.

.

29 January 2011

BUKAN ISLAM MAHU PARTI ISLAM, ORANG ISLAM TAK MAHU?

Sejak akhir-akhir ini keadaan menjadi terbalik, apabila pengundi Bukan Islam sanggup mengundi Parti Islam sebaliknya pengundi Islam terus meminggirkan Parti Islam.

Pengundi Bukan Islam yakin kepada ketelusan, kesucian dan akhlaq Parti Islam sebaliknya pengundi Islam menolak gagasan Islam yang dibawa Parti Islam. Sungguh pelik tetapi benar. Pengundi Islam lebih bersedia mengundi Parti yang jelas mengamalkan rasah, kronisme, penyelewengan dan sebagainya. Bukan kita bercakap kosong sebaliknya sudah terbukti ramai di kalangan pemimpin parti orang Islam itu yang ditangkap dan didakwa kerana rasuah dan sebagainya.

Pengundi Bukan Islam yakin kepada Parti Islam tetapi pengundi Islam tidak yakin kepada Parti Islam.

Pengundi Bukan Islam yakin kepada calon yang mengamalkan ajaran Islam seperti tidak bersalam dengan orang bukan muhrim, tidak terlibat dengan isu integriti berkenaan tanah dan sebagainya. Tetapi pengundi Islam terus mempercayai calon yang terlibat dengan isu pelelongan tanah dan sebagainya.

Sedarlah wahai pengundi Islam janganlah kita memalukan diri sendiri....

PRK MERLIMAU : MENGAPA LAMBAT DIADAKAN?

SPR mengumumkan bahawa PRK Merlimau akan diadakan pada 6 Mac dan hari penamaan calon pula dijalankan pada 26 Februari. Maksudnya kita ada lebih kurang sebulan dari sekarang untuk membuat persediaan sebelum penamaan calon.

Mengapa SPR memberikan masa yang lama sebelum ianya diadakan tidaklah pula kita ketahui sebabnya. Banyak perkara boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja bagi memberikan kelebihan kepada mereka untuk menghadapi PRK Merlimau ini.

Kepada PR berhati-hatilah dengan langkah licik dan tipu muslihat pihak lawan yang sentiasa mengintai peluang untuk mengelirukan kita. Sudah banyak pengalaman kita terdahulu yang perlu kita jadikan iktibar dan panduan.

27 January 2011

PRK TENANG : CALON BN TAKUT MEDIA?

Calon BN, Azahar Ibrahim nampaknya takut untuk diwawancara oleh media khasnya media alternatif. Apa sebabnya tidaklah kita ketahui. Mungkin beliau atau tidak mempunyai jawapan konkrit jika wartawan bertanya tentang isu pelelongan tanah dan isu-isu panas lain.

Sebab itulah beberapa permohonan wartawan Malaysiakini untuk menemubual beliau ditolak dengan tidak memberikan alasan yang konkrit. Sepatutnya sebagai seorang calon beliau mesti bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja samada wartawan, kawan dan lawan. Jelaskan beliau takut jangan untuk berdebat dengan calon PAS, untuk ditemuramah oleh wartawan media alternatif pun beliau kecut perut.

Ini berlainan dengan calon PAS, Normala Sudirman yang bersedia bila-bila masa untuk ditemubual oleh sesiapa sahaja.

SUKARNYA MENCARI CALON BN YANG BERSIH

Jelas sekali bahawa Umno/BN sukar mencari calon yang bersih. Ramai di kalangan calon yang diketengahkan BN samada untuk Pilihanraya Umum atau kecil bermasalah dari segi integriti atau peribadi.

Saya tidak berminat untuk menyentuh isu peribadi, tetapi wajib menyentuh isu integriti kerana kita tidak mahu pemimpin yang diangkat oleh rakyat adalah kaki rasuah, kaki penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Adalah bahaya kepada negara dan rakyat jika pemimpin mereka seorang yang berwiridkan rasuah dan bergelumang dengan penyalahgunaan kuasa. Nanti habis harta rakyat tergadai malah negara juga boleh terlelong jika kaki rasuah dan penyalahguna kuasa menjadi pemimpin.

Sebagai pada Piliharaya Kecil Penanti dulu, calon BN mempunyai masalah, kini di Tenang calon BN juga bermasalah. Azhar atau Tok Ai dihadapkan ke mahkamah dengan kes pelelongan tanah malah salah satu kesnya masih belum selesai iaitu kes membabitkan tuntutan Puan Nohana Mohd Ali akan dibicarakan pada 7 Feb di Mahkamah Tinggi Muar.

Ternyata begitu susah mencari calon BN yang bersih, telus dan suci.

26 January 2011

PELAKON HANDALAN BERKELIARAN DI TENANG

Pada setiap kali Pilihanraya Kecil maka akan ujudlah pelakon-pelakon handalan yang berlakon dengan watak baik, alim, santa klaus dan macam-macam lagi.

Ada yang tidak pernah ke surau pun boleh jadi alim di musim pilihanraya. Ada yang jarang sekali masuk kampung, meredah semak-samun, meredah banjir akan bertukar perangai secara tiba-tiba menjadi terlalu 'friendly' dan sebagainya.

'Santa Klaus' jadian pun begitu ramai, banyak hadiah dan habuan di berikan kepada rakyat.....

Hati-hati dengan lakonan pelakon-pelakon ini yang hebat lakonannya .......semata-mata untuk raih undi.

25 January 2011

PRK MERLIMAU : PENAMAAN CALON DIJANGKA 19 FEB & MENGUNDI 27 FEB

Saya menjangkakan bahawa penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil Merlimau akan diadakan pada 19 Febuari manakala pengundian akan dijalankan pada 27 Febuari.

Dengan mengambilkira kepenatan dan kesibukan di DUN Tenang, maka dijangkakan SPR memerluan sedikit rehat untuk mengendalikan PRK Merlimau.

Namun begitu tidak mstahil SPR akan mengadakan PRK Merlimau lebih awal bagi menjimatkan kos kerana banyak prasarana dan kelengkapannya di Tenang masih boleh digunakan.

Bagi pihak PAS, kita tidak ada masalah untuk bertanding pada bila-bila masa kerana jentera PAS memang sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

PRK TENANG : SOI LEK GUNA ISU 'RECYCLE' SEBAB TIADA ISU LAIN YANG BOLEH DIMAINKAN

Ternyata MCA tiada isu yang boleh dibangkitkan untuk meraih undi pengundi Cina selain memainkan isu negara Islam dan isu berjabat tangan.

Walaupun MCA, khususnya Presidennya mengetahui bahawa isu tersebut tidak mampu untuk mempengaruhi majoriti pengundi Cina, namun oleh kerana tiada isu lain maka terpaksalah isu 'recycled' ini digunakan. Bagi mereka kalau tidak dapat ramai dapat sedikit pun tak apa jangan tiada langsung. Sebab itulah walaupun 'pelakon terkenal' telah ditegur oleh Muhyiddin Yassin beliau masih mahu terus menyentuh isu Islam ini untuk kempen beliau.

Dari tinjauan rambang beberapa penganalisis politik isu ini tidak akan menggugat sokongan pengundi Cina kepada calon PR, Normala Sudirman. Malah ada yang berani menyatakan bahawa isu ini sebenarnya menikam BN dari belakang dan memberikan kelebihan kepada Normala. Ada penganalisis politik berpendapat Normala akan mendapat undi simpati dari pengundi atas pagar dan pengundi protes.

Apa yang penting sekarang, PR mesti mengekalkan momentum sokongan pengundi Cina dan meningkatkan sokongan pengundi Melayu sebanyak 5 % kata penganalisis politik yang tidak mahu namanya disiarkan.

