SIAPA MENIPU YUSRI ATAU ROHAIZAT?

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak, akan mengambil tindakan saman terhadap mana-mana individu yang mencemar namanya dengan salahlaku yang dibuat oleh calon BN itu.Yusri berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Penanti, Pulau Pinang hari ini.

"Saya bersama hampa dan marah. Saya mahu bersihkan nama saya dan maruah keluarga," kata Yusri.

"Saya bersedia untuk bersemuka dan berdebat dengan Rohaizat untuk membersihkan nama saya dan keluarga," tegas beliau.Rohaizat, bekas pengamal undang-undang sivil, menerjah ke muka hadapan akhbar selepas didapati disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia.

Calon BN ini didakwa terbabit dalam kes pecah amanah membabitkan wang milik Koperasi Pekebun Getah Kecil di Pulau Pinang.Namun ada pihak tertentu berkata Rohaizat disenarai-hitam atas kesalahan yang pihak tersebut dakwa dilakukan oleh Yusri Isahak.

Majlis Peguam berkata badan itu tidak akan sekali-kali menghukum mana-mana ahlinya untuk kesalahan yang dilakukan individu lain.Yusri berkata dakwaan pihak tertentu bahawa Rohaizat telah melangsaikan wang pecah amanah itu kepada koperasi juga adalah tidak benar sama-sekali."

Dakwaan Rohaizat telah buat bayaran penuh kepada koperasi adalah tidak benar kerana bayaran masih belum selesai. Saya pelik dengan kenyataan tersebut kerana Rohaizat lebih maklum akan urusan kewangan syarikat, lebih-lebih lagi beliau sendiri yang menandatangani cek melululsan wang syarikat untuk diberi pinjam pada kenalannya," kata Yusri


SIAPA YANG MENIPU YUSRI ATAU ROHAIZAT?

Sumber : Thinking of Life (http://nikhassanazmi.blogspot.com)

Comments

Anonymous said…
pada pendapat aku..kalo yusri betul2 nak buktikan dia x bersalah..tolong jgn gunakan pihak ketiga..maksud aku jgn gunakan gelanggang pas untuk mempertahankan diri..bagi aku tindakan itu tidak wajar..nanti org akn tuduh yusri sudah dibeli pas untuk menjatuhkan rohaizat...untuk pemimpin2 pas pikir2kanla...bagi aku ini adalah hal peribadi mereka berdua...perlu di ingat yusri adalah penyokong kuat UMNO...hati2...x mungkin dia akan kenekan kita semula...
kalo x mau senjata makan tuan elok biarkan dia membuat kenyataan bersendirian

- anak permatang pasir -
Anonymous said…
aku setuju tu. Biar dia gunakan pentas mahkamah selepas buat kenyataan akhbar. Harakah, sinar, keadilan boleh interview dia utk langkah permulaan, tapi jgn teruja sgt dgn dia.Dpt kan maklumat detail dari Bar Council yg pecat dia.Juga dari koperasi yg dia ada kes tu.
Anonymous said…
hmmm...untuk penyokong2 pas...kan aku dah cakap mamat yang bernama yusri dan buat ' u-turn ' dalam kenyataan dia...aku dah pesan dah...sekarang sape yang kena balik..aku marah betul ngan pucuk pimpinan PAS ni..x boleh nak fikir ke?..terlampau dan teruja ikut strategi DSAI....inila padahnya...kalo ko bagi mamat tu 10 ribu..UMNO boleh bagi 100ribu untuk kenakan kita balik..yang rugi sape...PAS jugak...

- anak permatang pasir -