SELAMAT HARI PEKERJA, SELAMATKAN PEKERJA, TABAH HADAPI UJIAN

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari pekerja yang disambut pada Jumaat lepas. Saya mendoakan semua pekerja di seluruh negara diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian getir kemelesetan ekonomi sehingga ada yang dibuang kerja, dipotong elaun dan sebagainya.
Semua ini memerlukan ketabahan dan kekuatan dalaman bagi meneruskan kehidupan. Jika kita diduga dengan ujian hebat ini kita mesti tanamkan dalam diri bahawa ia tidak bermakna kehidupan kita sudah berakhir. Dunia Allah ini luas, jika kita berusaha Insya Allah kita akan berjaya.
Kepada Kerajaan, saya mengharapkan dapat kiranya usaha-usaha yang lebih efektif, terancang dan bersungguh-sungguh dilakukan bagi membantu golongan pekerja yang malang ini. Kita tidak mahu ada dikalangan rakyat yang teraniaya dengan dalam musim kemelesetan ekonomi yang amat mencabar ini.

Comments