KELUHAN AHLI PAS UNTUK RENUNGAN - Ref Malaysiakini

Tulisan The Art Of Making Money

Salam sahabat,

Sebenarnya saya pun tidak tahu sama ada saya gembira atau merasa lebih takut dengan kemenangan Anwar ini. Secara peribadi saya melihat halatuju Pas dan kebanyakan ahli Pas sudah mula terpesong dari perjuangan asal penubuhan Pas itu sendiri.

Melihat kepada ketegasan Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa negara malaysia tidak akan menjadi negara Islam malah menuju kepada negara sekular dan Anwar sendiri yang saya lihat tidak pernah menyatakan suatu pandangan yang jelas mengenai perjuangan beliau di dlm Islam menimbulkan persoalan yang amat serius. Dimanakah 'stand' beliau apabila ianya berkenaan dgn agama Islam dalam bentuk perjuangannya.

Kepada ahli-ahli Pas dan mereka yg berjuang kerana Allah, ingatlah dasar perjuangan Pas ialah untuk menubuhkan negara islam yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Secara mudahnya ingin saya katakan, biar kalah kerana mempertahankan Islam daripada menang tetapi Islam tergadai. Saya adalah ahli Pas seumur hidup, keluarga saya adalah pejuang Pas semenjak daripada ibu dan bapa saya lagi. Pandangan saya ini adalah kerana sayangkan Islam dan saya tidak mahu ahli-ahli Pas serta pejuang-pejuang Islam terpesong daripada perjuangan yang sebenar hanya kerana inginkan kemenangan di dunia tetapi Akhirat tergadai.

Ulasan Mutaligat:-

Saya yakin kebimbangan saudara juga dikongsi bersama oleh seluruh Ahli-ahli PAS yang cintakan Islam dan perjuangannya. Seperti yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden semasa Muktamar PAS di Ipoh dua minggu lalu, bahawa PAS tidak akan sekali-kali menggadaikan prinsip perjuangannya walau dalam keadaan apa sekalipun. Kita kena faham Tahaluf Siyasi yang kita jalinkan dengan parti-parti sahabat ada syarat-syaratnya.

Saya yakin kepimpinan PAS yang sudah mahir dan matang dengan sepak terajang politik sudah tentu mempunyai daya pemikiran, ilmu dan strategi dalam menangani isu ini. Paling penting kita mempunyai Majlis Syura yang sentiasa mengawal dan memandu kepimpinan PAS dalam apa juga langkah masa depan.

Keputusan-keputusan yang besar dan melibatkan prinsip bukanlah kepimpinan individu atau dua tiga orang sahaja tetapi ianya adalah keputusan secara jama'iy atau kolektif. Tiada seorang pun yang dominan dalam hal ini.

Kita mesti memberikan wala' kepada kepimpinan selagi mereka tidak menyimpang dari Islam dan sunnah. Saudara tidak perlu bimbang dengan kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin parti sahabat kerana semuanya ada di dalam pengetahuan pimpinan kita. Percayalah kepimpinan kita terdiri dari para ilmuwan yang bukan sahaja mahir dalam ilmu siyasah syariyyah dan cabang ilmu yang lain tetapi mereka juga mahir dalam ilmu politik Malaysia serta cukup berpengalaman dalam menghadapi apa juga kemelut politik masa depan. Insya Allah, Allah akan sentiasa bersama dengan perjuangan kita.

Comments

Forexima said…
Jangan fitnah DAP. Pendirian DAP ialah mereka menentang negara teokratik samada ianya bertopengkan apa-apa ideologi atau agama. Lim Guan Eng juga menyebut pendirian DAP yang sama mengenai negara teokrasi islam, kristian, hindu dans ebagainya. DAP (temasuk juga ramai rakyat lain) tidak menerima konsep Majlis Syura, Dewan Ulama (untuk Islam) atau Majlis Paderi, Rahib dll. yang membuat keputusan. Di dalam peringkat parti pun amalan teokrasi sudah membawa perpecahan sebab tiada konsultasi yang lebih meluas dan demokratik. Contohnya keputusan Dewan Ulama Pas untuk parti itu mezakarah dengan Umno. Semasa perhimpunan (muktamar) parti PAS baru-baru ini, ramai penyokong menggunakan alasan "keputusan Dewan Ulama" untuk menolak tentangan terhadap pandangan akar umbi. Cuba fikir sedalam-dalamnya, takkanlah rakyat Malaysia yang bukan ahli Pas dapat menerima keputusan besar terhadap negara dibuat oleh beberapa orang yang bukan diberi mandat secara demokratik.
Dare U 2 Change said…
saya tidak fitnah DAP atau sesiapa shj. apa yg saya katakan ialah pedirian yg ditunjukkan oleh DAP. disinilah perbezaan besar di antara islam dan agama2 yg lain. dalam islam tiada istilah demokrasi mengatasi hukum hakam, walaupun ianya dipersetujui oleh majoriti manusia, tetapi jika ianya melanggar alquran dan sunnah, tetap ianya tidak boleh diterima.

memahami islam bkn hanya dgn menggunakan akal semata2, ianya berpandukan kpd wahyu ilahi drp alquran dan sunnah serta ijmak dan qias yg berpandukan kpd alquran dan sunnah. bukannya drp akal kita semata2. saya tidak tahu wercax ini org islam atau tidak dan saya tak kisah pun agama apa yg dia anuti.

apa yg saya ingin tekankan ialah perjuangan pas adalah jelas iaitu ingin menubuhkan daulah islamiyah. dan jika kembali kepada zaman rasulullah s.a.w dan para sahabat yg menjalankan hukum hakam islam didlm perundangannya telah menunjukkan keadilan yg diterima oleh semua golongan.

apa yg saya lihat ialah ramai org yg tidak faham dan jahil mengenai daulah islam yg ingin dibangunkan. mereka ini menganggap bahawa islam hanyalah untuk golongan org islam shj dan bukannya bersifat universal. jadi saya ingin mencadangkan kpd pas supaya sementara kita berada dlm kuasa yg dianugerahkan oleh allah dgn kemenangan pru 12 yg lepas sewajarnya kita menggunakan sepenuh peluang ini berdakwah dan menyampaikan betapa indahnya islam dan keadilannya bukan shj merangkumi negara berkebajikan, tetapi keseluruhan kehidupan di dunia dan akhirat. satu gerakan menyeluruh mengenai dakwah islam ini patut dimulakan agar mereka yg tidak memahami islam ini dgn cara yg betul akn memahami bagaimana sebenarnya islam ini bkn shj bersifat adil hanya utk org islam malah utk semua manusia.

kita perlu ingat bahawa segala apa yg kita lakukan ianya mestilah menjurus kpd kepentingan islam dan bkn kepentingan peribadi masing2.

saya yakin dgn kepimpinan ulama dan mrk ini diberikan oleh allah kemuliaan dgn ilmu2 islam. mrk adalah bijak pandai didlm islam dan saya mengikuti dan mematuhi keputusan dewan ulamak. dan saya juga yakin bahwa mrk ini akn membuat keputusan utk kemenangan islam. cuma saya juga berhak mengeluarkan pandangan dan hujah saya berdasarkan ilmu yg saya pelajari bersandarkan kpd hujah, fakta dan ilmu bkn sekadar emosi semata2.

jika wercax mengatakn pendirian DAP ialah mrk menentang negara teokratik samada ianya bertopengkan apa2apa ideologi atau agama, maka dgn jelas ianya menunjukkan betapa sekularnya golongan ini dan tidak mahu islam dijadikan sebagai tunjang utama didlm sistem perundangan negara. umno dan bn juga adalah puak sekular. disinilah bezanya ilmu akal dgn ilmu wahyu yang allah dan rasul tinggalkan kpd kita sebagai panduan utk diikuti agar tidak tersesat jln.

sekali lagi saya ingin menegaskan kpd ahli2 pas dan pejuang2 islam. gali dan pelajari ilmu2 islam terutamanya perkara yg berkaitan dgn akidah dan sistem perundangan islam. pergilah usrah jgn jadi pemalas. sebab pas bukan shj sebuah parti politik semata2 tetapi juga sebagai organisasi dakwah utk menyampaikan islam.

saya cukup yakin jika dakwah islam ini dpt disampaikan dgn lebih baik secara sistematik serta lebih menyeluruh kpd rakyat malaysia tidak kira apa bangsa dan agama, tidak ada yg bermasalah dgn keadilan islam. kecuali puak2 sekular yg ingin menentang islam dan tidak mahu kpd islam.

ingat, setiap hari org islam membaca doa iftitah di dlm sembahyang yg cukup jelas bahawa sesungguhnya sembahyangku ibadahku hidupku dan matiku hanyalah utk allah semata2.

perjuangan memenangkan islam terletak disetiap bahu org islam, dan kita akn dipersoalkan dihari kiamat nanti. sekali lagi saya ingin ulangkan. biar kalah kerana berjuang memenangkan islam drp menang tetapi islam tergadai.

mengenai anwar ibrahim pula,saya akan melihat apa yg akn dilakukan oleh dia seterusnya. setelah dia menyerang pas dgn begitu teruk dan hebat ketika didlm umno kemudian ditendang keluar dari umno seterusnya disumbat kdlm I.S.A dan pas berjuang membantu beliau dibebaskan sehinggalah ke hari ini ketika bersama pkr dan pas masih membantu beliau, tidak pernah lagi saya terdengar dari mulutnya sendiri yg dia menyesali atau meminta maaf kpd pas ketika tindakannya menghina dan mencaci pas dahulu serta tuan guru tuan guru yg berada di dlm pas ketiak itu

bak kata mahathir, melayu mudah lupa. tetapi saya tidak akan lupa. ingat, jangan menang sorak, tetapi kampung tergadai. sekali lagi saya menyeru kpd ahli pas semua, jgn pemalas pergi usrah dan kuliah2 agama yg dijalankan oleh lajnah tarbiayah. jgn duk rasa pandai sgt sampai tak mahu belajar. itu sebab yg pakat jadi jahil belaka tu. mengeluarkan pandangan dan pendapat hanya bersandarkan logk akal semata2. bukannya bersandarkan ilmu. wassalam