KENYATAAN MUHYIDDIN SEPERTI KENYATAAN JKKK

Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif akan diputuskan kekal sebagai wakil rakyat yang sah memandangkan ketidakhadirannya ke sidang DUN Negeri Kedah bukan sesuatu yang disengajakan.

Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, Abu Hassan mempunyai sebab yang munasabah iaitu memiliki sijil cuti sakit di samping persidangan kali kedua yang tidak dihadiri beliau itu hanya berlangsung selama sehari sahaja.

Katanya, jika asas itu dapat diambil kira oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) maka tak seharusnya kerusi tersebut dianggap kosong sehingga memerlukan kepada pilihan raya kecil.
Saya rasa terkilan dengan jawapan seorang yang berstatus Timbalan Perdana Menteri tetapi 'standard' jawapannya ini sama dengan jawapan ahli jawatan kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Umno (JKKK).
Persoalannya sekarang ialah mengapa ADUN terbabit tidak memaklumkan kepada Speaker tentang beliau sakit. Beliau boleh menghantar surat cuti sakit kepada speaker atau surat permohonan cuti kepada Speaker sebelum atau pada hari persidangan.
Malangnya Speaker langsung tidak dimaklumkan akan hal ini dan ianya jelas membuktikan bahawa ADUN tersebut gagal hadir pada Sidang DUN dua kali berturut-turut TANPA SEBARANG MAKLUMAN. Itu isunya, bukan isu beliau sakit dan sebagainya.

Memang sakit kita tidak tahu bila akan datang, tetapi apabila sakit dan ada persidangan DUN, ADUN yang tidak dapat hadir atas apa juga alasan mesti memaklumkan ketidakhadiran beliau kepada Speaker.

Dalam kenyataannya juga Muhyiddin dilihat cuba mempengaruhi SPR dengan membuat kenyataan berikut "jika asas itu (tidak sengaja tidak hadir) dapat diambil kira oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) maka tak seharusnya kerusi tersebut dianggap kosong sehingga memerlukan kepada pilihan raya kecil."
Bagi saya kenyataan Muhyiddin ini tidak sepatutnya dibuat oleh seorang Timbalan Perdana Menteri(TPM) kerana SPR sebagai badan bebas berhak untuk membuat keputusan sendiri dan TPM tidak perlu cuba mempengaruhi SPR.

Comments

Anonymous said…
Dulu respect gak ngan muhyiddin ni, nampak macam baik sikit dari org2 umno yg lain...tapi semenjak jadi tpm ni, dia punya cakap dah ngarut2, mcm org tak sekolah. layak ke dia jadi tpm?
cuba kita buat sms vote...tumbanglah gamaknya dia.
Tadi baru keluar berita tv3...pasal kenyataan Tuan Guru Nik Abd Aziz.
Katanya "Islam palsu yg dibawa oleh umno tak boleh membawa (org2 umno) ke syurga."
BETUL lah tu kan?
Siapa berani sebut yang Islam palsu, ajaran songsang dan ngarut2 boleh membawa ke syurga?
Siapa yg mengamalkan ajaran songsang ke neraka lah jawabnya...kan? macam ajaran ayah pin. Lainlah kalau dia bertaubat nasuha.
Tapi yg peliknya, muhyiddin, abdul shukor(pengerusi JKuasa Fatwa)dan hidyatullah(presiden india muslim)dan lain2 yg sama hapraknya dgn mereka boleh pusing ke lain...sibuk plak kata yg Tuan Guru tidak ada hak menyatakan siapa yg boleh ke syurga..hanya Allah yg berhak menentukan....Memanglah...! semua org tau...tapi bila lak Tuan Guru kata yg dia berhak menentukan siapa yg boleh dan tak boleh masuk syurga? Aku yg sekolah rendah ni je pun tau yg maksud Tuan Guru sesiapa yg mengamalkan ajaran Islam yg sesat boleh membawa ke neraka.Takkan masuk syurga lak, kan?
tiga2 orang tu tak paham ke maksud kata2 Tuan Guru? pegi sekolah balik la...
sedih aku dpt tpm mcm ni...mcm si jenin dgn labu2nya...berangan lebih kot.
yg sorang lagi tu nama aje professor, tapi sama bebal. Camne boleh jadi pengerusi jkuasa fatwa?
semua rakyat malaysia pasti tergelak mendengar kenyataan bodoh si bebal yg cuba berlagak hero tapi akhirnya hanya menunjukkan kebebalan diri sendiri.
Maka tercalarlah kredibiliti jawatankuasa majlis fatwa disebabkan kenyataan semborono tanpa menggunakan akal oleh pengerusinya.Bagaimana pula sekiranya kepercayaan rakyat pd majlis fatwa kebangsaan merudum ke 0 peratus selepas ini? bukankah layak jika abd shukor digantikan dgn org yg lebih cerdas dan pintar akalnya?
sepatutnya yg perlu mereka pertahan dan perdebatkan, adakah ajaran Islam umno tu palsu atau mengikut alQuran dan Sunnah? bukannya memutarbelitkan kenyataan Tuan Guru, betul tak?
Jika benar palsu maka layaklah sesiapa yg mengamalkannya ke neraka, bukan begitu? Malah amat layak jika mereka yg mengepalainya didakwa ke mahkamah kerana membawa ajaran sesat. Atau mungkin boleh di tahan di bawah akta ISA? Palsu ke tak?