CALON MUSLIMAT : SHAHRIZAT BUTA SEJARAH

Shahrizat seperti juga Boss lama beliau Dr Mahathir buta sejarah apabila menuduh PAS meminggirkan wanita dari saf kepimpinan.

Menteri Wanita dipetik dari media arus perdana sebagai berkata bahawa selama ini meminggirkan wanita dari kepimpinan.

"PAS selama ini kita tahu memencilkan peranan golongan wanita dalam kepimpinan. Tetapi, atas daya usaha Umno dan BN yang terus menerus memberi tempat kepada wanita sejak dulu, mereka akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa golongan wanita perlu ditonjolkan dalam arena politik negara" kata Shahrizat dipetik dari sebuah akhbar harian.

Ternyata Shahrizat buta sejarah dan buta fakta. PAS sebenarnya sudah lama meletakkan wanita setanding dengan lelaki. Almarhum Ustazah Khadijah Sidek pernah menjadi Ahli Parlimen pada era 60-an. Maknanya PAS tidak pernah membelakangkan wanita. Cuma pemimpin Umno yang sengaja memutarbelitkan fakta.

Comments

Anonymous said…
Minah ni mana minat sejarah Islam yang menyatakan kehebatannya untuk membela wanita! Sebelum kedatangan Islam, iaitu di zaman jahiliyah anak perempuan dibunuh kerana dikhuatiri akan memalukan ibu apa. Bila Islam datang, kaum wanita dibela. Ummu Muknin Saidatina A'ishah merupakan saluran untuk Rasulullah menyampaikan perkara-perkara berkaitan masalah wanita. UMNO/BN pula mengahalalkan maksiat lalu pelakon porno dijadikan pemudahcara zina!! Kita harap ia dapat disekat.
otaklunyai said…
bukan setakat buta sejarah... malah buta perut, buta hati... nilah rupa makhluk yang terkeluar dari mendapat Hidayah dan Petunjuk Allah... Nauzubillah!!!
Unknown said…
Salam,
1.Anta perlu rujuk kata2 pemimpin PAS awal 80an dan 90an pasal wanita dan kepimpinan....