2 YDP BARU DAN 1 KEKAL DI MELAKA

Setakat ini 3 Kawasan di Melaka telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung PAS Kawasan masing-masing iaitu PAS Kawasan Tangga Batu, Alor Gajah dan Bukit Katil. 3 Kawasan lagi iaitu Kota Melaka, Jasin dan Masjid Tanah akan menyelesaikan mesyuarat agung masing-masing hujung minggu ini dan minggu hadapan.

2 dari 3 PAS Kawasan tersebut mendapat Yang Dipertua PAS (YDP) yang baru apabila mereka telah dipilih pada mesyuarat agung masing-masing Ahad lalu. Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari telah dipilih menjadi Yang Dipertua PAS Alor Gajah manakala Ketua Penerangan PAS Negeri, Mohd Sofi Abdul Wahab diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil.

Manakala PAS Kawasan Tangga Batu mengekalkan Yang Dipertua penggal lalu iaitu Ustaz Khamis Saat untuk menerajui PAS Kawasan tersebut sepenggal lagi.

Di Alor Gajah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan sessi lalu, Ashraf Mukhlis Minghat mengekalkan jawatannya manakala Naib Yang Dipertua di sandang oleh muka baru Haji Amdan Sudin.

Kedua-dua Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil disandang oleh muka baru iaitu Haji Mohd Ali Sharif dan Haji Ismail Ahmad.

Sementara itu PAS Tangga Batu juga mendapat TYDP baru iaitu Haji Hassan Md Dahan dan NYDP baru iaitu Husni Balis.

Sementara itu Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dijangka akan dipilih sekali lagi untuk menerajui PAS Kawasan Masjid Tanah.

2 lagi kawasan iaitu Jasin dan Kota Melaka kemungkinan besar akan menyaksikan pertandingan untuk jawatan Yang Dipertua. Mejar Jasme Tompang kemungkinan ditentang di Jasin manakala Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahim dikatakan tidak akan mempertahankan jawatannya.

Comments