BN MESTI 'SERANG' PERIBADI CALON PAS

Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan kaedah kempen berupa serangan peribadi dengan memburukkan calon lawan walaupun Pas sudah mengambil pendekatan sedemikian ke atas calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kali ini.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bukan menghairankan kerana pakatan pembangkang pastinya akan menggunakan apa sahaja taktik termasuk berupa tipu helah dan mengeluarkan fatwa-fatwa songsang.
Tindakan Muhyiddin tidak mahu 'menyerang' peribadi ini adalah salah kerana wajib bagi BN menceritakannya kepada rakyat jika benar calon PAS seorang yang tidak berakhlaq, penipu, kaki botol, hidung belang, terlibat dengan rasuah dan seumpamanya.
Kita bimbang jika calon PAS, Ustaz Salleh Man yang bersifat demikian (jika benar) dipilih oleh rakyat sedangkan beliau mempunyai sifat buruk akhirnya rakyat menjadi mangsa beliau nanti.

Namun jika Ustaz Salleh Man memang seorang yang baik, tidak pernah menipu, tidak dilucutkan statusnya oleh mana-mana badan, bukan kaki rasuah maka BN wajib TIDAK MENYERANG beliau kerana sebarang serangan adalah fitnah dan dakwaan yang tidak berasas.
Malah BN sendiri WAJIB menceritakan kebaikan Ustaz Salleh Man supaya rakyat tahu dan memilih calon yang sesuai.
Pada masa yang sama rakyat juga mesti menyelidikan latarbelakang kedua-dua calon iaitu Ustaz Salleh Man dan Tuan Rohaizat Othman supaya mereka tahu susur galur keluarga, latarbelakang, kegiatan mereka dan perangai mereka dari dulu sehingga sekarang. Dengan maklumat itu rakyat berhak membuat keputusan yang tepat agar mereka tidak tersalah pilih.

Comments

pria malaya said…
setuju dgn buah fikiran yg dilontarkan...kalau dah calon PAS tu baik, memang la dorang tiada modal nk serang peribadi..cuma, pas amik calon rasuah, pecah rumah, kaki perempuan, peliwat..komfem siang malam akan dihina dicaci, diburukkan umno dgn kerjasama media2nya...

so, pada umno, terimalah hakikat ini, kalau calon kamu baik, kami tidak akan 'serang'..ia adalah tujuan demi rakyat jugak, rakyat perlu tahu benda2 cmni..

emm tuan empunya blog, sudi kiranya tuan memasukkan blog hamba dlm senarai bloglist tuan..terima kasih hamba ucapkan...
Anonymous said…
takde apa pun yg bn nak serang, peribadi baik2 belaka, InsyaAllah.

calon bn je peribadi buruk2, kaki rasuah ramai, kaki judi, kaki tipu,
kaki ampu dan macam2 kaki lagi...patutle rakyat menyampah.
kalau calon dah berbau hangit , macham mana boleh tahan?
Mat Sembab kata calon dia ialah peguam, tapi Kesatuan Peguam dah lama gantung dia ponya lesen .
Rupa-rupanya calon itu songlap wang pekebun .


Mana lah bolih tahan? macham mana tak serang ? Kalau orang Melayu tak malu , orang Islam akan malu.
Mahu jadi tuan tapi tak tahu malu.
Mahu pertahankan agama tapi tak tahu malu.
Ini bukan tuduhan, bukti semua ada.
Mat Sembab mahukan fatwa baru bahawa songlap wang dikira halal?
Malu lah.

PAS pon malu berdepan dengan calon umno ni.
Sebab itu PAS mintak umno letak calon yang bersih sikit.
PAS pon tahu untuk lawan secara "gentlemen" lah.
Fatimah Zuhri said…
Salam

The Bar Council has always been pro-opposition. If any of you have any doubt just ask Tun Mahathir himself.

No wonder Tun Mahathir never trusted this ‘people’. Now I understand what he meant when he told us long time ago that the Bar Council is just like the Opposition.

Enough about the Bar Council. I would like to highlight the fact that MANY PEOPLE have yet to realize :

The Koperasi Pekebun Getah have WITHDRAWN…yes…WITHDRAWN their accusation towards Rohaizad. Mind you, his partner was the one who stole the money NOT him. See the links below (dont be lazy).

http://www.pisau.net/

There is even an official letter from the KOPERASI themselves.

Why is it OK for a CONVICTED CRIMINAL (SODOMY & CORRUPTION) to become wakil rakyat for Permatang Pauh but NOT OK for a person who was a victim of circumstances (mangsa keadaan)?

Kepada orang Islam diharap ingatlah cerita berkenaan isteri Nabi S.A.W yang telah difitnah. Cuba baca balik Sirah Nabi S.A.W kalau lupa...Jika anda boleh hidup dengan memfitnah orang you just wait and see how God will punish you.
Anonymous said…
APA PASALLAH LETAK CALON KAKI SONGLAP? INI BUKAN SOAL SERANG PERIBADI!!...MCM DAH X ADA CALON YG ELOK DAN BERSEH..UTK SEMENTAEA INI ELOKLAH KITA ABAIKAN CALON BN NI, X KAN KITA NAK PANGKAH CALON HAMPEH,,NANTI DUN INI PUN DIA JUAL...sokong BN tapi x sokong calon kaki songlap
Anonymous said…
ye jugak la .. calun PAS pun asik kalah je .. brape kali tu .. ade masalah jugak ke? Kot simpan senyap-senyap bawah tikar .. nak cover katakan. Org kat Pmtg Pasir belum nampak kot .. tempat lain dah nampak