BERSEDIA AMBIL ALIH KUASA - MOHD SABU

Naib Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu meminta pimpinan dan ahli PAS Melaka supaya bersedia mengambil alih kuasa di negeri Melaka kerana riak-riak tersebut mula kelihatan sejak Pilihanraya Umum Mac 2008 lalu.
"Saya sendiri tidak pernah terfikir bahawa orang Tionghua dan India akan memberikan sokongan padu kepada PAS kerana sebelum perkara sebegini tidak pernah berlaku".
"Bayangkan sebelum ini PAS tidak pernah menangi di kerusi campuran iaitu komposisi kaum iaitu Melayu dan Bukan Melayu adalah lebih kurang sama" kata Mohammad.
Sebaliknya, kata Mohammad pada pilihanraya umum yang lalu PAS bejaya memenangi kerusi-kerusi seumpama itu seperti di Parlimen Kora Raja, Shah Alam, Kuala Selangor dan lain-lain.
Malah menurutnya, Dr Mariah Mahmood berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Raja walaupun kawasan tersebut majoriti pengundinya adalah bukan Melayu.
"Fenomena itu berlaku kerana orang bukan Melayu melihat PAS adalah sebuah parti yang bersih, telus dan pimpinannya tidak mengamalkan rasuah serta amanah kepada apa juga jawatan yang diberikan kepada mereka".
"Rakyat sudah muak dengan sikap parti komponen-komponen BN yang ternyata mengamalkan kronisme, nepotisme, rasuah dan lain-lain" ujarnya.
Mohamad berkata kerana itulah ahli dan pimpinan PAS mesti bersedia untuk merampas dan mentadbir negeri Melaka kerana momentum ini akan terus kekal seperti yang dibuktikan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Sementara itu beliau juga menyatakan politik perkauman yang menjadi senjata BN sebelum ini sudah berkubur kerana PAS, DAP dan PKR berjaya memberi kefahaman kepada rakyat bahawa politik perkauman adalah politik lapuk yang sangat merugikan negara dan rakyat.
"Apakah kita rugi dengan menyokong Cina yang baik, India yang baik dan Melayu yang baik. Mereka ini mesti disokong, yang kita tentang ialah Cina jahat, India jahat dan Melayu jahat" kata Mohamad.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil di INB Resort Ayer Keroh pagi tadi.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong; Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Melaka Yusof Abdullah.
Seramai 130 perwakilan dan pemerhati menghadiri mesyuarat tesebut.
Pada mesyuarat tersebut PAS Kawasan Bukit Katil menempa sejarah apabila kesemua 3 jawatan utama iaitu YDP, TYDP dan NYDP disandang oleh muka baru tanpa sebarang pertadingan. Sofi Wahab dan Hj Mohd Ali Sharif dipilih sebagai YDP dan TYDP manakala Haji Ismail diamanahkan sebagai NYDP.
Sementara Ustaz Nurkhairi Yusof dipilih sebagai Ketua Urusan Ulama' selepas mengenepikan penyandangnya Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.
AJK yang dilantik adalah Ramli Dalip, Haji Salamat Aman, Haji Salim Tahir, Haji Mohd Diah Abdul, Haji Abdullah Ahmad, Haji Yassim Musa, Mustaffa Ali, Ustaz Abu Bakar Ramle, Masturah Hassan, Ropisah Nordin, Haji Hedzir Abdul Rahman, Zainal Mohamad, Haji Ab Rahhim Idris, Mohd Yani Ismail dan lain-lain.

Comments

Anonymous said…
MAT SAPU NI KUAT BERANGAN...

MAKA KISAH "MAT JENIN MODEN" AKAN DIPENTASKAN SEMULA
Anonymous said…
Tuan...nak komen cuba elok2 sikit.......tuan ni orang PAS atau orang Islam, atau kedua2nya , atau bukan keduanya?
Ayiem said…
Kenyataan datang dari berANGAN yang diterjemahkan kepada tindakan dan gerakerja......yang berada dipuncak sudah tidak punya angan-angan tetapi sudah terlalu asyik dibuai ulikan syaitan.......

Tahniah buat sdr Sofi yang memenangi YDP Bukit Katil.......
Anonymous said…
steady pak rem...jadi ajk PAS bkt katil;....I Love u.......u love me x? -
sedik sedu said…
Mat sapu ibarat pemimpin yahudi.. ahli pas mcm org yahudi... ape pemimpin dia ckap semua betul.. mmg mcm yahudi..