Seperti biasa rakyat mesti diperingatkan supaya tidak memilih pemimpin yang mempunyai rekod tidak baik dari segi akhlaq dan integriti. Parti yang diwakilinya juga mesti dikaji dengan teliti akan latarbelakangnya samada pernah terlibat dengan rasuah, kezaliman dan penipuan kepada rakyat.
Sesiapa sahaja jika dirinya tidak baik dan mempunyai rekod yang tidak manis ianya wajib ditolak hatta ianya calon PAS sekalipun.
Rakyat wajib memilih calon yang bersih, berakhlaq, berilmu dan tidak mempunyai rekod buruk.
Saya menyeru jika calon PAS yang dikemukakan oleh PR di Permatang Pasir adalah seorang perasuah, kaki betina, kaki penipu, tiada integriti, hidung belang dan parti PAS itu sendiri sebuah parti yang rasuah maka pengundi berhak dan patut menolak calonnya Ustaz Salleh Man.
Sebaliknya jika BN calon BN seorang yang baik, hebat ilmunya, berintegriti, berakhlaq mulia dan tidak pernah menipu orang dan partinya sebuah parti yang berjuang Islam dan benar maka wajib pengundi mengundi calon BN.
Ayuh pengundi Permatang Pasir gunakan ilmu, iman dan fikiran waras sebelum anda mengundi.
Jangan kita cenderung kepada kezaliman nanti kita disambar api neraka.
Comments
- Habis cherita -
Tuduhan songlap wang koperasi pekebun kecil getah terhadap calon BN adalah jerat yang menanti mangsa....., melalak dan melolong lah puas2 dahulu wahai pencacai PAS