudaranya kaya raya. Begitu juga dengan AlNajib yang semua orang kenal begitu intim dengan Rahim Thamby Chik yang 'gagah dan hebat'.

Jadi saya harap kawan-kawan dalam Umno dapat memikirkan cadangan saya ini agar dapat dipertimbangkan sebelum terlambat. Untuk itu dalam persidangan Umno Bahagian tidak lama lagi saya mencadangkan tuan-tuan dan puan-puan yang mungkin menjadi perwakilan pastikan Muhyiddin dicalonkan sebagai Presiden. Timbalan Presiden mungkin Ku Li atau Rais Yatim terpulanglah. Ali Rustam ? Tak boleh hancur kita nanti 'kena sepit sama sepit sini'.

Saya tertarik dengan kenyataan Muhyiddin berkenaan kekalahan BN di Permatang Pauh, saya lihat kenyataan beliau lebih rasional, professional dan logik berbanding dengan kenyataan kedua-dua Imam Besar Hadhari.

Muhyiddin dalam kenyatannya semalam berkata, BN dan UMNO perlu mengadakan post-mortem dan mengambil usaha untuk mempercepatkan program pemulihan UMNO serta langkah-langkah untuk menjenamakan semula BN dengan pendekatan baru dengan cara-cara yang boleh diterima rakyat.

Menurut beliau, ini memerlukan pendekatan yang perlu dilakukan oleh UMNO dan BN dan menilai semula sama ada cara ia berkempen "sudah basi dan tidak diterima rakyat" lagi. Ini jelas bahawa kita perlu buat satu perubahan cepat, corak, daya dan perubahan organisasi kita dan cara kita.

Selain itu, kata Muhyiddin, keputusan itu juga menunjukkan bahawa cara berfikir pengundi sudah berubah di mana mereka mahu "satu yang lebih adil, yang tidak berasaskan perkauman, yang berdasarkan profil rakyat Malaysia yang berbagai bangsa dan agama...UMNO perlu bersedia buat perubahan.

Bagaimanapun, beliau berkata kemenangan Anwar itu adalah sesuatu yang dijangkakan dan harus diterima kerana ia adalah merupakan suara rakyat.

Katanya kemenangan itu bermakna pengundi-pengundi di Permatang Pauh sudah membuat keputusan di bawah sistem demokrasi yang perlu dihormati semua pihak.

Mungkin apa pun yang dikatakan tentang Anwar, orang tak percaya dan pengundi tak percaya. Penjelasan yang dibawa oleh pemimpin kita tak diterima, seolah-olah keputusan yang dibuat awal-awal yang mengatakan BN (Barisan Nasional) tak akan menang dan PKR akan tahan (mempertahankan) kawasan itu.

PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi.
Sebanyak 447 undi rosak.

HARGA BERAS TAKKAN TURUN SELAGI BN PERINTAH ~ Ref Malaysiakini

Harga beras tidak akan turun selagi BN memerintah Malaysia. Itu kenyataan yang dibuat oleh teman saya yang namanya tidak dibenarkan untuk disiarkan di sini.

Saya bertanya kenapa kerajaan BN tak mau turunkan harga beras? Beliau menjawab spontan, "pemimpin BN bukannya tahu jerih perit rakyat' mereka senang lenang rakyat menderita", itu jawapan mudah beliau.

Walaupun harga minyak telah diturunkan 15 sen baru-baru, harga barang masih kekal tidak berganjak malah ada yang melambung naik lebih tinggi dari sebelum ini. Kerajaan BN tidak langsung risau dan susah hati kerana pemimpin-pemimpin yang menjadi anggota kabinet tidak pernah merasa jerit payah rakyat, mereka bukannya pergi ke pasar untuk membeli semua itu. Orang Gaji mereka pun 2,3 orang atau mungkin lebih. Tak perlu mereka ke pasar. Mereka tidak rasa gusar dan gundah kerana gaji mereka puluhan ribu malah Perdana Menteri gaji termasuk elaun dan sebagainya mencecah lebih dari RM50,000.

"Apa susahnya, menteri kalu dia nak sesuatu benda,semua dapat, elaun pun tak habis makan" kata sahabat tadi bila diajukan soalan tentang kenaikan barang.

Kesusahan rakyat ini jelas tidak dipedulikan kerajaan. Itu sebab hari ini Mustapha Mamat (Tok Pa) berkata harga beras dalam negara tidak mungkin dapat diturunkan pada masa ini walaupun harga komoditi itu mengalami sedikit penurunan di pasaran antarabangsa, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Jadi rakyat tak payah tunggu dan tanya bila harga beras hendak diturunkan. Selagi kerajaan BN memerintah selagi itulah kita makan beras mahal. Satu saja cara untuk mengajar kerajaan BN tolak mereka secara total supaya kerjaan BN rebah menyembah bumi. Atau mungkin hayat kerajaan BN ini akan tamat pada 16 September. Insya Allah selepas itu harga beras akan turun.

HANYA 3 MENTERI HADIR UPACARA ANGKAT SUMPAH ANWAR, TAKUT KE? ~ Ref Malaysiakini

Hanya 3 orang sahaja menteri yang hadir pada majlis angkat sumpah Anwar Ibrahim pagi ini. Salah seorangnya ialah Nazri Aziz, menteri samseng. Yang lain tidak menunjukkan muka. Mungkin mereka malu untuk berdepan dengan Anwar kerana baru sahaja menyumpah, menfitnah dan menuduh Anwar dengan pelbagai tuduhan semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Mungkin alasan mereka ialah sibuk dengan tugas harian. Kita semua tahu perangai mereka ini.

Hari ini adalah hari bersejarah bagi Anwar dan rakyat Malaysia. Kalau sebelum ini Anwar hadir di Parlimen di pihak kerajaan ini beliau mengetuai saf pembangkang pula.

Selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat, mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

PAhli parlimen Permatang Pauh itu, yang baru memenangi kerusi tersebut dua hari lalu, mengangkat sumpah jam 10.05 pagi tadi, sejurus selepas bacaan doa di dewan yang mulia itu.

Anwar, 61, mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat.

Katanya, Anwar juga akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati
oleh seorang ketua pembangkang.

Anwar yang berbaju Melayu biru tua, kemudian melangkah duduk di kerusi betul-betul berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kerusi itu dulu diduduki isterinya yang mewakili kawasan parlimen yang sama - acara mengangkat sumpah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lama selepas pilihanraya umum lalu dihadiri Anwar sebagai pasangan seorang anggota Dewan Rakyat.

Sebaik sahaja upacara mengangkat sumpah itu selesai, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric E. Majimbun dari BN - sebelum mengajukan soalan pertama - sempat mengucapkan tahniah kepada Anwar yang berjaya memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh, dan pemilihan beliau sebagai ketua pembangkang.

Ucap tahniah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz pula sebelum menjawab soalan pertama, turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berharap Anwar dapat sama-sama menyumbang kepada amalan demokrasi di negara ini.

Ketika diminta mengulas pelantikan Anwar sebagai ketua pembangkang, Najib berkata, beliau berkata:

"Sebagai ketua pembangkang (di Parlimen), kita harap beliau akan menyumbang dengan baik kepada perjalanan amalan demokrasi dan membantu kita dalam usaha kita memajukan lagi negara kita," katanya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen hari ini.

Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau merasa terharu dapat kembali ke Parlimen selepas 10 tahun.

"Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya merasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya," katanya.

Penasihat PKR itu memenangi kerusi parlimen tersebut dengan majoriti 15,671 undi Selasa lalu. Beliau mendapat 31,195 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, yang memperolehi 15,524 undi. Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mendapat 92 undi dan hilang wang pertaruhan.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan ahli parlimennya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya itu bertanding di situ.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

Anwar, yang juga mantan timbalan perdana meneri dilucutkan dari jawatan dalam erajaan pada tahun 1998, berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan liwat.

SIAPA BIADAP PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT ATAU PEMIMPIN UMNO/BN? ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin Pakatan Rakyat sering ditohmah dan difitnah dengan pelbagai perkara jijik dan memualkan antaranya kaki liwat, gangster, tiada akhlaq dan sebagainya.

Semasa saya bersama-sama sahabat merayu undi di Permatang Pauh 2 hari lepas perayu-perayu undi BN tanpa segan silu menunjukkan isyarat lucah, mengeluarkan kata-kata lucah seperti kaki juboq, kaki pungkoq dan sebagainya. Semua ini adalah 'tarbiah' dari pemimpin mereka yang sememangnya suka memfitnah.

Ingatkah Tuan-Puan kepada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakub (Gambar) yang pernah menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS, PKR dan DAP semasa hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Sanggang. Tanpa rasa segan pimpinan Umno/BN ini menunjukkan isyarat lucah ditengah-tengah khalayak ramai.

Semalam seorang lagi pemimpin Umno/BN iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan, Mat Hassan mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang sepatutnya tidak dihamburkan oleh seorang yang bergelar Menteri Besar.

Mat Hasan yang jelas berang dengan tindakan ADUN Pakatan Rakyat yang bertindak kelaur Dewan mengatakan 'pergi mampus' kepada pembangkang sambil diiringi sorakan Adun BN yang lain ketika menggulung perbahasan pada pukul 12.00 tengahari pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan, di Seremban semalam.

"Mereka ingat saya takut, 'pergi mampus' sama mereka, mereka tak ada pun kita boleh bersidang juga lagi senang kita buat kerja," kata beliau dengan nada marah.

Inilah contoh 'terbaik' yang ditunjukkan oleh pemimpin BN kepada penyokong-penyokong mereka sehingga perangai penyokong-penyokong sukar di kawal dan kadang-kadang tidak masuk akal. Maka tidak hairanlah kalau penyokong-penyokong Umno/BN bertindak lebih teruk lagi dari pemimpin mereka kerana 'Ayah Kencing Berdiri Anak Kencing Berlari; Bapa Borek Anak Rintik.'

TAHNIAH KEPADA DATO SERI ANWAR ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG DAN KEMENANGAN DI PERMATANG PAUH ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim di atas perlantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang dan kemenangan beliau pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Sesungguhnya perlantikan beliau sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Malaysia sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang sangat memerlukan pemimpin yang hebat dan mampu membawa Malaysia ke mercu kegemilangan.

Adalah diharapkan Dato' Seri Anwar akan dapat memainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang dengan berkesan sebagai penasihat kepada kerajaan BN yang ternyata gagal memerintah Malaysia sehingga ekonomi negara terus merudum;rakyat juga terus ditekan dan sengsara dengan masalah kenaikan harga minyak dan barangan. Kesengsaraan rakyat ditambah lagi dengan pengekalan akta-akta yang zalim seperi ISA, OSA, AUKU dan sebagainya. Malah imej negara terus merosot disebabkan isu-isu konspirasi politik dan kestabilan politik yang semakin membimbangkan.

Saya juga menaruh keyakinan bahawa perancangan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan sebagaimana yang direncanakan oleh YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat, berada dalam landasan terbaik sebagaimana yang dirancangkan. Saya menyokong apa juga taktik dan strategi yang diaturkan demi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru yang dapat menjamin kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihanraya kecil Permatang Pauh Selasa lalu juga mencerminkan bahawa rakyat tidak percaya dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO-BN.

Pada setiap kali pilihanraya pemimpin BN terutama Datuk Seri Najib Razak masuk ke kampung membuat bermacam-macam janji dan cacian kepada calon dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun banyak janji-janji yang dibuat hanya sekadar janji, malah projek dan bantuan segera yang diberikan hanyalah untuk memancing undi. Cacian pemimpin BN kepada Pakatan Rakyat dan Dato Seri Anwar membuatkan rakya muak dan meluat kepada BN.

Keberanian rakyat Permatang Pauh menolak BN juga membuktikan bahawa amalan politik perkauman yang diamalkan oleh Umno, MCA dan MIC serta gerakan sudah berkubur.

Kemenangan Dato Seri Anwar juga membuktikan fitnah liwat kedua yang dikenakan kepada Anwar jelas tidak diyakini oleh rakyat.
Rata-rata pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia percaya tuduhan tersebut hanyalah fitnah dan konspirasi pihak tertentu untuk mematikan karier politik Anwar.

Kini rakyat Permatang Pauh yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya membuktikan kepada umum bahawa rakyat Malaysia tidak boleh diperbodohkan dengan isu jijik yang tidak masuk akal.

Kemenangan beliau juga menjelaskan kepada kita bahawa hasrat kerajaan untuk menggula-gulakan pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia dengan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen tidak mengena kerana rakyat sudah cerdik dengan taktik BN yang jelas cuba memujuk pengundi supaya menyokong BN.

Rakyat mahu kerajaan turunkan harga minyak kepada sekurang-kurangnya RM2.00 bukannya RM2.55, malah walaupun harga minyak turun tetapi rakyat masih terbeban dengan harga barangan yang terus melambung tinggi.

Tidak syak lagi bahawa perlantikan Dato Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan kemenangan beliau di Permatang Pauh merupakan kemenangan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Syabas dan tahniah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Melaka

DATO' SERI ANWAR ANGKAT SUMPAH 10.05 PAGI TADI ~ Ref Malaysiakini

Tahniah! Dato' Seri Anwar Ibrahim telah selamat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tepat jam 10.05 pagi sebentar.

Saya mengucapkan TAHNIAH kepada beliau semoga segala perancangan Pakatan Rakyat akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Sesungguhkan hari ini merupakan hari gembira kepada rakyat Malaysia. Moga-moga beliau dapat menyumbangkan tenaganya untuk Islam, bangsa dan negara. Insya Allah kepimpinan beliau akan dapat mengembalikan kecemerlangan negara kita dan dapat menjamin kedaulatan semua tidak kira agama, bangsa dan negara.

YES !!!! STEP PERTAMA DAH LEPAS ~ Ref Malaysiakini

'Step' pertama jalan ke Putra Jaya sudah lepas sebaik sahaja Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang hari ini.

'Step' kedua menunggu iaitu 'penyeberangan' Ahli-ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat (PR), bila??? Hanya Allah dan Anwar serta ahli-ahli Parlimen itu sahaja yang tahu, benar atau tidak telahan dan ramalan ini. Di pihak Anwar beliau terus menunjukkan reaksi yakin bahawa Jalan Ke Putra Jaya terbentang luas tanpa halangan dan badai untuk ditempuh.

Di pihak BN yang hampir kelemasan sudah berbuih mulut mereka menyatakan ini hanyalah mimpi dan igauan Anwar sahaja. Gimik semata-mata. Samada ianya Gimik atau Mimik atau komik saya pun tidak 'reti' untuk komen. Semuanya boleh berlaku tiada yang mustahil atau 'impossible'. Siapa sangka Anwar akan bertanding di Permatang Pauh sedangkan diwar-warkan beliau akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu atau Bandar Tun Razak.

Semua orang tidak menafikan kelicikan dan kehebatan Anwar mengatur strategi politik sehinggakan pemimpin BN pucat gigi bahkan pucat lesi dibuatnya.

Walaupun di bibir mulut pemimpin BN menyatakan semuanya tidak masuk akal tetapi hakikatnya mereka tidak lena tidur memikirkan kebenaran kata-kata Anwar bahawa 16 September merupakan tarikh hitam di mana kerajaan BN akan dikebumikan di Putra Jaya. Sudah berkali-kali Imam no 1 dan no 1 Hadhari menyatakan bahawa Ahli-ahli Parlimen BN tetap akan bersama BN. Namun sebaik sahaja SAPP buat perangai riak-riak bahawa kata-kata Anwar ada kebenarannya semakin membesar. Riak ini ditambah lagi dengan kelantangan ahli-ahli Parlimen Sabah mengkritik kerajaan BN seolah-olah mereka di pihak pembangkang.

Lebih menarik Anwar dan anak buahnya bukan sahaja mendakwa ahli-ahli parlimen dari Sabah yang akan melompat bahkan ahli parlimen Sarawak, Umno dan MCA akan turut sama. Ini menyebabkan pemimpin-pemimpin BN terus tersentak. Entah berapa ramai SB yang mereka pasang untuk menyiasat perkara ini kita pun tidak tahu.

Untuk menguatkan dakwaannya Anwar dan sahabat-sahabatnya juga menyatakan bahawa pertemuan demi pertemuan telah dibuat dengan ahli-ahli Parlimen terbabit samada di adakan di dalam atau luar negara. Ini lebih memeningkan kepada Imam Hadhari dan AlNajib.

Walaupun apapun kita tunggu dan lihat............

KELUHAN AHLI PAS UNTUK RENUNGAN - Ref Malaysiakini

Tulisan The Art Of Making Money

Salam sahabat,

Sebenarnya saya pun tidak tahu sama ada saya gembira atau merasa lebih takut dengan kemenangan Anwar ini. Secara peribadi saya melihat halatuju Pas dan kebanyakan ahli Pas sudah mula terpesong dari perjuangan asal penubuhan Pas itu sendiri.

Melihat kepada ketegasan Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa negara malaysia tidak akan menjadi negara Islam malah menuju kepada negara sekular dan Anwar sendiri yang saya lihat tidak pernah menyatakan suatu pandangan yang jelas mengenai perjuangan beliau di dlm Islam menimbulkan persoalan yang amat serius. Dimanakah 'stand' beliau apabila ianya berkenaan dgn agama Islam dalam bentuk perjuangannya.

Kepada ahli-ahli Pas dan mereka yg berjuang kerana Allah, ingatlah dasar perjuangan Pas ialah untuk menubuhkan negara islam yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Secara mudahnya ingin saya katakan, biar kalah kerana mempertahankan Islam daripada menang tetapi Islam tergadai. Saya adalah ahli Pas seumur hidup, keluarga saya adalah pejuang Pas semenjak daripada ibu dan bapa saya lagi. Pandangan saya ini adalah kerana sayangkan Islam dan saya tidak mahu ahli-ahli Pas serta pejuang-pejuang Islam terpesong daripada perjuangan yang sebenar hanya kerana inginkan kemenangan di dunia tetapi Akhirat tergadai.

Ulasan Mutaligat:-

Saya yakin kebimbangan saudara juga dikongsi bersama oleh seluruh Ahli-ahli PAS yang cintakan Islam dan perjuangannya. Seperti yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden semasa Muktamar PAS di Ipoh dua minggu lalu, bahawa PAS tidak akan sekali-kali menggadaikan prinsip perjuangannya walau dalam keadaan apa sekalipun. Kita kena faham Tahaluf Siyasi yang kita jalinkan dengan parti-parti sahabat ada syarat-syaratnya.

Saya yakin kepimpinan PAS yang sudah mahir dan matang dengan sepak terajang politik sudah tentu mempunyai daya pemikiran, ilmu dan strategi dalam menangani isu ini. Paling penting kita mempunyai Majlis Syura yang sentiasa mengawal dan memandu kepimpinan PAS dalam apa juga langkah masa depan.

Keputusan-keputusan yang besar dan melibatkan prinsip bukanlah kepimpinan individu atau dua tiga orang sahaja tetapi ianya adalah keputusan secara jama'iy atau kolektif. Tiada seorang pun yang dominan dalam hal ini.

Kita mesti memberikan wala' kepada kepimpinan selagi mereka tidak menyimpang dari Islam dan sunnah. Saudara tidak perlu bimbang dengan kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin parti sahabat kerana semuanya ada di dalam pengetahuan pimpinan kita. Percayalah kepimpinan kita terdiri dari para ilmuwan yang bukan sahaja mahir dalam ilmu siyasah syariyyah dan cabang ilmu yang lain tetapi mereka juga mahir dalam ilmu politik Malaysia serta cukup berpengalaman dalam menghadapi apa juga kemelut politik masa depan. Insya Allah, Allah akan sentiasa bersama dengan perjuangan kita.

MEDIA PENGAMPU MASIH TIDAK INSAF ~ Ref Malaysiakini

Media pengampu masih tidak insaf, masih terus tidur dan lena di atas tilam BN walaupun rakyat sudah memberikan isyarat demi isyarat bahawa kerajaan BN sudah hampir menemui ajal. Oleh kerana terlalu yakin dengan kekentalan BN media ini masih mengamalkan perangai kuno tidak bertamadun mereka dengan membuat laporan yang jelas jahat dan berpihak 100 % kepada BN.

Lihat sahaja pada malam pengumuman keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh. Liputan stesyen TV3 dan RTM cukup mengecewakan tidak sebagaimana keadaan apabila BN menang selesa pada pilihanraya-pilihanraya kecil yang lain seperti Machap, Ijok dan sebagainya.

Laungan Menteri Penerangan, Shabery Cheek bahawa RTM akan lebih professional hanyalah omongan kosong sekadar untuk menambahkan buih di bibirnya sahaja.

TV3 dan RTM langsung tidak menyiarkan pengumuman keputusan secara langsung atau sekurang-kurang ada ulasan panjang lebar sebagaimana yang dibuat jika BN menang. Kita juga hairan adakah dengan sikap sebegini ianya memberikan kelebihan kepada BN? Saya tindakan sebeginilah yang menyebabkan rakyat meluat dengan BN dan stesyen TV sehingga memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Saya sengaja mengikuti siaran berita di TV3 suku dan RTM untuk menonton kalau-kalau ada ulasan penuh dan rancangan analisis keputusan pilihanraya dibuat. Malangnya semua tahu tidak ada ulasan panjang lebar dalam Berita Perdana atau Buletin Utama. Umpamanya Buletin 1.30 TV3 Suku semalam hanya dimuatkan dengan laporan bahawa Anwar akan mengangkat sumpah hari ini. Selepas terus lenyap tiada lagi berita berkenaan pilihanraya Permatang Pauh. Berlainan sekali dengan keadaannya jika BN menang. Saya yakin kalau BN menang berita dan analisa berkenaannya akan dibuat tanpa henti mungkin selama sepurnama.

Kalau inilah perangai media negara kita samada media cetak atau elektronik saya yakin rakyat akan terus menolak BN dan media ini secara total pada pilihanraya umum akan datang. Lebih malang lagi kalau kerajaan BN dan media terus bersekongkol dan tidak mengubah fe'el mereka ini, sampai bilapun negara kita tidak akan maju disebabkan minda rakyat masih ditakuk zaman tahun 60-an.

PAK LAH PERASAN DIRI SENDIRI HEBAT ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah terus mempertahankan bahawa BN masih kuat dan gagah walaupun telah dua kali dimalukan dalam masa 5 bulan. Pertama pada 8 Mac lalu dan kedua pada dua hari lepas. Inilah sebenarnya kelemahan Pak Lah, seorang pemimpin yang lembap dan lemah dalam membuat pembacaan politik sehingga syok sendiri.

Rakyat jelas memberikan isyarat bahawa zaman kepimpinan beliau sudah berakhir, namun beliau tetap berdegil ingin meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri. Pelbagai masalah besar yang gagal ditangani beliau sebenarnya membuatkan rakyat muak dan jelak dengan BN. Antaranya kegagalan beliau menyediakan persekitaran kehidupan yang kondusif kepada rakyat adalah faktor utama penolakan rakyat. Bagaimana rakyat ingin hidup aman jika harga minyak dan barangan terus menghimpit kehidupan mereka. Ditambah pula dengan kos perkhidmatan lain yang juga beriringan meningkat bersama-sama dengan kenaikan harga minyak dan barangan.

Rakyat juga terus dibentangkan dengan fitnah jijik dalam kes liwat Anwar Ibrahim, sedangkan sepatutnya Pak Lah menangani isu ini dari awal lagi supaya ianya tidak memalukan negara buat kali yang kedua.

Selain itu Pak Lah terus membiarkan negara menjadi negara Polis dengan meneruskan akta drakonian ISA, OSA, AUKU, Akta Polis dan lain-lain. Rakyat Malaysia seolah-olah tinggal di dalam negara kuku besi yang tidak bebas dan terbelenggu dengan pelbagai akta yang bila-bila masa boleh dipergunakan untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara. Malah kewujudan Suhakam sebagai suruhanjaya yang menjaga Hak Asasi Manusia hanyalah ibarat 'make up' sahaja.

Pak Lah juga gagal memulihkan kredibiliti dan imej SPR yang tercalar teruk sehingga tidak lagi dipercayai 100 % oleh rakyat. SPR terus mendapat kritikan dari dalam dan luar negara sebagai badan yang jelas berpihak kepada Kerajaan BN.

Kedudukan ekonomi negara yang terus merosot sehingga indeks BSKL menjunam dari 1,400 mata kepada kurang dari 1,100 sekarang juga menjadi indikator yang menakutkan rakyat. Rakyat gerun dengan prestasi ekonomi yang kian teruk tetapi Pak Lah terus tersenyum tanpa menunjukkan rasa bimbang.

Banyaklah faktor yang menyebabkan kepimpinan Pak Lah ditolak secara total terutamanya oleh rakyat di Semenanjung Malaysia sehingga 5 buah negeri ditakluk oleh Pakatan Rakyat.

Malangnya Pak Lah terus perasan bahawa dirinya hebat. Hari ini beliau cuba memujuk hatinya remuk dengan kekalahan BN di Permatan Pauh dengan membuat kenyataan bahawa kekuatan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat tidak sekali-kali terjejas.

Imam Hadhari itu menegaskan, walaupun kekalahan calon BN adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian, namun ia bukan sampai ke suatu tahap yang membimbangkan kerana kemenangan PKR tidak boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang akan berlaku di kawasan Parlimen lain.

Itulah Pak Lah seorang pemimpin mudah syok sendiri dan percaya dengan pandangan dan bodekan orang bawahannya yang sentiasa mengambil kesempatan dari ketidakcerdikan dirinya.

Tidak syak lagi selepas ini Pak Lah akan terus dipermainkan oleh menantu dan orang bawahannya. Akan tetapi jika Pak Lah terus tidur saya yakin akan adanya pemimpin Umno yang mengambil kesempatan dari kelenaan Pak Lah untuk menghukumnya pada pemilihan Umno yang sedang rancak sekarang.

Kita juga berharap Pak Lah terus tidur lena, bila sedar nanti dirinya sudah berada di barisan pembangkang di dalam parlimen. Ketika itu mungkin barulah menggesek-gesek matanya antara percaya dan tidak percaya bahawa beliau berada di barisan pembangkang kerana BN sudah menjadi pembangkang. Ini bukan mustahil kerana perancangan Anwar sudah berjaya di 'step' iaitu menjadi Ketua Pembangkang hari ini.

Kita tunggu dan lihat sahaja apa episod seterusnya yang kian menarik.

27 August 2008

GESAAN LETAK JAWATAN : PAK LAH DAN NAJIB MACAM CACING KEPANASAN ~ Ref Malaysiakini

Kekalahan teruk BN di Permatang Pauh ditangan Pakatan Rakyat semalam dengan majoriti yang jauh lebih besar dari sebelum ini benar-benar merimaskan kedua-dua Imam Besar Islam Hadhari iaitu Imam Al Badawi Wal Hadhari dan Imam AlNajib Razak. Kedua-dua mereka ibarat cacing kepanasan.

Hari ini suara-suara lantang supaya kedua-dua Imam ini bertanggungjawab terhadap kekalahan memalukan BN ini kedengaran dengan jelas dan pantas.

Kekalahan ini jelas membuktikan bahawa Imam Hadhari sudah hilang kredibilitnya dan beliau juga ternyata tidak mendapat sokongan rakyat.

Begitu juga dengan Imam Nombor Dua, AlNajib Razak yang berkampung di Permatang Pauh sepanjang kempen sehingga 'habis buah-buah pauh di Permatang Pauh diusik dan dicubitnya.' Namun rakyat menolak calon BN dan cara kempen BN yang dipimpin oleh AlNajib. Jelas sekali AlNajib ketandusan isu sehingga menjadikan isu liwat, isu agen yahudi dan lain-lain sebagai senjata untuk menumpaskan Anwar. Sedangkan rakyat ingin melihat hujah BN tentang ekonomi, harga minyak, kesejahteraan dan kebajikan rakyat. AlNajib gagal membalas hujah Anwar dan Pakatan Rakyat dalam isu ini.Akhirnya AlNajib dan BN dimalukan dengan semahu-mahunya oleh pengundi Permatang Pauh.

Lantaran itu tidak hairanlah hari ini anak Dr Mahathir, Mukhriz secara terbuka tanpa malu-malu mengulangi pendirian beliau supaya Imam Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Mstar Mukhriz menegaskan bahawa peralihan kuasa dalam Umno yang perlu dilakukan sebelum Disember bukan hanya melibatkan jawatan Presiden tetapi turut melibatkan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
"Kalau contohnya ada (peralihan kuasa) di perhimpunan (Agung Umno), timbalan akan ambil alih, siapa pula akan jadi Timbalan Presiden dan siapa pula yang akan naik menjadi Naib-naib?" kata beliau.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa BN perlu mengambil iktibar dan mengkaji semula punca kekalahan di Permatang Pauh termasuk menilai semula sama ada mereka kurang sensitif atau pun strategi yang kurang berkesan.

"Kita tidak melakukan tugas yang cukup baik untuk meyakinkan orang ramai. Pada masa ini, tidak banyak yang boleh kita katakan untuk orang percaya dan ini adalah isu kredibiliti.

"Ini disebabkan oleh kepimpinan yang lemah dan kita memerlukan perubahan yang besar," katanya.

Mukhriz berkata, Umno berada dalam keadaan paling lemah selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Beliau juga percaya, ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, terdapat segelintir penyokong BN sendiri yang berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, perubahan mesti dilakukan sekarang dan ia bukan sesuatu yang boleh dilengahkan.

BN kata beliau, sepatutnya membuat persiapan yang rapi dan tidak mengambil mudah terhadap kemampuan Anwar kerana menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak sama seperti dengan menghadapi calon-calon lain daripada pembangkang.

Mukhriz berkata sekiranya terdapat mana-mana pilihan raya kecil selepas ini, BN perlu bekerja keras dan perlu menggunakan pendekatan yang berbeza kerana jika masih dengan cara yang lama tidak mustahil akan berlaku kekalahan lagi.

Manakala Ku Li di dalam Malaysiakini hari ini juga menegaskan bahawa kemenangan PKR semalam di Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar membuktikan lagi BN telah ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri dan kewibawaan perdana menteri serta timbalannya terhakis sepenuhnya, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

"Jumlah undi yang diperolehi BN kurang daripada bilangan ahli-ahli Umno di kawasan (parlimen) itu," katanya.

Dalam kenyataannya mengulas kemenangan besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil itu, ahli parlimen Gua Musang berkata BN tetap tewas walaupun seluruh sumber dan kepimpinannya dikerahkan untuk berdepan tokoh pembangkang itu.

Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi - peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.

Menurut satu analisis Bernama hari ini, daripada 58,459, sebanyak 26,942 pemilih anggota parti komponen BN, termasuk Umno seramai 19,442 anggota di kawasan parlimen berkenaan.

Gerakan pula mempunyai 2,900 anggota, MCA (2,400), MIC (1,700) dan PPP (500) anggota yang layak mengundi.

Bagaimanapun, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah berjaya mengutip 15,524 undi - membayangkan 11,418 lagi anggota BN tidak memangkah calon parti itu sendiri atau tidak keluar mengundi.

Tengku Razaleigh menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus memikul beban ketewasan ini.

"Mustahil untuk disembunyikan: beliau tidak memiliki lagi sekelumit kewibawaan yang perlu untuk mentadbir negara dari hari ke hari, apatah lagi mengatur arah baru yang kita semua perlukan untuk maju dalam dunia yang kompleks," katanya, yang juga popular dipanggil Ku Li.

UNDURLAH PAK LAH DAN NAJIB TUNGGU APA LAGI. BERILAH LALUAN KEPADA ANWAR UNTUK MEMIMPIN MALAYSIA KE ARAH YANG LEBIH GEMILANG DEMI KESEJAHTERAAN SEMUA.

ORANG PERMATANG PAUH TAK SAMA DENGAN ORANG MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Kasihan YAB Ketua Menteri Melaka, angan-angan beliau untuk menumpaskan Anwar di Permatang Pauh tidak kesampaian. Malah jangankan di Permatang Pauh Anwar gagal ditundukkan, di Peti Undi Mengkuang yang dijaga Umno Melaka, juga BN tersungkur. Itulah YAB lain kali jangan cakap besar dan angkuh. Dalam Blog YAB bukan main lama lagi posting 'BN mampu menang di PermatanG Pauh' dibiarkan tidak update dari 16 Ogos sehingga hari ini baru update.

Untuk pengetahuan YAB, orang Permatang Pauh bukan macam orang Melaka (yang undi BN) mudah ditipu dan digula-gulakan dengan pembangunan dan janji-janji manis. Orang Permatang Pauh mempunyai kesedaran politik yang tinggi.

YAB boleh tipu orang Melaka dengan jalan tar di depan rumah; bantuan kain batik; duit 2 atau 3 puluh ringgit duit sogokan, jawatan sebagai 'Peon'; ugutan dan segala macam taktik 'tidak cerdik' yang biasa dilakukan oleh Umno/BN Melaka. Tetapi orang Permatang Pauh tak 'makan' semua itu. Mereka jauh lebih cerdik dari sesetengah pengundi BN Melaka yang begitu mudah ditipu dan diperdayakan oleh YAB dan anak buah YAB.

Saya cadangkan lain kali kalau YAB berkempen diluar selain dari negeri Melaka, YAB kena berkempen secara world class, terangkan program dan perancangan BN; nyatakan apa yang BN nak buat untuk tingkatkan Islam, bangsa Melayu, bahasa Melayu dan sebagainya. Selain itu rakyat juga ingin mendengar apa tindakan BN terhadap pemimpin yang rasuah, beri projek kepada kroni-kroni,lantik kawan,kenalan atau kroni menjadi pegawai-pegawai besar,projek-projek di bolot pemimpin dan sebagainya.

Kalau berkempen dengan fitnah, cacian, maki hamun dan tohmahan lebih baik YAB tidur di rumah atau hotel tak perlu datang ke mana-mana pilihanraya kecil 'ngabihkan bogheh' yo.

Rakyat dah muak dengan fitnah liwat, tuduhan Pakatan Rakyat ganas dan sebagainya. Kalau YAB masih nak berkempen dengan cara itu tunggulah kalau-kalau ada pilihanraya kecil di Melaka. Itupun selepas ini saya yakin orang Melaka pun sudah celik dan cerdik. Insya Allah mereka juga akan bangkit menolak Umno dan BN.

Saya setuju dengan pandang Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam media hari ini dimana beliau meminta pemimpin Umno/BN mengkaji cara kempen Umno/BN kerana mungkin ianya sudah basi dan menyebabkan rakyat muak dan meluat. Saya setuju sangat dengan pendapat Muhyiddin ini.

Selamat Mengubah cara kempen kepada YAB dan anak buah YAB dari Melaka. Jangan malukan orang Melaka di negeri luar. Ramai kawan-kawan saya di Pulau Pinang sebenarnya mentertawakan cara Umno/BN Melaka berkempen di Permatang Pauh baru-baru ini, kata mereka cara inilah dah ketinggalan zaman, macam tahun 60-an.

Sekadar sorotan semula. Di bawah ini adalah sebahagian dari Posting YAB Ketua Menteri tentang keyakinan beliau BN akan menang. Cuba anda nilaikan sendiri......
Saya juga nampak BN boleh menang kerana kebelakang ini penasihat PKR seolah-olah kehilangan punca selepas didakwa dengan tuduhan liwat. Anwar sebaiknya menyelesaikan isu ini di mahkamah dan bukannya melibatkan rakyat dengan meminta isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kes liwat itu adalah isu peribadi antara Anwar dengan pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bukannya dengan kerajaan justeru kenapa rakyat dianiaya dan membuang masa serta kewangan.

Rakyat menjadi mangsa jadi.dan perlu menolak politik seperti ini kerana walaupun pilihan raya kecil ini berakhir, Anwar masih perlu berhadapan dengan kesnya yang akan disebut di mahkamah bulan depan. Sepatut dia bertanggungjawab di atas isu sendiri dan perlu menyelesaikannya tanpa melibatkan kerajaan, orang ramai, polis dan pengundi.

PENGUNDI HANTU : LIMA KAWAN SEKAMPUNG MENGAKU ~ Ref Malaysiakini

Saya dimaklumkan bahawa 5 orang yang ditahan di dalam bas yang didakwa membawa pengundi hantu dari Melaka di Permatang Pauh semalam, mengaku bahawa mereka dibawa ke sana untuk mengundi bukannya untuk membantu kempen BN.

Kawan saya sendiri (tidak mahu namanya disiarkan) yang tinggal sekampung dengan mereka mengesahkan perkara ini. Menurutnya, setiap seorang dari mereka dibayar RM100 sebagai habuan untuk menunaikan tanggungjawab mengundi BN semalam. Apa nama kampung itu dan siapa kawan saya itu terpaksa saya rahsiakan.

Namun niat dan cita-cita mereka akhirnya tidak kesampaian apabila mereka ditahan petugas-petugas PKR sebelum mereka sempat melakukan tanggungjawab terkutuk itu.

Saya tidak menyalahkan pemuda-pemuda tersebut 100 % kerana mereka sebenarnya telah menjadi alat kepada sebuah parti politik gila kuasa yang sedang hampir kelemasan sekarang. Oleh kerana itulah parti politik ini sanggup melakukan apa sahaja hatta ianya bertentangan dengan Islam dan undang-undang ciptaan mereka sendiri.

Kepada teman-teman yang menjadi pemimpin parti politik tersebut hentikanlah kerja biadap ini kerana Allah maha melihat akan segala kerja buat kamu. Takutlah kepada doakan orang yang kena zalim dan kena tipu.

Kepada yang memberikan alasan bahawa bas itu membawa tukang kempen BN tidak perlulah bersusah payah menafikannya kerana saya sudah faham benar akan sepak terajang hari pengundian ini. Malah kami petugas-petugas PAS Melaka pernah menangkap seorang pengundi hantu yang mengaku hendak mengundi dan membawa kad pengenalan orang lain semasa pilihanraya kecil Anak Bukit di peti undi Suka Menanti.

Insaflah wahai Hamba Allah kita hidup hanya sekali dan penuhilah kehidupan kita dengan amalan dan perbuatan yang diredhai oleh ALLAH S.W.T.


LAPORAN MALAYSIAKINI TENTANG PENGUNDI HANTU

5 bas 'pengundi hantu' ditahan

Tiga buah bas - sebuah daripadanya membawa penumpang - telah dibawa ke balai polis di Permatang Pauh selepas penyokong PKR percaya mereka digunakan untuk membawa pengundi hantu.

Bas-bas dan penumpang berkenaan kini berada di balai polis Seberang jaya, manakala pemimpin PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli Parlimen Padang Seri, telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5.30 petang, dua buah bas lagi yang disyaki membawa pengundi hantu, dibawa ke balai polis.

Gobalakrishman memberitahu Malaysiakini bahawa mereka telah dimaklumkan bahawa enam buah bas yang membawa pengundi hantu, akan tiba di Permatang Pauh pada kira-kira 3 petang.

Selepas diperiksa, penyokong PKR mendapati dua buah bas kosong diletakkan di sepanjang Lebuhraya Butterworth-Kulim, dan diperhatikan oleh anggota polis.

Penyokong PKR kemudiannya diberitahu anggota polis tersebut bahawa bas tersebut sedang menunggu pengundi pulang dari mengundi.

Gobalakishman kemudian berkeras supaya bas-bas tersebut dibawa ke balai polis sementara menunggu laporan polis dibuat.

Dan dalam perjalanan ke balai polis, kumpulan PKR itu menemui sebuah lagi bas masuk ke Permatang Pauh. Bas ketiga ini penuh dengan penumpang.

Gobalakrishnan juga berkata, bas tersebut juga turut dibawa ke balai polis, bersama dengan dengan penumpangnya.

Difahamkan daripada salah seorang pemandunya, bas-bas tersebut datang dari Melaka.

Bas-bas tersebut menggunakan plet pendaftaran Pahang, Melaka, dan Kuala Lumpur. Sebuah daripadanya didapati didaftar di alamat bangunan Umno di Melaka.

Sepasukan polis telah dikejarkan ke balai polis berkenaan bersama sebuah trak meriam air.

Gobalakrishnan dan Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim masuk ke balai polis untuk membuat laporan polis, tetapi keluar 30 minit kemudian dengan tangan kosong.

Gobalakrishnan memberitahu kira-kira 50 penyokong PKR di luar bangunan balai bahawa pihak polis terlalu sibuk untuk menerima laporan mereka. katanya, beliau akan mencuba lagi kemudian.

Gobala dan anak ditahan

Dan dalam satu lagi perkembangan dramatik, ketika Gobalakrishnan pergi semula ke balai polis berkenaan, beliau telah ditangkap bersama dua orang anaknya kerana "memberhentikan bas-bas tersebut".

Anaknya - Arvind, 20, dan Pravin, 23 - juga didakwa dikasari anggota polis sebelum mereka ditangkap.

Polis juga bertindak menyuraikan orang ramai dari balai tersebut.

Geruh siapa lagi, kalau bukan geruh Anwar Ibrahim ~ Ref Malaysiakini

Saya tulis ini ketika sedang menonton rancangan Analisis Awani saluran 501 Astro, sewaktu Saudara Anwar Ibrahim telah disahkan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam “pilihanraya kecil paling ganas” (hahaha… entah berapa orang mati tertikam tiang bendera atau terjerut tali poster), dengan majoriti 15,671 undi.

Saya kata BN sengaja mencari geruh Anwar kerana Permatang Pauh sudah terbukti kubu kebal beliau, tujuh penggal (termasuk ketika diganti sekejap oleh Dr. Wan Azizah) beliau menjadi Ahli Parlimen di situ membuktikan segala-galanya. Kenapalah tidak ada pimpinan BN yang ingin mendengar nasihat Anuar Musa.
Banyak analisis yang diperkata dan diberikan dalam rancangan Analisis Awani ini, oleh ramai penganalisis politik “hebat,” mereka cuba mengandai dan merumuskan kemenangan besar Saudara Anwar Ibrahim dengan menggunapakai rujukan pola pengundian orang muda, pola pengundian pengundi bukan Melayu, kesesakan lalu-lintas, hujan, kempen defensif dan ofensif, kempen pasif dan proaktif serta sebagainya. Walaupun saya akui kesemua ini ada peranannya dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tetapi saya tidak boleh mengelak untuk kadang-kadang merasa bahawa mereka yang suka digelar sebagai penganalisis politik ini lebih gemar bercakap atas persepsi mereka sendiri, bukan persepsi rakyat!

Dalam banyak lontaran suara yang diperdengarkan, apa yang diperkatakan oleh Saudara Suhaimi Sulaiman sedikit menangkap, ceritanya tentang respon dari rakyat biasa di Permatang Pauh tentang kempen yang dijalankan telah dikiaskan sebagai “kalau kita masuk ke rumah orang, jangan cakap anak orang itu jahat” menghilangkan terus konsentrasi saya kepada rancangan Analisis Awani tersebut, sebaliknya memaksa saya untuk berfikir mencari lapis maknanya.

Takrifan lapis pertama mudah difahami, memberitahu kita bahawa orang Permatang Pauh tidak suka orang luar datang dan bercerita bukan-bukan pasal Anwar. Takrifan lapis kedua pula menggambarkan bahawa struktur ayat itu bernada marah, sepertinya orang Permatang Pauh sudah muak dengan drama liwat Anwar; liwat Sukma, liwat Azizan, liwat tilam, liwat Saiful dan yang terakhir sumpah liwat!

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah takrifan lapis ketiga. Betapa orang Permatang Pauh bukanlah dungu, bengap, jumud dan mandom. Mereka tidak perlu terlalu dimomokkan dengan isu liwat Anwar, mereka jadi rimas! Ibubapa manapun, walaupun sedar akan kejahatan anaknya, tetap akan membela anaknya di depan orang lain. Melainkan jika orang lain itu berjaya membuktikan anak dia ini memang jahat, maka siaplah anaknya itu, di depan orang lain itu juga anak ini akan disebat dan dihukum.

Soalnya, mengapa Permatang Pauh tidak “menyebat” dan menghukum anaknya, Saudara Anwar Ibrahim? Walhal BN dan pihak-pihak yang berkaitan sudah melakukan segalanya bagi membuktikan kejahatan Anwar, Anwar ini kaki liwat! Apakah setelah banyak kali sangat Saudara Anwar dituduh dengan tuduhan yang sama, orang biasa di Permatang Pauh tidak mula merasa was-was dan ragu-ragu? Mereka orang biasa, saya juga orang biasa, kadang-kadang terdetik juga, tetapi…

Masalahnya, BN dan pihak-pihak lain ini, setiap kali mencuba mahu membuktikan perilaku jahat Anwar yang kaki liwat ini, setiap kali itulah juga akan ada kepelikan berlaku, seolah-olah wujudnya perancangan, dan kepelikan ini menjadi “bahagian yang gagal” dalam perancangan tersebut. Contoh mudahnya, Saiful yang menuduh Saudara Anwar meliwatnya itu bekerja di pejabat Anwar, peliknya dia adalah bekas pemimpin mahasiswa pro-aspirasi yang kenal baik dengan pegawai khas Najib Tun Razak, bahkan pernah berjumpa Najib. Saya boleh terima kalau kata Najib perjumpaan itu kerana Saiful ingin memohon biasiswa, Saiful mungkin merasa lebih berpeluang mendapat biasiswa jika dia terus berjumpa Najib, apatah lagi sandaran hubungan baiknya dengan pegawai khas beliau. Namun begitu wujud lagi satu kepelikan, mengikut rekod pengajian universiti Saiful yang didedahkannya sendiri, dia telah gagal tiga semester! Lulus bersyarat pun hanya dibenarkan untuk dua semester. Sepengalaman saya sebagai bekas pelajar universiti, jika anda mendapat CGPA seperti Saiful, anda bukan “berhenti dari pengajian” seperti didakwa Saiful, tetapi lebih tepat anda diberhentikan, atau lebih jahat bahasanya dibuang dan ditendang dari universiti. Jadi, dengan rekod sebegini, bagaimana Najib boleh bersedia berbincang dengan Saiful berkaitan biasiswa?
Kepelikan berlaku terus… Oleh kerana kredibiliti akademiknya mula dipersoalkan yang memungkinkan tuduhannya tidak akan dipercayai, Saiful mengambil pendekatan yang lebih berani dan ekstrim. Kali ini dia ke masjid Wilayah Persekutuan, sehari sebelum penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, bersumpah laknat di hadapan ayahnya, Pengarah JAWI, salah seorang imam masjid, Ustaz Ramlang Porigi dan beberapa orang lain lagi. Tidak banyak yang pelik tentang majlis itu melainkan tindakan Saiful memegang Al-Quran (dan memegangnya dengan tangan kiri pula) ketika melafazkan sumpah jelas bukan sebahagian dari yang diajar Islam.

Kepelikan majlis ini muncul bila imam yang hadir sama iaitu Ustaz Ramlang Porigi tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dia telah diarahkan untuk turut sama berada dalam majlis Saiful itu. Yelah, anda boleh bersumpah di mana-mana dan tidak perlukan saksipun, tetapi bila anda ke masjid yang punya sembilan orang imam, mendakwa jujur mahu bersumpah laknat, dan tidak ada seorang imampun dari sembilan orang itu yang mahu berada dalam majlis sumpah anda, tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan anda di kacamata imam-imam tersebut. Siapa yang mengarahkan Ustaz Ramlang Porigi?
Saya melihat upaya Anwar untuk memintas kepelikan-kepelikan ini, maksudnya Anwar akan melakukan sesuatu sebelum suatu kepelikan berlaku. Anwar perlu masuk Parlimen secepat mungkin kerana kesnya akan dibicarakan pertengahan September ini, mungkin banyak lagi kepelikan akan berlaku. Apakah ini sememangnya petunjuk dari Tuhan, cuba memberitahu bahawa ada perancangan besar sedang dilakukan terhadap Saudara Anwar, dan kepelikan-kepelikan ini, seperti yang saya katakan sebelum ini adalah “bahagian yang gagal” dalam perancangan tersebut. Atau sekadar Anwar ini sememangnya manusia yang hebat, sehingga geruhnya tidak langsung boleh dicari, apalagi di kawasannya di Permatang Pauh.

Zukri Aksah
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter