.

.

09 May 2009

SIAPA KEMARUK KUASA, BN ATAU PR

Krisis dan kemelut politik di Perak mengundang pelbagai reaksi dari pemimpin BN yang sudah pasti menuduh PR dengan tuduhan negatif. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Noh Omar semalam cuba mencari publisiti murahan untuk menaikkan namanya dengan membuat tuduhan bahawa PR kemaruk kuasa sehingga sanggup mengaibkan DUN dan menghina institusi Raja.
Menurutnya, apa yang berlaku semalam itu ternyata didorong oleh sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR yang 'gila kuasa' apabila tidak boleh menerima realiti bahawa mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota dewan.
Saya hairan dengan sikap Noh Omar yang seolah-olah lupa atau buat-buat lupa bahawa BN lah sebenarnya yang gila kuasa dan kemaruk kuasa sehingga sanggup merompak kuasa PR yang diberikan mandat oleh rakyat Perak.
BN menculik ADUN PR dan meng'kuarantin'kan mereka dan akhirnya keluar dari 'persembunyian' lalu membuat kenyataan menyokong BN. Siapa sebenarnya yang kemaruk kuasa.? Mungkin Noh sudah tidak boleh berfikir secara waras atau sengaja ingin memutarbelitkan fakta bagi tujuan mengabui mata rakyat.

KENA UGUT KOSONGKAN KERUSI BARU BEBAS

Setelah ADUN Kota Alam Shah, YB Manoharan mengugut untuk mengosongkan kerusi DUN nya barulah kerajaan 'One Malaysia' membebaskan beliau dan tahanan lain. Itupun cuma 13 orang sahaja yang dibebaskan yang lain masih merengkok dipenjara tanpa diberi peluang membela diri.

YB Manoharan dibebaskan petang tadi dan tiba di rumahnya di Bukit Kinrara 7 malam ini.

Terbukti BN begitu takut dengan kenyataan Manoharan yang mahu meletakkan jawatannya. Semua orang tahu bahawa BN amat takut untuk berdepan dengan PR dalam mana-mana Pilihanraya Kecil. Sebab itu sehingga BN belum mengumumkan samada ingin bertanding atau sebaliknya di Penanti.

08 May 2009

AHMAD SAID NAK BERPAUT PADA PAS?

Kemelut politik Perak menjadi tumpuan sejak dari rompakan kuasa oleh BN Februari lalu. Namun rupa-rupanya kemelut politik juga hebat melanda negeri Terengganu sehingga berlakunya pemulauan ADUN BN terhadap sidang DUN baru-baru ini. Ini merupakan suatu kes yang serius. Sehingga memaksa Najib melantik sepupunya Hishamuddin menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.
Pelbagai pihak mula membuat pelbagai spekulasi terhadap kemelut ini. Ada yang menyatakan akan ada ADUN BN yang akan menyertai PAS atau PKR. Ada juga yang berani membuat spekulasi bahawa sebuah kerajaan baru PR akan dibentuk hasil dari kerjasama kem Idris Jusoh atau Kem Ahmad Said dengan PAS.
Minggu lalu spekulasi baru pula bertiup kencang apabila Menteri Besar Terengganu dilihat mengunjungi rumah ADUN Manir, Datuk Harun Taib yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Walaupun Ahmad Said memberikan alasan kunjungan itu untuk membeli kambing Ustaz Harun namun ramai berpendapat ianya 'ada udang di sebalik mee'. Masakan Ahmad Said sengaja membeli kambing Ustaz Harun sedangkan banyak lagi kambing lain yang boleh dibelinya.
Perkembangan ini cukup menarik minat pemerhati politik. Mungkin Ahmad Said ingin berpaut di dahan PAS. Ini kerana jika ADUN dari Kem Ahmad Said setuju untuk bekerjasama dengan PAS, maka sudah tentu kerajaan campuran Kem Ahmad Said-PAS boleh dibentuk. Mereka mempunyai 22 ADUN ( Kem Ahmad Said 14 + 8 ADUN PAS). Jumlah ini adalah suatu jumlah yang besar dan sudah tentu kerajaan yang stabil dapat dibentuk.

TAHANAN ISA AKAN DIBEBAS, AKTA ISA BILA NAK DIMANSUH?

Difahamkan tahanan 13 tahanan ISA yang terdiri dari 3 pemimpin Hindraf dan lain-lain akan dibebaskan oleh kerajaan 'One Malaysia'.
Mengapa mereka dibebaskan tidaklah dapat dipastikan. Mungkin kerajaan Najib terkesan dengan 'ugutan' bahawa jika ADUN Kota Alam Shah tidak dibebaskan beliau akan meletakkan jawatan ADUN. Mungkin kerana takut kalah pada pilihanraya kecil maka kerajaan BN terpaksa membebaskan YB Manoharan yang juga salah seorang pemimpin Hidraf.
Malangnya walaupun kemungkinan 13 tahanan ini dibebaskan tetapi masih ramai lagi yang masih dizalimi di bawah akta kejam ini. Antaranya Mohd Sah Satray dan lain-lain.
Bila agaknya kerajaan 'One Malaysia' akan insaf dan memansuhkan akta rimba dan drakonian ini serta usang ini.

Lebih penting lagi, sampai bila agaknya kerajaan 'One Malaysia' ini istiqamah untuk terus menzalimi rakyat dan orang yang tidak berdosa dengan penggunaan akta zalim ISA ini.

SETUJU KENYATAAN NAJIB, KEKECOHAN DUN PERAK MEMALUKAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kekecohan yang berlaku di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam sebagai sesuatu yang amat memalukan.

Saya sangat setuju dengan kenyataan Najib tersebut. Seluruh dunia melihat betapa tidak bertamadun Malaysia apabila membiarkan perkara memalukan ini berlaku. Lebih teruk lagi kejadian memalukan itu berpunca dari sikap tamak kuasa BN yang tanpa segan silu merompak kerajaan PR Perak dengan biadap apabila menculik ADUN PR sebelum ADUN tersebut mengisytiharkan diri menyokong BN.
Najib sebagai arkitek kepada kebiadapan BN mesti memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana beliaulah yang didakwa bertindak sebagai peneraju yang merancang semua ini.
Akhirnya negara dan rakyat menanggung malu terhadap peristiwa hitam ini. Tidak pernah berlaku dalam dunia Speaker diheret keluar dari DUN, sebuah negara/negeri mempunyai 2 Menteri Besar, 2 saf exco, 2 speaker dan persidangan dalam satu masa.

DULU TAKUT HIJAU KITA TAMBAH SATU LAGI TAKUT HITAM

Sebelum ini BN begitu pobia dan takut dengan warna Hijau lambang PAS sehingga logo Petronas pun dipaksa supaya ditukar, samping murid-murid sekolah warna hijau juga kena ditukar dengan warna lain.

Kini mereka takut kepada warna hitam pula. Itu sebabnya sehari dua ini mereka cukup alergik dengan rakyat yang memakai baju hitam. Apa sebabnya?, tidak lain tidak bukan kerana takut kepada bayang-bayang sendiri.

Media melaporkan hari ini bahawa Polis merampas semua pakaian hitam 15 penyokong seorang aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan depan balai polis Brickfields malam tadi.

Ahli keluarga mereka diminta membawa satu salinan pakaian lain sebelum membebaskan mereka, dijangka petang ini. Sementara lima peguam yang turut ditahan di tempat yang sama dua jam selepas itu akan dibebaskan di balai polis tersebut tidak lama lagi.

Kecuali peguam, kesemua mereka berpakaian hitam sebagai menyatakan sokongan kepada Wong Chin Huat - jurucakap Bersih yang ditahan reman di balai tersebut sejak kelmarin - yang menyeru orang ramai berpakaian demikian bagi membantah persidangan DUN Perak semalam.
Wong (foto, kiri sekali), yang mengetuai kempen "1Black Malaysia" dalam satu sidang media Selasa lalu, dijangka dibebaskan hari ini.


NEGARA ONE MALAYSIA GUNA HUKUM RIMBA

Peristiwa hitam yang berlaku di DUN Perak semalam membuktikan negara kita sekarang sedang menuju ke era hukum rimba di mana sesiapa yang kuat dan ada kuasa dialah yang menang dan boleh bertindak sesuka hati.
Kerajaan BN yang mempunyai segala kelengkapan dan kekuatan dengan anggota Polis, pegawai-pegawai tanpa segan silu menggunakan semua kekuatan untuk menghalalkan apa juga tindakan mereka. Undang-undang sudah diketepikan begitu sahaja.
Speaker, YB V Sivakumar yang mempunyai kuasa penuh dalam sesuatu Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dinafikan haknya. Malah Speaker diseret keluar dari Dewan tanpa rasa hormat dan segan.
Jika inilah kaedah yang digunakan di dalam negara yang digelar One Malaysia maka tidak syak lagi ianya layak dipanggil ONE BLACK MALAYSIA yang di dalamnya termaktub undang-undang dan hukum rimba iaitu siapa kuat dan gagah dialah yang berkuasa serta boleh bermaharajalela tanpa sekatan.

POLITIK LAMA PERCEPATKAN SAAT KEMATIAN UMNO/BN

Malam tadi saya berceramah bersama AJK PAS Pusat, YB Dr Dzulkifli Ahmad di Markaz PAS Cawangan Kg Pernu dalam Kawasan Kota Melaka.
Kehadiran macam biasa (Standard Melaka). Dalam ucapannya Dr Dzul mengulas dengan panjang lebar tentang kebobrokan dan kezaliman BN yang terus mencengkam rakyat dengan cara politik lama. Antaranya rasuah politik ketika pilihanraya, amalan rasuah, ugut, menggunakan isu perkauman, meneruskan undang-undang zalim seperti ISA, OSA, AUKU, AKta Polis dan lain-lain.
"Andaikata BN terus menggunakan cara politik lama sebegini saya yakin lebih cepatlah Umno/BN akan ditalkinkan, mungkin PRU 13 nanti adalah PRU terakhir bagi mereka sebagai pemerintah"
"Rakyat terbanyak di negara kita sebenarnya tidak menjadi ahli-ahli mana-mana parti tetapi mereka menyokong kebenaran, keadilan dan ketelusan. Sebab itulah pada PRU 12 mereka menyokong Pakatan Rakyat kerana mereka melihat BN sudah tidak boleh dipercayai lagi" kata Dr Dzul.
Dr Dzul berkata bahawa kerajaan 'One Malaysia' pimpinan Najib sebenarnya jauh lebih teruk dari kerajaan Tun Pak Lah. Ini dapat melihat apabila kira-kira sebulan beliau memerintah sudah kelihatan kuku dan belangnya menangkap berpuluh-puluh rakyat yang tidak berdosa seperti yang ditunjukkan di Ipoh semalam.
"Saya yakin Najib akan terus bertindak begitu kerana beliau tidak belajar dari kesilapan pemimpin terdahulu".
"Pada awal pemerintahannya kita menjangka Najib akan melakukan reformasi tetapi sebenarnya tidak, tindakannya membebaskan 13 tahanan ISA dan mengembalikan permit penerbitan kepada Harakah dan Suara Keadilan hanyalah lakonan dan retorik untuk mengabui mata rakyat" ujar Dr Dzul yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Selain itu Dr Dzul juga kesal dengan tindakan tidak demokratik BN di Perak semalam. Mereka melanggar semua peraturan dan undang-undang ciptaan mereka sendiri apabila menafikan kuasa Speaker DUN Perak.
"Speaker diseret dan diheret keluar dari Dewan, anggota keselamatan menceroboh Dewan, ini merupakan suatu kejadian yang amat memalukan negara kita dan seolah-olah negara kita ini negara yang tidak bertamadun" kata beliau.

07 May 2009

PERAK CRISIS : The Curiosity in Perak

Curious, curious, curious

I am so curious as to what message(s) did HRH Raja Muda of Perak whispered to Datuk Seri Nizar and Datuk Ngeh.

I am also curious that his Royal Highness shook the hands of Pakatan Adun first and not BN.

I am also curious the fact that during the Royal address, Pakatan Rakyat ADUNS were still sitting at the right side of the Speaker.

I am also curious that Datuk Seri Nizar and not Datuk Seri Zambri escorted HRH out of the chamber.

I am getting more curious, that after giving the his royal address, Datuk Seri Ngeh followed HRH to the Royal Chamber.

I am still hoping that common sense and justice will one day prevailed.

Source : Blogger my dear friend The Advocate

PENCEROBOH DUN PERAK BERPUSU-PUSU KELUAR SETELAH TAMAT TUGAS

Penceroboh dan samseng di DUN Perak yang berjumlah 300 orang berpusu-pusu keluar dari Dewan. Mereka telah menghina DUN dan Speaker. Suatu tragedi kepada sistem demokrasi di negara kita. Semua ini angkara BN yang tamakkan kuasa.
Polis digunakan untuk kepentingan nafsu pemimpin BN.
Setelah keluar dari Dewan mereka melaporkan diri dengan berbaris di kawasan parking bawah bangunan DUN.


Ihsan : Blogger YB Idhamlim

TERKINI DUN PERAK : DUN BUBAR DALAM MASA TERDEKAT?

4.45 ptg : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan mohon mengadap Tuanku Sultan dalam masa terdekat untuk memohon perkenan Tuanku membubarkan DUN Perak.

"Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap" kata NIzar dalam sidang media sebentar tadi.

Mari sama-sama kita berdoa agar Tuanku Sultan akan memperkenankan permohonan Datuk Seri Muhammad Nizar bagi membubarkan DUN Perak.

Amin.

TERKINI : SIDANG AKHBAR

Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.
Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.
Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak lakudan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.
Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.
Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat. BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker.
Sidang hari ini tiada dan tidak sah. Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.
Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.
Catatan : Blogger YB Idham Lim

TERKINI DUN PERAK : SIDANG DITANGGUHKAN

YB Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong memaklumkan bahawa Sidang DUN ditangguhkan sebentar tadi kira-kira jam 4.00 petang.

Tidak dapat dipastikan adakah ianya ditangguhkan sementara atau akan diadakan semula secara HARAM.

HARI PALING MALANG DALAM SEJARAH DEMOKRASI NEGARA

Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.
Speaker YB V Sivakumar diseret secara rakus dan biadap oleh penceroboh yang tidak dikenali. (Gambar sebelah).
Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.
Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.
Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.
Catatan : YB Idhamlim

TERKINI DUN PERAK : NIZAR DIPANGGIL MENGADAP RAJA MUDA DI KAMAR DIRAJA

4.08 ptg : Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".
Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh Datuk Seri Nizar.
Sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.
Raja Muda Perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang difahamkan oleh Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

TERKINI DUN PERAK : SPEAKER DI SERET OLEH POLIS

2.45 ptg : Memalukan apabila Polis masuk campur menyebelahi BN. Suatu pengkhianatan yang amat memalukan.
Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis.Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

TERKINI DUN PERAK : SPEAKER HALAU 'SPEAKER'

12.50 tgh : Speaker DUN Perak yang sah YB V Sivakumar berulang kali menghalau keluar (tanpa pembesar) suara supaya Speaker HARAM Ganesan keluar dari dewan.

Namun 'Speaker' HARAM tersebut tetap enggan keluar Dewan dan buat 'dek' sahaja. Drama ini terus berlaku disaksikan oleh seluruh dunia.

Memalukan negara 'One Malaysia' semuanya gara-gara BN tamakkan kuasa.

TERKINI DUN PERAK : SPEAKER HARAM MUKA TAK MALU

12.38 tgh : Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu.

Speaker masih dikerusinya. Speaker mengarahkan Speaker HARAM Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

Keadaan kelam kabut masih entah bila akan berakhir. Semua ADUN PR tidak berganjak dari Dewan.

Sumber : YB Idhamlim

TERKINI DUN PERAK : PERAK ADA 1 MB & SPEAKER SAH DAN 1 MB & SPEAKER HARAM

12.25 tgh : Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya dibawah pokok dan satu di bawah syiling.
Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada dikerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduk nya sejak pagi tadi.
Jam 12.20 tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai njika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.
Sumber : YB Idham Lim

TERKINI DARI DALAM DUN

10.15 pagi : Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.
Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

Blog : Idhamlim

TERKINI DARI DALAM DUN

10.15 pagi : Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.
Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

Blog : Idhamlim

TERKINI DARI DUN PERAK : SPEAKER DUN SELANGOR TURUT JADI MANGSA

9.48 pagi : Speaker DUN Selangor, YB Teng Chang Khim turut ditahan tanpa Polis.

TERKINI DARI DUN PERAK : RAKYAT TETAP SETIA

9.45 pagi : Walaupun DUN Perak dikawal ketat bagaikan zon perang, namun masih terdapat kira-kira 180-220 orang rakyat masih setia memerhatikan peristiwa aib sedang berlaku di mana Polis bermaharajalela menangkap rakyat. Mereka berkumpul dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk memberikan sokongan moral dan padu kepada MB dan ADUN PR.

TERKINI DARI DUN PERAK : RAJA MUDA TIBA

9.30 pagi : Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah selamat tiba di DUN Perak disambut oleh kesemua ADUN PR dengan penghormatan yang tinggi.

TERKINI DARI DUN PERAK : LEBIH RAMAI TELAH DITAHAN

9.30 pagi : Lebih ramai telah ditahan. Angka sebenar tidak dapat dipastikan.
9.25 pagi : Menteri Besar kerajaan HARAM BN Perak sampai di DUN Perak sedang menunggu keberangkatan tiba Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

TERKINI DARI DUN PERAK

9.20 pagi : Polis bertindak menghalau seramai 40 orang rakyat Malaysia yang masih berkumpul di perkarangan bangunan DUN Perak.
PESTA TANGKAP MENANGKAP DIJANGKA AKAN BERTERUSAN DARI HARI INI DAN AKAN DATANG.

TERKINI DARI DUN PERAK : ADUN PR DIHALANG MEMASUKI DEWAN

9.05 pagi : 16 ADUN PR dihalang dari memasuki DUN, apa muslihat BN.? Jahat dan biadap betul BN menggunakan Polis untuk berhadapan dengan rakyat.

TERKINI DARI DUN PERAK : 11 DITAHAN TERMASUK 5 WAKIL RAKYAT

9.05 pagi : 11 orang ditahan di luar DUN Perak termasuk wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida Kamaruddin (gambar), ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong (DAP-Melaka), ADUN Teratai, Jenice Lee (DAP-Selangor), ADUN Bahau Tey Kok Seong (DAP-Negri Sembilan) dan ADUN Sungai Pinang, Koay Teng Guan.

Anggota Polis berpakaian biasa dan beruniform menangkap mereka.


8.35 pagi : Semua ADUN PR termasuk Menteri Besar YAB Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memasuki DUN.

TERKINI DARI DUN PERAK

8.45 pagi : Parlimen Ampang YB Zuraida Kamaruddin di tahan ketika cuba masuk ke DUN Perak.

8.30 pagi : 4 sekatan jalanraya terpaksa ditempuh oleh ADUN PR yang menginap di hotel yang hanya 1 km dari DUN Perak.


7.00 pagi : DUN Perak seolah-olah seperti Kem FRU di mana ianya dipenuhi dengan lori merah dan topi merah.

SIDANG REBUT KERUSI JADI SEJARAH

Dek kerana rakus, tamak kuasa, hilang kewarasan, mabuk kuasa dan lain-lain, BN menggunakan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa yang dilucutkan rakyat. Semuanya gara-gara sikap tidak hormat mereka kepada rakyat.
Lantaran itu terjadilah apa yang berlaku sehingga ke saat ini di mana politik Perak tiada ketentuan, haru biru (huru hara - kata Almarhum Tungku) dan sebagainya.
Maka habislah sekian masa YB, YAB dan pembantu serta penyokong mereka turun naik mahkamah sedangkan masa tersebut amat berharga untuk seseorang pemimpin yang sepatutnya berkhidmat membantu dan memastikan kesejahteraan rakyat. Semua itu wajib dibayar oleh BN dan pemimpin tamak mereka.
Hari ini sejarah tercatat lagi selepas Sidang bawah pokok, MB dan ADUN dihalang dari memasuki Dewan, Perak mempunyai 2 Menteri Besar, Kuasa Speaker dipinggirkan dan lain-lain.
Sejarah yang bakal tercatat lagi hari ini, apabila DUN dikepung oleh Polis semata-mata untuk memudahkan BN merealisasikan apa yang direncanakan oleh mereka. Selain itu hari ini bakal mencatatkan sejarah di mana 2 orang MB berebut kerusi, salah seorang MB dihalang dari memasuki Dewan, Dewan menjadi kecoh, media dihalang dari membuat liputan dan lain-lain.

Semua ini berlaku gara-gara sikap BN yang tamakkan kuasa.

