Media hari ini melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin meminta PPSMI terus dikaji samada ianya wajar diteruskan atau dihentikan.
Muhyiddin Yassin dilaporkan mengarahkan kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilanjutkan kerana beliau tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kementeriannya bersedia untuk 'menunggu lebih lama' bagi memastikan keputusan yang akan dibuat tidak flip flop.
Sampai bila ianya hendak dikaji sedangkan semasa dasar ini diperkenalkan dulu kajian terperinci langsung tidak dibuat, tahu-tahu ianya terus mahu dilaksanakan.
Kelemahan dan kebongkakan kerajaan BN dan pemimpin BN yang tidak mahu tunduk dengan desakan rakyat supaya memansuhkan PPSMI wajar diajar sekali lagi pada PRK Penanti kelak.
Mari sama-sama kita tumbangkan BN di Penanti dengan pukulan maut menghilangkan deposit BN supaya ia terus masuk kubur dan tidak muncul-muncul lagi di atas dunia ini.
Comments
"PPSMI : SAMPAI BILA IANYA HENDAK DIKAJI"
jawapan: "sampai akhir hayat BN tuan"
makin dikaji samakin betambah belanjo yo, itu lah yang eden dah koba kan dulu....
Kojo kuek layi jang.... tontukan UMNO & BN nyo tu bona-bona Be End....
Selayi dio dapek mamarintah selayi itulah poning kapalo kito ni eh dibueknyo...
- Ayop Bhai PDKL
Apa makna slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN,....." kalu dlm mslh PPSMI ni main tarik tali plak...
Dulu Hisham kata dah nak bentang ke kabinet dah, tup-tup dia pergi ke KDN, hilang isu PPSMI dan ganti org baru plak...org baru tu buang jer laporan hisham tu, dia nak kaji balik semula ikut stail dia....kan makan masa tu....kan penipu namanya tu...
dlm asyik kita dilenakan dgn slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN....." kita ditipu hidup-hidup olh UMNO /BN....
sampai bila nak sayik kaji-kaji-kaji...lama2 anak kita di sek rendah pun tamat darjah 6...ha...ha...ha...gelak besar UMNO/BN...bodohnya rakyat malaysia....
jangan sokong laie Be END ni....mampush kito dibueknyo.....