INFO TERKINI : BLOG, TWITTER DAN FACEBOOK CIKGU MALA

Untuk semua rakyat Malaysia khasnya pengundi DUN Tenang. Kita semua boleh mendapatkan info terkini tentang calon DUN Tenang, Cikgu Normala Sudirman dari blog, facebook dan twitter di bawah :-

http://cikgunormala.blogspo.com
Facebook : Taip cikgu mala
Twitter : calon@cikgumala

24 January 2011

ISU BERSALAM : PEMIMPIN BUKAN ISLAM PR LEBIH FAHAM DARI PEMIMPIN UMNO/BN

Pemimpin Bukan Islam dalam PR jelas lebih faham dari pemimpin Umno dalam isu yang berkaitan dengan bersalam antara wanita yang dan lelaki bukan muhrim.

Sebab itulah apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek memfitnah calon PAS yang kononnya tidak mahu bersalam dengan pengundi, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam PR membela Cikgu Normala dengan menyatakan ianya adalah isu agama dan beliau berhak mempertahankan amalan agamanya.

Pengundi-pengundi bukan Islam di Tenang juga faham dengan hukum Islam apabila tinjauan yang dilakukan di Tenang menunjukkan mereka tidak kisah dengan isu tersebut kerana ia adalah hak asasi seseorang bagi mengamalkan ajaran agamanya.

Tetapi apa yang nyata ialah pemimpin-pemimpin Umno yang beragama Islam tetapi masih belum faham ajaran Islam apabila terus membiarkan anak dan isteri mereka serta pemimpin wanita mereka bersalam dengan bukan muhrim.

Jelas sekali pemimpin bukan Islam dalam PR menghormati dan memahami ajaran Islam dalam bab bersalam dengan bukan muhrim tetapi pemimpin Umno yang Islam masih belum faham.

Malu sungguh kita sebagai orang Islam tetapi tidak faham akan perkara asas dalam Islam. Oleh kerana mereka tidak faham akan hukum bersalam dengan bukan muhrim maka Umno gagal mengajar pelakon terkenal, Chua Soi Lek dan pemimpin wanita Gerakan, Tan Lian Hoe yang membidas Cikgu Normala kerana tidak bersalam dengan pengundi-pengundi lelaki.

PRK Tenang : Bukan namanya BN kalau tak fitnah

Calon PAS Cikgu Mala terus difitnah BN. Terbaru BN membuat memfitnah Cikgu Mala kononnya dia bertanya kepada seorang pekedai mengapa dia menjual arak. Tuduhan dicipta oleh MCA bg menggambarkan PAS akan menghalang perjualan arak jika memerintah. Terbukti ini tuduhan yang jelik dan jahat semata-mata untuk menarik sokongan pengundi Cina.

Sebelum ini mereka menuduh Cikgu Mala tidak mahu bersalam dengan lelaki sedangkan ianya adalah ajaran Islam telah lama diamalkan dan MCA serta Gerakan sewajarnya tahu akan perkara ini.

Terbukti BN tidak punya isu untuk menentang Cikgu Mala dan PAS sehingga mereka sanggup memfitnah calon PAS yang jelas bersih, berakhlaq, mesra dan berkaliber.

PRK TENANG : CIKGU MALA MENDAHULUI?

Beberapa orang penganalisis politik tanahair berpendapat bahawa calon PAS, Cikgu Normala Sudirman mampu memberikan tentangan sengit kepada BN pada PRK Tenang. Menurut mereka inilah kerana Normala mempunyai kekuatan tersendiri iaitu dikenali penduduk tempatan, lama berkhidmat di Tenang, mudah didampingi, mesra dan mempunyai personaliti yang menarik. Ini berbeza dengan calon BN yang sudah lama tidak bersama penduduk Tenang dan kurang dikenali.

Penganalisis politik juga berpendapat bahawa ada tanda-tanda bahawa pengundi Cina dan pengundi muda di Tenang lebih cenderung untuk menyokong PAS berdasarkan situasi semasa ekoran dari kenaikan harga minyak, barangan keperluan dan sebagainya. Generasi kedua Felda juga dilihat tidak begitu totok menyokong BN di mana mereka ini bila-bila masa boleh berpaling kepada PAS atau BN.

BN menurut penganalisis politik yang tidak mahu disiarkan namanya, terus menggunakan taktik kempen lama iaitu fitnah, ugut, memainkan isu perkauman dan agama sedangkan semua isu-isu ini sudah tidak laku lagi kepada pengundi Cina dan pengundi muda.

Tidak syak lagi bahawa kedua-dua calon mempunyai peluang yang agak samarata. Oleh itu kerja kuat mesti dilakukan setiap saat untuk menawan hati pengundi.

23 January 2011

CALON MUSLIMAT : SHAHRIZAT BUTA SEJARAH

Shahrizat seperti juga Boss lama beliau Dr Mahathir buta sejarah apabila menuduh PAS meminggirkan wanita dari saf kepimpinan.

Menteri Wanita dipetik dari media arus perdana sebagai berkata bahawa selama ini meminggirkan wanita dari kepimpinan.

"PAS selama ini kita tahu memencilkan peranan golongan wanita dalam kepimpinan. Tetapi, atas daya usaha Umno dan BN yang terus menerus memberi tempat kepada wanita sejak dulu, mereka akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa golongan wanita perlu ditonjolkan dalam arena politik negara" kata Shahrizat dipetik dari sebuah akhbar harian.

Ternyata Shahrizat buta sejarah dan buta fakta. PAS sebenarnya sudah lama meletakkan wanita setanding dengan lelaki. Almarhum Ustazah Khadijah Sidek pernah menjadi Ahli Parlimen pada era 60-an. Maknanya PAS tidak pernah membelakangkan wanita. Cuma pemimpin Umno yang sengaja memutarbelitkan fakta.

CHUA DAN LIAN HOE BIADAP MESTI MINTA MAAF PADA UMAT ISLAM

Presiden MCA, Chua Soi Lek dan Ketua Wanita Gerakan, Tee Lian Hoe mesti memohon maaf kepada umat Islam terhadap kenyataan membiadap menghina Islam dalam isu berjabat tangan dengan memakai sarung tangan.

Chua dan Lian Hoe mesti memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat.

Mana mungkin setelah lahir, membesar dan menjadi pemimpin BN, mereka masih tidak faham Islam. Mereka sewajibnya faham bahawa wanita Islam tidak boleh bersalam dengan bukan muhrim. Ternyata Chua dan Tee sengaja mahu memburuk-burukkan Islam dan menakutkan orang bukan Islam terhadap PAS dan calonnya.

Sementara itu Calon PAS Normala Sudirman hari ini membidas BN, khususnya MCA kerana gagal memahami adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain.

"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media.

PRK MERLIMAU : BENARKAH MELAKA MAJU

Kerajaan Negeri Melaka mendakwa Melaka Maju dengan mengisytiharkannya pada jam 8.10 (20:10), 20 Oktober (10) 2010). Tetapi pengisytiharan ini adalah palsu dan tidak diperakui oleh mana-mana badan bebas yang berautoriti.

Kerajaan negeri 'menjual' nama OECD sebagai badan yang mempunyai kuasa menentukan status negeri maju atau tidak. Namun OECD ianya disangkal oleh OECD apabila wakilnya di rantau ini John Hall sendiri menafikan bahawa OECD berautoriti untuk menentukan sesebuah negeri atau negara.

Inilah yang dikatakan masuk bakul angkat sendiri .....tak maju mengaku maju. Kalau pun betul maju tetapi rakyat melarat dan merempat dengan harga barang semakin tinggi, harga minyak melambung naik, banjir masih tidak dapat diselesaikan, pendapatan majoriti rakyat masih di bawah RM1,500 sebulan dan lain-lain. Yang kaya hanyalah pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter