GESAAN LETAK JAWATAN : PAK LAH DAN NAJIB MACAM CACING KEPANASAN ~ Ref Malaysiakini

Kekalahan teruk BN di Permatang Pauh ditangan Pakatan Rakyat semalam dengan majoriti yang jauh lebih besar dari sebelum ini benar-benar merimaskan kedua-dua Imam Besar Islam Hadhari iaitu Imam Al Badawi Wal Hadhari dan Imam AlNajib Razak. Kedua-dua mereka ibarat cacing kepanasan.

Hari ini suara-suara lantang supaya kedua-dua Imam ini bertanggungjawab terhadap kekalahan memalukan BN ini kedengaran dengan jelas dan pantas.

Kekalahan ini jelas membuktikan bahawa Imam Hadhari sudah hilang kredibilitnya dan beliau juga ternyata tidak mendapat sokongan rakyat.

Begitu juga dengan Imam Nombor Dua, AlNajib Razak yang berkampung di Permatang Pauh sepanjang kempen sehingga 'habis buah-buah pauh di Permatang Pauh diusik dan dicubitnya.' Namun rakyat menolak calon BN dan cara kempen BN yang dipimpin oleh AlNajib. Jelas sekali AlNajib ketandusan isu sehingga menjadikan isu liwat, isu agen yahudi dan lain-lain sebagai senjata untuk menumpaskan Anwar. Sedangkan rakyat ingin melihat hujah BN tentang ekonomi, harga minyak, kesejahteraan dan kebajikan rakyat. AlNajib gagal membalas hujah Anwar dan Pakatan Rakyat dalam isu ini.Akhirnya AlNajib dan BN dimalukan dengan semahu-mahunya oleh pengundi Permatang Pauh.

Lantaran itu tidak hairanlah hari ini anak Dr Mahathir, Mukhriz secara terbuka tanpa malu-malu mengulangi pendirian beliau supaya Imam Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Mstar Mukhriz menegaskan bahawa peralihan kuasa dalam Umno yang perlu dilakukan sebelum Disember bukan hanya melibatkan jawatan Presiden tetapi turut melibatkan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
"Kalau contohnya ada (peralihan kuasa) di perhimpunan (Agung Umno), timbalan akan ambil alih, siapa pula akan jadi Timbalan Presiden dan siapa pula yang akan naik menjadi Naib-naib?" kata beliau.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa BN perlu mengambil iktibar dan mengkaji semula punca kekalahan di Permatang Pauh termasuk menilai semula sama ada mereka kurang sensitif atau pun strategi yang kurang berkesan.

"Kita tidak melakukan tugas yang cukup baik untuk meyakinkan orang ramai. Pada masa ini, tidak banyak yang boleh kita katakan untuk orang percaya dan ini adalah isu kredibiliti.

"Ini disebabkan oleh kepimpinan yang lemah dan kita memerlukan perubahan yang besar," katanya.

Mukhriz berkata, Umno berada dalam keadaan paling lemah selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Beliau juga percaya, ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, terdapat segelintir penyokong BN sendiri yang berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, perubahan mesti dilakukan sekarang dan ia bukan sesuatu yang boleh dilengahkan.

BN kata beliau, sepatutnya membuat persiapan yang rapi dan tidak mengambil mudah terhadap kemampuan Anwar kerana menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak sama seperti dengan menghadapi calon-calon lain daripada pembangkang.

Mukhriz berkata sekiranya terdapat mana-mana pilihan raya kecil selepas ini, BN perlu bekerja keras dan perlu menggunakan pendekatan yang berbeza kerana jika masih dengan cara yang lama tidak mustahil akan berlaku kekalahan lagi.

Manakala Ku Li di dalam Malaysiakini hari ini juga menegaskan bahawa kemenangan PKR semalam di Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar membuktikan lagi BN telah ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri dan kewibawaan perdana menteri serta timbalannya terhakis sepenuhnya, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

"Jumlah undi yang diperolehi BN kurang daripada bilangan ahli-ahli Umno di kawasan (parlimen) itu," katanya.

Dalam kenyataannya mengulas kemenangan besar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil itu, ahli parlimen Gua Musang berkata BN tetap tewas walaupun seluruh sumber dan kepimpinannya dikerahkan untuk berdepan tokoh pembangkang itu.

Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi - peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.

Menurut satu analisis Bernama hari ini, daripada 58,459, sebanyak 26,942 pemilih anggota parti komponen BN, termasuk Umno seramai 19,442 anggota di kawasan parlimen berkenaan.

Gerakan pula mempunyai 2,900 anggota, MCA (2,400), MIC (1,700) dan PPP (500) anggota yang layak mengundi.

Bagaimanapun, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah berjaya mengutip 15,524 undi - membayangkan 11,418 lagi anggota BN tidak memangkah calon parti itu sendiri atau tidak keluar mengundi.

Tengku Razaleigh menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus memikul beban ketewasan ini.

"Mustahil untuk disembunyikan: beliau tidak memiliki lagi sekelumit kewibawaan yang perlu untuk mentadbir negara dari hari ke hari, apatah lagi mengatur arah baru yang kita semua perlukan untuk maju dalam dunia yang kompleks," katanya, yang juga popular dipanggil Ku Li.

UNDURLAH PAK LAH DAN NAJIB TUNGGU APA LAGI. BERILAH LALUAN KEPADA ANWAR UNTUK MEMIMPIN MALAYSIA KE ARAH YANG LEBIH GEMILANG DEMI KESEJAHTERAAN SEMUA.

Comments

Dare U 2 Change said…
salam sahabat. sebenarnya saya pun tidak tahu sama ada saya gembira atau merasa lebih takut dgn kemenangan anwar ini. secara peribadi saya melihat halatuju pas dan kebanyakan ahli pas sudah mula terpesong drp perjuangan asal penubuhan pas itu sendiri.

melihat kpd ketegasan lim guan eng yg menyatakan bahawa negara malaysia tidak akn menjadi negara islam malah menuju kpd negara sekular dan anwar sendiri yg saya lihat tidak pernah menyatakan suatu pandangan yang jelas mengenai perjuangan beliau di dlm islam menimbulkan persoalan yg amat serius. dimanakah stand beliau apabila ianya berkenaan dgn agama islam dalam bentuk perjuangannya.

kpd ahli2 pas dan mereka yg berjuang krn allah, ingatlah dasar perjuangan pas ialah untuk menubuhkan negara islam yang bertunjangkan kepada alquran dan sunnah rasulullah s.a.w.

secara mudahnya ingin saya katakan. biar kalah krn mempertahankan islam daripada menang tetapi islam tergadai. saya adalah ahli pas seumur hidup, keluarga saya adalah pejuang pas semenjak drp ibu dan bapa saya lagi. pandangan saya ini adalah krn sayangkan islam dan saya tidak mahu ahli2 pas serta pejuang2 islam terpesong drp perjuangan yg sebenar hanya krn inginkan kemenangan di dunia tetapi akhirat tergadai. wassalam