DAKWA WABAK H1N1 TENAT TAPI MASIH AMAL 'SINDROM' TAK APA

Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.
Kenyataan beliau ini saya petik dari laporan Utusan Meloya hari ini.
Apa yang menghairankan walaupun beliau mengakui ianya TENAT namun kerajaan masih tidak mengambil langkah-langkah drastik bagi mengawal BALA Allah ini. Sekolah masih dibiarkan terus beroperasi, program-program melibatkan orang ramai masih dibenarkan, tiada kawalan ketat di pintu masuk ke negara kita dan sebagainya.
Setiap hari lebih dari 3 orang mangsa H1N1 diberitakan meninggal dunia manakala beratus-ratus yang lain pula dijangkiti wabak yang diturunkan oleh Allah ini. Tetapi kerajaan masih mengamalkan SINDROM TAK APA. Entah apa yang ditunggu oleh kerajaan saya pun tidak tahu.
Malaysia semalam mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.

Semalam Tiong Lai juga berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.
Jika sudah tahu risiko dan ramalan yang dikeluarkan WHO apa yang ditunggu. Lancarkanlah langkah-langkah drastik demi keselamatan kita semua dan jangan lupa berdoa dan bermunajat kepada Allah agar kita semua diampunkanNya dan dijauhkan dari BALA yang tidak sanggup kita tanggung ini.
Apakah kerajaan menunggu sehingga ribuan rakyat meninggal dan jutaan dihinggapi BALA ini baru ingin bertindak.!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments

Anonymous said…
Sikap kerajaan pasti mengundang bala kelumpuhan seluruh sistem kehidupan rakyat Malaysia. Apakah perbelanjaan yang bakal mencecah berbilion RM nanti(sekiranya tindakan drastik diambil) adalah antara faktor yang kerajaan bersikap 'tak apa'? Mungkin ini dianggap oleh Najis sebagai kerugian besar. Apakah kantung kewangan negara sudah semakin susut lantaran perbelanjaan yang membazir, penyelewengan dan rasuah? Kalau Najis adalah seorang Muslim Sejati, beliau WAJIB melihat wabak H1N1 sebagai BALA dari ALLAH. Beliau WAJIB bertaubat nasohah atas segala kemungkaran yang beliau terajui di atas bumi ALLAH ini. Yang baik akan ditimpa bala dan yang jahat apa lagi. Dan yang jahat tu termasuklah NajisRosmah.