PTG PASIR : PEMBANGUNAN, PERKAUMAN & PENGKHIANAT

Apa lagi yang Umno/BN gunakan untuk kempen pilihanraya kalau bukan isu perkauman, pengkhianatan, pembangunan dan pemecahbelah masyarakat.
Itu isu yang boleh mereka dimainkan untuk meraih undi. Tiada lagi isu lain yang boleh mereka gunakan untuk mengabui mata khasnya pengundi melayu di Permatang Pasir.
Umno/BN sudah tentu tidak menaruh keyakinan yang tinggi untuk meraih undi pengundi bukan Melayu terutama pengundi Cina. Umno/BN sudah tentu menghadapi situasi yang amat sukar untuk berhadapan dengan pengundi Cina lebih-lebih isu kematian Beng Hock meninggalkan kesan yang besar bukan kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kaum Cina.
Isu pembangunan pada saya tidak memberikan kesan yang besar kerana kawasan Permatang Pasir sendiri telah pesat membangun tidak seperti di Manek Urai. Kalau di Manek Urai mungkin isu ini agak berkesan kerana kemudahan awam tidak begitu baik dan rakyat juga tidak terdedah dengan media alternatif. Tetapi berlainan dengan Permatang Pasir kerana rakyat terdedah kepada maklumat.
Umno/BN juga dijangka memainkan isu perkauman dan pengkhianatan Anwar dan PR yang seolah-olah mengkhianat Melayu. Namun ianya tidak mudah untuk diterima dan ditelan bulat-bulat oleh rakyat Permatang Pasir. Siapa pengkhianat Melayu sebenarnya sehingga membiarkan melayu Pulau Pinang merempat di negeri sendiri. Lebih 50 tahun BN memerintah dan Umno mempunyai kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang, namun orang Melayu kian terpinggir dan saiz tanah kepunyaan dari sehari ke sehari semakin mengecil. Siapa pengkhianat sebenarnya?????
Isu PAS sebagai pemecahbelah sudah lama berkubur. Saya yakin isu ini tidak akan diterima oleh masyarakat kerana pendekatan PAS yang mesra rakyat dan semaraknya program memasyarakatkan PAS mematikan semua dakwaan dan fitnah BN ini. Lebih merumitkan sekarang ini JKKK di semua kampung dikuasai oleh PR dan pentadbiran JKKK PR jauh lebih adil dan cekap berbanding JKKK BN.

Comments