06 May 2009

'ONE MALAYSIA' MENJADI 'ONE PENJARA'

Negara 'One Malaysia' yang diidamkan Najib menjadi negara 'One Penjara' apabila semakin ramai rakyat ditangkap hari ini. Bermula dengan tangkapan Jurucakap Bersih, Wong Chin Huat diikuti dengan Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu malam ini kira-kira 14 orang lagi rakyat yang tidak berdosa ditangkap.

Maka layaklah negara 'One Malaysia' dipanggil 'One Penjara' kerana negara kita sudah tidak bebas lagi. Sikit-sikit tangkap, tidak ikut selera BN tangkap, lawan BN tangkap. Tangkap,tangkap, tangkap ...............apa lagi yang mereka pandai selain tangkap. Kerajaan nampaknya bermusuh dengan rakyat.

Mereka yang ditangkap malam ini ialah Temme Lee, 23, koordinator SuaramJohn Liu, 26, koordinator SuaramLiau Kok Fah, 47, jawatankuasa hak sivilChan Kim Ming, 34, jawatankuasa hak sivilLaw Teck Hao, 29, editor akhbarLee King Thim, 41Liew Thin Choi, 47 Melissa Wong Yuet Fun, 25.
Semuanya ditangkap kerana berhimpun memberikan sokongan moral kepada Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang juga pengerusi Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), ditangkap malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur berhubung siasatan Akta Hasutan.

NEGARA 1 'MALAYSIA' : SOLAT HAJAT PUN TAK BOLEH

Negara 'One Malaysia' pimpinan Najib Razak menghalang umat Islam menunaikan solat hajat. Apa nak jadi dengan pemimpin BN sekarang. Lebih teruk dari Malaysia Islam Hadhari pimpinan Tun Pak Lah (TPL).
Apa yang hendak kita hukumkan kepada pemimpin seperti ini yang mengaku Islam tetapi pada masa yang sama tidak membenarkan umat Islam melakukan solat hajat.
Apakah mereka tidak takut kepada Allah.?
Adakah dengan menghalang umat Islam menunaikan solat hajat di masjid akan menyebabkan solat hajat tersebut tidak boleh dilakukan di tempat lain?
Tidak takutkah mereka kepada doa orang yang dizalimi kerana dihalang dari menunaikan solat hajat?
Blogger Misabah melaporkan bahawa JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok.
Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok.
Menurut sumber lain, arahan itu bukan sahaja kepada Masjid Ittihadiyyah, malahan seluruh masjid di sekitar bandararaya Ipoh juga turut diarah tutup oleh JAIP.Tindakan ini adalah atas arahan kerajaan haram BN.
Orang ramai sekadar mahu menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk memohon kepada Allah swt keamanan dan keadilan di bumi Perak sempena sidang DUN, serta menjauhi segala perancangan jahat dari anasir-anasir yang jahat.
Dalam sidang DUN pagi esok, ada dua pihak yang akan bertelingkah melalui perbahasan masing-masing, iaitu ADUN PR dan BN. Rakyat Perak berhak menyokong mana-mana pihak yang disukai dan sebagai tanda sokongan mereka boleh guna apa sahaja cara yang tidak bercanggah dengan syarak dan undang-undang.
Tradisi PAS bila berhadapan dengan isu yang genting ini biasanya akan menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk mengadu kepada Allah swt. PAS dan para penyokongnya ditarbiyyah begitu rupa untuk tidak lupa kepada Allah swt. PAS dan penyokongnya yakin bahawa perjuangannya adalah benar.
Masjid satu-satunya tempat yang cukup baik digunakan untuk tujuan tersebut.UMNO dan BN sendiri juga boleh guna pendekatan yang sama digunakan oleh PAS sekiranya ia yakin perjuangan betulnya. Masjid di bandararaya Ipoh cukup banyak. Gunakan mana-mana masjid untuk tujuan tersebut.
Solat Hajat tidak menimbulkan kekacauan dan juga tidak menganggu ketenteraman awam.JAIP tidak perlu tutup masjid, benarkan sahaja kedua-dua pihak gunakan masjid, Solat Hajat adalah ibadah yang baik.
Itulah cara yang terbaik untuk Allah swt memberi pertolongan, serahkan kepada Allah untuk memakbulkan mana-mana hajat mengikut nawaitu masing-masing. Itu baru demokrasi namanya.
Malang sungguh rakyat Malaysia berketuakan pemimpin bermazhab 'One Malaysia' yang lebih teruk dari kerajaan komunis dan sosialis sekarang. Seteruk-teruk mereka pun tidaklah mereka sampai menghalang umat Islam untuk bersembahyang. Mereka lebih terbuka sekarang. Lebih terbuka dari kerajaan 'One Malaysia'.

SETIAUSAHA DAN KETUA PENERANGAN BARU, BENDAHARI LAMA

PAS Kawasan Bukit Katil mengumumkan perlantikan Ramli Dalip(gambar) dan Zainal Mohamad sebagai Setiausaha dan Ketua Penerangan yang baru.
Manakala Haji Ab Rahhim Idris diamanahkan sekali lagi sebagai Bendahari PAS Kawasan. Setiausaha PAS Kawasan sessi lalu, Haji Salamat Aman diamanahkan sebagai Penolong Setiausaha.
Pengumuman tersebut dibuat selepas mesyuarat pertama PAS Kawasan selepas Usrah PAS Kawasan malam tadi.

Jawatan kuasa lengkap PAS Kawasan akan dibuat pada mesyuarat akan datang.

1 MALAYSIA, HANYA UNTUK NAJIB DAN KUNCU-KUNCUNYA

Sebagaimana yang disangka, keganasan dan kezaliman sudah menjadi 'legacy' pemimpin kerajaan BN walau sesiapapun yang memerintah.
Pada hari pertama diangkat menjadi PM, Najib cuba menunjukkan sikap yang manis dan baik apabila membebaskan 13 orang tahanan ISA dan mengembalikan permit untuk Harakah dan Suara Keadilan diterbitkan. Namun telahan dan sangkaan rakyat bahawa Najib hanya berlakon semakin terserlah.
Buktinya semalam beberapa orang ditangkap atas sebab yang tidak munasabah antaranya merayakan harijadi Altantuya dan lain-lain. Hari ini Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu pula ditangkap tanpa sebarang waran.
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.
Nyata sekarang bahawa Najib lebih ganas dan biadap dari Tun Abdullah sebagaimana yang diramal oleh ramai orang.
Konsep One Malaysia Najib sebenarnya hanyalah konsep untuk menyelamatkan dirinya, keluarganya serta kroni-kroninya. Zaman Najib demokrasi dan undang-undang ditolak ke tepi. Buktinya dapat kita lihat esok apabila kuasa Speaker DUN Perak dipinggirkan demi untuk meneruskan kesinambungan kejahatan dan kebiadapan BN di Perak.
Najib tidak belajar dari kesilapan pemimpin BN terdahulu. Sepatutnya inilah masa untuk Najib menunjukkan kebaikan dirinya. Beliau sepatutnya membuat reformasi total bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Namun bukan pujukan dan kebaikan yang Najib tunjukkan kepada rakyat tetapi kezaliman, kebiadapan dan kejahatan yang terpaksa dibayar oleh rakyat.
Maka Insya Allah BN akan semakin cepat ditalkinkan dengan tindakan kerajaan pimpinan Najib ini.

PAS KAWASAN BUKIT KATIL CADANG PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN KEKAL

PAS Kawasan Bukit Katil mencadangkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS dikekalkan. Pencalonan ini dibuat pada mesyuarat pertama PAS Kawasan malam tadi.

Manakala bagi jawatan Naib Presiden, PAS Kawasan Bukit Katil mencadangkan Dato' Haji Husam Musa, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Keputusan pencalonan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek.

GERAK HANYA SERANG KES-KES TERPILIH?

Oleh : Badrul Hisham Shaharin
Sejak kebelakangan ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang pernah saya terlibat mengasaskanya sedikit masa dahulu begitu hebat muncul sebagai hero membenteras rasuah terpilih. Malangnya GERAK yang kemunculanya awalnya digeruni dan dikagumi dengan menyerang kes serta melakukan pembongkaran - pembongkaran besar tetapi kini mula melakukan kerja menyerang kes - kes terpilih.

Ini semua berkait rapat dengan penyumbang 'kewangan' kepada GERAK untuk bergerak.
GERAK di asaskan dengan nama Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi kemudian telah menukar nama kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi dengan mengekalkan singkatan GERAK. GERAK bukan sebuah pertubuhan yang berdaftar dibawah akta pertubuhan tetapi sebaliknya berdaftar dibawah akta Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Gerak Agenda Sdn. Bhd. Pada satu ketika GERAK yang didaftarkan sebagai syarikat ini hanya punya lembaga pengarah yang terdiri dari Ezam dan ahli keluarganya sahaja.

GERAK ditubuhkan dengan dana Ezam sendiri dan sumbangan orang ramai. Pada ketika itu hanya saya seorang kakitangan tetap GERAK. Di awal usia GERAK banyak aktiviti dianjurkan dari ceramah, diskusi hinggalah penyebaran risalah dan pembongkaran rasuah dilakukan.
Selepas Ezam mengisytiharkan masuk Umno GERAK diserahkan kepada seorang kakitangan Dato Norza Zakaria, Mohd Nazree Mohd Yunus yang dilantik mengepalai Gerak merupakan ko ordinator dalam Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA) yang dibiayai oleh Norza.
Semua tahu Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan Abdullah. Umum dalam Umno tahu juga Norza, seorang anak muda yang amat dipercayai Abdullah sehinggakan dia dilantik sebagai MKT termuda Umno oleh Abdullah. Adakah Gerak juga dipakejkan sekali dalam 'borang' pemohonan ahli Umno Ezam dan kawan-kawannya ?

Pada ketika itu juga Gerak punya Pejabat tetap di Kelana Jaya, seorang kerani dan Nazri pula selaku Pengarah berbayar. GERAK selaku NGO tidak mendapat geran bantuan dari mana - mana badan dalam dan luar negara secara rasmi. Adakah Dato Norza terlibat dalam 'menyara' Gerak untuk terus bergerak dalam jinak ?

Kemudian beberapa bulan yang lalu ketika kem Abdullah menjadi sasaran. Dato Norza dan orang-orangnya telah disiasat. Maka seperti yang Najib pernah umumkan bahawa polisi Umno ialah sesiapa saja didakwa akan hilang hak bertanding. Maka pendakwaan pada ketika itu kelihatan dekat dengan Norza. Maka jika Norza tidak boleh mempertahankan jawatannya selaku MKT Umno maka tidak ada gunanya dia terus menyalurkan wang untuk menjinakkan Gerak maka lebih malang lagi kemungkinan INSKA juga akan ditutup.

Maka pada ketika itu Gerak harus bergerak segera mencari penanggung kewangan baru untuk menanggung gaji kakitangan termasuk Pengarahnya, sewa pejabat, bil
air/api/astro/telefon/internet, sewa mesin photostat dan banyak lagi. Maka sudah tentu satu tuan baru perlu dicari.

Ada yang mengatakan Gerak telah menemui Santa Clause, bekas pemimpin Kerajaan Negeri Selangor. Oleh kerana itu Gerak kini tidak bergerak keluar seperti disaat kemunculannya sebaliknya sibuk menjaga lembu di Selangor.

Dengan ini Gerak yang sibuk menyiasat korupsi terpilih dicabar untuk mendedahkan akaun syarikat dan menjelaskan berapa kos operasi ? Bagaimana kos operasi Gerak ditanggung dan siapa yang menanggungnya ? Selaku NGO yang 'kononya' mementingkan integriti dan ketelusan. Maka GERAK bukan sahaja perlu telus tetapi perlu dilihat telus.

Posting ini ditulis dalam keadaan amat serba salah kerana kasih pada Gerak yang sama saya dibidankan kelahiranya masih ada. Namun bukan saya saja tetapi kebelakangan ini terlalu ramai ahli aktivis Gerak yang pernah memohon memasuki Gerak merasakan kecewa dengan Gerak yang lemah malah laman sesawang yang pernah saya bina dengan menyimpan bukan sedikit fakta serta salinan bukti rasuah juga sudah terpadam mati.
Tiada lagi aktiviti diskusi, forum terbuka dan penyebaran risalah meningkatkan kesedaran rakyat. Sebaliknya Gerak hanya muncul sebagai pertubuhan kenyataan media yang aktif.

BEBAS ATAU SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL?

PR seolah-olah menggertak BN samada membebaskan ADUN Kota Alam Shah YB Manoharan atau pun bersedia untuk bertanding dalam satu lagi Pilihanraya Kecil.
Itu antara kenyataan yang pernah dibuat oleh pemimpin PR.
Hari ini media melaporkan bahawa Kerajaan Selangor merancang berbincang dengan menteri dalam negeri berhubung pembebasan wakil rakyatnya M Manoharan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Surat kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk tujuan itu akan dihantar hari ini, kata exco kanan Selangor, Teresa Kok.
Manoharan, ADUN Kota Alam Shah, baru-baru ini menimbang untuk melepaskan jawatannya itu dengan alasan gagal berkhidmat kepada pengundi kawasannya.

SASTERAWAN NEGARA SANGGUP HILANG GELARAN, KITA SANGGUP HILANG APA?

5 orang sasterawan negara sanggup hilang gelaran sebagai Sasterawan Negara demi memperjuangkana bahasa dan membantah PPSMI.
Persoalannya, sanggupkah cendekiawan lain seperti Pensyarah Bahasa, Mufti-mufti, Pegawai-Pegawai Tinggi dan kita sendiri berkorban seperti mereka demi masa depan Bahasa Melayu dan anak bangsa.?
Mari kita sama-sama renungi apa sumbangan yang kita boleh beri untuk membantah PPSMI ini.
Salah seorang Sasterawan Negara yang lantang menentang PPSMI ialah A Samad Said.
A Samad mengejutkan dunia sastera tanah air dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah dasar tersebut.
Semalam beliau menyatakan sanggup hilang gelaran Sasterawan Negara demi membantah pelaksanaan dasar PPSMI.

05 May 2009

7 MEI DINANTIKAN OLEH SELURUH DUNIA

7 Mei mungkin menjadi satu tarikh yang akan dikenang dan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia malah mungkin seluruh dunia. Ini kerana tarikh tersebut bakal menyaksikan pencerobohan dan pencabulan undang-undang dan sistem demokrasi di Malaysia.

Setelah BN merampas dan merompak kuasa dari Kerajaan PR Perak dengan cara yang tidak bertamadun dan menghalang Sidang DUN diadakan sebelum ini, pada 7 Mei ini BN sekali lagi membuat onar. Kali ini mereka membelakangkan Speaker dengan menghantar notis untuk mengadakan sidang DUN dengan menggunakan surat yang ditandatangani oleh Setiausaha DUN yang telah digantung tugasnya oleh Speaker.

Speaker seolah-olah menjadi patung dan tidak mempunyai apa-apa kuasa. Malah mereka juga menafikan semua kuasa yang ada ditangan Speaker dengan sesuka hati tanpa apa-apa justifikasi yang munasabah dan konkrit.

Maka 7 Mei ini bakal menyaksikan suatu lagi peristiwa tragis dan dramatik dalam sistem demokrasi di Malaysia apabila BN dengan jelas membelakangkan semua peraturan DUN dan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.
Tidak mustahil suatu hari nanti BN akan melanggar semua peraturan dan undang-undang kerana bagi mereka negara kita ini seolah-olah negara yang mereka pusakai turun temurun.

USTAZ KHAIRUL DAH KELUAR HOSPITAL

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Ustaz Khairul Che Salleh telah dibenarkan pulang ke rumah malam tadi. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka 2 hari lepas kerana keracunan makanan dan komplikasi jantung.

Beliau yang sememangnya mempunyai masalah jantung dikejarkan ke Hospital tersebut oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin 2 malam lepas selepas hampir pengsan kerana terlalu lemah akibat keracunan makanan dan masalah jantung yang tiba-tiba menyerang beliau selepas keracunan makanan.

Saya bersama-sama dengan Ketua Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol sempat menziarahi beliau pada malam beliau dimasukkan ke wad tersebut. Sahabat-sahabat boleh menziarahi beliau di rumahnya di Taman Merdeka.

PPSMI : SAMPAI BILA IANYA HENDAK DIKAJI

Media hari ini melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin meminta PPSMI terus dikaji samada ianya wajar diteruskan atau dihentikan.
Muhyiddin Yassin dilaporkan mengarahkan kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilanjutkan kerana beliau tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kementeriannya bersedia untuk 'menunggu lebih lama' bagi memastikan keputusan yang akan dibuat tidak flip flop.

Sampai bila ianya hendak dikaji sedangkan semasa dasar ini diperkenalkan dulu kajian terperinci langsung tidak dibuat, tahu-tahu ianya terus mahu dilaksanakan.
Kelemahan dan kebongkakan kerajaan BN dan pemimpin BN yang tidak mahu tunduk dengan desakan rakyat supaya memansuhkan PPSMI wajar diajar sekali lagi pada PRK Penanti kelak.
Mari sama-sama kita tumbangkan BN di Penanti dengan pukulan maut menghilangkan deposit BN supaya ia terus masuk kubur dan tidak muncul-muncul lagi di atas dunia ini.

LAPANGAN TERBANG BATU BERENDAM : RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI

Batu Berendam : Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam Melaka yang dinaik taraf dijangka akan mula beroperasi Mei ini.
Maka banyaklah banner yang dipasang di sekitar Bandaraya Melaka memuji kepimpinan dan ketokohan Ketua Menteri Datuk Seri Ali Rustam kerana 'kejayaan' satu lagi mercu tanda baru Melaka.
Namun sehingga hari ini hanya syarikat FireFly yang menggunakan pesawat ATR 72-500 turboprop yang bersetuju memulakan penerbangan Melaka - Singapura bermula September ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Puhat Bedol (gambar) mempertikaikan apakah kerja-kerja menaik taraf ini benar-benar perlu sedangkan selepas dinaik taraf pun hanya pesawat kecil sahaja yang mendarat di Lapangan Terbang ini.

"Kalau setakat pesawat ATR 72-500 turboprop sebenarnya lapangan terbang ini tidak perlu dinaik taraf pun kerana dengan landasan dan kemudahan yang ada sebelum ini pesawat seperti Fokker 50, CN 235 dan Charlie pun boleh mendarat.""Kos membina lapangan terbang ini telah meningkat daripada peruntukan asal RM 130 juta dalam RMK 9.
Idea awal menaik taraf adalah untuk menjadikan lapangan terbang ini sebagai hub tambang murah dengan mensasarkan syarikat seperti Air Asia dan FireFly serta MAS." ujar Puhat
Menurut Puhat, Air Asia dikatakan menangguhkan rancangan untuk menjadikan lapangan Terbang Batu Berendam sebagai destinasi baru mereka kerana lapangan terbang ini dibina tidak melepasi spefikasi dan syarat untuk membolehkan pesawat Air Asia seperti Airbus A320 mendarat.

"Ini menyebabkan Ali Rustam sekali lagi terpaksa mengemis kepada Pak Lah, Perdana Menteri ketika itu untuk mendapatkan peruntukan tambahan untuk memanjangkan lagi landasan yang baru siap dibina."
"Tetapi masalah lain pula timbul untuk memanjangkan landasan ini kerana akan melibatkan pengambilan tanah dan kediaman penduduk di Taman Seri Bayan yang akan menyebabkan kos meningkat berkali ganda." tambah Puhat
Menurutnya Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam wajar menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan lapangan terbang ini dibina tidak mengikut spefikasi yang ditetapkan. Adakah wujud unsur-unsur penyelewengan atau salah guna duit rakyat dalam projek ini?

Katanya, masalah itu sepatutnya tidak berlaku kerana setiap projek mega yang bernilai ratusan jutaan ringgit sepatutnya mempunyai perancangan dan kajian yang teliti.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Negeri, Ramli Dalip pula berkata bahawa kerja-kerja menaik taraf masih rancak dijalankan dan ini menimbulkan kemusykilan kepada orang ramai bagaimana terminal baru boleh beroperasi walhal prasarana yang masih banyak yang belum siap.
"Semua ini memperlihatkan ada yang tak kena dengan pembinaan lapangan terbang ini. Pembinaan yang tidak mengikut spefikasi dan kos yang meningkat hingga sekali ganda daripada peruntukan asal RM 130 juta.
Ini menjadi tanda tanya seperti ada yang cuba disembunyikan untuk menutup kepincangan yang berlaku"

"Saya mengharapkan kerajaan negeri mengumumkan kepada rakyat mengapa kos pembinaan lapangan terbang meningkat dan mengapa kerajaan gagal membuat kajian mendalam sehingga usaha menaik tarafnya tertangguh dan menelan belanja jauh dari kos asal" tambah Ramli.
Sumber : angkasanuri

04 May 2009

USUL PINDA PERLEMBAGAAN UNTUK MESYUARAT AGUNG NEGERI DITOLAK

Ayer Keroh : Usul tergempar yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang antara lain meminta Perlembagaan PAS dipinda bagi membolehkan mesyuarat agung Badan Perhubungan PAS Negeri ditolak sebulat suara pada mesyuarat agung PAS Kawasan Bukit Katil ahad lalu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Dawi ketika membentangkan usul tersebut berhujah bahawa gerakerja dan aktiviti PAS Negeri tidak dapat dimuhasabah dan dipantau kerana tidak adanya mesyuarat agung di peringkat negeri.

"Kita melihat kepimpinan PAS Negeri tidak dapat dipersoalkan samada mereka buat kerja atau tidak, ahli-ahli diperingkat akar umbi tidak ada akses kepada laporan PAS Negeri".

"Untuk itu Dewan Pemuda mengusulkan perlembagaan PAS dipinda bagi mewajibkan Mesyuarat Agung diperingkat negeri diadakan" ujar Jauhar dengan penuh semangat.

Bagaimanapun usul tersebut ditolak setelah dibahaskan dimana sebahagian besar perwakilan membangkang usul tersebut sebaliknya mencadangkan kepada PAS Negeri supaya mengadakan konvensyen PAS Negeri pada setiap tahun.

Selain usul di atas Dewan Pemuda juga menghangatkan suasana apabila mengusulkan pemilihan Pesuruhjaya Negeri-Negeri dipilih pada mesyuarat agung PAS Negeri.

Majoriti perwakilan menyatakan bahawa Presiden PAS lebih arif dalam menilai seseorang pemimpin dari negeri-negeri untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri.

"Kita bimbang ahli-ahli tidak cukup arif dan berilmu untuk melantik pesuruhjaya masing-masing, kesannya adalah besar jika seseorang yang tidak berwibawa dan layak dipilih untuk menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri" kata Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Haji Mohd Diah Abdul.

Sementara itu seorang lagi perwakilan, Norpisah Nordin pula berkata usul ini wajar ditolak kerana perlembagaan PAS yang sedia ada sudah lengkap dan baik di mana ianya ternyata berjaya menjadi PAS sebuah parti yang mantap dan berwibawa.

Mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek ketika membahaskan usul ini mencadangkan supaya cara pemilihan pesurujaya PAS Negeri dikekalkan mengikut perlembagaan sekarang.

Akhirya usul ini ditolak sebulat suara setelah hampir semua perwakilan berbahas membantah usul ini.

2 YDP BARU DAN 1 KEKAL DI MELAKA

Setakat ini 3 Kawasan di Melaka telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung PAS Kawasan masing-masing iaitu PAS Kawasan Tangga Batu, Alor Gajah dan Bukit Katil. 3 Kawasan lagi iaitu Kota Melaka, Jasin dan Masjid Tanah akan menyelesaikan mesyuarat agung masing-masing hujung minggu ini dan minggu hadapan.

2 dari 3 PAS Kawasan tersebut mendapat Yang Dipertua PAS (YDP) yang baru apabila mereka telah dipilih pada mesyuarat agung masing-masing Ahad lalu. Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari telah dipilih menjadi Yang Dipertua PAS Alor Gajah manakala Ketua Penerangan PAS Negeri, Mohd Sofi Abdul Wahab diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil.

Manakala PAS Kawasan Tangga Batu mengekalkan Yang Dipertua penggal lalu iaitu Ustaz Khamis Saat untuk menerajui PAS Kawasan tersebut sepenggal lagi.

Di Alor Gajah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan sessi lalu, Ashraf Mukhlis Minghat mengekalkan jawatannya manakala Naib Yang Dipertua di sandang oleh muka baru Haji Amdan Sudin.

Kedua-dua Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil disandang oleh muka baru iaitu Haji Mohd Ali Sharif dan Haji Ismail Ahmad.

Sementara itu PAS Tangga Batu juga mendapat TYDP baru iaitu Haji Hassan Md Dahan dan NYDP baru iaitu Husni Balis.

Sementara itu Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dijangka akan dipilih sekali lagi untuk menerajui PAS Kawasan Masjid Tanah.

2 lagi kawasan iaitu Jasin dan Kota Melaka kemungkinan besar akan menyaksikan pertandingan untuk jawatan Yang Dipertua. Mejar Jasme Tompang kemungkinan ditentang di Jasin manakala Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahim dikatakan tidak akan mempertahankan jawatannya.

MUSLIMAT MELAKA ANJUR HARI TERBUKA

Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka akan menganjurkan Hari Terbuka pada 10 Mei 2009 bertempat di Dataran Hamas, Simpang Kemendor, Jasin bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Setiausahanya, Hajah Kintan Man berkata program ini bertujuan untuk mendekatkan PAS dengan rakyat negeri Melaka. Antara aktiviti yang dianjurkan pada program ialah Pameran; Tarik Tali; Acara kanak-kanak; Acara wanita/kaum ibu; Persembahan pelajar-pelajar PASTI; Busana Anggun; Pemeriksaan kesihatan; Derma Darah; Pameran GMI & Palestin; Aneka Jualan; Jumble Sale; Kempen Daftar Ahli dan lain-lain.
Kintan mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat negeri Melaka ke program ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian 019-6575756 (Dr Khatijah Jumangat); 0199163683 (Hajah Kintan; 019-3564255(Puan Hawa Yaakub).

BN SUDAH TERDESAK, GUNA BOMOH UNTUK TUNDUKKAN PR?

BN sudah terdesak sehingga di dakwa menggunakan bomoh untuk 'menundukkan' PR semasa sidang DUN Perak yang dijadualkan pada 7 Mei ini.
Hairan sungguh saya dengan sikap BN yang ternyata begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan bomoh. Pada zaman moden begini ada juga manusia yang masih percaya kepada tahyul malah lebih teruk lagi pemimpin yang dikatakaan disegani rakyat juga menggunakan khidmat bomoh untuk kesinambungan dan kepentingan peribadi.
Saya mengharapkan pemimpin BN segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan jika benar mereka menggunakan bomoh sebagaimana yang didakwa oleh ADUN PR.

PRK PENANTI : JANGAN BERTELAGAH SESAMA SENDIRI

Samada PAS Pulau Pinang ingin bertanding atau tidak di Penanti itu soal kedua. Bagi saya yang penting kita mesti kembali kepada asas perjuangan iaitu bersatu untuk menentang musuh kita yang satu iaitu BN yang zalim, rakus, biadap dan tidak demokratik.

Saya rasa sesiapa pun kena berlapang dada dalam isu ini. Walaupun hati kecil saya memang mahukan PAS bertanding di semua kerusi (kalau boleh) tetapi kita kena akur dengan keputusan pimpinan.

Tidak perlulah kita bergaduh dan bertelagah sedangkan pada masa yang sama BN bertepuk tangan menunggu peluang untuk memporak perandakan kita.

Apakah kita rela melepaskan kerusi ini sedangkan musuh berada dalam keadaan yang amat lemah.

SELAMAT HARI PEKERJA, SELAMATKAN PEKERJA, TABAH HADAPI UJIAN

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari pekerja yang disambut pada Jumaat lepas. Saya mendoakan semua pekerja di seluruh negara diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian getir kemelesetan ekonomi sehingga ada yang dibuang kerja, dipotong elaun dan sebagainya.
Semua ini memerlukan ketabahan dan kekuatan dalaman bagi meneruskan kehidupan. Jika kita diduga dengan ujian hebat ini kita mesti tanamkan dalam diri bahawa ia tidak bermakna kehidupan kita sudah berakhir. Dunia Allah ini luas, jika kita berusaha Insya Allah kita akan berjaya.
Kepada Kerajaan, saya mengharapkan dapat kiranya usaha-usaha yang lebih efektif, terancang dan bersungguh-sungguh dilakukan bagi membantu golongan pekerja yang malang ini. Kita tidak mahu ada dikalangan rakyat yang teraniaya dengan dalam musim kemelesetan ekonomi yang amat mencabar ini.

03 May 2009

BERSEDIA AMBIL ALIH KUASA - MOHD SABU

Naib Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu meminta pimpinan dan ahli PAS Melaka supaya bersedia mengambil alih kuasa di negeri Melaka kerana riak-riak tersebut mula kelihatan sejak Pilihanraya Umum Mac 2008 lalu.
"Saya sendiri tidak pernah terfikir bahawa orang Tionghua dan India akan memberikan sokongan padu kepada PAS kerana sebelum perkara sebegini tidak pernah berlaku".
"Bayangkan sebelum ini PAS tidak pernah menangi di kerusi campuran iaitu komposisi kaum iaitu Melayu dan Bukan Melayu adalah lebih kurang sama" kata Mohammad.
Sebaliknya, kata Mohammad pada pilihanraya umum yang lalu PAS bejaya memenangi kerusi-kerusi seumpama itu seperti di Parlimen Kora Raja, Shah Alam, Kuala Selangor dan lain-lain.
Malah menurutnya, Dr Mariah Mahmood berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Raja walaupun kawasan tersebut majoriti pengundinya adalah bukan Melayu.
"Fenomena itu berlaku kerana orang bukan Melayu melihat PAS adalah sebuah parti yang bersih, telus dan pimpinannya tidak mengamalkan rasuah serta amanah kepada apa juga jawatan yang diberikan kepada mereka".
"Rakyat sudah muak dengan sikap parti komponen-komponen BN yang ternyata mengamalkan kronisme, nepotisme, rasuah dan lain-lain" ujarnya.
Mohamad berkata kerana itulah ahli dan pimpinan PAS mesti bersedia untuk merampas dan mentadbir negeri Melaka kerana momentum ini akan terus kekal seperti yang dibuktikan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Sementara itu beliau juga menyatakan politik perkauman yang menjadi senjata BN sebelum ini sudah berkubur kerana PAS, DAP dan PKR berjaya memberi kefahaman kepada rakyat bahawa politik perkauman adalah politik lapuk yang sangat merugikan negara dan rakyat.
"Apakah kita rugi dengan menyokong Cina yang baik, India yang baik dan Melayu yang baik. Mereka ini mesti disokong, yang kita tentang ialah Cina jahat, India jahat dan Melayu jahat" kata Mohamad.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil di INB Resort Ayer Keroh pagi tadi.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong; Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Melaka Yusof Abdullah.
Seramai 130 perwakilan dan pemerhati menghadiri mesyuarat tesebut.
Pada mesyuarat tersebut PAS Kawasan Bukit Katil menempa sejarah apabila kesemua 3 jawatan utama iaitu YDP, TYDP dan NYDP disandang oleh muka baru tanpa sebarang pertadingan. Sofi Wahab dan Hj Mohd Ali Sharif dipilih sebagai YDP dan TYDP manakala Haji Ismail diamanahkan sebagai NYDP.
Sementara Ustaz Nurkhairi Yusof dipilih sebagai Ketua Urusan Ulama' selepas mengenepikan penyandangnya Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.
AJK yang dilantik adalah Ramli Dalip, Haji Salamat Aman, Haji Salim Tahir, Haji Mohd Diah Abdul, Haji Abdullah Ahmad, Haji Yassim Musa, Mustaffa Ali, Ustaz Abu Bakar Ramle, Masturah Hassan, Ropisah Nordin, Haji Hedzir Abdul Rahman, Zainal Mohamad, Haji Ab Rahhim Idris, Mohd Yani Ismail dan lain-lain.

SATU USUL DITERIMA, SATU USUL DITOLAK

Satu usul diterima sebulat suara dan satu usul lagi ditolak juga dengan sebulat suara pada mesyuarat agung PAS Kawasan Bukit Katil kali ke 6 di INB Resort Ayer Keroh pagi ini.
Usul supaya kabinet menarik balik keputusan berhubung pengekalan agama asal anak walaupun ibu atau bapanya telah memeluk Islam telah diterima sebulat suara tanpa bahas.
Dalam ucapan ketika membentangkan usul tersebut, mantan Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Bukit Katil Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz menyifatkan keputusan kabinet itu tidak dibuat mengikut saluran yang betul, biadap dan tidak bertanggungjawab.
"(Oleh itu) kita berikan tekanan kepada kabinet supaya tarik balik keputusan ini sebelum perlembagaan negara dipinda," katanya.
Beliau menganggap keputusan kabinet pada 23 April sebagai "paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara.
"Sesungguhnya kabinet sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut eksekutif bukannya legistatif dan kehakiman.
"Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama," katanya.

AMANAH BESAR, KERJA BANYAK, MASA KURANG, UJIAN HEBAT

Hari ini saya dipikulkan dengan amanah yang besar iaitu menjadi Yang Dipertua PAS Bukit Katil. Suatu amanah besar yang hanya boleh berjaya dengan kerja kuat, team work, istiqamah, jihad, pengorbanan dan sebagainya.

Mantan YDP Hj Bakrin tiba-tiba meminta untuk berehat dan tidak meneruskan tugasannya sebagai YDP selepas hanya sepenggal memikul amanah tersebut.

Dengan bantuan TYDP, Hj Mohd Ali Sharif; NYDP Haji Ismail Ahmad dan sahabat-sahabat AJK lain, kami akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan perjuangan Islam di buymi Bukit Katil ini.
Antara sahabat-sahabat yang diamanahkan sebagai AJK ialah Ramli Dalip, Haji Salamat Aman, Haji Salim Tahir, Haji Mohd Diah Abdul, Haji Abdullah Ahmad, Haji Yassim Musa, Mustaffa Ali, Ustaz Abu Bakar Ramle, Masturah Hassan, Ropisah Nordin, Haji Hedzir Abdul Rahman, Zainal Mohamad, Haji Ab Rahhim Idris, Mohd Yani Ismail dan lain-lain.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter