NAJIB PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR BN, PARLIMEN BUBAR HARI INI?


Ah Jib Gor telah mengarahkan satu mesyuarat khas tergempar yang melibatkan semua Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada pagi ini. Apakah selepas mesyuarat itu Najib akan mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan. Kemungkinan tetap ada kerana jika parlimen dibubarkan sekarang SPR masih mempunyai masa untuk mengadakan PRU sebelum bulan puasa. 


Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memaklumkan bahawa Ah Jib Gor memanggil mesyuarat tergempar itu hari ini.


Apa-apa pun boleh berlaku. Semua Ah Jib boleh buat, dia ada kuasa dia boleh buat. Kita tunggu apa hasil dari keputusan mesyuarat tergempar pimpinan BN pagi ini.

Comments

wonder why said…
Najib, panggil MT BN,untuk merayu diberi peluang jadi PM satu penggal lagi,sebab Bib Mama belum puas lagi habiskan duit rakyat, lepas itu dia akan serah jawatan ini, kepada Mat Sembab.