HIMPUNAN HIJAU GEGAR MELAKA MALAM TADI

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang diadakan semalam benar-benar menggegarkan Melaka apabila lautan manusia membanjiri perkara tapak program di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir.

Kira-kira 8,000 orang membanjiri kawasan tersebut mendengar amanat dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Dato Mustafa Ali dan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka.

Himpunan yang penuh maknanya disifatkan amat berjaya kerana ianya disertai oleh bukan sahaja ahli dan penyokong PAS malah disertai oleh rakyat berketurunan Cina dan India.

Program tersebut juga disiarkan secara langsung ke seluruh dunia oleh TVPAS Melaka.

Program yang dimulakan dengan ekspresi hijau anak muda seawal jam 4.00 petang tamat kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Ramai menyifatkan bahawa ianya benar-benar membakar semangat ahli dan penyokong PAS untuk bekerja lebih kuat bagi memenangkan PAS dan PR di Melaka dan Malaysia.

Gambar : Ehsan TVPAS Melaka.

Comments