.

.

22 August 2009

BN SEMAKIN TIDAK YAKIN UNTUK MENANG

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan jelas tidak yakin calon BN akan menang ada PRK Permatang Pasir. Tidak ada fakta yang tepat dan meyakinkan bagi menyokong ramalan Ahmad bahawa BN akan menang kali ini

Dari kenyataan Ahmad hari ini saya merasakan beliau sendiri tidak yakin BN akan merampas kerusi Permatang Pasir.

Beliau menggunakan teori “pendulum” atau ladung jam untuk menjelaskan perubahan sokongan rakyat kepada BN.“Pada 1995, ladung jam berpusing ke sebelah kanan sebab itu kita menang di Permatang Pasir. Pada 1999 dia pusing kiri, kita kalah Permatang Pasir. Pada 2004, ia pusing kanan tapi kita kalah cuma 600 undi. Pada 2008, ia pusing kiri, kalah 5,000 lebih.

Jelas teori ini hanyalah untuk mengubat hati pemimpin BN yang runsing kerana peluang untuk BN menang semakin menguncup dengan imej calon BN yang semakin teruk dan tercemar.

“Jadi kalau ikut teori saya, pada tahun 2009 ia akan pergi kanan, BN akan menang,” katanya ketika berkempen dari rumah ke rumah Permatang Pasir semalam.

KASIHAN BN : DULU PERBODOH RAKYAT KINI RAKYAT PERBODOH MEREKA

Kalau dulu BN memperbodohkan rakyat dengan janji-janji pembangunan dan projek segera pada setiap pilihanraya tetapi kini BN pula diperbodohkan rakyat apabila rakyat terdedah kepada maklumat tanpa had dan tapisan.
Rakyat mendapat maklumat secara tepat, bebas dan terbuka. Rakyat mendapatkan maklumat dengan mudah dan akan membuat penilaian kepada maklumt tersebut sebelum membuat sebarang kata putus berkaitan sesuatu isu.
Sebab itulah BN tidak lagi mampu memperbodohkan rakyat melalui media pengampu mereka seperti RTM dan media cetak kerana rakyat sudah tidak lagi percaya kepada media seperti ini.
Akhinya BN terus kecundang dan dimalukan pada setiap pilihanraya kecil selepas PRU 12 lalu khasnya di Semenanjung Malaysia.

21 August 2009

PAS MENANG MAJORITI 3,500 UNDI

Ramai pemerhati politik meramalkan PAS akan menang dengan majoriti di sekitar 3,500 undi pada kali ini.
Keyakinan pemerhati politik berdasarkan sokongan semasa pengundi bukan Melayu yang semakin ketara. Namun begitu majoriti ini berkurangan kerana usaha-usaha terancang dan rahsia yang dijalankan BN yang menyebabkan ramai pengundi atas berpaling kepada BN.
Namun mereka berpendapat kemenangan dengan majoriti 3,500 undi adalah besar dan bermakna kepada PAS. Ini kerana pilihanraya kecil sememangnya memberikan kelebihan kepada BN kerana mereka boleh menggunakan segenap instrumen samada secara halal atau haram bagi mendapat undi.
Pada PRU 2008 lalu calon PAS, Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti lebih dari 5,000 undi.

17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu- Datuk Kamaruddin

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.
Harakahdaily

ABAI BINI & LESEN GUAMAN DITARIK : SAMAN UTK BERSIH NAMA

Berat sekali tuduhan yang terpaksa dipikul oleh calon BN DUN Permatang Pasir iaitu dituduh tidak bertanggungjawab kepada isteri kedua dan juga dibuktikan telah melakukan kesalahan 'menipu' pelanggan.
Kedua-dua tuduhan tersebut dinafikan oleh Rohaizat Othman. Saya bersimpati dengan beliau lebih-lebih lagi beliau adalah pemimpin Umno dan pemimpin rakyat. Malah beliau kemungkinan akan menjadi wakil rakyat DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini jika beliau menang.

Oleh itu saya mencadangkan beliau menyaman sesiapa yang menuduh beliau supaya beliau mendapat pembelaan dan keadilan. Di mahkamah beliau boleh membela diri dan pihak menuduh boleh mengemukakan bukti. Masing-masing boleh berhujah melalui peguam atau diri sendiri.
Saya cadangkan Rohaizat memfailkan saman hari ini juga dan mengharapkan pihak Peguam Negara dapat menggunakan kuasanya supaya kes ini dibicarakan secepat mungkin sebelum 25 Ogos supaya rakyat dapat gambaran dan bukti adakah Rohaizat bersalah mengabaikan isteri keduanya dan 'menipu' pelanggannya.
Jika Rohaizat tidak berani menyaman orang-orang yang mendakwa dan dikatakan memfitnahnya rakyat sudah tentu akan sangsi dan syak kepada beliau.
Ayuh Rohaizat bersihkan namamu. Rakyat akan sentiasa berada di belakang pihak yang benar jangan bimbang. Saya juga menyokong 'Hang' kalau 'Hang' betui-betui bersih.

SELOKA PERMATANG PASIR PART 1

Pilihanraya kecil Permatang Pasir
PRK ketiga di Permatang Pauh
BN pening macam orang buasir
Kalah dekat menang jauh

Datuk Hamdan banyak berjasa
Mesra rakyat dan mudah berkira
Perginya beliau ditangisi semua
Doakan kesejahteraan beliau di sana

Calon PAS segak bergaya
Disegani kawan dan juga lawan
Semangat tinggi kental orangnya
Itulah Ustaz Salleh Man

Calon BN kempen sakan
Ke sana ke mari sepanjang jalan
Lesen guaman telah dibatalkan
Angkara menipu dia punya pelanggan

BN pening untuk pertahankan
Sifat buruk jadi kebencian
BN tersilap buat pilihan
25 Ogos rakyat tentukan

Pakatan Rakyat semakin mantap
Permatang Pasir tambah eratkan
Pakatan Rakyat berani berentap
Rekod baik akan dipertahan

Hari penamaan calon sungguh meriah
Penyokong PR ramai menderu
Awal-awal BN dah kalah
Penyokong BN lemah dan dan lesu

Rakyat bijak rakyat cerdik
Sukar ditipu macam dahulu
BN marah BN herdik
Rakyat senyum 25 Ogos baru tahu

PAS, DAP dan Keadilan
Berjuang bersama setia kawan
BN berpecah tidak sehaluan
Macam-macam isu perlu jawapan

Salleh Man yakin menang
Sokongan rakyat jelas kelihatan
Beliau bersyukur sentiasa tenang
Tidak melenting tidak meroyan

Rohaizat pening cari jawapan
Rakan sekerja dikambing hitamkan
Yusri tampil maruah dipertahankan
Ke sana ke mari beri penerangan

Jalil dan Cikgu Zaidi masam muka
Tak jadi calon masam mencuka
Muhyiddin dan Zahid pening kepala
Silap pilih calon inilah bahana

Satu Malaysia sudah tahu
Calon BN seorang bermasalah
Ku Li hairan tergaru-garu
Alamat BN hendak kalah

Permatang Pasir Permatang Pauh
Seberang Jaya dan juga Penanti
Kami petugas datang dari jauh
Hendak 'menguburkan' BN yang mati

Nampak jelas BN tak semangat
Banyak Pos ditutup rapat
Ramai pengundi rasa meluat
Janji lama masih diingat

25 Ogos hari penentuan
17 Ogos hari penamaan
Kepada rakyat besarlah harapan
Jangan lupa undi Pakatan

Nukilan Mutaligat

20 August 2009

ROHAIZAT WAJAR TARIK DIRI

Calon BN, Rohaizat Othman wajar menarik diri dari bertanding pada Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pauh 25 Ogos ini.

Saya berpendapat demikian kerana beberapa alasan :-

1) Integriti beliau sebagai calon dipersoalkan berikutan kenyataan Bar Council bahawa lesen guamannya ditarik balik kerana melanggar peraturan dengan bukti yang jelas bahawa beliau melakukan kesalahan berkaitan dengan pelanggannya.

2) Fakta di atas di sokong pula dengan pengakuan bekas rakannya Yusri Ishak bahawa Rohaizat terlibat dengan perkara tersebut.

3) BN dan Umno menipu rakyat bahawa kesalahan di atas dilakukan oleh Yusri Ishak (gambar) bukan Rohaizat.

Adalah lebih baik dan manis jika Rohaizat menarik diri dari pilihanraya kecil ini demi keadilan kepada pengundi Permatang Pasir agar tidak tersalah pilih dengan mengundi calon yang integritinya dipersoalkan.

Selain itu Rohaizat juga wajar menarik diri kerana jika beliau tidak berbuat demikian, beliau sebenarnya menghina pengundi Permatang Pasir kerana seseorang calon pilihanraya sepatutnya mesti bersih dari segala kontroversi agar rakyat dapat memilih calon-calon yang terbaik tidak kira dari BN ataupun PAS.

NASIHAT KEPADA PENDAKWAH

Hadith : Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda: “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?”

Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Bukhari & Muslim)

Huraian:
1. Dalam usaha membina individu dan mendidik masyarakat, Islam amat mementingkan ketinggian akhlak seperti benar dalam percakapan dan tindakan, penuh rasa tanggungjawab (amanah), menepati janji, toleransi, pemaaf, penyantun dan sebagainya.

2. Seorang pendakwah itu hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah melalui perangai atau akhlak yang baik (qudwah hasanah) merupakan media yang paling efektif kepada masyarakat yang akan menjadikannya sebagai contoh (idola) untuk diikuti.

3. Sesungguhnya orang yang pernah menyuruh orang lain berbuat baik sementara dirinya sendiri melanggarnya adalah orang yang bakal menempuh siksaan yang amat berat di hari akhirat kelak. Keadaanya samalah seperti ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus ‘. Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang ‘cakap tak serupa bikin’!.

mstar

KENYATAAN MUHYIDDIN SEPERTI KENYATAAN JKKK

Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif akan diputuskan kekal sebagai wakil rakyat yang sah memandangkan ketidakhadirannya ke sidang DUN Negeri Kedah bukan sesuatu yang disengajakan.

Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, Abu Hassan mempunyai sebab yang munasabah iaitu memiliki sijil cuti sakit di samping persidangan kali kedua yang tidak dihadiri beliau itu hanya berlangsung selama sehari sahaja.

Katanya, jika asas itu dapat diambil kira oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) maka tak seharusnya kerusi tersebut dianggap kosong sehingga memerlukan kepada pilihan raya kecil.
Saya rasa terkilan dengan jawapan seorang yang berstatus Timbalan Perdana Menteri tetapi 'standard' jawapannya ini sama dengan jawapan ahli jawatan kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Umno (JKKK).
Persoalannya sekarang ialah mengapa ADUN terbabit tidak memaklumkan kepada Speaker tentang beliau sakit. Beliau boleh menghantar surat cuti sakit kepada speaker atau surat permohonan cuti kepada Speaker sebelum atau pada hari persidangan.
Malangnya Speaker langsung tidak dimaklumkan akan hal ini dan ianya jelas membuktikan bahawa ADUN tersebut gagal hadir pada Sidang DUN dua kali berturut-turut TANPA SEBARANG MAKLUMAN. Itu isunya, bukan isu beliau sakit dan sebagainya.

Memang sakit kita tidak tahu bila akan datang, tetapi apabila sakit dan ada persidangan DUN, ADUN yang tidak dapat hadir atas apa juga alasan mesti memaklumkan ketidakhadiran beliau kepada Speaker.

Dalam kenyataannya juga Muhyiddin dilihat cuba mempengaruhi SPR dengan membuat kenyataan berikut "jika asas itu (tidak sengaja tidak hadir) dapat diambil kira oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) maka tak seharusnya kerusi tersebut dianggap kosong sehingga memerlukan kepada pilihan raya kecil."
Bagi saya kenyataan Muhyiddin ini tidak sepatutnya dibuat oleh seorang Timbalan Perdana Menteri(TPM) kerana SPR sebagai badan bebas berhak untuk membuat keputusan sendiri dan TPM tidak perlu cuba mempengaruhi SPR.

SIAPA MENIPU YUSRI ATAU ROHAIZAT?

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak, akan mengambil tindakan saman terhadap mana-mana individu yang mencemar namanya dengan salahlaku yang dibuat oleh calon BN itu.Yusri berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Penanti, Pulau Pinang hari ini.

"Saya bersama hampa dan marah. Saya mahu bersihkan nama saya dan maruah keluarga," kata Yusri.

"Saya bersedia untuk bersemuka dan berdebat dengan Rohaizat untuk membersihkan nama saya dan keluarga," tegas beliau.Rohaizat, bekas pengamal undang-undang sivil, menerjah ke muka hadapan akhbar selepas didapati disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia.

Calon BN ini didakwa terbabit dalam kes pecah amanah membabitkan wang milik Koperasi Pekebun Getah Kecil di Pulau Pinang.Namun ada pihak tertentu berkata Rohaizat disenarai-hitam atas kesalahan yang pihak tersebut dakwa dilakukan oleh Yusri Isahak.

Majlis Peguam berkata badan itu tidak akan sekali-kali menghukum mana-mana ahlinya untuk kesalahan yang dilakukan individu lain.Yusri berkata dakwaan pihak tertentu bahawa Rohaizat telah melangsaikan wang pecah amanah itu kepada koperasi juga adalah tidak benar sama-sekali."

Dakwaan Rohaizat telah buat bayaran penuh kepada koperasi adalah tidak benar kerana bayaran masih belum selesai. Saya pelik dengan kenyataan tersebut kerana Rohaizat lebih maklum akan urusan kewangan syarikat, lebih-lebih lagi beliau sendiri yang menandatangani cek melululsan wang syarikat untuk diberi pinjam pada kenalannya," kata Yusri


SIAPA YANG MENIPU YUSRI ATAU ROHAIZAT?

Sumber : Thinking of Life (http://nikhassanazmi.blogspot.com)

MAHFUZ DAPAT BONUS, BILA NAK SEDEKAH KAT KAMI?

Semalam Mahkamah Tinggi membersihkan nama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfiz Omar dari fitnah Berita Hairan.
Mahkamh memutuskan bahawa syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian perlu membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini berkaitan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Pada sidang media di pejabat Harakah siang atdi, Mahfuz memberitahu keputusan tersebut telah membersihkan dirinya dari fitnah ekoran laporan akhbar itu.
Saya mengharapkan supaya Berita Hairan dapat membuat pembayaran secepat mungkin. Selepas itu bolehlah YB Datuk Mahfuz sedekahkan sedikit kepada PAS Kawasan dan Cawangan untuk meneruskan gerakerja menumbangkan BN pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. he he he .....Gurau je Datuk ...tapi kalau betul-betul nak sedekah apa salahnya ....

KERUSI KOTA SEPUTEH TIDAK KOSONG SEBAB KERUSI BN?

Kerusi DUN Kota Seputeh, Kedah kemungkinan besar tidak akan kosong kerana ianya kerusi BN. Walaupun pada dasarnya Speaker mempunyai kuasa penuh berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri namun kini kuasa itu tidak lagi ada ertinya kerana SPR 'lebih berkuasa' pada zaman 1Malaysia ini.

Ini berdasarkan kepada kes di negeri Perak di mana Speaker DUN Perak telah mengisytiharkan bahawa 3 kerusi DUN iaitu Changkat Jering, Jelapang dan Behrang tetapi tidak mengiktirafnya.

Kali ini ramai beranggapan perkara yang sama berlaku. Walaupun Speaker DUN Kedah, Datuk Abdul Isa Ismail telah menyerahkan surat pemakluman berhubung ketidakhadiran ADUN Kota Seputeh dalam Sidang DUN sebanyak 2 kali dan ianya melanggar undang-undang tubuh kerajaan negeri namun kemungkinan besar Suruhanjaya Pilihanraya SPR tidak akan memperakui bahawa kerusi DUN tersebut kosong.

ADUN tersebut, Datuk Abu Hasan Sharif (gambar) tidak hadir sidang Dun dua kali, masing-masing pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana Adun dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker.

Namun begitu saya mengharapkan SPR tidak melakukan kesilapan dan kesalahan buat kali kedua kerana kita bimbang kredibiliti dan imej SPR yang tercemar sebelum ini akan lebih teruk dan jijik jika SPR mengulangi kesilapannya sekali lagi.

ADUN DAP HADIRI USRAH PEMUDA PAS

Malam tadi, seperti biasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengadakan usrah bulanan yang diadakan pada kali ini di rumah Ketua Pemuda, Saudara Puhat Bedol di Taman Jati. Namun usrah kali ini agak berbeza disebabkan kami menerima seorang jemputan yang bukan muslim untuk turut serta secara sukarela ke usrah kami.

Beliau adalah YB Khoo Poay Tiong (berbaju putih tanpa kopiah), selaku ADUN Ayer Keroh yang mewakili DAP. Kehadiran beliau di dalam kumpulan usrah kami sangat dialu-alukan dan kami berterima kasih atas kesudian YB untuk turut serta di usrah kami. Kehadiran YB Khoo hanyalah untuk bertemu dan menziarahi sahabat-sahabat dari PAS selain bertukar-tukar idea dan berbincang.

Alhamdulillah, sesungguhnya Islam itu indah. Hanya mereka yang celik akal dan hati dapat melihat kebenaran Islam. Islam tidak memilih kaum, tidak memilih bangsa, dan tidak memilih budaya kerana Islam untuk semua.

Islam yang PAS bawa telah memberikan suatu tempias yang positif daripada non-muslim dan mereka sedang mengenal Islam sedikit demi sedikit.
Jika dahulu PAS dimomokkan oleh UMNO sebagai parti agama yang ekstrimis, yang hanya ekslusif untuk orang Islam. Hari ini ianya terbukti meleset. PAS begitu yakin dengan Islam yang diperjuangkan. Agama Allah ini adalah untuk semua, tidak kira mereka dari golongan muslim atau non-muslim, dan sebagai seorang muslim yang mukmin, seharusnya wajib bagi kita memelihara hubungan baik dengan mana-mana non-muslim yang jelas tidak memerangi Islam.

Firman Allah, "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil" Al-Mumtahanah 7.

Seorang demi seorang non-muslim cuba mengenal Islam, hasil dari kerjasama PAS dengan Pakatan yang dibina, PAS melihat ia tidak semata-mata atas tujuan politik, tetapi ia lebih dari itu, kerana elemen dakwahlah menjadi perkara utama dan penting kearah membawa Islam.

Pendahuluan kepada dakwahnya adalah melalui ikatan ukhuwwah atau berkenalan walaupun berbeza bangsa atau kaum, kerana Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13,
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".

Maka apakah ada lagi rasa berpuak-puak, perasaan assabiyah dan nasionalisme yang taksub kepada kaum sendiri, sehingga mencetuskan kebencian terhadap sesuatu kaum atau puak yang lain.

Tidakkah ia petanda yang positif buat Islam yang hari ini ia masih dihantui dengan fahaman Islamophobia nya di setiap negara. Ianya gara-gara umat Islam itu sendiri. Andai orang Islam memberikan imej muslim yang baik nescaya ramai lagi orang yang bukan Islam tertarik kepada Islam. Saya pernah bertanya kepada saudara baru yang memeluk Islam, bagaimana beliau boleh tertarik dengan Islam, beliau menyatakan sebab tertariknya beliau kepada Islam adalah agama Islam itu sendiri bukan dari penganutnya. Ertikata lain, denagan melihat kesucian sifat agama Islam itu sendiri yang mendorong beliau memeluk Islam, bukan dari akhlak dan cara hidup umat Islam. Sama-sama kita muhasabah.

Malangya hari ini, terdapat segelintir puak yang mengaku muslim, tetapi menjadi pencemar agama. Tidak perlulah saya beritahu siapa, lihatlah realiti yang berlaku hari ini. Mereka yang non-muslim yang mahu belajar Al-Quran pun dituduh mempermainkan Al-Quran, mereka yang ingin mencontohi pemerintahan Islam dituduh hanya untuk menjaga hati parti/orang Islam lain, menakut-nakutkan non-muslim dengan undang-undang Islam (hudud-potong tangan), malah menggunakan mereka-mereka yang berautority seperti majlis agama dan mufti untuk menjaga kepentingan mereka.

Semua ini dilakukan oleh mereka yang bergelar muslim. Ini hanya akan merugikan mereka sendiri-ia tidak sedikit pun merugikan Islam, kerana Islam dari Allah ini tidak memerlukan kita, kita sebenarnya yang memerlukan Islam. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata, "Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam.

Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah."

-Mudah-mudahan Allah memberi Hidayah kepada kita dan kepada non-muslim yang lain - Wallahu'alam

"Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka
dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum
mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap
tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan
lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta
memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan
daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia
yang lain"
Saidina Ali bin Abi Thalib

Dipetik dari Blog Single Breath (http://wwwaizatlegendz.blogspot.com/)

19 August 2009

PARTI RASUAH PILIH CALON RASUAH ATAU MENIPU

Tidak hairan juga sesebuah parti yang rosak akibat rasuah memilih calon mereka di kalangan kaki rasuah atau penipu.
Jika parti yang baik sudah tentu mereka akan memilih pemimpin yang baik. Sebab itulah PAS sangat teliti dalam memilih calon pilihanrayanya. Pelbagai kriteria dipertimbangkan bukan sahaja latarbelakang peribadi calon, kelulusan, perangai, sejarah hidup malah latarbelakang keluarganya juga diteliti. PAS sudah tentu akan menolak calon yang tiada integriti, pernah menipu dan tidak bertanggungjawab.
Malangnya ada parti yang mengambil mudah soal integriti calon. Soal rasuah, penipu, kaki betina dan sebagainya dipandang ringan sahaja.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkata bahawa Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka.
Beliau juga menyatakan bahawa kita juga berkata calon tersebut mewakili kita.
"Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu" tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.
Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

UNDILAH CALON PAS




PILIH IMAM DAN ADUN SAMA SAJA, MESTI CARI ORANG BAIK

Memilih Adun Permatang Pasir sama seperti memilih imam solat jamaah. Imam mestilah seorang yang beramal Islami serta berakhlak mulia.

Seorang yang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah mahupun Adun sendiri. Jika ada orang lain yang lebih baik dan berintegriti kita mesti memilih orang itu untuk menjadi Imam atau ADUN.
Betul tak????

PENGUNDI PTG PASIR WAJAR BUKA MATA

Manisfesto parti-parti Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum 2008 yang berjanji untuk mengutamakan kebajikan rakyat jelas berjaya ditunaikan oleh keempat-empat kerajaan negeri PR walaupun ianya mungkin belum mencapai tahap 100 %.

Walaupun baru 1 tahun 5 bulan menjadi kerajaan terbukti kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) lebih mengutamakan rakyat berbanding kerajaan BN sebelum ini.

Banyak sekali program kebajikan dilaksanakan oleh kerajaan negeri PR ini. Bagi kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) jelas berjaya direalisasikan dengan program-program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.

Lebih menakjubkan Ketua Menteri Yang Amat Berhormat (YAB) Lim Guan Eng secara terang-terang membuat kenyataan bahawa beliau ingin mencontohi corak kepimpinan Khalifah Islam yang masyhur iaitu Omar Abdul Aziz.

Kepimpinan Omar Abdul Aziz yang terkenal dengan sikap telus, pemurah, cekap dan adil ditambah lagi dengan program amar makhruf nahi mungkar menarik minat Lim Guan Eng untuk mencontohinya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang membuktikan komitmennya dengan langkah jimat cermat yang akhirnya berjaya menjimatkan RM35 juta dalam selama setahun pemerintahannya. Lim sendiri menunjukkan tauladan yang baik apabila menaiki kapal terbang dengan kelas ekonomi tidak lagi kelas pertama seperti yang diamalkan oleh pimpinan kerajaan BN.

Maka sudah sewajarnya rakyat negeri Pulau Pinang khasnya Permatang Pasir membuat penilaian bijak pada 25 Ogos ini semasa memilih siapa calon yang bakal mereka undi bagi ditabalkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan mereka.

Kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) dengan sendirinya menguatkan semangat kerajaan negeri untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat negeri Pulau Pinang.

Selain itu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Permatang Pasir akan memberikan isyarat bahawa perpaduan dalam Pakatan Rakyat (PR) semakin utuh walaupun diserang dari kiri dan kanan oleh musuh politiknya BN.

Malah kemenangan Pakatan Rakyat nanti akan memberikan isyarat bahawa rakyat tidak mudah diperdaya dan ditipu oleh media pengampu kerajaan yang sering melanggar etika kewartawanan dengan menyiarkan berita fitnah dan berniat jahat.

Antara program yang dijalankan ialah :-

1. Kenaikan Elaun Guru Kafa sebanyak RM50 sebulan;

2. Kajian semula prosedur pentadbiran tanah/penyiasatan penyelewengan tanah;

3. Pembatalan pembelian 4 buah kereta rasmi baru sebanyak RM500,000;

4. Jumlah pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2008 mencecah RM10.2 bilion berbanding dengan RM4.7 bilion pada tahun 2007

5. Menubuhkan Tabung Modal Pusingan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Pulau Pinang dengan jumlah pinjaman maksima sebanyak RM10,000.00 dengan tempoh bayaran balik maksima 5 tahun bagi setiap pemohon;

6. Menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM8.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan Cina, sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah menengah persendirian. Peruntukan RM1.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat adalah tambahan daripada RM3.7 juta yang diperuntukkan untuk tujuan pendidikan agama bagi tahun 2009 oleh kerajaan negeri;

7. Membatalkan pembelian notebook dan pencetak untuk ADUN sebanyak RM300 ribu untuk tahun 2008-2009;

8. Memberi wang ehsan RM100.00 kepada lebih 170,000 buah keluarga miskin yang membelanjakan RM17 juta;

9. Mengecualikan semua sekolah milikan bukan kerajaan yang didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran dan bukan berasaskan keuntungan daripada membayar cukai tanah dengan membayar nominal fee RM1.00;

10. Menyediakan perkhidmatan WiFi dan WiMax secara percuma di seluruh negeri;

11. Mendirikan Industri Halal Hub dengan peruntukan kawasan tanah perindustrian sebanyak 131 ekar di Bukit Minyak untuk Fasa 1 dan 2;

12. Membenarkan warga media menggunakan pas media sebagai pas keselamatan dalam KOMTAR;

13. Pemberian bantuan beras percuma kepada penerima bantuan kebajikan;

14. Berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan dengan bantuan kewangan di bawah Rancangan Anti-Kemiskinan (RAK);

15 Pemberian insentif kepada para Hafiz dan Hafizah dari Pulau Pinang.

Dan banyak lagi ..............

18 August 2009

BN MESTI 'SERANG' PERIBADI CALON PAS

Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan kaedah kempen berupa serangan peribadi dengan memburukkan calon lawan walaupun Pas sudah mengambil pendekatan sedemikian ke atas calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kali ini.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bukan menghairankan kerana pakatan pembangkang pastinya akan menggunakan apa sahaja taktik termasuk berupa tipu helah dan mengeluarkan fatwa-fatwa songsang.
Tindakan Muhyiddin tidak mahu 'menyerang' peribadi ini adalah salah kerana wajib bagi BN menceritakannya kepada rakyat jika benar calon PAS seorang yang tidak berakhlaq, penipu, kaki botol, hidung belang, terlibat dengan rasuah dan seumpamanya.
Kita bimbang jika calon PAS, Ustaz Salleh Man yang bersifat demikian (jika benar) dipilih oleh rakyat sedangkan beliau mempunyai sifat buruk akhirnya rakyat menjadi mangsa beliau nanti.

Namun jika Ustaz Salleh Man memang seorang yang baik, tidak pernah menipu, tidak dilucutkan statusnya oleh mana-mana badan, bukan kaki rasuah maka BN wajib TIDAK MENYERANG beliau kerana sebarang serangan adalah fitnah dan dakwaan yang tidak berasas.
Malah BN sendiri WAJIB menceritakan kebaikan Ustaz Salleh Man supaya rakyat tahu dan memilih calon yang sesuai.
Pada masa yang sama rakyat juga mesti menyelidikan latarbelakang kedua-dua calon iaitu Ustaz Salleh Man dan Tuan Rohaizat Othman supaya mereka tahu susur galur keluarga, latarbelakang, kegiatan mereka dan perangai mereka dari dulu sehingga sekarang. Dengan maklumat itu rakyat berhak membuat keputusan yang tepat agar mereka tidak tersalah pilih.

BERI PELUANG PADA RAKYAT PILIH PEMIMPIN TERBAIK

Rakyat wajar diberikan amaran supaya tidak memilih pemimpin yang tiada integriti, tidak berakhlaq, kaki rasuah, penipu dan seribu satu macam sifat buruk. Ini penting supaya pemimpin sebegitu tidak dipilih oleh rakyat yang akhirnya mungkin rakyat pula akan menjadi mangsa pemimpin sedemikian.
Itu sebabnya bagi saya Umno wajib menceritakan perkara tersebut kepada rakyat semasa kempen jika calon PAS bersifat buruk seumpama itu supaya rakyat tidak tersalah pilih dengan mengundi calon PAS pada mana-mana pilihanraya.
Begitu juga PAS wajib menceritakan perkara itu kepada rakyat supaya rakyat tidak memilih calon Umno/BN yang rosak akhlaq, kaki penipu, kaki rasuah dan sebagainya pada mana-mana pilihanraya tidak terhad kepada pilihanraya kecil Permatang Pasir ini sahaja.
Adalah malang jika calon PAS atau Umno/BN yang bersifat buruk sebegini dipilih oleh rakyat oleh sebab rakyat tidak tahu dan tidak diberitahu.
Itu sebabnya parti-parti politik mesti memilih calon-calon yang berakhlaq, berintegriti, berilmu, baik budi pekerti, tidak menipu dan sebagainya supaya rakyat mendapat wakil rakyat yang bersih dan baik.

Tidak kira BN, PAS, DAP, PKR atau sebagainya calon mereka mestilah baik dan berintegriti barulah rakyat akan mendapat wakil rakyat terbaik walau dari parti mana sekalipun.

Malangnya ada parti-parti tertentu yang tidak mementing perkara ini. Ada calon mereka kaki rasuah, kaki betina, kaki botol, penipu dan sebagainya. Individu begini sepatutnya ditolak awal-awal lagi. Tetapi malangnya mereka tetap dipilih menjadi calon walaupun latarbelakang mereka sudah diketahui.
Saya mengharapkan pada masa depan parti-parti politik lebih bertanggungjawab dalam soal pemilihan calon supaya rakyat diberi peluang memilih calon-calon yang terbaik.

PERANCIS TUTUP SEKOLAH, MALAYSIA KATA 'TAK APA'?

Menteri Pendidikan Perancis berkata seluruh sekolah mungkin ditutup jika sekurang-kurangnya tiga pelajar dari kelas yang sama dijangkiti selesema babi dalam tempoh seminggu.
Luc Chatel berkata, sekolah-sekolah yang ditutup hanya akan dibuka semula selepas enam hari dan dibersihkan dengan teliti.

Semalam, beliau dipetik oleh Journal du Dimanche sebagai berkata keputusan menutup keseluruhan sekolah bergantung kepada wakil kanan negara yang dipanggil pengawas kawasan.

Minggu lepas, Chatel mengumumkan mata pelajaran sekolah untuk musim sejuk akan diajar melalui siaran televisyen dan radio negara bagi membantu pelajar.
Malangnya sekolah di Malaysia walaupun puluhan malah mungkin ratusan demam dan di'suspek' mengidap H1N1 sekolah tetap dibuka.
Ini yang amat merisaukan ibu bapa dan penjaga. Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah ini.
Sejak beberapa minggu lepas, Malaysia mencatatkan jumlah kematian harian yang meningkat dari sehari ke sehari. Setiap hari sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang dilaporkan meninggal dunia.
Sehingga kini 64 orang telah meninggal dunia dan 4,225 orang dijangkiti wabak ini.

PTG PASIR : PEMBANGUNAN, PERKAUMAN & PENGKHIANAT

Apa lagi yang Umno/BN gunakan untuk kempen pilihanraya kalau bukan isu perkauman, pengkhianatan, pembangunan dan pemecahbelah masyarakat.
Itu isu yang boleh mereka dimainkan untuk meraih undi. Tiada lagi isu lain yang boleh mereka gunakan untuk mengabui mata khasnya pengundi melayu di Permatang Pasir.
Umno/BN sudah tentu tidak menaruh keyakinan yang tinggi untuk meraih undi pengundi bukan Melayu terutama pengundi Cina. Umno/BN sudah tentu menghadapi situasi yang amat sukar untuk berhadapan dengan pengundi Cina lebih-lebih isu kematian Beng Hock meninggalkan kesan yang besar bukan kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kaum Cina.
Isu pembangunan pada saya tidak memberikan kesan yang besar kerana kawasan Permatang Pasir sendiri telah pesat membangun tidak seperti di Manek Urai. Kalau di Manek Urai mungkin isu ini agak berkesan kerana kemudahan awam tidak begitu baik dan rakyat juga tidak terdedah dengan media alternatif. Tetapi berlainan dengan Permatang Pasir kerana rakyat terdedah kepada maklumat.
Umno/BN juga dijangka memainkan isu perkauman dan pengkhianatan Anwar dan PR yang seolah-olah mengkhianat Melayu. Namun ianya tidak mudah untuk diterima dan ditelan bulat-bulat oleh rakyat Permatang Pasir. Siapa pengkhianat Melayu sebenarnya sehingga membiarkan melayu Pulau Pinang merempat di negeri sendiri. Lebih 50 tahun BN memerintah dan Umno mempunyai kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang, namun orang Melayu kian terpinggir dan saiz tanah kepunyaan dari sehari ke sehari semakin mengecil. Siapa pengkhianat sebenarnya?????
Isu PAS sebagai pemecahbelah sudah lama berkubur. Saya yakin isu ini tidak akan diterima oleh masyarakat kerana pendekatan PAS yang mesra rakyat dan semaraknya program memasyarakatkan PAS mematikan semua dakwaan dan fitnah BN ini. Lebih merumitkan sekarang ini JKKK di semua kampung dikuasai oleh PR dan pentadbiran JKKK PR jauh lebih adil dan cekap berbanding JKKK BN.

17 August 2009

PERMATANG PASIR : JANGAN SALAH PILIH

Seperti biasa rakyat mesti diperingatkan supaya tidak memilih pemimpin yang mempunyai rekod tidak baik dari segi akhlaq dan integriti. Parti yang diwakilinya juga mesti dikaji dengan teliti akan latarbelakangnya samada pernah terlibat dengan rasuah, kezaliman dan penipuan kepada rakyat.
Sesiapa sahaja jika dirinya tidak baik dan mempunyai rekod yang tidak manis ianya wajib ditolak hatta ianya calon PAS sekalipun.
Rakyat wajib memilih calon yang bersih, berakhlaq, berilmu dan tidak mempunyai rekod buruk.

Saya menyeru jika calon PAS yang dikemukakan oleh PR di Permatang Pasir adalah seorang perasuah, kaki betina, kaki penipu, tiada integriti, hidung belang dan parti PAS itu sendiri sebuah parti yang rasuah maka pengundi berhak dan patut menolak calonnya Ustaz Salleh Man.

Sebaliknya jika BN calon BN seorang yang baik, hebat ilmunya, berintegriti, berakhlaq mulia dan tidak pernah menipu orang dan partinya sebuah parti yang berjuang Islam dan benar maka wajib pengundi mengundi calon BN.
Ayuh pengundi Permatang Pasir gunakan ilmu, iman dan fikiran waras sebelum anda mengundi.
Jangan kita cenderung kepada kezaliman nanti kita disambar api neraka.

PERMATANG PASIR : CALON BN TIADA INTEGRITI?

Ramai mendakwa calon BN Rohaizat Othman yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh sebagai tidak berintegriti dan tidak layak menjadi calon atau wakil rakyat.
Bagaimana seorang yang dipersoalkan integriti dan latarbelakangnya boleh dipilih sebagai calon. Bukankah seseorang wakil rakyat mesti mempunyai peribadi yang baik, berintegriti, boleh dipercayai dan tiada rekod yang tidak baik.
Ramai pemerhati dan penduduk Permatang Pasir mendakwa Rohaizat pernah menipu pelanggannya. Malah beliau juga dipecat oleh Majlis Peguam (Bar Council) atas masalah disiplin.
Hari ini media juga melaporkan bahawa AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu memohon SPR membatalkan pencalonan Rohaizat Othman sebagai calon BN pada Pilihanraya Kecil Permatang Pasir kerana didakwa pernah menipu pelanggan dan juga dipecat oleh Majlis Peguam.
SPR sebagai badan bebas sepatutnya menapis calon-calon yang ingin bertanding kerana tugas wakil rakyat adalah tugas yang memerlukan seorang yang berintegriti dan telus.

PERMATANG PASIR : BN KECUNDANG DI HARI PENAMAAN CALON

BN awal-awal lagi kecundang iaitu pada hari penamaan calon hari ini. Beberapa fakta yang dapat dilihat hari ini di mana BN jelas tidak bersemangat untuk merampas kerusi PR di DUN Permatang Pasir ini.

1) Jumlah penyokong BN yang hadir mengiringi calon mereka hanyalah kira-kira 1,000 orang malah ada yang menaksirkan bahawa hanya kira-kira 800 orang berbanding penyokong PR yang berjumlah kira-kira 8,000 orang.

2) Presiden Umno dan pimpinan BN yang lain tidak hadir mengiringi calon mereka sedangkan di pihak PR semua pimpinan utama hadir. Ini melambangkan kesepaduan gerakerja dan fikiran lebih mantap dalam PR

3) Pemilihan calon BN yang tidak tepat menyebabkan ramai penyokong Umno/BN tidak mahu berkerja bersungguh-sungguh. Malah calon BN juga menghadapi masalah dalam kerjayanya apabila di senarai hitam oleh Bar Council.

4) Perbalahan dalam Umno Bahagian Permatang Pauh masih belum reda sehingga menjejaskan perpaduan dan gerakerja pilihanraya DUN Permatang Pasir ini. Ianya jelas terbukti apabila tidak ramai penyokong yang mengiringi calon BN pagi ini.

PERMATANG PASIR : USTAZ SALLEH SERAH BORANG PENCALONAN

Calon PAS, Ustaz Salleh Man menyerahkan borang pencalonannya sebagai calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir sebentar tadi.
Beliau menyerahkan borang pencalonnya kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya jam 9.05 pagi. Calon BN Rohaizat Othman menyerahkan borangnya 2 minit sebelum itu.
Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris juga dikatakan akan menyerahkan borang pencalonannya pagi ini.
Ustaz Salleh diiringi oleh semua pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Presiden Umno, Najib Razak tidak hadir mengiringi calon mereka. Hanya Muhyiddin dan Zahid Hamidi serta beberapa pimpinan BN lain yang turut sama memberikan sokongan moral kepada calon dan penyokong mereka.
Kira-kira 8,000 Penyokong-penyokong PR mengiringi Ustaz Salleh dari tempat berkumpul penyokong PR Simpang Tiga Berapit ke Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam di Jalan Mengkuang.

Seperti pada beberapa Pilihanraya Kecil sebelum ini, jumlah penyokong BN ternyata jauh berkurangan jika dibandingkan dengan penyokong PR. Polis menganggarkan hanya kira-kira 1000 orang penyokong BN yang hadir kali ini, suatu jumlah yang sangat kecil berbanding penyokong PR.
Pengundian ditetapkan oleh SPR pada 25 Ogos ini. Pilihanraya ini dilangsung berikutan kematian ADUNnya Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

DAKWA WABAK H1N1 TENAT TAPI MASIH AMAL 'SINDROM' TAK APA

Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.
Kenyataan beliau ini saya petik dari laporan Utusan Meloya hari ini.
Apa yang menghairankan walaupun beliau mengakui ianya TENAT namun kerajaan masih tidak mengambil langkah-langkah drastik bagi mengawal BALA Allah ini. Sekolah masih dibiarkan terus beroperasi, program-program melibatkan orang ramai masih dibenarkan, tiada kawalan ketat di pintu masuk ke negara kita dan sebagainya.
Setiap hari lebih dari 3 orang mangsa H1N1 diberitakan meninggal dunia manakala beratus-ratus yang lain pula dijangkiti wabak yang diturunkan oleh Allah ini. Tetapi kerajaan masih mengamalkan SINDROM TAK APA. Entah apa yang ditunggu oleh kerajaan saya pun tidak tahu.
Malaysia semalam mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.

Semalam Tiong Lai juga berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.
Jika sudah tahu risiko dan ramalan yang dikeluarkan WHO apa yang ditunggu. Lancarkanlah langkah-langkah drastik demi keselamatan kita semua dan jangan lupa berdoa dan bermunajat kepada Allah agar kita semua diampunkanNya dan dijauhkan dari BALA yang tidak sanggup kita tanggung ini.
Apakah kerajaan menunggu sehingga ribuan rakyat meninggal dan jutaan dihinggapi BALA ini baru ingin bertindak.!!!!!!!!!!!!!!!!!!

PENGUNDI HANTU DI PERMATANG PASIR?

Umno mendakwa ujudnya pengundi hantu di Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir. Inilah pertama kali Umno mendakwa ujudnya pengundi hantu sedangkan sebelum ini mereka bermati-matian menafikan ujudnya perkara ini.
Dakwaan Umno ini membuktikan bahawa Umno sebenarnya berada dalam keadaan defensif dan takut kepada bayang-bayang sendiri. Jika Umno kuat sudah tentu mereka tidak akan membuat dakwaan itu.
Ketika membuat dakwaan itu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) berkata Pemuda Umno mendapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu.
Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.
Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu. Kenyataannya dipetik dari Malaysiakini.
Umno benar-benar tertekan dengan situasi semasa dan mood rakyat jelas menolak apa sahaja dakwaan dan fitnah Umno/BN kepada PR. Usaha mereka untuk memecahkan PR di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang serta Kelantan gagal sama sekali.
Isu rasuah, arak, babi dan Islam yang digunakan untuk 'menembak' PR akhirnya terkena kepada mereka sendiri.
BN sebenarnya terus mengalami masalah dalaman yang tidak putus-putus datang. MCA dengan masalah pertentangan Presiden dan Timbalan Presiden serta dakwaan terbaru kepada pimpinan berkaitan isu PKFZ. MIC bergolak kerana keengganan Samy Vellu berhenti serta isu Hindraf dan Kugan. PPP dengan isu perebutan kuasa antara Kayveas dan Murugiah.
Umno juga mengadapi kemelut politik rasuah (politik wang), pertentangan dalaman dan perebutan untuk menjadi calon.
Pendekata BN benar-benar berada dalam keadaan defensif dan tidak hairan jika BN akan sekali lagi tewas pada Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.
Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian ADUNnya Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu. Penamaan calon akan diadakan pada 17 Ogos dan pengundian pada 25 Ogos ini.

SYABAS PEMUDA BUKIT KATIL

Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil terus mengorak langkah mempelbagaikan programnya. Sabtu lalu, pimpinan dan ahlinya mengedarkan risalah H1N1 dan buletin pemuda negeri di sekitar Bukit Baru.
Lebih manis lagi program tersebut turut di sertai oleh 5 orang wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San (ADUN Kesidang); ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong; ADUN Bandar Hilir, YB Tey Kok Kiew dan ADUN Ayer Keroh YB Khoo Poay Tiong.
Semoga mereka terus bersemangat dan istiqamah dalam kerja-kerja dakwah dan siasah.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter