NEGARA ONE MALAYSIA GUNA HUKUM RIMBA

Peristiwa hitam yang berlaku di DUN Perak semalam membuktikan negara kita sekarang sedang menuju ke era hukum rimba di mana sesiapa yang kuat dan ada kuasa dialah yang menang dan boleh bertindak sesuka hati.
Kerajaan BN yang mempunyai segala kelengkapan dan kekuatan dengan anggota Polis, pegawai-pegawai tanpa segan silu menggunakan semua kekuatan untuk menghalalkan apa juga tindakan mereka. Undang-undang sudah diketepikan begitu sahaja.
Speaker, YB V Sivakumar yang mempunyai kuasa penuh dalam sesuatu Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dinafikan haknya. Malah Speaker diseret keluar dari Dewan tanpa rasa hormat dan segan.
Jika inilah kaedah yang digunakan di dalam negara yang digelar One Malaysia maka tidak syak lagi ianya layak dipanggil ONE BLACK MALAYSIA yang di dalamnya termaktub undang-undang dan hukum rimba iaitu siapa kuat dan gagah dialah yang berkuasa serta boleh bermaharajalela tanpa sekatan.

Comments

zakaria@black said…
Orang da kalah, mcm2 tuduhan dibuat kpd yang menang... hahahha
nada rakyat said…
to zakaria :-menang apanya bongok!
Unknown said…
Polis bukan kepunyaan BN, yang bayar gaji polis bukan BN. Tetapi istitusi polis telah ditunggang dan diperalat oleh BN.

Polis yang sepatutnya menjaga keselamatan awam telah diguna untuk menjaga keselamatan BN.
Anonymous said…
Aku nak tanya ko...

kalau merusuh mcm org gila mcm tu x kan nak biar saja.
kalau ada yg mati polis juga yg salah.

Polis x kira sapa.Nanti PR perintah malaysia polis tangkap juga bn kalau dia merusuk...

Kalau ko duduk rumah tgok tv ada x polis tangkap?

Terima Kasih PDRM.....

Majoriti Nak BN,terimalah hakikat....Yang kecoh orang Melayu PR,Cina india PR tepok tangan...
Anonymous said…
Nak perintah Malaysia tgu la PRU 13.....Kalo ada rezeki....

Tp aku rasa Melayu x bodoh kalau tgok kuasa mrk makin trhakis sbb bercakaran sesama Melayu.Bangsa lain untongggggggggggg besar
Anonymous said…
Tp aku rasa PAS lagi hanyut dlm martabatkan Islam.

UMNO sibuk buat Halal HUB...

PAS sokong Haram HUB....bela babi

Lama2 PAS jd HaramJADAH...
Anonymous said…
yang kasi bela babi tu BN la, kalu dah PR dah merampas kawasan tu, projek tu disambung la, kalu tak kena saman la, macam2 akal nak kenakan orang. Tengok Khir Toyo, projek babi dia sendiri luluskan, lepas tu bila kalah, pandai2 pulak tuduh Tan Sri Khalid yang buat. Bangang punya manusia