KERUSI KOTA SEPUTEH TIDAK KOSONG SEBAB KERUSI BN?

Kerusi DUN Kota Seputeh, Kedah kemungkinan besar tidak akan kosong kerana ianya kerusi BN. Walaupun pada dasarnya Speaker mempunyai kuasa penuh berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri namun kini kuasa itu tidak lagi ada ertinya kerana SPR 'lebih berkuasa' pada zaman 1Malaysia ini.

Ini berdasarkan kepada kes di negeri Perak di mana Speaker DUN Perak telah mengisytiharkan bahawa 3 kerusi DUN iaitu Changkat Jering, Jelapang dan Behrang tetapi tidak mengiktirafnya.

Kali ini ramai beranggapan perkara yang sama berlaku. Walaupun Speaker DUN Kedah, Datuk Abdul Isa Ismail telah menyerahkan surat pemakluman berhubung ketidakhadiran ADUN Kota Seputeh dalam Sidang DUN sebanyak 2 kali dan ianya melanggar undang-undang tubuh kerajaan negeri namun kemungkinan besar Suruhanjaya Pilihanraya SPR tidak akan memperakui bahawa kerusi DUN tersebut kosong.

ADUN tersebut, Datuk Abu Hasan Sharif (gambar) tidak hadir sidang Dun dua kali, masing-masing pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana Adun dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker.

Namun begitu saya mengharapkan SPR tidak melakukan kesilapan dan kesalahan buat kali kedua kerana kita bimbang kredibiliti dan imej SPR yang tercemar sebelum ini akan lebih teruk dan jijik jika SPR mengulangi kesilapannya sekali lagi.

Comments