Malam tadi saya berceramah bersama AJK PAS Pusat, YB Dr Dzulkifli Ahmad di Markaz PAS Cawangan Kg Pernu dalam Kawasan Kota Melaka.
Kehadiran macam biasa (Standard Melaka). Dalam ucapannya Dr Dzul mengulas dengan panjang lebar tentang kebobrokan dan kezaliman BN yang terus mencengkam rakyat dengan cara politik lama. Antaranya rasuah politik ketika pilihanraya, amalan rasuah, ugut, menggunakan isu perkauman, meneruskan undang-undang zalim seperti ISA, OSA, AUKU, AKta Polis dan lain-lain.
"Andaikata BN terus menggunakan cara politik lama sebegini saya yakin lebih cepatlah Umno/BN akan ditalkinkan, mungkin PRU 13 nanti adalah PRU terakhir bagi mereka sebagai pemerintah"
"Rakyat terbanyak di negara kita sebenarnya tidak menjadi ahli-ahli mana-mana parti tetapi mereka menyokong kebenaran, keadilan dan ketelusan. Sebab itulah pada PRU 12 mereka menyokong Pakatan Rakyat kerana mereka melihat BN sudah tidak boleh dipercayai lagi" kata Dr Dzul.
Dr Dzul berkata bahawa kerajaan 'One Malaysia' pimpinan Najib sebenarnya jauh lebih teruk dari kerajaan Tun Pak Lah. Ini dapat melihat apabila kira-kira sebulan beliau memerintah sudah kelihatan kuku dan belangnya menangkap berpuluh-puluh rakyat yang tidak berdosa seperti yang ditunjukkan di Ipoh semalam.
"Saya yakin Najib akan terus bertindak begitu kerana beliau tidak belajar dari kesilapan pemimpin terdahulu".
"Pada awal pemerintahannya kita menjangka Najib akan melakukan reformasi tetapi sebenarnya tidak, tindakannya membebaskan 13 tahanan ISA dan mengembalikan permit penerbitan kepada Harakah dan Suara Keadilan hanyalah lakonan dan retorik untuk mengabui mata rakyat" ujar Dr Dzul yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Selain itu Dr Dzul juga kesal dengan tindakan tidak demokratik BN di Perak semalam. Mereka melanggar semua peraturan dan undang-undang ciptaan mereka sendiri apabila menafikan kuasa Speaker DUN Perak.
"Speaker diseret dan diheret keluar dari Dewan, anggota keselamatan menceroboh Dewan, ini merupakan suatu kejadian yang amat memalukan negara kita dan seolah-olah negara kita ini negara yang tidak bertamadun" kata beliau.
Comments
Jangan terlalu tinggi,meletakan harapan.
Sejarah telah banyak mengajar kita,Melayu mudah lupa.
Di tambah dgn sogokan duit dan harta bende,orang Melayu yang telah di tanam sifat sebagai hamba
abdi dari dulu kini dan selama lama nya akan tetap taat setia pada mereka(UMNO).
PRU ke 12,kalau tidak kerana perubahan Cina India,PR tak akan merasa kemenagan seperti yang ada.
tapi satu je aku takut...kita sebagai melayu memang bangsa yang berbudi bahasa...tapi dingatkan jangan terlalu banyak makan budi dari bangsa bukan melayu ni..buruk padahnya...sejarah telah membuktikan setiap pemberian diorang ni adalah diharapkan dengan balasan...bagi diorang semua urusan adalah perniagaan...untuk pemimpin2 pr tolong bijak dalam membuat keputusan...jangan kerana dah banyak makan budi..korang sanggup membuat keputusan yang boleh merugikan bangsa melayu sendiri..rakyat sudah pandai menilai segala perbuatan dan tingkah laku kita..