SAYA AKAN SAMAN UTUSAN - MOHAMMAD SABU

Permatang Pasir :Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu berkata beliau akan menyaman Utusan Malaysia kerana memfitnah beliau dalam isu Mat Indera tidak lama dulu.

"Mereka tuduh saya memfitnah Polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan, tapi yang peliknya pengadu kes tersebut seorang pesara Polis bernama Visvanathan mengaku bahawa laporan yang Polis yang belua buat tidak benar dan ada unsur fitnah".

"Akhirnya Visvanathan yang memohon maaf kepada saya adan merayu supaya dia tidak disaman dimahkamah kerana memfitnah aku" ujar Mohamad.

Beliau berkata Visvanathan beberapa kali memohon maaf kepada beliau dan mengharapkan Mohamad tidak mengambil apa-apa tindakan kepada beliau.

"Visvanathan beberapa kali berkata 'we are brother' saya mohon maaf".

"Saya sudah maafkan dia, Visvanathan pun dah tua, saya tidak akan menyaman beliau kerana yang jahat dan bongkak ialah Utusan, 'confirm; saya akan saman Utusan" tambah Mohamad disambut laungan takbir oleh para penyokong PAS yang hadir pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Melaka di sini malam tadi.

Sementara Setiausaha Agung PAS, Dato Mustafa Ali dalam ceramahnya pada majlis yang sama berkata Perdana Menteri, Datuk Seti Najib Tun Razak tidak berani membubarkan Parlimen kerana sehingga kini semua laporan prestasi terkini BN tidak memihak kepada Barisan Nasional kecuali laporan Kemas.

"Najib mengambil banyak pandangan dari pelbagai pihak, dia tanya 'Military Intelligent', 'Special Branch' Polis, Kemas, Jasa dan lain-lain semuanya memberikan maklumat bahawa BN akan kalah kecuali Kemas yang menyatakan BN menang, sebab Kemas kaki bodek".

"Kita pun buat kajian dan dapatkan maklumat dari badan-badan tertentu, saya boleh katakan di sini bahawa graf kita sekarang sedang naik manakala graf BN semakin menurun"ujar Mustafa.

Beliau berkata oleh kerana itulah Najib takut untuk membubarkan Parlimen dan cuba sedaya upaya untuk menarik sokongan rakyat dengan pelbagai sogokan dan janji-janji manis.

Selain Mohamad dan Mustafa pimpinan lain yang turut berucap pada ceramah perdana tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zulkifli Mohamad Omar; Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Naib Pengerusi PKR Melaka, Rajendran; Penolong Setiausaha PKR Melaka, Wahab Ibrahim dan Pengerusi Anti-Lynas, Wong Tack.

Gambar Ehsan : TV PAS Melaka


Comments