PERMATANG PASIR : USTAZ SALLEH SERAH BORANG PENCALONAN

Calon PAS, Ustaz Salleh Man menyerahkan borang pencalonannya sebagai calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir sebentar tadi.
Beliau menyerahkan borang pencalonnya kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya jam 9.05 pagi. Calon BN Rohaizat Othman menyerahkan borangnya 2 minit sebelum itu.
Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris juga dikatakan akan menyerahkan borang pencalonannya pagi ini.
Ustaz Salleh diiringi oleh semua pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Presiden Umno, Najib Razak tidak hadir mengiringi calon mereka. Hanya Muhyiddin dan Zahid Hamidi serta beberapa pimpinan BN lain yang turut sama memberikan sokongan moral kepada calon dan penyokong mereka.
Kira-kira 8,000 Penyokong-penyokong PR mengiringi Ustaz Salleh dari tempat berkumpul penyokong PR Simpang Tiga Berapit ke Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam di Jalan Mengkuang.

Seperti pada beberapa Pilihanraya Kecil sebelum ini, jumlah penyokong BN ternyata jauh berkurangan jika dibandingkan dengan penyokong PR. Polis menganggarkan hanya kira-kira 1000 orang penyokong BN yang hadir kali ini, suatu jumlah yang sangat kecil berbanding penyokong PR.
Pengundian ditetapkan oleh SPR pada 25 Ogos ini. Pilihanraya ini dilangsung berikutan kematian ADUNnya Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Comments

HAMBA JAHIL said…
JOM KITA PAKAT KUTUK SI BABI CELAKA YANG KOMEN DI http://pemudabesut.blogspot.com/2009/08/ustaz-asri-dikebumikan.html
Anonymous said…
tak mau arr...hang kutuk la sorang2