MAHFUZ DAPAT BONUS, BILA NAK SEDEKAH KAT KAMI?

Semalam Mahkamah Tinggi membersihkan nama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfiz Omar dari fitnah Berita Hairan.
Mahkamh memutuskan bahawa syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian perlu membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini berkaitan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Pada sidang media di pejabat Harakah siang atdi, Mahfuz memberitahu keputusan tersebut telah membersihkan dirinya dari fitnah ekoran laporan akhbar itu.
Saya mengharapkan supaya Berita Hairan dapat membuat pembayaran secepat mungkin. Selepas itu bolehlah YB Datuk Mahfuz sedekahkan sedikit kepada PAS Kawasan dan Cawangan untuk meneruskan gerakerja menumbangkan BN pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. he he he .....Gurau je Datuk ...tapi kalau betul-betul nak sedekah apa salahnya ....

Comments

bumstil said…
ko ni pemintak sedekah ke sofi? tak cukup ke duit ko dah songlap dr kerajaan melaka dari hasil projek ko tu??