.

.

29 June 2012

KALAU TAK RASUAH BUKAN UMNO NAMANYA

KALAU TAK RASUAH BUKAN UMNO NAMANYA. KITA SUDAH BIASA MENDENGAR PIMPINAN DAN AHLI UMNO DIHADAP DAN DISABITKAN DENGAN KESALAHAN RASUAH. BERMULA DENGAN SETINGGI-TINGGI JAWATAN SEPERTI NAIB PRESIDEN SEHINGGALAH KEPADA AHLI BIASA.


KALAU TAK RASUAH BUKAN UMNO NAMANYA.


Malaysiakini melaporkan bahawa satu lagi kes rasuah melibatkan Ketua Umno Bahagian di bicarakan di Kuala Lumpur semalam.


Ketua Umno Bahagian Pandan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Abd Ghani Ismail, 46, di akhir kes pendakwaan.
    
Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Abd Ghani, yang ketika kejadian merupakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didakwa secara rasuah memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.

Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini pada 9 malam 4 Ogos 2006.

Bagi lapan lagi pertuduhan, Abd Ghani didakwa secara rasuah menerima antara RM10,189 hingga RM24,189 yang kesemuanya melibatkan RM169,323 daripada Abdul Rahman di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini, antara 20 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007.
    
Sementara itu bagi pertuduhan ke-10 pula dia didakwa memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006. 
    
Ia sebagai upah menolong Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.
    
Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Roziza Sidek manakala Abd Ghani diwakili Peguam Md Yunos Shariff. 

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter