.

.

30 June 2012

TANDA DAN DALIL UMNO/BN AKAN TEMUI AJALNYA

Kalau caranya ahli dan penyokong Umno/BN memasang bendera mereka maka sahlah parti ini sudah berada di hujung usia.

Sumber : FB Bus Man

LAUTAN MANUSIA DI HIMPUNAN EXPRESI ANAK MUDA TERENGGANU

Hairie Othman, Bob Lokman, Ust Azhar Idrus di Xpresi Hijau Anak Muda Trengganu petang tadi.


Cuba lihat betapa ramainya anak muda mendengar celoteh dan ceramah ketiga-tiga figura terkenal ini.

NAJIB NAK BUBAR PARLIMEN APRIL 2013?


Perdana Menteri Najib Razak berkata beliau akan menggunakan mandat rakyat sehingga lima tahun sebelum membubarkan Parlimen yang tempoh 'edah'nya hingga April 2013. Mungkin Najib akan memberikan sogokan dan rasuah kepada pengundi dengan segala bentuk pemberian BR1M, TR1M dan sebagainya. Adalah dijangkakan durian runtuh akan diberikan kerajaan Najib melalui pembentangan Bajet 2013 pada September ini.

Malaysiakini melaporkan Najib Razak menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008. 


Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak.



"Bila kita dipilih rakyat, kita dipilih untuk tempoh lima tahun.



"Jadi dalam masa lima tahun itu amat penting bagi kita untuk memperlihatkan kemampuan kita untuk mentadbir negara kita dan membawa kemajuan kepada negara kita dan membela untung nasib rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini..



"Kalau kita buat pilihan raya terlalu awal bererti kita memendekkan tempoh yang rakyat berikan kepada kita," katanya.



Oleh itu, kata perdana menteri, tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya itu.



Persoalan mengenai pilihan raya menjadi teka-teki semua pihak khususnya di kalangan parti-parti politik pembangkang.

Terbaru ialah spekulasi mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan selepas selesai bersidang semalam, tetapi sehingga ini, belum menjadi kenyataan.

Sebelum ini, ada pihak, khususnya PAS, yang mendakwa, perdana menteri mungkin mengadakan pilihan raya pada musim haji akan datang.

Ada juga yang berpendapat ia mungkin diadakan awal tahun depan.

Dan kenyataan perdana menteri malam ini, yang BN mahu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun itu, menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihan raya umum tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat ini.

29 June 2012

LAUTAN MANUSIA DI HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA DI JOHOR

Perhatikan lautan manusia memenuhi tapak Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Taman Dahlia Johor Bahru.

Gambar menunjukkan seorang ahli Umno bernama Tamrin Ghafar sedang menyampaikan ceramahnya pada program tersebut. Dianggarkan puluhan ribu rakyat membanjiri dataran tersebut,

Ini semua menggambarkan kebangkitan rakyat di Johor dan seluruh negara untuk menukar kerajaan pada PRU 13 nanti.

NAJIB PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR BN, PARLIMEN BUBAR HARI INI?


Ah Jib Gor telah mengarahkan satu mesyuarat khas tergempar yang melibatkan semua Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada pagi ini. Apakah selepas mesyuarat itu Najib akan mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan. Kemungkinan tetap ada kerana jika parlimen dibubarkan sekarang SPR masih mempunyai masa untuk mengadakan PRU sebelum bulan puasa. 


Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memaklumkan bahawa Ah Jib Gor memanggil mesyuarat tergempar itu hari ini.


Apa-apa pun boleh berlaku. Semua Ah Jib boleh buat, dia ada kuasa dia boleh buat. Kita tunggu apa hasil dari keputusan mesyuarat tergempar pimpinan BN pagi ini.

KALAU TAK RASUAH BUKAN UMNO NAMANYA

KALAU TAK RASUAH BUKAN UMNO NAMANYA. KITA SUDAH BIASA MENDENGAR PIMPINAN DAN AHLI UMNO DIHADAP DAN DISABITKAN DENGAN KESALAHAN RASUAH. BERMULA DENGAN SETINGGI-TINGGI JAWATAN SEPERTI NAIB PRESIDEN SEHINGGALAH KEPADA AHLI BIASA.


KALAU TAK RASUAH BUKAN UMNO NAMANYA.


Malaysiakini melaporkan bahawa satu lagi kes rasuah melibatkan Ketua Umno Bahagian di bicarakan di Kuala Lumpur semalam.


Ketua Umno Bahagian Pandan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Abd Ghani Ismail, 46, di akhir kes pendakwaan.
    
Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Abd Ghani, yang ketika kejadian merupakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didakwa secara rasuah memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.

Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini pada 9 malam 4 Ogos 2006.

Bagi lapan lagi pertuduhan, Abd Ghani didakwa secara rasuah menerima antara RM10,189 hingga RM24,189 yang kesemuanya melibatkan RM169,323 daripada Abdul Rahman di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini, antara 20 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007.
    
Sementara itu bagi pertuduhan ke-10 pula dia didakwa memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006. 
    
Ia sebagai upah menolong Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.
    
Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Roziza Sidek manakala Abd Ghani diwakili Peguam Md Yunos Shariff. 

28 June 2012

BEKAS AJK BAHAGIAN UMNO MASUK PAS


Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Maran dan Kuala Krau (Penaja), Encik Nawi Mat Deris menyertai PAS secara rasmi malam ini. Beliau juga merupakan bekas Ketua Umno Cawangan dan Pengerusi JKKR Jengka 11.

Borang keahlian PAS beliau disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pada majlis perasmian Bangunan PAS Kawasan Kuala Krau di Nadi Kota, Bandar Jengka malam ini. Penyertaan beliau sudah tentu akan menyemarakkan perjuangan PAS untuk menawan kembali Dun Jengka yang pernah dimenangi PAS pada Pilihanraya Umum 1999 dahulu.


AHLI LEMBAGA PENGARAH FELDA KAYA RAYA, PENEROKA DAPAT APA?

Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah Felda mendapat saham ratusan ribu seperti di bawah :-

1) Dato Seri Isa Samad - 180,000 unit
2) Dato Sabri Ahmad - 180,000 unit
3) Dato Amir - 150,000 unit
4) Dato Omar Salim - 150,000 unit
5) Dato Yahya Abdul Jabar - 150,000 unit
6) Dato Shahril Redzuan - 150,000 unit.

Mereka ini kaya raya dalam sekelip mata jika saham naik.

Setiap peneroka dapat berapa unit?????????????

Dato Tuan Ibrahim mendedahkan perkara ini dalam ceramah beliau di Bandar Jengka malam ini.

ELAUN ISA SAMAD RM300,000 SEBULAN?

Elaun Pengerusi Felda, Isa Samad adalah kira-kira RM300,000 sebulan termasuk elaun sebagai beberapa Pengerusi anak Syarikat Felda, FGVH dan sebagainya.

Isa Samad juga mendapat 180,000 unit syer FGVH. Peneroka dapat apa?????

Mazlan mendedahkan perkara ini pada ceramahnya di Jengka 18 dua hari lepas.

Mazlan juga mendedahkan bahawa bagaimana Felda menggadaikan Felda dengan membuat perjanjian kerjasama dengan Syarikat Yahudi berpengkalan di Amerika dan Peranchis. Kedua-dua syarikat di'hadiah'kan dengan jumlah syer 20% melalui MOU mereka dengan Felda..


MARI DENGAR CERAMAH MAT SABU SECARA LANGSUNG SEKARANG

Mari kita mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Pahang yang akan bermula pada jam 9.00 - 12.00 malam ini. Klik di sini Sudah tentu banyak isu semasa yang hangat akan diperkatakan oleh beliau.


GEMPAR : HUDUD - UMNO DAN DAP SAMA SAHAJA

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud berbanding kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" dalamnya.

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran, membanteras rasuah dan mempertahankan integriti.

Jadi maknanya samalah DAP dan Umno sama-sama menentang Hudud. Bezarnya DAP menentang rasuah, menentang kezaliman dan salah guna kuasa serta kronisme/nepotisme, tetapi Umno suka semua perkara itu malah sudah menjadi darah daging mereka. Jadi itu antara sebab mengapa Umno tidak boleh dibuat kawan.

Kita tidak hairan kalau Lim dan DAP tidak bersetuju dengan hudud sebab mereka bukan Islam dan mungkin belum  faham. Yang pelik bin ajaib ialah mengapa Umno beriya-iya menentang hdud yang diiturunkan  oleh Allah sedangkan sebahagian besar ahli mereka adalah Islam (Orang Siam, bumiputera Sabah jadi ahli Umno).

"Kita hormati persamaan dan persefahaman yang dicapai. Ada perbezaan pendapat tetapi ia tidak menghalang untuk mengadakan persefahaman.

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" di Shah Alam malam tadi anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.

PARLIMEN BUBAR HARI INI?

Parlimen bubar hari ini. Betul ke? Atau ianya hanya ilusi sahaja. Semenjak setahun lalu desas-desus parlimen akan dibubarkan bertiup kencang namun sehingga sekarang ianya masih tidak dibubarkan. Ramai menjangkakan selepas Bajet 2012 dan pemberian 'rasuah' BR1M dan lain-lain Ah Jib Gor akan bubar parlimen. Tetapi semuanya meleset kerana Ah Jib Gor masih tidak mendapat ilham untuk bubar.

Semua ilhamnya akan sampai jika Ah Jib Gor yakin BN akan menang besar. Jika BN masih kalah dan menang dengan majoriti kecil seperti sekarang Ah Jib Gor tidak akan bubar parlimen. Dia takut malu jika menang tipis dan yang lebih ditakutinya BN pimpinannya jadi pembangkang. Sudah tentu macam-macam perkara akan terbongkar. Antaranya pembunuhan Altantuya, isu komisen Scorpene dan seribu satu skandal dan kontroversi yang melibat pimpinan Umno/BN sekarang dan yang terdahulu yang masih hidup.

Sebab itu bekas-bekas pimpinan Umno/BN yang masih bernyawa dan tidak sedar diri mati-matian membantu Ah Jib Gor. Pelbagai kenyataan akhbar dan pandangan dilemparkan oleh mantan-mantan pimpinan Umno/BN ini guna untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong BN demi kelangsungan hidup dan perniagaan masing-masing.

Pelbagai maklumat yang kita terima dari penganalisis politik, badan-badan pengkaji politik dan agensi-agensi kerajaan sendiri menunjukkan kecenderungan rakyat menyokong Umno/BN masih tidak berada dalam keadaan selesa untuk Umno/BN. Malah ada 'survey' yang menunjukkan bahawa paling baik BN hanya dapat mengekalkan kuasa dengan bilangan kerusi seperti yang ada sekarang. Itupun dengan bantuan penyelewengan dan penipuan terancang yang hebat didedahkan sekarang.

Mungkin Ah Jib Gor belum puashati dengan tipu helah mereka dengan bantuan agensi-agensi kerajaan dan 'Pengadil Pilihanraya' sendiri. Mungkin bilangan PATI yang didaftarkan sebagai pengundi belum cukup, bilangan pemindahan pengundi ke kawasan-kawasan tertentu belum capai target atau mungkin juga sogokan dan rasuah mega akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memastikan Umno/BN menang barulah Ah Jib Gor akan membubarkan parlimen.

Seperti kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa Umno/BN tidak akan buat pilihanraya selagi mereka tidak yakin penipuan, penyelewengan, rasuah, sogokan dan lain-lain tidak mampu memenangkan mereka.

27 June 2012

TUKAR GAMBAR PRESIDEN DENGAN KALIMAH ALLAH




Presiden baru Mesir, Dr Mohamad Mursi mengadakan mesyuarat untuk memulakan tugas beliau sebagai Presiden.

Kelihatan juga gambar Hosni Mubarak dikeluarkan dan  diganti dengan kalimah susi Al Quran.

Ini baru betul Wasatiyyah .....

BANYAK PERSAMAAN PRESIDEN MORSI DENGAN MENTERI BESAR KELANTAN

Presiden Mesir yang baru, Dr Mohamad Morsi mengumumkan 4 langkah pertama sebaik beliau memulakan tugasnya sebagai Presiden Mesir. Keempat-empat langkah itu ialah:

Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir

Kedua: Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

Ketiga: Semalam beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 Januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya pada bila-bila masa. Beliau juga berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden Hosni Mubarak dan menteri dalam negeri, Habib al-Adli, serta lain-lain defenden di atas kes membunuh para demonstran. (Lebih 800 orang terbunuh dan 6,000 cedera semasa perhimpunan 25 Januari Hizbut-Tahrir.)

Keempat: Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam dan rkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan menolak permintaan pihak keselamatan yang meminta keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk. 



Apa yang jelas langkah pertama, ketiga dan keempat adalah sama dengan langkah yang diakukan oleh Menteri Besar Kelantan,  Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 


Tok Guru memotong sebahagian gajinya untuk diinfakkan kepada tabung kerajaan negeri. 


Tok Guru tidak menghalang sesiapa sahaja untuk bertemu dengan beliau terutama di masjid dan rumah beliau. Di Pejabatnya juga rakyat boleh bertemu tanpa kawalan yang ketat.


Tok Guru juga tidak menggunakan anggota polis khusus untuk mengawalnya. Tiada body guard khususn .....tiada polis mengawal rumahnya.


Tok Guru tidak tinggal di rumah rasmi Menteri Besar iaitu JKR 10 tetapi tetap tinggal di kediaman asal beliau  iaitu di Pulau Melaka.

'LEFT ADNAN' JUMPA TOK GURU NIK AZIZ

Pelakon Hairie Othman yang baru mengumumkan menyertai PAS mengunjungi Tok Guru Mursyidul Am di hotel penginapan Tok Guru di Shah Alam hari ini.

Jelas terpancar wajah ceria dan gembira Hairie apabila dapat bertemu dan mencium tangan Tok Guru yang disanjungi kawan dan lawan.

Hairie baru-baru ini mengumumkan menyertai PAS dan akan menyerahkan borang keahlian PAS pada satu program 6 Julai akan datang.

TOK GURU NIK AZIZ TANDING PARLIMEN, UTUSAN SERKAP JARANG

Utusan Malaysia hari ini membuat spekulasi bahawa Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya diberitahu oleh orang-orang dalaman PAS, Nik Aziz kali ini mahu bertanding di Parlimen pula," tulis pengarang kanan UtusanZaini Hassan dalam kolumnya Cuit (bawah).

Zaini mendakwa mursyidul am PAS itu mengambil keputusan ke Parlimen kerana "rakyat Kelantan akan membuat perubahan" jika beliau masih kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Zaini seterusnya meramalkan tempat Nik Aziz selaku menteri besar akan diganti ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.


Apa tujuan Utusan serkap jarang dan buat spekulasi ini tidak pula kita ketahui. Apa yang jelas di kalangan pimpinan PAS dan ahli PAS tidak berbangkit Tok Guru bertanding parlimen dan Dato KJ bertanding di Dun.
NONE


Perkara dibangkitkan hanya untuk mengujudkan polemik di kalangan ahli dan rakyat Kelantan. Sedangkan polemik sebenarnya tidak memberi bekas kepada situasi dan senario politik Kelantan. Rakyat Kelantan amat matang berpolitik dan mereka bijak membaca permainan 'psy war' media pencacai Umno/BN yang ketandusan isu ini.


Mereka cuba menimbulkan isu di mana Anwar berkuasa meletakkan sesiapa yang dia mahu untuk menjadi Menteri Besar Kelantan sedangkan PAS mempunyai pimpinan sendiri dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa dalam urusan rumahtangganya. Anwar sendiri tidak pernah mencampuri hal ehwal rumah tangga PAS.


Akhbar pencacai ini sengaja menamakan Kamaruddin Jaaffar sebagai calon pengganti Tok Guru kerana mereka hendak mengaitkan Anwar dengan politik Kelantan kerana mereka tahu KJ merupakan orang kuat Anwar suatu ketika dahulu di dalam ABIM dan Umno.


Nama KJ langsung tiada dalam 'list' calon-calon Menteri Besar Kelantan sebelum ini .........

26 June 2012

BERDOSA JIKA PILIHANRAYA DILAKSANAKAN SEWAKTU MUSIM HAJI

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Oleh

Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman



Sumber : FB Ustaz Zamri

BUKTI SAHIH : GAMBAR-GAMBAR ALTANTUYA DI PERANCIS

Anda ingin melihat gambar-gambar Altantuya atau Amina Binti Abdullah di Perancis. Sila klik di sini . Ada pihak yang cuba menafikan Altantuya pernah ke Perancis. Mengapa mereka nafikan ...........ha2 sudah tentu ada sebab!!!!!!!!!!

Tidak lama lagi mungkin semuanya tersingkap dan terserlah. Antara persoalannya :-

1) Mengapa Altantuya dibunuh????? 2) Siapa yang menyuruh Altantuya dibunuh???????

BEKAS TIMBALAN PENGARAH JAKIM MASUK PAS

Bekas Timbalan Pengarah JAKIM yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Haji Yusof Hassan (gambar) menyertai PAS dengan menyerah borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Presiden PAS sebentar tadi di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

GAMBAR KEKEJAMAN PUAK TAK NAK ROYALTI

Innalillah... Aduka Teruna (blogger) yang bersama Sekretariat ROYALTI pun dihandir/dikatok/dipukul/digenyeh oleh pihak yang tak bertanggungjawab sebentar tadi. Jahat sungguh! doh la xse bui royalti, pahtu katok ore hok nok royalti. Kalu ore kato bodo kan maroh plok.


Sumber : FB Anak Kelantan di Universiti


Berita tentang Himpunan Pagi tadi.




KOTA BHARU: 
Ketika Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Nazri Deraman menyerahkan memorandum sokongan terhadap tuntutan royalti kepada Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa pada jam 10.45 pagi di hadapan pagar pejabat SUK, ada pihak yang membaling kayu.

Pihak polis sempat merampas kayu berkenaan.

Semasa pihak kumpulan Royalti (R) membacakan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ikhwan, kumpulan MTRK memasang muzik.

Ramai yang duduk dan mengaminkan doa tersebut sementara kumpulan satu lagi hanya asyik menyebut 'air' dan 'rakyat'.

Begitupun, suasana terkawal dan himpunan menyokong tuntutan royalti berakhir kira-kira jam 11.00 pagi.

Ada pihak melepaskan asap kuning di tepi jalan sebelum itu.

Pada sebelah pagi tadi, suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK yang diketuai adik Ibrahim Ali.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.

Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.

“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya.

Sumber :Harakahdaily

25 June 2012

BANDINGKAN UCAPAN NAJIB DAN DR MORSI

Antara ucapan pertama Presiden Mesir 2012,
Dr Muhammad Mursi ;

- Taatilah saya selagimana saya mentaati Allah.. 
- Tanpa darah para syuhada, tidaklah saya akan menjadi Presiden.
- Kebangkitan ini berterusan sehinggalah ia memenuhi semua tuntutan Medan Tahrir.
- Penghargaan buat tentera dan polis, mereka mempunyai tempat istimewa di dalam hati saya.
- Kini semua lapisan rakyat diseluruh negara adalah kaum keluarga saya.
- Bersama kita membina Mesir sebagai sebuah negara berperlembagaan yang moden, berteraskan identiti dan rujukan kita sendiri.
- Tiada lagi ketidakadilan selepas hari ini, semua pihak adalah sama disisi undang-undang.

"Dan takutlah kamu kpd hari dimana kamu akan dikembalikan mengadap Allah.."
- inilah ayat yg akan kekal di dalam pemikiran saya... 



Cuba bandingkan ucapan beliau di atas dengan ucapan Najib semasa mengambilalih tampuk pemerintahan Malaysia dari Pak Lah.

Sumber : FB Pilihanraya Mesir

NEGARA PALING RAMAI MENTERI.....DUIT RAKYAT TERBAZIR

Malaysia negara yang jumlahnya ramai lebih ramai dari Amerika Syarikat yang penduduknya 312 juta.

Malaysia penduduknya hanya 28 juta ada 30 orang menteri sedangkan Amerika dengan jumlah penduduknya 312 juta hanya mempunyai 12 menteri atau dipanggil Setiausaha Negara.

Hebat betul kerajaan BN .............yang pasti ramai menteri banyaklah duit hangus bayar gaji, elaun dan sebagainya .....

Sumber ilustrasi : FB Muhammad Hanif.

GAMBAR LAMA TAPI SESAKKAN NAFAS UMNO

Gambar ini diambil sudah lama iaitu pada 21 Sept 2008 ketika Ketua Menteri, Lim Guan Eng menziarahi mangsa kebakaran di Mak Madin yang mengorbankan 2 orang dan 14 keluarga kehilangan tempat tinggal.

Mungkin Umno dan penentang PR akan menyatakan Guan Eng hanya berlakon pura-pura sedih dan mengeluarkan air mata.

Namun begitu bolehkah seseorang itu berlakon menangis (kecuali pelakon hebat) seperti yang ditunjukkan oleh gambar di atas.

Yang pasti gambar ini cukup MENAKUTKAN Umno/BN .............!!!!!!!!!!!

SAYA AKAN SAMAN UTUSAN - MOHAMMAD SABU

Permatang Pasir :Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu berkata beliau akan menyaman Utusan Malaysia kerana memfitnah beliau dalam isu Mat Indera tidak lama dulu.

"Mereka tuduh saya memfitnah Polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, tapi yang peliknya pengadu kes tersebut seorang pesara Polis bernama Visvanathan mengaku bahawa laporan yang Polis yang belua buat tidak benar dan ada unsur fitnah".

"Akhirnya Visvanathan yang memohon maaf kepada saya adan merayu supaya dia tidak disaman dimahkamah kerana memfitnah aku" ujar Mohamad.

Beliau berkata Visvanathan beberapa kali memohon maaf kepada beliau dan mengharapkan Mohamad tidak mengambil apa-apa tindakan kepada beliau.

"Visvanathan beberapa kali berkata 'we are brother' saya mohon maaf".

"Saya sudah maafkan dia, Visvanathan pun dah tua, saya tidak akan menyaman beliau kerana yang jahat dan bongkak ialah Utusan, 'confirm; saya akan saman Utusan" tambah Mohamad disambut laungan takbir oleh para penyokong PAS yang hadir pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Melaka di sini malam tadi.

Sementara Setiausaha Agung PAS, Dato Mustafa Ali dalam ceramahnya pada majlis yang sama berkata Perdana Menteri, Datuk Seti Najib Tun Razak tidak berani membubarkan Parlimen kerana sehingga kini semua laporan prestasi terkini BN tidak memihak kepada Barisan Nasional kecuali laporan Kemas.

"Najib mengambil banyak pandangan dari pelbagai pihak, dia tanya 'Military Intelligent', 'Special Branch' Polis, Kemas, Jasa dan lain-lain semuanya memberikan maklumat bahawa BN akan kalah kecuali Kemas yang menyatakan BN menang, sebab Kemas kaki bodek".

"Kita pun buat kajian dan dapatkan maklumat dari badan-badan tertentu, saya boleh katakan di sini bahawa graf kita sekarang sedang naik manakala graf BN semakin menurun"ujar Mustafa.

Beliau berkata oleh kerana itulah Najib takut untuk membubarkan Parlimen dan cuba sedaya upaya untuk menarik sokongan rakyat dengan pelbagai sogokan dan janji-janji manis.

Selain Mohamad dan Mustafa pimpinan lain yang turut berucap pada ceramah perdana tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zulkifli Mohamad Omar; Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Naib Pengerusi PKR Melaka, Rajendran; Penolong Setiausaha PKR Melaka, Wahab Ibrahim dan Pengerusi Anti-Lynas, Wong Tack.

Gambar Ehsan : TV PAS Melaka


TAHNIAH DR MORSYI ATAS KEMENANGAN SEBAGAI PRESIDEN MESIR



KAHERAH: 

Akhirnya calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Morsi diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu. Pengumuman yang sepatutnya dibuat pada Khamis lepas ditangguhkan kerana sebab-sebab tertentu.

Penyokong-penyokong parti Morsyi FJP, parti yang diasaskan oleh penyokong Ikhwanul Muslimin sudah bersedia dengan segala kemungkinan jika Suruhanjaya Pilihanraya tidak mengisytiharkan kemenangan Morsyi. Mereka sudah menjangkakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Sebab itu mereka telah beberapa hari berhimpun di Dataran Tahrir yang amat bersejarah itu.


Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.

Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.

Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya.

Ketidaktentuan

Pengumuman kemenangan Morsi dibuat seminggu selepas pilihan raya umum pusingan akhir pemilihan Presiden Mesir antara Mohamed Morsi dari FJP dengan Ahmad Shafiq selesai.

Sejak seminggu lalu, jutaan rakyat Mesir khasnya penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di Dataran Tahrir pada setiap hari. Bilangan mereka bertambah hari ke hari sehinggalah pengumuman rasmi dibuat hari ini.

Ikhwan telah mengumumkan kemenangan Morsi sejak Ahad lalu selepas semua kertas undi selesai dikira.

Ia dibuat berdasarkan keputusan yang mereka kumpulkan dari pusat-pusat pengundian kerana semua undi telah selesai dikira di pusat-pusat pengundian itu.

Dalam pilihan raya kali ini, semua kiraan undi dibuat dipusat pengundian yang diketuai oleh seprang hakim dan keputusannya diumumkan sebaik sahaja undi selesai dikira.

Namun, hanya hari ini iaitu kira jam 10.40 malam waktu Malaysia ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

Sehingga kini tidak diketahui setakat mana Morsi akan berkuasa selaku Presiden Mesir kerana SCAF telah mengumumkan beberapa perkara sebelum pilihan raya pusingan terakhir baru-baru ini.

Antaranya, Presiden tidak mempunyai kuasa penuh dalam soal pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Antaranya mereka didakwa cuba mempertahankan Perjanjian Camp David yang dibuat antara kerajaan Mesir sebelum ini dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.

Penolong Setiausaha Agung PAS, DR Syed Azman Syed Ahmad yang kini berada di Kaherah akan membuat laporan lanjut perkembangan yang berlaku di Mesir.

HIMPUNAN HIJAU GEGAR MELAKA MALAM TADI

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang diadakan semalam benar-benar menggegarkan Melaka apabila lautan manusia membanjiri perkara tapak program di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir.

Kira-kira 8,000 orang membanjiri kawasan tersebut mendengar amanat dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Dato Mustafa Ali dan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka.

Himpunan yang penuh maknanya disifatkan amat berjaya kerana ianya disertai oleh bukan sahaja ahli dan penyokong PAS malah disertai oleh rakyat berketurunan Cina dan India.

Program tersebut juga disiarkan secara langsung ke seluruh dunia oleh TVPAS Melaka.

Program yang dimulakan dengan ekspresi hijau anak muda seawal jam 4.00 petang tamat kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Ramai menyifatkan bahawa ianya benar-benar membakar semangat ahli dan penyokong PAS untuk bekerja lebih kuat bagi memenangkan PAS dan PR di Melaka dan Malaysia.

Gambar : Ehsan TVPAS Melaka.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter